10:09

MENGURUSKAN STRESS DIRI DENGAN S.T.R.E.S.S

Assalamualaikum....ape khabar sidang pembaca nurtarbiyah yang dirahmati Allah sekalian? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping ceria selalu.Agak lama rasanya saya tidak postkan tulisan saya di blog ini,faktor tanggungjawab dan masa tidak memberikan ruang untuk saya mengarang.InsyaAllah pada kali ini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan bagaimana hendak menguruskan stess dengan berkesan.Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan terutamanya golongan mahasiswa/i terutamanya sering berhadapan dengan stress di sebabkan oleh masalah akademik mahupun peribadi. Selaku golongan berpendidikan ataupun golongan intelak,stress adalah satu perkara yang positif sekiranya kita tahu hendak mengolah atau menaganinya serta mengurusnya dengan baik dan sistematik.

Beberapa minggu yang lepas saya ada mengikuti satu program motivasi yang membincangkan pengurusan masa dengan teratur dan berkesan.Banyak input yang dapat di ambil dari ulasan motivator yang saya kira cukup hebat untuk memberikan kesedaran pada peserta yang mengikuti program tersebut. Beliau juga ada menyebut tentang stress tetapi beliau tidak sempat untuk berkongsi bagimana hendak menguruskan stress dengan baik kerana di sebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan. Di kesempatan masa dalam mendengar penyampaian oleh motivator itu saya terfikir untuk mencipta formula sendiri dalam menguruskan stress diri ini.Alhamdulillah dalam masa lebih kurang 15minit akhirnya saya terfikir satu formula menguruskan stress ini melaui S.T.R.E.S.S.

Pengurusan stress yang baik adalah lahir dari ketenangan diri yang ingin dan berani berhadapan dengan stress itu sendiri.Oleh itu, peringkat pertama untuk menguruskan stress ini adalah mencari ketenangan diri melalui S yang pertama iaitu SOLAT. Sebagai seorang muslim yang di berikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN oleh Allah s.w.t kita hendaklah bersyukur di atas pemberian nikmat ini dengan menjadikan Allah sebagai matlamat yang pertama dan utama dalam memohon pertolongan.Dalam mencari ketenangan diri, SOLAT merupakan satu cara yang paling sesuai dan berkesan kerana di dalam solatlah kita akan berhubung secara langsung dengan Allah s.w.t dan merupakan tempat mengadu yang paling menyentuh jiwa.Solat juga menjadi satu medium untuk kita mengingati Allah s.w.t dan ingatlah firman Allah s.w.t

Allah berfirman yang bermaksud:

”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)

T yang seterusnya memainkan peranan penting dalam meneruskan pengurusan stress ini iaitu T-THINK POSITIVE.Sikap ini penting dan perlu ada pada diri setiap individu untuk membantunya dalam menguruskan stress diri dengan baik.Pemikiran atau mind set memainkan peranan penting dalam mengawal setiap tindakan yang dilakukan oleh setiap individu.Sebagai contoh,jika kita ingin melakukan sesuatu perkara,sekiranya kita menganggapnya sebagai satu tugasan yang agak susah atau membebankan sebelum melakukanya sudah pasti di dalam proses kita melakukan perkara tersebut sudah pasti kita akan berhadapan dengan kesusahan dan bebanan dalam menyelesaikan kerja tersebut.Tetapi sebaliknya,jika sebelum melakukan sesuatu kerja kita menganggapnya sebagi satu kerja yang senang dan seronok sudah tentu kita akan berasa senang dan tenang dalam menyesaikan kerja tersebut.Mungkin kadang-kadang kita akan berhadapan atau menerima sesuatu perkara yang kita tidak sukai yang menyebabkan diri berada dalam keadaan tertekan dan sedih.Tapi ingatlah!mungkin perkara yang kita tidak sukai itu adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita buat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dan mungkin perkara yang sangat kita sukai itu merupakan satu perkara yang tidak memberikan sebarang kebaikan pun pada diri kita bahkan boleh memudaratkan diri kita sendiri.Perkara ini telang di jelaskan oleh Allah s.w.t di dalam kitabnya:

