07:04

Apa beza kita dengan mereka?



assalamualaikum bt sahabat semua...

Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana hari ni Dia masih lagi panjangkan umur saya untuk hidup di atas lautan fana ini.Pagi ini saya dapat solat subuh di masjid dengan tenang walaupun terpaksa solat di bahagian tepi masjid kerana pintun utamanya dikunci.Pagi ini saya dapat bersarapan seperti hari-hari yang lain dan pagi ini saya juga dapat hilangkan dahaga dengan beberapa gelas air.Banyak lagi lah yang saya dapat buat pada pagi ini.Syukur sangat-sangat,rasa tak terkira nikmat yang Allah s.w.t kurniakan pada pagi ini.

Saya terfikir satu soalan,umat Islam di Palestine macam mana ye?

Adakah mereka dapat solat dengan tenang di masjid seperti aku?

Adakah mereka dapat sarapan seperti aku?

Adakah mereka dapat untuk hilangkan dahaga yang ditanggung seperti aku?

Adakah mereka dapat hidup senang seperti aku sekarang?


Bagi kita mungkin persoalan ini adalah sesuatu perkara yang besar tetapi bagi Umat Islam di Palestine perkara seperti ini bukan sesuatu perkara yang besar yang perlu di perbincangkan.Bagi mereka misi menghapuskan golongan menentang Islam bagi menyelamatkan agama Allah s.w.t dan membebaskan bumi barakah Palestine adalah lebih utama sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa mereka sendiri.Tidak keterlaluan sekiranya sangat mengatakan bahawa dalam darah mereka ini mengalir darah Umar al-Khattab,Khalid al-Walid,Salahuddin al-Ayubi,Sultan Muhammad al-Fatheh dan ramai lagi darah panglima-panglima Islam yang hebat satu ketika dahulu.

Mereka inilah yang sanggup menggadai nyawa dan sanggup berkorban apa sahaja bagi menegakkan Kalimah Tauhid di muka bumi in.Walaupun mereka diseksa dan dibunuh mereka tetap terus berjuang dan tidak pernah merungut bagi memperjuangkan agama Islam.Allah s.w.t menjaga keimanan dan Allah teguhkan hati mereka kerana mereka menjaga Allah s.w.t.Mereka ini sangat yakin akan pertolongan Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang beriman,jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan diteguhkan pendirian kamu"

Oleh itu, saya hendak mengajar sahabat-sahabat mahasiswa supaya merenung diri kita ini.Kita menyatakan keimanan kita pada Allah s.w.t dan mereka(umat Islam Palestine)juga menyatakan keimanan merekan pada Allah s.w.t.


Di manakah perbezaan kita?

Adakah hanya mereka sahaja yang wajib menyelamatkan bumi Palestine?

Adakah hanya mereka sahaja yang perlu meneggakkan kalimah Allah di muka bumi ini?

Adakah hanya mereka sahaja yang perlu menentang kaum yahudi dan zionis laknatullah?

Sama-sama kita renungkan diri kita ini,kita hidup senang lenang sedangkan saudara kita di Palestine hidup dalam keadaan sengsara dan menderita.

"Walaupun mereka diseksa dan dibunuh mereka tetap terus berjuang dan tidak pernah merungut bagi memperjuangkan agama Islam"






"MAHASISWA PERLU BANGKIT MELAKUKAN PERUBAHAN"
07:53

Dakwah dan Tarbiyah


Rasulullah s.a.w memulakan jihadnya dengan tarbiyah dan dakwah,bukan terbentuk secara tiba-tiba kebetulan tanpa apa-apa persediaan danpembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.

Seperti yang di tegaskan dalam al-Quran ayat 110 dalam surah al-Imran:

"Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah(menyuruh) kepada ma'ruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah"

Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi.Baginda mendidik(mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan
semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat
sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11,
maksudnya"-

"Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum
itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka".

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah 'alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.'

Sekadar berkongsi,artikel ini bukan tulisan master key of tarbiyah.







06:40

.....MASIH BASAH.......

Salam silaturahim buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.. Dalam keadaan suasana "peperiksaan" ini saya yakin pasti ramai di kalangan kita yang berhadapan dengan keadaan tertekan ataupun gundah gulana dalam menanti tibanya waktu untuk menjejakkan kaki ke medan peperiksaan.Begitu juga dengan saya yang juga berhadapan dengan situasi yang sama dengan sahabat-sahabat sekalian.Tapi kita bertuah kerana di lahirkan dalam keadaan kita mendapat nikmat ISLAM kerana dalam islam terdapat pelbagai cara yang di ajar dalam al-Quran dan as-sunnah untuk kita menghadapi keadaan sebegini yang telah saya ceritakan pada tulisan-tulisan yang lepas.

Pada minggu ini banyak sekali saya menyebut nama seorang pemuda yang sangat hebat dan berani sekali ketika zaman Rasulullah s.a.w.Beliau berperanan penting dalam membantu Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah dengan menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w.Pemuda yang saya maksudkan ini ialah..(saya tahu sahabat dah dapat teka)..Apabila di lihat semangat dan sifat berani yang ada pada Saidina Ali ini terasa diri ini ingin menjadi sepertinya.Walau bagaimana keadaan sekali pun,baik waktu senang,baik waktu susah,baik waktu peperiksaan semangat yang ada pasti tak kan lumpuh dan membara sentiasa.


Pada khamis yang lepas juga,saya sempat untuk duduk berkongsi beberapa perkara dengan beberapa orang sahabat.Satu soalan yang sempat saya tanya kepada mereka itu ialah berkenaan dengan idola atau orang yang mereka ingin contohi selain dari Rasulullah s.a.w.Antaranya ada yang ingin jadikan Saidatina Khadijah isteri Rasulullah yang begitu setia kepada Baginda sebagai tauladanya,ada yang menyebut Siti Fatimah isteri Saidina Ali yang tabah orangnya sebagai idolanya dan ada yang ingin jadikan singa Allah iaitu Saidina Umar sebagai ikutannya.Saya juga sempat bertanya apakah persamaan yang ada pada idola-idola yang disebutkan itu.Antara persamaan yang jelas dapat mereka kesan ialah;


Mereka semua hidup di zaman Rasulullah s.a.w.


