15:58

PATUTKAH AKU BERSYUKUR???

Aku lapar, tapi mampu aku mendapatkan makanan.

Aku dahaga, tapi dapat aku menghilangkannya,

Aku letih, tapi masih ada peluang untuk aku berehat,

Aku mengantuk, tapi masih ada bantal untuk aku lena

Aku sakit, tapi masih mampu untuk mendapatkan rawatan,

Kadang-kadang,

Aku tiada duit, tapi masih ada sumber untuk mendapatkannya,

Motor @kereta aku rosak, tapi tetap dapat juga aku membaikinya,

Pernah satu ketika,

Aku diuji dengan suatu ujian yang ku rasa berat, tapi tetap juga dapat melaluinya walaupun susah,

Aku dihina dan dimarahi, tapi masih lagi ada orang yang menyanyangi.

Jarang-jarang sekali,

Pernah la juga aku rasa kesepian, tapi masih ada lagi keluarga di sisi,

Rasa macam aku tak dihargai, tapi masih lagi didekati,

Aku sedih, tapi masih lagi ada penghibur hati,

Dan kalau aku mati, TETAP akhirat tempatku berhenti dan SYURGA menjadi IDAMAN HATI.

AKU PATUT BERSYUKUR PADA ILAHI,

Ada orang,

lapar, tapi tidak ada makanan untuknya,

dahaga, tapi hausnya tiada air untuk dihilangkan,

letih, tapi tidak ada masa untuk berehat,

mengantuk, tapi tidak ada bantal untuknya tidur,

sakit tapi tidak mampu mendapatkan rawatan,

Ada juga orang ,

Tidak ada duit, tapi tidak ada sumber untuk mendapatkannya,

Tidak ada kenderaan untuk dinaiki,hanya kaki dijadikan teksi,

PATUTKAH JIKA AKU MASIH TIDAK BERSYUKUR?

Ada orang mereka amat memerlukan sesuatu,tapi tidak mampu untuk memenuhinya.

PATUTKAH AKU MERUNGUT DAN SEDIH BILA DITIMPA MUSIBAH?

KERANA AKU MASIH lagi DIBERIKAN NIKMAT oleh TUHAN ku yang MAHA PEMURAH…

nukilan : Zul Amirul

.

07:30

PENTADBIRAN AL-FARUQ versi BERSIH 2.0-Bahagian 1


Sewaktu Baginda s.a.w masih lagi hidup dan Abu Bakar kemudiannya dilantik menjadi khalifah pertama setelah kewafatan Rsasulullah s.a.w, Saidina Umar al-Khattab adalah seperti pedang yang terhunus melengkapi kelembutan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as-Siddiq. Sifat keras Umar al-Khattab ini menjadikan kawan dan juga lawan hatta syaitan sekalipun gerun kepada beliau.

Namun setelah Umar al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah(pemimpin kaum muslimin), beliau telah mengubah dirinya menjadi seorang pemimpin yang memiliki sifat seperti Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a iaitu sifat kelembutan dan kasih sayang terhadap rakyat yang dipimpin.

Didalam ucapan Umar al-Khattab sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, beliau menegaskan;

" Ketahuilah saudara-saudaraku bahawa sikap kerasku sudah mencair. Sikap itu hanya untuk mereka yang melakukan kezaliman dan memusuhi kaum muslimin. Tetapi, bagi orang yang jujur dan berpegang teguh dengan agama serta berlaku adil, aku akan berlembut dengan mereka. Aku tidak akan membiarkan seseorang berbuat zalim kepada seseorang yang lain atau melanggar hak orang lain sehingga aku meletakkan sebelah pipinya di tanah dan sebelah yang lain akan kupijak dengan kaki ini sehingga dia kembali kepada kebenaran. Sebaliknya, kepada orang yang BERSIH dan bersederhana, pipi ku ini yang akan diletakkan ke tanah".

" Dalam beberapa keadaan, saudara berhak menegur aku dan bawalah aku ke sana. Apa yang kalian perlu ambil perhatian ialah; kalian berhak menegur sesuatu yang berada di tangan ini agar tidak keluar sesuatu bukan pada tempatnya"

" Bertaqwalah kepada Allah dan bantulah aku dalam tugas-tugas kalian. Bantulah aku dalam menjalankan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Bekalkan aku dengan nasihat-nasihat terhadap tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan oleh Allah ini, demi kepentingan kalian jua. Demikianlah apa yang inginku sampaikan. Semoga Alla s.w.t mengampuni kita semua"..(dipetik di dalam kitab, Biografi Gemilang Umar al-Khattab).

Inilah ucapan terang-terangan Umar sebagai seorang pemimpin umat Islam. Beliau benar-benar merasakan tugasan beliau sebagai seorang khalifah adalah satu amanah yang begitu besar dari Allah untuk dijalankan sebaik mungkin dengan adil tanpa ada sebarang kepentingan diri mahupun dunia melainkan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Penulis bersyukur kerana masih lagi dikurniakan hidayah dan taufik oleh Allah s.w.t. Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai diri ini dan saudara-saudara yang beriman yang lain. 9 julai 2011, tidak keberatan untuk penulis menyatakan ia merupakan tarikh keramat yang mengumpulkan puluhan ribu rakyat malaysia ( termasuklah mereka yang non-muslim) untuk menasihati pemimpin agar melaksanakan amanah dengan adil.

Namun, penulis agak kecewa dan merasa geram dengan tindakan pemimpin yang hanya mementingkan KUASA dan DIRI sendiri terus menzalimi rakyat yang hanya mahukan mereka menunaikan hak mereka kepada rakyat dengan sebaiknya. Adakah mereka ini kebal dengan kuasa Tuhan?

BERSIH 2.0 tetap akan menjadi "pacemarker"( pencetus denyutan) kepada nadi rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda untuk melakukan REFORMASI bagi menjadikan kepimpinan negara ini satu kepimpinan yang adil. Walaupun kami disepak, dipukul, ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air, kesakitan ini hanya kesakitan seketika cuma. Ingatlah, kamu akan merasaka kesakitan yang berpanjangan dengan kezaliman dan kerakusan kamu ini.