Allah berfirman yang bermaksud:

"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)

Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya stress ini adalah kerana badan dan minda kita terlalu letih dan penat dengan bebanan pembelajaran dan juga perkara-perkara lain seperti assigment dan juga tugasan dalam berpesatuan ataupun projek kolej.Oleh itu,sebagai penyelesainya kita hendak memberikan peluang dan ruang untuk pada diri dan minda kita untuk R-REHAT seketika.Saya bukan maksudkan bahawa rehat itu dengan kita bersahaja tanpa melakukan sesuatu perkara ataupun tidur semata-mata tetapi rehat di sini adalah kita melakukan sesuatu perkara yang mampu merehatkan minda dan diri kita seperti membaca AL-QURAN atau melakukan perkara ringan yang menenangkan dan sebagainya.

Sudah menjadi fitrah bagi remaja zaman sekarang yang sentiasa inginkan hiburan.Selaku seorang muslim yang beriman pada Allah s.w.t kita hendaklah faham bahawa hiburan bukanlah sesuatu kesalahan di dalam Islam sekiranya ia diterajui dengan cara yang betul yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah serta tidak melanggar perintah Allah s.w.t.Faktor yang lainnya yang menyebabkan sterss adalah di sebabkan kita terlalu sibuk dengan pelajaran dan juga tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak dapat memberi peluang pada diri untuk berhibur seketika.Oleh yang demikian,E seterusnya dapat membantu kita dalam menguruskan stress ini iaitu E-ENTERTAIN yourself.Hiburan atau raikan diri di sini saya maksudkan adalah hiburan yang dapat membina diri bukannya melalaikan.

Selalunya orang yang mengalami stress ini akan bersikap dingin dengan orang lain dan juga sentiasa berada dalam keadaan murum.Oleh itu,dalam proses pengurusan stress yang berkesan dalam menangani sikap ini ialah dengan mengamalkan S yang seterusnya iaitu sentiasa SENYUM selalu.Dengan mengamalkan sikap sentiasa senyum ini dapat membantu minda kita dalam melawan sikap atau perasaan dingin dan murum pada orang lain.Dalam Islam juga Rasulullah s.a.w menggalakan umatnya sentiasa mengamalkan senyum selalu kerana ”senyum itu adalah sedekah” dan dengan senyum itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat yang lain.

Akhirnya dalam menguruskan stress yang berkesan ini kita hendaklah mencari atau mendapatkan S yang terakhir iaitu mencari SUPPORT.Mencari sokongan ataupun support ini perlu bagi setiap individu dalam memberikan semangat dan sebagai motivasi kepada diri seseorang itu.Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan di sebabkan masalah akademik,dia boleh menghilangkan tekanannya itu dengan mencari sokongan daripada pensyarah ataupun sahabat-sahabat terdekat yang mampu menyelesaikan masalah akademiknya itu.Sokongan amat penting dalam menaikan semangat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.Sebab itu, dalam konsep kehidupan ini,Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya hidup dalam keadaan berjemaah ataupun berorganisasi kerana dengan hidup berjemaah inilah mampu memberikan kekuatan pada setiap ahlinya.Saling menasihati dan memberikan galakkan serta sokongan merupakan satu perkara yang perlu di amalkan dalam konsep kehidupan berjemaah ini agar setiap individu mersakan mereka tidak berseorangan dan mempunyai sokongan yang ramai dalam melakukan sesuatu perkara.

Akhir kata,pengurusan stress yang baik mampu melahirkan individu yang hebat dan matang dalam meneruskan kehidupan ini selaku hamba yang beriman dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t...Renung-renungkan dan sama-sama kita beramal denganya..