Mereka telah di jamin masuk syurga.


Mereka masing-masing dapat memiliki perisai diri iaitu TAQWA.


Mereka ini pemuda pemudi yang banyak memberi sumbangan terhadap ISLAM.


Banyak lagi persamaan-persamaan yang terdapat pada mereka ini.

Pada minggu ini juga sempat saya mengimbas kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.Bila melihat jumlah tentera muslimin dalam tentera BADAR, diri ini berasa kagum dengan kehebatan ALLAH s.w.t dan semangat serta keyakinan yang ada pada tentera seramai 313 itu.Tiada yang mustahil bagi Allah sekiranya kita beriman kepadanya,Begitu Hebat pertolongan yang diberikan kepada tentera BADAR sehinggakan mereka mampu untuk menumpaskan tentera musyrikin yang mempunyai kekuatan seramai 1300 orang dengan 100 ekor kuda,600 baju rantai dan unta yang banyak yang di pimpin oleh Abu Jahal bin Hisyam laknatullah.Banyak sekali pengajaran yang mampu kita perolehi daripada BADAR ini antaranya:


KEPIMPINAN YANG BIJAKSANA,


PERSAMAAN,

SIFAT PENGORBANAN & SEMANGAT JIHAD,


SIFAT LEMAH LEMBUT.


Apabila dilihat sifat yang dimiliki oleh keempat-empat khalifah iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Usthman dan Saidina Ali masing-masing mempunyai identiti dan keistimewaannya tersendiri.Abu Bakar as-siddiq merupakan sahabat baginda yang lemah-lembut tetapi sangat tegas terhadap orang yang melanggar perintah Allah.Perkara ini dapat di lihat semasa Abu Bakar mengeluarkan agar diperangi umat Islam yang tidak mengeluarkan zakat.Umar merupakan seorang sahabat Baginda yang begitu garang yang entah beramai ramai musuh yang telah dipancungnya tetapi apabila beliau dilantik menjadi Khalifah Saidina Umar menjadi seorang yang penyayang.Ini dapat dilihat ketika Saidina Umar sanggup untuk keluar malam menyamar untuk melihat keadaan rakyatnya.Begitu juga denga Saidina Ustman dengan sifat dermawanya dan saidina Ali dengan kebijaksanaannya.


Hati menjadi tenang sekali apabila diimbas kembali SIRAH Rasulullah s.a.w dan juga Sahabat-sahabat baginda ini.Terasa seolah-olah diri ini berada di zaman itu dalam keadaan zaman ISLAM BERKEMBANG PESAT,ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM,TIADA RIBA dan zaman yang MEMPUNYAI PEMUDA PEMUDI YANG HEBAT-HEBAT belaka.Zaman yang mana tidak pernah kering dari ingatan para Mujahid dan Mujahidah zaman dan akan sentiasa BASAH selama-lamanya.
18:01

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

Diambil dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ yang diiambil dari.....
Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com/

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]
penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.
[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :
Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan golongan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.
Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM
Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti
bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”
Dari Eropah, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropah
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),
Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:
"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 8:32:00 AM
22:13

HANYA PERLU MELANGKAH

Entah kenapa pada minggu ini banyak sekali jemputan yang saya terima untuk menyampaikan tazkirah di kolej-kolej kediaman.Semakin memberikan peringatan pada orang lain semakin terasa diri ini semakin kerdil di sisi Allah s.w.t kerana melihat keadaan diri yang serba daif dan hanya mempunyai setitik ilmu dari tujuh lautan yang begitu luas.Kadang-kadang banyak persoalan yang ingin di timbulkan bagi menghilangkan perasaan gusar di dalam diri ini.Adakah aku benar-benar layak untuk menyampaikan Islam dalam keadaan diri sebegini,Ilmu yang sedikit,Amalan yang tak seberapa dan tidak pernah lekang dari melakukan maksiat pada Allah s.w.t

Namun,jika aku tak MELANGKAH menyampai dan menyebarkan agama yang mulia ini,siapa lagi?.Adakah aku akan membiarkan sahaja hanya orang lain mendapat gelaran umat yang terbaik seperti yang di firmankan Allah s.w.t di dalam surah al-Imran ayat ke-110:

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman pada Allah"

Adakah al-Quran diturunkan hanya untuk golongan-golongan tertentu sahaja?Adakah hanya golongan-golongan yang tertentu sahaja yang perlu beriman pada al-Quran?..Ingatlah sesungguhnya kita beruntung di kurniakan akal fikiran yang membolehkan kita membuat pertimbangan dalam setiap perkara yang kita lakukan dan akal ini jugalah yang melayakkan kita semua untuk memikul AMANAH Allah dan juga amanah AL-QURAN.Sesungguhnya makhluk selain dari manusia tidak sanggup untuk memikul al-Quran ini,hal ini telah dimaklumkan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud:


"sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpaan-perumpaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir"(al-Hasyr:21)

Tapi malangnya,MANUSIA MUDAH LUPA DIRI..sedangkan gunung yang tidak akan dihisab di hadapan Allah s.w.t TAKUT PADA Allah,kenapa kita yang bakal dihisab di hadapanNYA ini tidak berasa takut pun dalam melakukan maksiat padaNya?..Jika di lihat realiti umat Islam sekarang ini baik yang muda,baik yang tua,baik orang kampung mahupun mahasiswa kampus semakin hari semakin ramai yang lupa diri,makin ramai yang tidak merasa gentar akan maksiat yang dilakukanya bahkan makin ramai "orang Islam" yang menentang Pejuang-pejuang Kebenaran dalam mengembalikan keizzahan Islam.

Antara kolej yang sempat saya turun untuk menyampaikan tazkirah pada minggu ini ialah KK1,KK9,KK5 dan Kolej Kediaman ke Tujuh.Dalam pemerhatian saya yang singkat ini pada pandangan saya kita kini berada dalam keadaan kritikal kerana tidak ramai yang mahu meletakkan diri mereka sebagai Penegak Kalimah Allah dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar di kampus ini.Kita tak mampu untuk menawan hati-hati mahasiswa mahasiwi yang bergelar muslim ini untuk terus berminat dengan ISLAM dan juga BERJUANG UNTUK ISLAM.Suasan Islam di kolej-kolej kediaman semakin pudar wal hal begitu ramai orang Islam yang tinggal di kolej kediaman.Apa yang berlaku sebenarnya?Adakah Islam tidak mampu untuk menawan HATI manusia ini?

