07:37

"Tingkatkan Syukur melalui Ziarah"


Tiada teladan yang terbaik selain dari manusia yang bernama Muhammad b. Abdullah b. Abu Mutalib.Baginda merupakan seorang rasul yang terakhir yang di utuskan untuk umat manusia bagi mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t dan meninggalkan perkara-perkara taghut.Baginda mempamerkan akhlak yang terbaik kepada kita semua agar kita semua beruaha untuk mengikuti jejak langkah baginda.Akhlak Rasulullah s.a.w seratus peratus sama dengan isi al-quran yang Allah s.w.t mukjizatkan kepada baginda.

Sebagai seorang muslim yang telah mengaku beriman dan yakin kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w kita hendaklah berusaha untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t yang termaktub di dalam al-quran serta mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.Antara akhlak Rasulullah s.a.w yang perlu kita teladani ialah baginda merupakan seorang yang JUJUR,PEMAAF serta seorang HAMBA YANG BERSYUKUR.

Antara peristiwa yang membuktikan baginda s.a.w merupakan seoarang yang pemaaf ialah baginda tetap menziarahi seorang wanita qurais tua yang sakit walaupun sewaktu sihatnya dia sering membalingkan sesuatu kepada Rasulullah s.a.w termasuklah najis.Ziarah merupakan satu sunah Rasulullah s.a.w yang pelu kita ikuti kerana ia dapat:

1) menjalinkan hubungan silaturahim sesama manusia

2) membentuk rasa kasih sayang sesama muslim

3) meningkatkan KESYUKURAN dan keimanan pada Allah s.w.t


"memberi taklimat & tazkirah sebelum
memulakan ziarah di wad PPUM"




"pergantungan hanya pada Allah s.w.t"





"wakil HEWI PMIUM memberi semangat
dan
harapan pada pesakit"






"mesra dan seronok bersama kami"





"ukhuwwah bersama dipertingkat & dirasai"
08:20

SIMPOSIUM PERDANA MAHASISWA ISLAM( SIDANA 09' )


Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Fakulti Pendidikan UM
Masa : 8.00 - 12.00 malam

Ucapan perasmian SIDANA ’09
Oleh : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Forum Sempena SIDANA ’09
”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”

Moderator:
Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin
Mahasiswa Universiti Malaya

Panelis 1:
Sdr. Mohd Ramadhan Fitri Elias
Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004

Panelis 2:
YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Panelis 3:
Prof. Datuk Dr. Annuar Zaini
Profesor,
Monash University.

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Auditorium Fakulti Pendidikan UM.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Ucaptama
Oleh:Prof Datuk Dr Gauth Jasmon
Naib Canselor
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Pembentangan Kertas Kerja 1
Tema : Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat
Oleh : YB Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang.

Pembentangan Kertas Kerja 2
Tema : Mahasiswa Menggugat di Era Baru
Oleh : Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar
Dekan Fakulti Sastera UM.

Pembentangan Kertas Kerja 3
Tema : Pengukuhan Kesatuan Mahasiswa Islam
Oleh : Sdr. Muhammad Hisommudin Bakar
Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002.

Pembentangan Kertas Kerja 4
Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi Masa Depan
Oleh : Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh
CEO Nadicorp Berhad.


P/S: "PAKAT-PAKAT MARI LA BLAKO TU"

07:24

"Ingatkan Daku jika Terlupa"



Perjuangan Rasulullah s.a.w tidak pernah hilang di atas muka bumi ini walaupun sudah beribu tahun baginda meninggalkan umat.Perjuangan baginda tetap di teruskan oleh orang yang beriman yang berjiwa besar serta berani dalam menegakkan kebenaran dan juga kalimah Allah di atas muka bumi ini.Mereka ini ialah orang yang berjihad di jalan Allah telah dengan menjual seluruh diri mereka pada Allah s.w.t.

"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmim,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"(at-Taubah:111)

Mereka ini hanya mengejar cinta dan redha Allah s.w.t.Mereka sangat mengimpikan nikmat syurga yang Allah janjikan bagi orang-orang yang berkorban dan berjuang serta berjihad di jalan Allah s.w.t.