11:16

BILA TUHAN TAK DI TAKUTI



Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan, kehidupan yang senang lenang menjadi impian awal dan akhir dan keseronokan yang berpanjangan serta jauh dari sebarang masalah menjadi harapan setiap masa. Keadaan dunia sekarang ini telah banyak membuktikan bahawa kebanyakan manusia belumba-lumba mencari kekayaan dan kesenangan hidup.Mereka sanggup melakukan ape saje demi mencapai matlamat mereka itu tanpa menghiraukan orang lain.Lebih teruk lagi apabila syariat agama juga dilanggarnya demi mencapai impian mereka itu. Hukum halal dan haram bukan lagi di jadikan panduan tetapi hukuman HENTAM saje di jadikan tindakan.

Melihat kepada realiti keadaan masyarakat sekarang ini pasti kita semua percaya dan yakin bahawa kehidupan masyarakat kini telah dibuai arus keseronokan dan kekayaan dunia. Mereka dilenakan dengan tiupan angin hiburan yang tiada manfaatnya. Pegangan agama semakin hari semakin longgar pada diri setiap orang.Keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja kian parah.Jika dilihat kepada isu yang lebih besar lagi.rasuah kian semakin menular,fitnah telah menjadi satu kebiasaan dan pembunuhan bukan lagi menjadi sesuatu yang ganjil.Memang terbukti kebenaran yang telah dijangkakan oleh junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w suatu ketika dahulu, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“akan muncul satu ketika, ilmu tentang Islam akan berkurang untuk orang pelajarinya,berleluasa sifat kedekut,muncul pelbagai fitnah dan banyak berlaku jenayah:sahabat2 bertanya,jenayah apakah yang banyak berlaku?Nabi menjawab,pembunuhan”(riwayat ibnu majah)

Apakah mereka sedar keseronokkan yang mereka kejar hanyalah sesuatu perkara yang sementara yang akan lesap apabila roh mereka bercerai dari jasad nanti.Apakah mereka juga sedar mereka sekarang ini telah ditipu oleh kehidupan dunia yang fana ini. Mungkin mereka terlupa atau sengaja melupakan atau mungkin tidak pernah mendengar pesanan yang telah Allah s.w.t nukilkan dalam al-Quran untuk di jadikan panduan bagi mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:

“apakah mereka puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat,padahal kesenengan kehidupan dunia hanyalah sedikit jika di bandingkan dengan kehidupan akhirat”.(at-taubah:38)

Adakah pesanan ini tidak cukup memberikan kesedaran kepada golongan yang hanya menjadikan kesenangan dunia sebagai matlamat akhir mereka?

Jika berbicara dalam konteks mahasiswa pula,saya ada membuat sedikit penyelidikan berkenaan dengan kehidupan dan amalan mahasiswa masa kini di beberapa buah kampus di seluruh Negara kita. Ada beberapa perkara yang mungkin ramai tidak mengetahuinya berkaitan mahasiswa ini iaitu antaranya adalah berkaitan dengan keruntuhan akhlak mahasiswa itu sendiri.Jika kita melihat permasalahan ini dalam konteks yang lebih luas maka kita akan mendapati bahawa mahasiswa kini telah berada pada tahap kritikal dari segi akhlaknya.

Antara permasalahan yang ketara berkaitan dengan akhlak mahasiswa masa kini yang pertamanya adalah berkaitan dengan penampilan diri mereka itu sendiri.Penampilan diri di sini bermaksud dari segi pakaian dan sikap luaran mahasiswa itu sendiri.Tidak perlu rasanya untuk saya menghuraikan etika berpakaian ini dengan lebih mendalam kerana hal ini sudah terang lagi bersuluh diterangkan di dalam al-Quran
Allah berfirman:

“ wahai Nabi! Perintahkanlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu serta kaum wanita yang berimansupaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup tubuhnya(semasa mereka keluar).Cara begini lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai wanita baik-baik).Dengan itu mereka tidak akan diganggu".(al-Ahzab)
Jika dinilai dengan akal fikiran yang sempurna,sungguh indah etika pemakaian yang telah di gariskan oleh Allah s.w.t ini.Etika ini bukan nak menyusahkan tetapi hendak menjaga wanita itu sendiri yang di kenali sebgai perhiasan dunia yang sangat cantik dan menawan. Tapi malangnya ramai golongan intelek terutamanya mahasiswi tidak menjadikan etika ini sebagai amalan mereka tetapi sebaliknya menjadikan etika pemakain barat sebagai fesyen mereka.Kepada siapakah sebenarnya mereka ingin pamerkan penampilan diri mereka itu? Saya tinggalkan persoalan ini kepada mahasiswi untuk menjawabnya.

Begitu juga dengan keruntuhan akhlak yang lain, antara yang lainnya adalah berkaitan dengan pergaulan yang tak terbatas sehingga terjadinya perkara yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Mungkin ada yang telah sedar bahawa antara masalah ketara berkaitan pergaulan mahasiwa yang berlaku sekarang ini adalah seperti tinggal serumah tanpa ikatan yang sah, bercouple tanpa menghiraukan larangan agama dan bercampur antara laki dan wanita di dalam program-program hiburan yang melalaikan.

Meneliti kepada permasalahan yang di hadapi oleh mahasiswa masa kini,maka timbul beberapa persoalan yang mungkin ramai tidak menjumpai jawapan yang tepat kenapa hal ini terjadi. Sedangkan jika dilihat dari sudut intelek,mahasiswa merupakan golongan remaja yang mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat cemerlang yang mampu membezakan perkara baik dan buruk.Tapi mengapakah masalah keruntuhan akhlak ini masih berlaku?Adakah mereka telah menjumpai satu formula yang membuatkan mereka dapat hidup kekal di dunia yang dapat menjauhkan mereka dari azab yang pedih di hari kemudian kelak?

Pada pengamatan saya yang serba kekurangan ini, saya berpandangan bahawa hal ini berlaku di sebabkan mereka tidak takut lagi pada Allah s.w.t.JIKA TUHAN TAK DI TAKUTI,MACAM-MACAM BOLEH TERJADI..JIKA TUHAN TAK DI TAKUTI maka MANUSIA AKAN LEKA DENGAN KESERONOKAN DUNIA INI..JIKA TUHAN TAK DITAKUTI maka ROSAKLAH DI SANA SINI..
10:19

SALAM,SAPA & SENYUM (3S)



Begitu lama rasanya saya tidak balik ke kampung halaman,rindu pada ayah bonda kian menebal.Namun apakan daya tanggungjawab yang telah di amanahkan harus saya jalankan dengan sebaik mungkin.Minggu ini merupakan minggu suai kenal untuk mahasiswa baru di seluruh universiti negara yang baru sahaja mendaftar.Saya telah menjadi salah seorang pembantu mahasiswa untuk fakulti perubatan Universiti Malaya.Dalam menjalankan tugasan yang diberikan ini sempat saya memerhatikan keadaan dan ragam mahasiswa-mahasiswi yang baru ini.

Dalam pemerhatian saya ini ada satu perkara yang membuatkan saya rasa terkilan dengan sikap segolongan besar mereka iaitu mereka melupakan budaya SALAM,SAPA dan SENYUM.Apabila mereka berselisih dengan staff,pensyarah,senior atau sesama mereka sendiri agak keberatan bagi mereka untuk melontarkan senyuman dan memberi salam.Apakah ia adalah sesuatu perbuatan yang sukar @ mungkin merendahkan diri kita apabila kita lakukanya?