Persoalannya juga,siapa yang harus menawan hati mereka ini? siapa yang ingin merebut gelaran sebagai UMAT TERBAIK?..Tidak kiralah sesiapa pun,tapi Islam meletakkan amanah ini ke atas setiap hambaNya.Untuk merealisasikan Amanah Allah ini,YANG UTAMA kita HANYA PERLU MELANGKAH:

Melangkah untuk MEMAHAMI ISLAM,

Melangkah untuk CINTAKAN ISLAM,

Melangkah untuk MENJADI PEJUANG-PEJUANG ISLAM,

Melangkah untuk MENGEMBALIKAN KEIZAHAN & KEGEMILNAGAN ISLAM.
Akhirnya melangkah MENCARI KEMENGAN ataupun SYAHID di JALAN ALLAH.

Sekiranya setiap orang menjadi PEMULA untuk MELANGKAH,insyaAllah saya yakin ISLAM pasti akan tertegak di KAMPUS ini secara khususnya dan di seluruh negara secara umumnya.

"PASTIKAN KITA SEBAGAI PEMULA UNTUK MELAGKAH".


23:55

TAZKIRAH 1 :MOTIVASI PEPERIKSAAN

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

Assalamualaikum…

Salam silaturahim kepada sidang blogger semua,

Pertamanya marilah kita bersyukur pada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.Terlebih dahulu saya ingin berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian marilah kita menimbang diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitumg dirinya tanpa perlu di paksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t.Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapt kebahgian di dunia bahkan
MELIHAT POTENSI untuk akhirat.

Justeru itu, marilah sama-sama kita
BERTAKWA pada Allah dan TAKUTLAH UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT kecil atau besar kerana di hujung maksiat itu ada AZAB Allah yang menanti.Cintalah kita untuk melakukan KEBAIKAN walaupun sebesar kuman kerana di hujung KEBAIKAN ada SYURGA Allah menanti.

InsyaAllah pada kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat sekalian berkaitan dengan ayat di atas yang sering saya masukkan kedalam artikel-artikel saya yang lepas.Tapi pada kali ini saya nak berkongsi pada sahabat-sahabat pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat tersebut sebagai motivasi untuk kita semua.Dalam ayat tersebut Allah katakan pada Nabi Muhammad s.a.w;

"Wahai Muhammad apabila hamba-hambaKu bertanya tentang AKU,katakanlah pada mereka sesungguhnya AKU dekat dengan mereka"..

Secara fitrahnya manusia ini dicipta dalam keadaan naif dan lemah yang mana sampai satu saat atau pun ketika MENCARI PERTOLONGAN dan BANTUAN.Ayat ini cukup jelas adalah untuk memberikan motivasi untuk kita semua.

Sahabat muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah s.w.t,

Apabila kita nak menghadapi dengan UJIAN atau PEPERIKASAAN tentu sahaja kita akan menghadapi dengan STRESS dan juga rasa kacau bilau.Sebat itu Islam mendidik kita beberapa cara untuk kita berhadapan dengan sifat dan perasaan yang bercelaru ini.InsyaAllah pada kali ini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai EMPAT perkara yang ISLAM ajarkan pada kita bagi menghadapi STRESS dan juga perasaan kacau bilau ini.

Perkara yang pertama yang Islam anjurkan pada kita ialah dengan
BERDOA.Kita di galakkan untuk berdoa di penghujung solat ketika sujud yang terakhir kerana sujud merupakan satu tempat paling DEKAT dengan Allah s.w.t.Ketika inilah peluang kita untuk MEMINTA KEJAYAAN yang diberkati Allah s.w.t.Selain itu juga kita di galakkan untuk melafazkan DOA pada satu pertiga malam kerana waktu ini lah yang waktu therapy stress yang paling sesuai untuk kita.

Kedua ialah dengan wirid atau pun ZIKIR.Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ra'd ayat ke-28 yang bermaksud:

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang/tenteram"

Secara psiokologinya kita hanya mampu untuk fokus dalam study hanya 45minit sahaja.Alangkah bijaknya kita sekiranya kita berhenti seketika sebelum sambung bekajar balik selepas 45minit itu dengan
BERZIKIR.Dalam hadith soheh Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada dua kalimah yang mudah untuk kamu sebut dengan lidah,tetapi berat timbangan di sisi Allah dan dua kalimah yang sangat dikasihi Allah s.w.t,dua kalimah itu ialah
Subhanallah wa biham dihi,Subhanallah hil a'zim"


InsyaAllah kita akan mendapat gelaran orang yang cemerlang di sisi Allah s.w.t dengan mengamalkan zikir ini kerana di smaping kita mengejar dunia kita juga melihat potensi diri kita di akhirat.

Untuk menghadapi tekanan dan perasaan kacau bilau ini Islam juga mengajar kita untuk menghadapi perasaan ini dengan
MEMBACA AL-QURAN keran al-Quran dapat membuka pintu HIKMAH,KETENANGAN dan juga pintu HIDAYAH.Rasulullah s.a.w membuat empat perbandingan;

1)
Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah limau yang baunya sedap dan rasanya sedap.Nabi bandingan dengan buah limau adlah kerana buah limau di luarnya nampak cantik dan di dalamnya juga cantik.

2
)Orang mukmin tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,rasanya manis tapi tiada bau.Dia mampu untuk menjaga dirnya tapi tak mampu untuk memberi manfaat pada orang lain.

3)
Orang munafik baca al-Quran adalah seperti minyak wangi,baunya wangi tetapi tak noleh hendak di makan dan tidak memberi sebarang manfaat.

4)
Orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah peria yang rasanya pahit serta tidak mempunyai bau.Kepada dirinya pun dia tidak memberi kebaikan inikan pula hendak memberi manfaat pada orang lain.

