22:46

Nak Jadi Superman?: Bahagian 2

Assalamualaikum...alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada kita semua untuk menyambut RAMADHAN pada kali..Semoga kita semua dapat mengambil peluang pada bulan yang berkat ini untuk meningkatkan amalan dan berusaha menyucikan HATI serta mencari KEMANISAN IMAN sekaligus meningkatkan ketakwaan kita pada Allah s.w.t dalam mencari keredhaanNYA..

Dalam artikel bahagian pertama saya telah kongsikan EMPAT perkara macam MANA NAK JADI HEBAT MACAM SUPERMAN dengan sahabat-sahabat sekalian.Pada kali ni saya ingin berkongsi lagi ENAM perkara nak jadi HEBAT.Sesuai di Bulan Ramdhan ini, kita sama-sama ingin mengambil peluang untuk mencari keberkatan dan rahmat Allah s.w.t agar kita menjadi orang yang beruntung.Oleh itu, antara ciri orang yang HEBAT salah satunya ialah SENTIASA MENCARI KEBERKATAN dalam setiap kerja yang di lakukanya itu.Ia mencari keberkatan tidak kira di mana dia berada dan apa jua sekalipun yang ia lakukan tidak kira dalam bidang AKADEMIK,BERPESATUAN,BERPOLITIK,BERSUKAN dan sebagainya..

Seluruh alam berfungsi seperti apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t,sian dan malam silih berganti dan cakerawala teguh di paksi masing-masing mengikut ketentuan ILAHI.Selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.Justeru itu, untuk menjadi seorang yang sentiasa mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjadi seorang yang HEBAT ia hendaklah SENTIASA BERDISIPLIN SETIAP WAKTU..Jika kita lihat skop definisi disiplin ini sebenarnya adalah sangat luas bukan hanya sekadar definisi seperti berdisiplin di sekolah mahupun universiti sahaja.Tetapi kita hendaklah faham bahawa setiap gerak geri dan anggota tubuh badan kita perlulah sentiasa berdisiplin.Kita hendaklah sentiasa BERDISIPLIN PADA ALLAH seperti mendirikan SOLAT,BERDISIPLIN PADA IBU BAPA dengan MENTAATI mereka berdua dan sebagainya.

Seterusnya, untuk menjadi seorang yang HEBAT ia hendak SENTIASA BESEMANGAT & CERIA seperti SUPERMAN.Semangat yang tidak pernah lusuh haruslah dipelihara agar kita akan sentiasa tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dan ujian liku-liku kehidupan ini.Sentiasa CERIA akan membuatkan ia dapat menyerap sebarang tekanan yang dihadapi olehnya.

Orang yang HEBAT selalunya sentiasa akan dilantik menjadi seorang pemimpin kerana ia memilki sikap BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERORGANISASI..Ia juga SENTIASA BERSANGKA BAIK dalam setiap perkara dan keadaan serta SENTIASA BERMAAF-MAAFAN sekiranya ada sebarang perselisihan yang berlaku. Ketiga-tiga sifat atau sikap ini perlu di miliki dan di kuasai oleh seseorang yang ingin menjadi PEMIMPN YANG HEBAT kerana saya yakin bahawa ketiga-tiga sifat ini akan menjadi penolongnya dalam menguruskan hal kepimpinannya itu.Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha memiliki sifat-sifat ini kerana setiap orang di kalangan kita adalah PEMIMPIN yang di ciptakan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan bumi ini.

Semoga kita semua perolehi manfaat dari perkongsian saya ini.Moga-maga kita dapat renung dan beramal dengannya...
13:31

Nak Jadi Superman?: Bahagian 1

Assalamualaikum..entah kenapa dah hampir 2 minggu rasa seperti kehilangan sesuatu, rasa agak lemah dan kurang bersemangat..Nak kata rindu kat kampung baru minggu lepas je baru habis bercuti.kenapa ek?..kan seronok kalau dapat jadi macam superman sebab dia adalah seorang yang HEBAT..bila HEBAT,dia kuat dalam mengharungi segala macam cabaran dan ujian..