"hai orang-orang yang beriman,sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelematkan kamu dari azab yang pedih?.iaitu kamu beriman pada Allah dan rasul-NYA dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu".(as-saff:10-11)

Pejuang di jalan Allah s.w.t tidak pernah sesekali merungut di atas ujian dan juga amanah yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t kepada mereka kerana keyakinan yang tinggi mereka pada Allah s.w.t.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya".(al-Baqarah:286)

Mereka yang berani menegakkan kebenaran tidak pernah sesekali merasa lemah dan juga bersedih hati di atas ujian dan juga ketentuan Allah s.w.t.Mereka yakin bahawa balasan yang cukup besar bagi orang-orang yang bersabar di jalanNya.

"janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman".(al-imran:139)
Mereka tidak sesekali lentur dan kental dalam melaksanakn amar ma'ruf nahi mungkar dan mengajak manusia pada keimanan yang sebenar.Tiada perkataan putus asa dalam diari kehidupan mereka kerana mereka yakin pada pertolongan Allah s.w.t

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.(yusuf:87)

Aku ingin mengajak wahai jiwa-jiwa yang beriman semua!.Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah s.w.t.Berganding bahu lah kita dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

07:44

"Ronda-ronda sambil Dakwah"

Lebih kurang 40 orang mahasisiwa dan mahsiswi universiti Malaya telah menyertai satu program “Ronda-Ronda Sambil Berdakwah “ yang telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasisiwa Universiti Malaya(PMIUM) semalam.Program ini telah diketuai oleh saya sendiri selaku ketua Team Elit Muslim(TEM) PMIUM.Program ini dianjurkan bagi memberi penjelasan yang sebenar terhadap sambutan hari kekasih atau di sebut sebagai valentine’s day kepada seluruh mahasiswa kampus tidak kira muslim mahupum muslim.

”kami telah turun ke semua kolej kediaman dan ke beberapa fakulti untuk berjumpa dengan rakan-rakan mahasiswa yang lain bagi memberi penjelasan yang sebenar tentang ketidakwajaran bagi mahasiswa untuk hari kekasih ini”.




"mesra memberi penjelasan kepada rakan-rakan kolej "


Sambutan Valentine”s Day ini sepatutnya tidak wajar disambut oleh mahasiswa terutamanya kaum muslim kerana ia menyentuh akidah umat Islam itu sendiri.Mahasisiwa Islam seharusnya menanam rasa cintanya yang mendalam terhadap Allah s.w.t dan juga Nabi Muhammad s.a.w. terlebih dahulu sebelum bercinta sesama manusia.Islam tidak pernah menghalang fitrah umatnya iaitu untuk berkasih sayang sesama mereka tetapi kasih sayang ini haruslah mengikuti landasan yang sebenar iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah.

"semua adalah rakan kami"

"sama-sama berkongsi idea tanpa sempadan"


Kita mengharapkan agar mahasiswa sedar bahawa mereka merupakan aset Negara yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang.Oleh itu, mahasiswa perlu membentuk akhlak serta jati diri yang baik dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakan akhlak dan diri mereka seperti terlibat dengan pergaulan bebas dan sebagainya.





"mereka seronok bersama kami"



Program seperti ini insyaAllah akan diteruskanya dari semasa ke semasa.Kita mengharapkan ramai lagi mahasiswa yang akan menyertai program seperti ini bagi member penjelasan dan menerapkan idea faham islam keseluruh warga kampus dan luar kampus.

07:35

DAKWAH : Frefresh,Reactivate & Care



"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar dan beriman pada Allah"
(al-Imran:110)


"Daie perlu fleksibel & memiliki sifat penyanyang"


"semua adalah madu' "


"aktifkan & tingkatkan dakwah pada non-muslim"


"pendekatan dakwah perlu diterima semua"


"Daie perlu memiliki sifat murrobi"