Islam juga mengajar kita untuk sentiasa
MENGEKALKAN DIRI DENGAN WUDHUK kerana kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dalam wudhuk.Para malaikat juga suka pada orang yang berwudhuk dan para malaikat akan berdoa memohon keampunan pada Allah terhadap orang yang berwudhuk.InsyaAllah,tanpa dosa sudah tentu diri kita akan berada dalam keadaan tenang.Jadi,sebelum nak mengulang kaji pelajaran,sama-sama kita latih diri kita untuk berwudhuk terlebih dahulu supaya kita mendapt ketenangan dan mudah untuk ingat ape yang kita baca.

Akhir sekali,marilah sam-sama kita berdoa agar kita menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan serta diberkati dan di beri pertolongan dari Allah s.w.t.Dalam satu hadith kursi Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku ini berada pada sangkaan hambaKu padaKU"

Kalau baik sangkaan kita pada Allah,maka baiklah Allah pada kita.Andai kata kita tak yakin maka itulah yang kita akan perolehi.Adab kita berdoa hendaklah penuh dengan pengharapan dan keyakinan.Sebelum saya berhenti,saya cume bak ingatkan bahwa,yang menulis artikel ini tak semua dapt dia lakukan kerana saya juga manusia yang lemah tapi sebagai orang Islam kita hendak sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing.Saya rasa sekadar itu sahaja,sesungguhnya yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah s.w.t tetapi yang buruk itu disandarkanke atas diri saya yang lemah ini..Wallahu a'lam..
11:57

Belenggu Syaitan Hampir di Buka: Sudah Sedia?



Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 25 Ramadhan,lima atau enam hari lagi je nak raya.Mungkin hari ni pasti ramai yang dah siap packing barang-barng untuk bertolak ke kampung halaman masimg-masing.(p/s:jalan elok-elok,jangan lupe baca doa nak naik kenderaan pula dan semoga selamt sampai ke destinasi yang di tuju).Sudah pasti ramai yang semakin gembira dengan kehadiran Aidilfirti pada kali ni,dapat pakai baju raya baru,dapat jumpa keluarga dan yang palimg pengting dapat DUIT RAYA, betul tak?.

Memang patut pun kita bergembira di HARI RAYA ni kerana Allah s.w.t telah memberi dan membuka peluang seluas-luasnya pada kita semua untuk saling bermaaf-maafaan.Sedang kan lidah lagi tergigit ini kan pula kita dengan keluarga,saudara mara dan kawan-kawan pasti kita tidak boleh lari dari melakukan sebarang kesilapan.Jadi,sama-sama la kita lapangkan dada di untuk memohon maaf dan memberi maaf kepada sesiapa je.Bak kata P.Ramlee dalam lagunya "sedangkan Nabi ampunkan umat".Sebagai umat Baginda kenalah kita ikut setiap yang Nabi tauladankan pada kita semua agar kehidupan kita akan sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.

Akan tetapi satu perkara yang perlu kita ingat,Aidilfitri menyeru pada kita untuk kembali kepada FITRAH yang sebenar iaitu BERIMAN dengan MENGABDIKAN SELURUH kehidupan ini hanya pada Allah s.w.t.Selama SATU BULAN Dia memberikan peluang pada kita semua untuk berusaha MENDIDIK NAFSU masing-masing dan meningkatkan KEIMANAN dan KETAQWAAN padaNya dengan mempertingkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan,baik solat jemaah,baik solat terawih,baik bacaan al-Quran,baik zikir,baik qiamullai dan sebagainya semua ini adalah ruang yang Allah berikan pada kita semua memperbaiki diri kita semua.

Persiapan yang kita lakukan dalam masa sebulan ini merupakan satu SENJATA YANG AMAT BERGUNA bagi kita semua untuk menempuh cabaran yang sangat besar pada 11 bulan yang berikutnya iaitu melawan GODAAN IBLIS@SYAITAN LAKNATULLAH.Kerana mereka ini lah Adam dan Hawa menangis beribu-ribu tahun lamanya kerana menyesal di atas kesilapan mereka melanggar larangan Allah s.w.t di sebabkan godaan Iblis laknatullah ini.Tidak perlu rasanya untuk saya ceritakan kembali beberapa kisah tentang bahayanya godaan iblis pada umat Islam kerana saya rasa setiap orang pasti maklum tentang makhluk yang dilaknat Allah s.w.t.Banyak sekali ayat-ayat al-Quran memberikan peringatan pada kita semua agar berhati-hati dengan makhluk yang bernama Iblis ini.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,maka sesungguhnya dia(syaitan)menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar.kalu bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu,nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih(dari perbuatan keji dan mungkar itu)selama-lamanya ,tetapi Allah bersihkan siapa yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui"..(an-Nur:21)

Saya hendak mengajak diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian supaya koreksi diri kita ketika baki Ramadhan masih lagi ada.Adakah kita rasa Ramadhan kali ini dapat:

1)Membuatkanm kita lebih MENGENAL ALLAH s.w.t.

Dengan mengenal Allah sudah pasti ia dapat menyelamatkan manusia dari sebarang kesesatan.

2)Menjadikan kita seorang yang KUAT DAN BANYAK BERIBADAH.

kerana dengan pelaksanaan ibadah yang banyak seseorang itu akan sentiasa mendapat lembayung JAGAAN,RAHMAT,INAYAH dan pertolongan Allah s.w.t.

3)Membentuk peribadi seorang HAMBA YANG SENTIASA BERZIKIR(mengingati) ALLAH s.w.t.

Dengan mengingati Allah s.w.t,seseorang itu pasti dapat menyelamatkan diri dari tenggelam dan hanyut dalam arus ragu-ragu,was-was,binggung dan persaan yang tidak tenang di sebabkan gangguan syaitan laknatullah.

Firman Allah s.w.t:

"Ingatlah Aku,nescaya Aku ingat pula kepada kamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah mengkufuri(nikmatKu"

4)Menjadikan kita LEBIH TAKUT PADA ALLAH s.w.t.


5)Adakah kita YAKIN bahawa Ramadhan kali ini mampu MENYELAMATKAN KITA DARI KANCAH MAKSIAT.

Kerana cabaran dan ujian di bulan-bulan yang lain lebih hebat dari bulan Ramadhan keran MUSUH UTAMA umat ISLAM telah mengatur banyak strategi untuk mengkufurkan seluruh umat Islam.