Saya tidak sepenuhnya menyalahkan mereka kerana setiap orang masing-masing memainkan peranan untuk menghidupkan budaya 3S ini, baik ibubapa mahupun masyarakat sekeliling.Jika kita perhatikan di seluruh IPT di negara kita ini saya yakin bahawa kita mengalami krisis seperti ini,sifat hormat telah luntur di telan kehidupan yang moden dan sifat mengambil berat antara satu sama lain telah tenggelam di telan ombak kepentingan diri sendiri.Apakah kita akan membiarkan sahaja budaya yang mulia ini ditelan masa?

Kesedaran yang diiringi dengan pemahaman yang mendalam adalah satu kunci penyelesaian yang sangat tepat untuk di laksanakan.Bagi menghidupkan budaya ini kembali setiap orang harus menjadi PEMULA.Tidak akan rugi orang yang memberi SALAM dan melemparkan SENYUMAN kepada orang lain bahkan sebaliknya memberikan keuntungn pada dirinya kerana dia telah mengikat tali persaudaraan secara tidak langsung.Ingatlah ketika mana Rasulullah s.a.w berdialog dengan raja iblis satu soalan berkaitan dengan salam telah ditanya oleh Rasulullah s.a.w kepada raja iblis itu,maka raja iblis itu telah membongkar rahsia salam itu;

“kata iblis:Apabila dua orang muslim bertemu di tengah jalan,lantas memberikan SALAM,dan dijawab oleh saudaranya maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”

Apakah ini tidak cukup untuk memberikan kesedaran pada kita tentang keuntungan memberi salam.Begitu juga dengan senyum,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “senyum itu adalah sedekah".Dan dengan senyuman itu mampu memberikan kebahgian pada seseorang itu.Amat rugi sekiranya senyuman itu lesap dari wajah kita ini kerana kita di bebani dengan kerja dunia yang tidak memberikan kita jaminan kebahgian di akhirat kelak.

Ayuh! wahai saudaraku sekalian marilah sama-sama kita kembalikan keizzahan budaya 3S ini di seluruh kampus kita.Jadikan sifat menghormati orang lain itu pakaian dan senyuman itu sebagai cermin diri kita semua.Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya setiap orang masing-masing melemparkan senyuman yang diiringi dengan keikhlasan dari hati pada setiap masa.Tapi AWAS! ‘Jangan senyum seorang diri pulak nanti orang salah tafsir’.Alangkah berkatnya ilmu yang diberikan oleh seorang guru atau pensyarah kepada anak didiknya apabila pelajar-pelajarnya sentiasa menghormati mereka dan sentiasa menghargai ilmu yang diberikan itu.Jikalau satu ketika dahulu seorang guru sangat disanjungi oleh para pelajarnya dan sebelum berpisah mereka akan bersalaman dengan guru mereka kenapa tidak sekarang perkara yang sama juga di amalkan?Adakah keizzahan para pendidik sekarang sudah tiada lagi pada mereka?.

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan nilai murni dan budaya akhlak mulia ini semakin hari semakin menghilang.Salah satu faktor yang utama adalah ramai yang telah jauh dari agama,artis di jadikan idola dan barat di jadikan panduan serta sifat pentingkan diri menjadi pakaian.Justeru itu,kita hendak berusaha supaya tidak tersenarai di dalam golongan ini,sekiranya kita jauh dari agama(Allah) maka segeralah bertaubat kepadaNya,sekiranya artis di jadikan idola maka jadikanlah Rasulullah sebagai penggantinya dan sekiranya sifat pentingkan diri sendiri menjadi amalan kita maka hapuskanlah ia dengan sifat menghargai orang lain.

Sekali lagi saya menyeru diri saya dan saudara sekalian,marilah sama-sama kita membudayakan SALAM,SAPA & SENYUM kembali walaupun di mana kita berada.Moga-moga Allah melemparkan rahmatNya kepada sesiapa yang menghidupkan nilai-nilai yang mulia ini.Jadikan diri kita ini sebagai PEMULA…