Boleh ke jadi HEBAT macam superman?..emm kebetulan saya membelek-belek helaian buku nota kecil yang sudah 4,5 bulan tak di buka dan alhamdulillah saya terjumpa pada helain tersebut tentang 15 PERKARA HENDAK MENJADI HEBAT.Saya masih ingat lagi 15 perkara ini telah di turunkan pada saya oleh CR.NIK SYUHARUL APIZO B. SAFIEN atau di kenali sebagai Abe Joe yang merupakan matan YDP PERKUM sesi 05/06. Tapi sayang dan saya rasa sangat rugi kerana tidak berusaha untuk menguasai kesemua 15 perkara tersebut.

Saya berharap dengan perkongsian ini dapat memberikan kesedaran pada diri saya secara khususnya dan juga kepada sahabat-sekalian secara umumnya.Untuk bahagian pertama ini saya hanya akan berkongsi EMPAT perkara nak jadi hebat terlebih dahulu.Sebelum itu, marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan nikmat ISLAM kepada kita semua kerana kita sangat beruntung menganut agama yang diredhaiNya dan juga merupakan satu agama yang HEBAT.Jika agama ISLAM itu HEBAT sudah tentu penganutnya juga perlulah jadi HEBAT, betul tak?..HEBAT di sini bukan bermakna kita hendak menunjuk-nunjuk atau mencari populariti tapi biarlah kehebatan kita itu dapat memberi manfaat pada agama, diri sendiri,masyarkat dan juga negara.

Sikap BERDIKARI tanpa mengharapkan orang lain merupakan salah satu syarat untuk menjadi HEBAT.Pada pandangan saya sikap BERDIKARI ini adalah boleh di ibaratkan seperti biji yang subur.Lemparlahlah di mana-manapun pasti ia akan tumbuh tanpa memerlukan sebarang bantuan dan jauh dari sikap meminta-minta.

MENEPATI DAN JUJUR PADA WAKTU adalah syarat kedua untuk menjadi superman.Kalau terlambat walaupun sesaat mungkin musuh akan musnahkan mangsanya.Begitu juga dalam kehidupan kita selaku mahasiswa dan mahasiswi yang banyak memikul amanah dan tanggungjawab, sikap suka menepati dan jujur pada waktu perlulah dikuasai oleh kita semua agar segala amanah yang kita pikul dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana benarlah kata-kata Syeikh Hassan al-banna':"amanah yang kamu pikul adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada".

Orang yang HEBAT apabila terlibat dalam satu organisasi,dia akan MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA kerana baginya penyelesaian terbaik adalah melalui perbincangan ataupun syura.Dan dia yakin di dalam syura pasti ada keberkatan kerana perkara ini merupakan amalan Rasulullah dan juga para sahabat dalam menyelesaikan suatu masalah yang di hadapi.

Secara fitrah manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan juga tidak boleh lari dari sebarang kelemahan. Oleh itu, untuk menjadi orang yang HEBAT dia perlulah SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI.Setiap kritikan dan komen terhadap dirinya sudah tentu dia akan menerima dengan dada yang lapang dan berusaha memperbaiki kelemahan dirinya.Untuk menjadi seorang pemimpin sikap ini perlu dimiliki olehnya kerana seorang pemimpin akan sentiasa diperhati dan sentiasa menerima kritikan dan juga komen.

Untuk seterusnya akan bersambung selepas ini............
07:39

Ultra Power




Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan untuk mencari satu kuasa yang mampu menolongnya dalam setiap perkara......

kerana dia tahu kehidupan ini penuh dengan onak dan duri...

setiap hari dia diuji dengan pelbagai ujian, yang baik mahupun yang buruk...

sebab itu dia perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak gerinya.....

dia tahu yang ujian itu adalah satu cara....

bagaimana Allah ingin melihat keimanannya....

bila diberikan kebaikan ke atas dirinya, pertama pada siapa dia ucapkan terima kasih..

bila dia di timpa musibah, pertama pada siapa tempat dia mengadu....