6)Adakah Ramadhan kali ini menjadi PENYELAMAT DARI TENGGELAM DALAM MABUK CINTA DUNIA,TERLALU MENGEJAR HARTA YANG FANA DAN SIBUK MEMENUHI KEHENDAK NAFSU.

Sifat IKHLAS perlulah di miliki oleh setiap muslim bagi menyelamatkan amal ibadahnya.Berdoalah agar kita tidak termasuk dalam golongan yang di firmankan oleh Allah s.w.t di dalam surah al-Furqan ayat ke-23 yang bermaksud:

"Kami jadikan mereka dengan amal yang telah mereka lakukan(di dunia)lalu Kami jadikan amalan itu seperti habuk yang berterbangan(tidak berguna)"

Dan akhirnya Adakah Ramadhan kali ini mampu untuk MENJADIKAN KITA SEORANG HAMBA YANG SENTIASA REDHA terhadap takdir Allah s.w.t.

Marilah sama-sama kita semua mempertingkatkan persiapan diri di dalam menghadapi liku-liku cabaran dan ujian yang bakal kita hadapi selapas Ramadhan nanti.Marilah juga sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t di dalam mencari CINTA dan KEREDHAANYA.Semoga kita semua SElAMAT dan BERJAYA menghadapi segala cabaran dan ujian serta GODAAN IBLIS DAN SYAITAN laknatullah..
11:35

10 RAMADHAN TERAKHIR: JOM! UBAT HATI



“ketahuilah,bahawa di dalam jasad terdapat segumpal daging,bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu dan apabila ia rosok maka rosaklah pula seluruh jasad.Ketahuilah,bahwa segumpal daging itu adalah HATI”.(HR.Bukhari dan Muslim)

Jika berbicara dalam konteks perubatan semua pasti tahu bahwa HATI merupakan satu organ yang sangat penting pada tubuh manusia di dalam menjaga kesempurnaan sistem badan manusia.Tanpa HATI sudah tentu manusia akan mati.Dalam konteks ROHANI pula HATI memainkan peranan penting dalam menentukan sifat atau peribadi seseorang.Sebagai contoh,jika seorang itu suka bersedekah sudah tentu orang sekelilingnya akan melabelkanya sebagi seorang pemurah hati bukan sebagai pemurah tangan.Jika seorang itu suka mengumpat dan mengata pada orang lain sudah tentu orang sekelilingnya akan melabelkanya sebagi seorang busuk hati bukan sebagai seorang yang busuk mulut.Ini membuktikan bahwa HATI merupakan satu ciptaan ILAHI yang sangat besar fungsinya pada manusia tidak kira ia berkaitan dengan perkara zahir mahupun batin.

Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman pada Allah s.w.t kita hendaklah sentiasa berusaha menjaga HATI ini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang di sukai oleh Allah s.w.t.Sempena 10 ramadhan yang terakhir ini saya ingin berkongsi dan mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk MENGUBAT HATI masing-masing.Mungkin ada di kalangan sahabat yang pernah mendengar tentang 5 perkara hendak mengubat HATI ni. Saya masih ingat lagi,ketika saya berada di Matrikulasi Pulau Pinang ,boleh di katakan hampir setiap hari saya akan mendengar lagu tentang 5 perkara macam mana nak ubat hati.

Lebih kurang macam ni lah bunyinya:

Ubat HATI ada LIMA perkaranya....

Yang pertama BACA QURAN DAN MAKNANYA.....

memang tak dapat di nafikan lagi bahwa HATI ini pasti terubat apabila membaca al-Quran dan maknanya kerana dalam kitabullah ini banyak memberikan motivasi dan petunjuk pada pembacanya.Yang sedih sudah tentu menjadi suka,yang lemah sudah pasti kan bersemangat dan yang buntu pasti akan mendapat jalan penyelesaian.

Yang kedua SOLAT MALAM DIRIKANLAH.....

Rasulullah s.a.w merupakan suri tauladan yang patut di ikuti oleh setiap umat ISLAM.Baginda sering mendirikan solat malam atau Qiamullai bagi bertemu dengan Allah s.w.t untuk mendapatkan ketenangan serta menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.Selaku seorang muslim dan juga mahasiswa kita hendaklah merebut segala peluang yang di berikan oleh Allah s.w.t di bulan ramadhan ini untuk memperbaiki hubungan HATI kita dengan Allah s.w.t dengan kita mendirkan solat malam.

Yang ketiga BERKUMPULAN DENGAN ORANG SOLEH.....

Berada di sekililing sahabat yang baik dan soleh sudah pasti kan dapat mengubat hati seorang sahabatnya yang sakit.Jika ada yang salah,pasti sahabat yang soleh akan menegurnya,jika ia lemah sudah tentu kata-kata semangat dari seorang sahabat yang soleh mampu untuk menguatkanya kembali dan TAZKIRAH dari sahabat yang soleh mampu membantunya untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.

Yang keempat PERBAYAKKANLAH PUASA.....

Jangan tinggal tau puasa di bulan Ramadhan ni bagi yang cukup syarat kerana dengan berpuasalah kita dapat menjinakkan NAFSU kita ni.Bila NAFSU dah jinak senang la kita nak beramal dan mengejar TAQWA.

Yang kelima ZIKIR MALAM BERPANJAGAN....

betul3,dengan zikir atau mengingati Allah sudah pasti HATI akan menjadi tenang.

Salah satunya jika dapat di amalkan,moga-moga Allah akan mencukupkan.

emm..lebih kurang macam ni la bunyi lagunya.Sedap tak saya nyayi?..kalau nak saya nyayi secara life boleh la datang jumpa saya sendiri nanti..

Ok..SELAMAT BERAMAL PADA 10 RAMADHAN TERAHKIR NI,SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MALAM LAILATUL QADAR..
14:09
bahagian akhir....

