13:14

PRK : PERJUANGAN LEBIH UTAMA DARI KEMENANGAN

Assalamualaikum...

Pada tulisan saya pada kali ini, saya cuba ingin kongsikan pandangan saya terhadap suatu perkara yang saya kira terdapat pelbagai penafsiran dan pemahaman terhadap hal ini iaitu 'Pilihan Raya Kampus'(PRK). Ada mereka yang berpandangan PRK adalah merupakan medan perjuangan bagi mahasiswa di kampus dan ada pula yang berpandangan PRK ini merupakan satu perkara yang tiada kaitan pun dengan jihad.
Sebelum saya memanjangkan kalam saya pada kali ini, saya mulakan dengan mengingatkan kembali bebarapa ta'rifan atau pengertian berkaitan dengan istilah 'perjuangan'. Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Dari segi bahasa jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk mencapai suatu matlamat. Al-jihad di dalam kebanyakan kamus bahasa Arab memberikan maksud berjuang mempertahankan agama.

Adakah medan PRK boleh dikatakan sebagai medan jihad bagi mahasiswa?

Abu sa'id al-Khudri katanya, RAsulullah s.a.w telah bersabda " Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim"..

Iman Hassan al-Banna pula pernah menyatakan :

"Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jurang tamal dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata untuk menjamin keamanan dan pendamaian dengan menunaikan perutusan agama yang di amanahkan Allah ke atas tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

Di sini jelas, bagi mereka yang berjihad, pemahaman yang jelas terhadap jihad itu perlulah bertepatan dengan nas al-quran dan hadis mahupun ulama'. Matlamat jihad yang utama ialah menyampaikan risalah Islam dan menyatupadukan seluruh ummah di bawah satu pegangan yang sama iaitu beriman pada Allah yang Maha Esa.

Dalam soal PRK, saya bersetuju dengan pandangan bahwa PRK merupakan medan jihad bagi mahasiswa sekiranya matlamat yang ditetapkan adalah bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh agama Islam. Jika matlamat ini bertepatan dengan kehendak agama maka ia menjadi satu kewajipan bagi seluruh mahasiswa untuk melibatkan diri di medan jihad ini.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, 'Bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan di serahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"..( Hadis riwayat Bukhari)

Saya ingin katakan bahwa, soal PRK ini telah lama Rasulullah s.a.w memberikan petunjuk kepada kita semua. Melalui hadis baginda di atas, jelas bahawa melantik pemimpin yang layak merupakan tuntutan di dalam agama agar amanah yang telah diberikan oelh Allah tidak disia-siakan. Oleh itu, bagi mereka yang menyertai jihad PRK ini haruslah membentuk peribadi dan diri mereka agar benar-benar layak memegang tampuk kepimpinan.

Aqidah Asas Perjuangan bukannya Isu

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh atau evergreen. Perjuangan berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar agama.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan :

" Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya"

Justeru itu, "Pilihan Raya Kampus' perlulah menjadi medan perjuangan bagi menghapuskan segala kefahaman dan perlakuan alam jahiliyya agar warga kampus merasai kenikmatan hidup yang hakiki di dalam agama Islam. Maka jelaslah, medan PRK adalah satu medan perjuangan jihad yang dituntut bukan medan untuk mendapatlkan kemenagan semata-mata. Jika perjuangan ini berpaksikan aqidah yang tulen, kalah atau menang bukan menjadi persoalan kerana Allah telah menjanjikan kemenangan yang besar bagi mereka yang berjihad di jalannya.

Islam Membenarkan Tahaluf

Tahluf merupakan satu perkara yang menjadi perbincangan hangat di dalam PRK mahupun politik luar. Bolehkah kita berjihad bersama dengan orang bukan Islam?

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi berkerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam. Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza'ah selepas "Perjanjian Hudaibiyah".

Tahaluf diizinkan oelh syariat berdasarkan syarat-syaratnya :

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.

Dalilnya ialah :

Hubungan Rasulullah s.a.w dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Andul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam.

Contoh maslahah yan diizinkan ialah menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan.

Dalilnya :

Rasulullah membatalkan cadangan berthaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3. Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
Melalui penerangan berkenaan tahaluf dengan menggunakan dalil yang sahih ini, saya harap ia mampu membuka mata para mahasiswa yang berjuang di dalam PRK agar tidak melepasi batas-batas yang ditetapkan oleh syariat.


Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua tehadap medan perjuangan mahasiswa yang sebenar dengan izin Allah. Saya akhiri tulisan saya ini dengan memetik kata-kata iman al-Ghazali : " Hidup di dunia ini hanya sesaaat..jadi penuhulah ia dengan ketaan"..