07:04

Apa beza kita dengan mereka?



assalamualaikum bt sahabat semua...

Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana hari ni Dia masih lagi panjangkan umur saya untuk hidup di atas lautan fana ini.Pagi ini saya dapat solat subuh di masjid dengan tenang walaupun terpaksa solat di bahagian tepi masjid kerana pintun utamanya dikunci.Pagi ini saya dapat bersarapan seperti hari-hari yang lain dan pagi ini saya juga dapat hilangkan dahaga dengan beberapa gelas air.Banyak lagi lah yang saya dapat buat pada pagi ini.Syukur sangat-sangat,rasa tak terkira nikmat yang Allah s.w.t kurniakan pada pagi ini.

Saya terfikir satu soalan,umat Islam di Palestine macam mana ye?

Adakah mereka dapat solat dengan tenang di masjid seperti aku?

Adakah mereka dapat sarapan seperti aku?

Adakah mereka dapat untuk hilangkan dahaga yang ditanggung seperti aku?

Adakah mereka dapat hidup senang seperti aku sekarang?


Bagi kita mungkin persoalan ini adalah sesuatu perkara yang besar tetapi bagi Umat Islam di Palestine perkara seperti ini bukan sesuatu perkara yang besar yang perlu di perbincangkan.Bagi mereka misi menghapuskan golongan menentang Islam bagi menyelamatkan agama Allah s.w.t dan membebaskan bumi barakah Palestine adalah lebih utama sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa mereka sendiri.Tidak keterlaluan sekiranya sangat mengatakan bahawa dalam darah mereka ini mengalir darah Umar al-Khattab,Khalid al-Walid,Salahuddin al-Ayubi,Sultan Muhammad al-Fatheh dan ramai lagi darah panglima-panglima Islam yang hebat satu ketika dahulu.

Mereka inilah yang sanggup menggadai nyawa dan sanggup berkorban apa sahaja bagi menegakkan Kalimah Tauhid di muka bumi in.Walaupun mereka diseksa dan dibunuh mereka tetap terus berjuang dan tidak pernah merungut bagi memperjuangkan agama Islam.Allah s.w.t menjaga keimanan dan Allah teguhkan hati mereka kerana mereka menjaga Allah s.w.t.Mereka ini sangat yakin akan pertolongan Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang beriman,jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan diteguhkan pendirian kamu"

Oleh itu, saya hendak mengajar sahabat-sahabat mahasiswa supaya merenung diri kita ini.Kita menyatakan keimanan kita pada Allah s.w.t dan mereka(umat Islam Palestine)juga menyatakan keimanan merekan pada Allah s.w.t.


Di manakah perbezaan kita?

Adakah hanya mereka sahaja yang wajib menyelamatkan bumi Palestine?

Adakah hanya mereka sahaja yang perlu meneggakkan kalimah Allah di muka bumi ini?

Adakah hanya mereka sahaja yang perlu menentang kaum yahudi dan zionis laknatullah?

Sama-sama kita renungkan diri kita ini,kita hidup senang lenang sedangkan saudara kita di Palestine hidup dalam keadaan sengsara dan menderita.

"Walaupun mereka diseksa dan dibunuh mereka tetap terus berjuang dan tidak pernah merungut bagi memperjuangkan agama Islam"






"MAHASISWA PERLU BANGKIT MELAKUKAN PERUBAHAN"
07:53

Dakwah dan Tarbiyah


Rasulullah s.a.w memulakan jihadnya dengan tarbiyah dan dakwah,bukan terbentuk secara tiba-tiba kebetulan tanpa apa-apa persediaan danpembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.

Seperti yang di tegaskan dalam al-Quran ayat 110 dalam surah al-Imran:

"Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah(menyuruh) kepada ma'ruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah"

Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi.Baginda mendidik(mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan
semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat
sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11,
maksudnya"-

"Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum
itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka".

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah 'alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.'

Sekadar berkongsi,artikel ini bukan tulisan master key of tarbiyah.