"Dik,kami nak bawa adik ke PPUM ni kerana sakit adik kami tak dapat ubat kat sini,bawa semua barang-barang adik ye".kata seorang nurse pada saya.Tanpa mengeluarkan sebarang patah perkataan saya terus mengikutnya kerana menahan kesakitan yang masih di tanggug ni.Agak sukar untuk kaki ini melangkah selangkah demi selangkah untuk berjalan menuju ke sebuah van.Lebih kurang 15minit,akhirnya sampai la kami ke bahagian Trauma&Kecemasan PPUM.Pada kali ini saya betul-betul tak dapat berdiri lagi kerana menahan kesakitan yang amat sangat menyebabkan saya terpaksa di bawa menggunakan kerusi roda.Inilah sejarah baru yang dapat saya catatkan dalam diari kehidupan ini kerana ini merupakan kali pertama saya duduk di atas kerusi roda sebagai seorang pesakit.

Selepas menyelesaikan beberapa proses birokrasi PPUM,saya di bawa terus berjumpa dengan seorang doktor lelaki yang bukan warganegara Malaysia tapi mesra dan baik orangnya.Sample darah saya kemudianya di ambil bagi pemeriksaan lebih lanjut."Adik sebelum ini ada pernah sakit macam ni tak?.tanya doktor tu.Tak pernah,ni 1st time saya sakit.'jawab saya perlahan,.Maybe you kena gastrik.You ada muntah tak before you come here?..biasa la doktor mesti banyak benda yang nak di siasatnya.Ye2 pagi tadi empat kali saya muntah.jawab saya lagi.Ok now,saya akan bagi you four injections termasuk ubat tahan sakit and gastrik.Subhanallah biar betul!besarnya jarum dia(bicara hati ini).Yang sebenarnya saya takut jarum."Adik jangan takut ye,buat releks je tau"..Aik macam tahu-tahu je doktor ni yang saya takut jarum.

Saya pejamkan mata ini menantikan proses suntikan selesai.Beberapa saat lepas suntikan je saya terus tertidur kerana kesan ubat yang sangat kuat.Beberapa minit selepas itu saya bangun tersedar semula,tapi kali ini mengejutkan doktor kerana suntikan yang di berikan pada saya tidak sedikit pun mengurangkan rasa sakit yang saya alami tu.Kali ini saya mengerang kesakitan dan kesejukan."Doktor saya sejuk".kali ini saya betul-betul mengadu pada doktor itu kerana saya rasa pada masa itu saya berada di tahap yang kritikal.Datang seorang nurse pada saya dan bertanyakan soalan"Dik datang seorang je ke,adik tak bawa teman ke?.Kali ini saya hanya diamkan diri kerana tak seorang pun yang tahu saya di masukkan ke PPUM pada ketika itu.Mungkin di fikiran saya ketika itu tak mahu susahkan siapa pun termasuklah keluarga sendiri.

Kemudian saya di bawa oleh seorang nurse ke wad pemerhati atau nama lainya Observation Wad."Kak saya sejuk".Sekali lagi saya mengadu kerana saya betul-betul kesejukan kali ini.Mungkin kesiankan saya,nurse itu terus baringkan saya di katil no.3.Alhamdulillah,rasa lega seketika apbila badan ini dapat di tutupi dengan kain selimut walaupun kain selimut itu jarang sedikit.Lengan saya kemudianya di masukkan air dan saya cuba pejamkan mata mengharapkan diri ini terlena seketika bagi mengurangkan rasa sakit dan kesejukkan yang di alami.Kalau saya tak silap,dalam pukul tiga lebih saya terjaga dari tidur."Awak bawa kawan tak?"sekali lagi soalan ini di tanya oleh nurse yang lain.Kawan saya ada kelas sampai petang.kali ni saya menjawab.Takpe lah,biar saya je la yang bawa awak ke bilik X-ray.Alhamdulillah selepas 20minit proses X-ray pun selesai.

Saya kembali ke katil untuk direhatkan semula.Tekanan dan suhu badan saya di ambil untuk kali yang ketiganya."Awak demam ni".bagitau nurse pada saya apabila melihat bacaan suhu badan saya melebihi aras normal.Botol air yang tergantung itu di gantinya yang lain,saya rasa itu botol yang ketiga.Saya terlena kembali sehinggalah datang dua orang doktor perempuan memeriksa saya hampir jam 6petang."Doktor boleh tak saya nak balik?".Mungkin ketika itu saya rasa betul-betul kesunyian berada di hospital tu.Awak mana boleh balik sebab awak kena appendix,"malam ni kita nak operate awak".Tergamam saya seketika mendengar berita dari doktor itu.Sungguh tak di sangka,perkara yang tak pernah terfikir di fikiran ini akan berlaku dalam masa kurang satu hari.

Saat itulah saya rasa jiwa ini betul-betul kosong.Engkau Maha Hebat wahai Tuhanku,Engkau mampu lakukan apa yang Engkau inginkan dalam sekelip mata sahaja.Amat rugi sekiranya hamba yang Engkau cipta tidak beriman padaMu.Hati ini redha dengan ketentuanMu dengan mengharapkan seribu satu hikmah di sebalik ujianMu ini.Saya tersenyum seketika sambil termenung cuba mencari hikmah di sebalik kejadian ini.Ketika inilah saya ingat kembali ucapan yang saya ucapkan semasa dalam perjalanan ke P.Pinang tiga hari yang lepas."ATAH TUHE BLAKO".Ternyata ungkapan ini benar-benar menjadi kata-kata keramat yang sangat bermakna.

Kesunyian saya pada petang itu berakhir dengan datangnya seorang sahabat melawat saya ketika itu."Jangan bagitau orang lain tau".minta saya padanya.Tapi permintaan saya kali ini sudah terlambat kerana sahabat saya itu telah forwardkan message pada sahabat-sahabat yang lain.Selang beberapa minit kemudian datang lagi tiga orang sahabat yang lain datang melawat.Kali ini kesunyian sudah mula hilang sedikit demi sedikit.Mereka bertiga kemudian pulang sebelum masuknya waktu maghrib.Saya gagahkan diri ini menuju ke surau untuk solat maghrib dalam keadaan botol air masih melekat di tangan.Dik,awak pegi mana tadi?Solat kak,saya membalas..Ya Allah budak ni kenapa tak bagitau,tak susah ke awak bawa botol air tu?.Saya hanya membalasnya dengan satu senyuman.