Ya, dia tahu bukan senang untuk mendapatkan iman yang sebenar,pelu pada usaha yang berterusan...

kerana dia tercabar dengan peringatan Allah :

" apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan(sahaja) mengatakan kami telah beriman, sedang mereka tidak di uji"..(al-Ankabut:2)

dia sedar, kadang2 kata-katanya melebihi dari tindakan yang di buat untuk dia mengejar iman yang sebenar...

sebab itu dia selalu berdoa:

" Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambamu ini dalam melaksanakan amanah sebagai hambamu yang lemah, hanya padaMu tempat aku memohon pertolongan..
Ya Rahman, permudahkanlah segala urusanku dan Engkau janganlah biarkan diri ini membimbing diri sendiri"....

dia membuat pengakuan....

ya! aku inginkan ultra power yang mampu membimbing dan menolongku....

kerana aku hanya insan yang kerdil........

tapi ada ke kuasa sehebat itu?.....

kecuali Tuan yang menciptaku ini....

sekarang dia yakin dengan janji TuanNya:

" dan barang siapa yang bertawakkal pada Allah nescaya Allah akan mencukupkan(keperluanya) "( al-Thalaaq:3)

dia malu pada dirinya sendiri....

kerana dia sering lupa pada Tuannya bila dia senang..

dia mengadu bila dia susah...

akhirnya...

dia berjanji pada diri sendiri....

biarlah hidupku selepas ini....

bergantung sepenuh pada Tuannya...

keredhaan Allah menjadi matlamat awal & akhir...

tanpa bergantung pada makhluk yang lain.....

15:27

KEKUATAN SEORANG KETUA TERLETAK PADA “BERSIH”

Di zaman era perubahan yang tak menentu ini, kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang persoalan kepimpinan. Kepimpinan merupakan satu aspek yang sangat luas dan penting dalam kehidupan kita ini. Tanpa kepimpinan kita akan berada dalam keadaan kemunduran dan jauh dari kehidupan yang bertamadun.

Berbicara tentang kepimpinan ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai kekuatan seorang ketua@pemimpin ( leader strength). Satu organisasi kepimpinan tidak akan sempurna sekiranya tiada ketua hendak memimpinnya, tanpa ketua sesuatu gerak kerja yang ditetapkan dalam satu organisasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar kerana akan timbul pertindihan pandangan dan arahan.

Pada kali ini saya hendak fokuskan soal kepimpinan ini melalui kekuatan seorang ketua dalam menguruskan hal-hal berkenaan dengan kepimpinan ini.Saya yakin sahabat-sahabat sekalian pernah menjadi seorang ketua tidak kiralah sebagai ketua kelas,ketua kelab,ketua sukan @ ketua persatuan dan sebagainya. Saya juga yakin dalam memimpin ini kita akan mengalami beberapa pengalaman pahit dan manis yang terpahat di dalam diari kehidupan masing-masing yang tidak mungkin dapat dilupakan. Secara fitrahnya setiap insan diciptakan untuk menjadi seorang pemimpin baik memimpin diri,masyarakat mahupun Negara. Hal ini Allah s.w.t telah jelaskan dalam kitabnya:

Allah berfirman yang bermaksud :

“ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman pada para malaikat; sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (al- Baqarah : 30 )

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bebanan amanah yang perlu ditanggung untuk memimpin adalah sangat berat dan sukar. Seorang pemimpin perlu mengharungi pelbagai cabaran dan ujian sepanjang ia memimpin. Tapi ingatlah, Allah meletakkan sesuatu perkara itu kena pada tempatnya, ia terbukti dalam firmanNya :

Allah berfirman yang bermaksud :

“ Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya” ( al – Baqarah:286)

Untuk menjadi seorang pemimpin kita hendaklah mengetahui di manakah sumber kekuatan kita. Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian di manakah sumber kekuatan seorang ketua.