"Awak kena tukar wad sekarang".Tambah nurse tu lagi.Alhamdulillah kali ini saya beruntung kerana kebetulan(sebenarnay ketentuan Ilahi) ketika itu datang tiga lagi sahabat saya yang lain.Kerusi roda yang saya naiki kali ini bukan lagi ditolak oleh nurse tapi oleh sahabat yang saya kasihi.Kini baru terasa yang diri ini bukan seorangan.

Di pendekkan cerita,pada malam itu sebelum saya di bedah,saya menerima kunjungan yang ramai dari abang-abang,akak-akak dan sahabat-sahabat seperjuangan.Saya tak pernah bayangkan pun akan menerima kunjungan yang sedemikian.Terima kasih banyak-banyak pada semua yang melawat dan memberi sokongan pada saya.Saya terasa seolah-mempuyai satu keluarga yang sangat besar.Kalau di kampung saya hanya mempunyai lima orang adik-beradik yang semuanya lelaki sahaja tapi kali ini saya mempunyai bilangan adik beradik yang begitu ramai sekali dan ada adik beradik perempuan lagi.Ya Allah,aku bersyukur padaMu,Engkau hilangkan keperitan UjianMu itu hanya dengan menghantar mereka ini sebagai kekuatan diriku."Semoga Engkau warisi kami semua dengam SYURGA FIRDAUSMU itu".Amen..

"Saya ada berita gembira untuk awak.sekarang awak akan di bedah".bagitau seorang nurse sambil melemparkan senyumannya pada saya.Jam ketika itu menunujukan pukul 10 lebih.Kali ni jantung saya berdegup lain macam je,nak kata takut memang patut pun kerana ni 1st time nak kena bedah.Dalam perjlanan menuju ke bilik bedah saya tak henti-henti berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dengan harpan Allah permudahkan proses pembedahan itu nanti.Semasa berada di lobi sebelum masuk ke bilik bedah,ketika itulah saya teringat ayat motivasi Allah s.w.t yang telah saya kongsikn pada adik-adik KMPP sehari sebelum saya sakit.

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

Saya mengambil peluang ketika itu untuk berdoa banyak-banyak.Selang beberapa minit menunggu saya kemudianya di masukkan ke dalam bilik pembedahan.Alhamdulillah,lepas pada itu saya dah tak ingat apa-apa sehinggalah saya tersedar kembali hampir jam 3 pagi,ketika itu semuanya dah selesai.Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat.Pada malam itu saya di temani tiga orang sahabat saya sampailah ke pagi.

Di pendekkan cerita lagi,pada keesokkan harinya ramai sahabat-sahabat yang datang melawat sehinggakan seorang doktor menyindir saya dengan berkata."yang datang satu bas tadi tu semuanya family awak ke?.Saya hanya trsenyum sambil menjawab dalam hati.Ya,mereka semua memang family saya.Akhirnya jam 6.30ptg hari selasa saya di benarkan untuk pulang ke rumah..

- DAH TAMAT-
PERINGATAN!!

saya bawakan cerita atau pengalaman saya ini bukan untuk mendapatkan simpati dari pembaca sekalian.

Tapi saya mengharapkan agar cerita ini dapat di jadikan tauladan buat sidang pembaca sekalian.

Yang baik harap dapat di jadikan pengajaran dan yang tak elok harap di buang jauh-jauh.

Mohon maaf di atas sebarang kesilapan di atas penulisan saya ini.

SESUNGGUHNYA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG LEMAH ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI TETAPI HAKIKATNYA KEDUA-DUANYA DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T

"selamat beramal"
15:40
sambungan artikel di atas....

Pada pagi itu saya hanya meluangkan masa selama lima belas minit bersama para peserta.Pada petangnya saya di beri satu slot muhasabah bagi menyedarkan kepada para peserta mengenai beberapa perkara:

1)Sesungguhnya kita ini adalah hina tanpa ISLAM & kerana ISLAM kita
digelar umat yang terbaik.


2)ISLAM tak perlukan kita,tapi kita memerlukan Islam,oleh itu janganlah entum
semua bermegah-megah dengan kelebihan yang entum miliki kerana itu semua
adalah datangnya dari Ilahi.


3)Entum semua pilihan Allah sebab itu entum berada di sini sebab itu janganlah
entum menyesal di atas setiap ketentuan Ilahi.

4)Entum semua sememangnya layak untuk memikul amanah yang telah ditaklifkan
pada entum semua kerana Allah telah berjanji dalam al-Quran di dalam surah
al-Baqarah ayat 284 yang bermaksud:

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya"

5)Jadikan Allah sebagai matlamat dan tempat kebergantungan entum semua.Jangan
entum cari sebarang pertolongan yang melebihiNya.

Inilah beberapa perkara yang sempat saya bawa sebagai koreksi bersama-sama para peserta.Alhamdulillah air mata yang mengalir jatuh ke pipi mereka jelas menunjukkan mereka dapat menerimanya dengan baik.Sahabat saya bertanya.."eh,macam mana la enta buat peserta muslimin yang keras kepala ni menangis"..tanpa berfikir panjang saya menjawabnya seperti biasa emm "atah Tuhe blako"..Kaku sahabat saya itu mendengar jawapan saya ni..

Bagi memendekkan cerita,pada sebelah malamnya, saya mengambil satu lagi slot muhasabah..Emm,nampaknya program kali ini seolah-olah memberi peluang seluas-luasnya untuk saya koreksi diri ini sendiri.Pada hari ketiga iaitu hari terakhir,sebelum berpisah saya tinggalkan pada adik-adik beberapa kata semangat berpandukan satu ayat yang Allah s.w.t nukilkan di dalam al-Quran:

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

Saya katakan pada mereka ayat ini merupakan satu ayat motivasi untuk kita semua.Allah s.w.t tahu bahawa manusia mengharapkan satu kuasa yang mampu menolong mereka dalam kesusahan.Selaku seorang muslim kita semua tahu yang mempunyai UltraPower hanyalah Allah s.w.t.Dalam ayat tersebut jelas Allah s.w.t memberitahu hambaNya bahawa sesungguhnya Dia itu sangat hampir dengan kita semua.Hanya pada Dialah layak kita memohon pertolongan.