Perkara yang pertama dan utama yang perlu dimiliki oleh setiap ketua@pemimpin bagi mendapatkan kekuatan diri dalam memimpin ialah HATI YANG BERSIH. Hati yang bersih yang saya maksudkan di sini ialah hati yang ikhlas pada Allah s.w.t dan hati yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dalam memimpin ini. Hati yang ikhlas akan memberikan satu kekuatan pada seorang ketua kerana dia telah menyerahkan seratus peratus dirinya dalam proses memimpin ini pada Allah s.w.t. Datanglah berapa banyak cabaran,kritikan ataupun penentangan semasa ia memimpin nescaya ia mampu melepasinya kerana dia yakin bahawa Allah sentiasa bersama dan akan menolongnya. Hati yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah akan sentiasa memperolehi kekuatan dariNya kerana hati yang macam inilah yang akan sentiasa dalam keadaan tenang dan yakin pada keredhaan Allah s.w.t.

Untuk mendapatkan kekuatan dalam memimpin juga seorang ketua perlulah berusaha untuk memiliki MENTAL YANG BERSIH. Mental yang bersih ialah mental yang mampu membimbing diri untuk memiliki segala sifat-sifat mahmudah serta jauh dari segala sifat-sifat mazmumah. Mental yang bersih juga ialah mental yang mampu untuk bersabar dan sentiasa bersemangat dalam menempuh segala cabaran dan dugaan dalam memimpin. Keberanian untuk memimpin juga merupakan sumber kekuatan untuk memiliki mental yang bersih kerana tanpa keberanian dan keyakinan seorang ketua tidak akan sanggup untuk berdepan dengan sebarang cabaran dan dugaan sebagi seorang ketua.

ILMU YANG BERSIH adalah salah satu sumber kekuatan seorang ketua. Ilmu yang bersih ialah ilmu yang dapat memberi manfaat pada diri serta manfaat pada orang lain. Setiap ketua perlulah menguasai beberapa cabang ilmu tak kiralah ilmu agama mahupun ilmu dunia bagi membantunya dalam memperolehi kekuatan dalam memimpin. Dengan ilmu yang banyak seorang ketua mampu menyelesaikan persoalan ataupun permasalahan yang di hadapinya dalam keadaan tenang dan baik. Dengan ilmu jugalah seorang ketua mampu untuk membuat keputusan dan tindakan dengan rasional dan mantap.Tanpa ilmu sudah tentu corak kepimpinan seorang ketua akan berada dalam keadaan tidak teratur dan penuh dengan masalah dan kekecelaruan.

Di dalam konsep kepimpinan hubungan antara pengikut dan ketua tidak dapat di pisahkan. Tanpa kedua-duanya sudah tentulah tiada kepimpinan. Oleh itu, PENGIKUT YANG BERSIH adalah penyumbang terbesar dalam memberikan kekuatan pada seorang ketua.Pengikut yang bersih ialah pengikut yang memiliki semua sifat di atas iaitu HATI YANG BERSIH, MENTAL YANG BERSIH & ILMU YANG BERSIH.Pengikut yang bersih ini juga adalah pengikut yang setia pada ketuanya, mampu memahami bebanan amanah yang di pikul oleh ketuanya dan sentiasa memberikan komitmen pada ketuanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Pengikut ini juga sentiasa memberikan semangat dan sokongan pada ketuanya:

jikalau ketuanya suka, dia juga suka

jikalau ketuanya berduka, dia juga berduka

jikalau ketuanya Berjaya, dia juga Berjaya

jikalau ketuanya gagal, dia juga gagal

jikalau ketuanya sanggup berkorban demi perjuangan, dia akan pastikan ia tersenarai dalam golongan pengikut-pengikut yang sanggup berkorban demi perjuangan.


Wahai pengikut yang beriman! Sedarkah kamu sekalian bahawa kamu adalah sumber kekuatan seorang ketua? . Jika engkau lemah, engkau juga telah melemahkan ketuamu. Oleh itu, bersemangatlah dalam membantu ketuamu menguruskan kepimpinan ini. Tanpamu walau sehebat manapun ketuamu itu sudah tentu dia akan gagal dalam memimpin.

Akhirnya, saya mengharapkan perkongsian saya ini bermanfaat pada diri saya sendiri dan juga member manfaat kepada sahabat pembaca sekalian.Sesungguhnya yang baik itu adalah dating dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan pada diri yang lemah ini…Pemimpin yang kuat ialah pemimpin yang mampu berdiri teguh dalam keadaan susah mahupun senang...Sama-sama kita renung dan beramal dengan hati yang ikhlas..