Saya tinggalkan P.Pinang dengan meninggalkan seribu satu harapan pada mereka semua.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan adik-adik saya yang di kasihi itu.Alhamdulillah saya bersama sahabat-sahabat yang lain selamat kembali ke Kuala Lumpur iaitu sebuah bandar raya yang tak pernah putus dengan gelombang maksiat walaupun semasa di bulan ramadhan."Ya Allah Engkau bukalah pintu hati hambaMu yang berbuat maksiat padaMu itu".Emm..mesti lena saya tidur malam ini,itulah harapan saya apabila sampai di rumah sewa.Al-maklumlah terlalu penat dengan perjalanan yang agak jauh.

Langit tak selalunya cerah,ujian datang tanpa di duga..entah kenapa pada pukul 4.30pg saya tersedar kerana terasa perut ini begitu sakit.Sakit yang tak pernah saya alaminya sebelum ini.Mungkin kejap je kot sakit perut saya ini,itulah serangan psiokologi yang saya cuba mainkan pada diri ini bagi mengurangkan rasa sakit itu.Tapi malangnya sakitnya bertambah-tambah,tak tahu apa yang perlu di buat lagi.Saya cuba menyapu dua jenis minyak panas kat perut ni tapi tak memberi sebarang kesan pun.Allahuakhbar,Allahuakhbar,Allahuakhbar..hanya ucapan ini je lah yang mampu saya keluarkan pada ketika itu.

Dengan kesabaran yang masih lagi melekat pada diri ini,saya menahan kesakitan itu sehinggalah saya selesai solat subuh,kemudian saya baringkan seketika tubuh ini bagi menunggu datangnya siang.Ya Allah,terasa begitu lama menanti masa berlalu walaupun satu minit.Pada pukul 9 pagi,saya tak dapat tahan lagi kesakitan perut ini menyebabkan saya menelifon sahabat yang sangat saya kasihi iaitu Ahmad Fahmi untuk menghantar saya ke klinik di kolej 12.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya pagi itu dengan menghantar sahabat saya ini.(Fahmi terima kasih banyak2,ana tak mampu nak balas jasa enta ni..semoga Allah saje yang membalasnay)...

Sampai je ke klinik,sekali lagi Allah s.w.t mempermudahkan urusan saya dengan membenarkan saya berjumpa doktor tanpa menunggu giliran.Dengan serta merta saya di berikan satu suntikan dan di suruh untuk berehat selama 30minit.Tapi malangnya bagi saya kerana suntikan itu tak memberikan sebarang kesan pun bagi mengurangkan kesakitan saya ini bahkan kesakitan saya semakin bertambah.Allah,Allah,Allah..hanya nama inilah yang menjuarai setiap perkataan yang keluar dari mulut saya ketika itu....

nantikan sambungan kisah ini yang terakhir...
11:05

IZINKU BERKONGSI DENGANMU

Assalamualaikum...ape khabar sahabat-sahabat sidang pembaca yang di rahmati Allah s.w.t sekalian?..Entah kenapa tangan ini terketar-ketar ingin menulis artikel kali ini,mungkin terasa ia bukan satu kepentingan untuk dikongsi pada semua kot.Apa-apa pun saya gagahkan jua untuk saya menulis dengan harapan ia dapat memberi serba sedikit keinsafan pada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian.

Alhamdulillah pada minggu lepas pada 12-14 haribulan saya sempat turun ke P.Pinang bertemu dengan adik-adik matrikulasi Pulau Pinang untuk berprogram bersama mereka.Walaupun saya turun sebagai fasilitator tapi pada kali ini saya rasa seperti saya juga menjadi peserta dan hati ini tersentak lebih dari para peserta dengan pengisian yang kami sendiri menyusunnya.Saya bertolak dari Kuala Lumpur pada jumaat sebelah malamnya bersama 4 orang sahabat yang lain dengan menaiki sebuah kereta.Dalam perjalanan ke P.Pinang,banyak sekali perkara yang kami bualkan,maklumlah kami semua dari kampus yang berlainan.

"Atah Tuhe blako"(versi kelantan),inilah perkataan yang banyak sekali terkeluar dari mulut saya pada malam itu.Rasa terkunci untuk diri ini mengeluarkan perkataan yang lebih layak dari perkataan itu apabila berbicara tentang perkara yang baik mahupun yang buruk.Mungkin ini satu petanda untuk Dia memberi pengajaran pada hanbaNya yang mungkin leka tanpa di sedarinya.Lebih kurang pukul 2.30pg kami pun sampai di P.Pinang.Sesudah sampai di sana kami tidak terus tidur tapi membuka satu lembaran cerita yang baru bagi mengisi masa sebelum bersahur.

Allahuakhbar!betul ko ni?..pada kali ni saya betul-betul kaku apabila mendengar satu cerita yang sangat ngeri tapi mempunyai pengajaran yang sangat mendalam pada siapa yang menghayatinya.Bilo benda ni berlaku?..1 ramadhan jawap sahabat saya yang bercerita itu..

Lebih kurang macam ni la ceritanya:Pada malam 1 ramadhan yang lalu,seorang muslimat dari sebuah kampus telah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat mengerikan apabila dia tergelincir dan terjatuh dari tingkat 3 semasa dia ingin melompat ke seberang bangunan satu lagi kerana ingin menyelamatkan diri daripada di tangkap setelah dia di kesan berdua-duaan dengan seorang insan yang bergelar 'lelaki'.Saya minta maaf kerana tak sanggup untuk cerita kisah ini secara terperinci.Tapi apa yang saya nak sampaikan di sini ialah tiada seorang pun yang mahu di panggil bertemu Ilahi dalam keadaan sedemikian.Cuba kita bayangkan muslimat ini di panggil bertemu Allah dalam keadaan dia diuji keimanannya.Saya harap kita semua bersangka baik pada muslimat ini dengan sangkaan"mungkin sebelum dia terjatuh dari tingkat 3 itu,dia dah betul-betul insaf dan bertaubat pada Allah s.w.t.Semasa hidupnya dia merupakan seorang yang sangat baik,menjaga aurat dan peribadinya.Semua ini berlaku "atah Tuhe blako",sekali lagi perkataan ini keluar dari mulut saya pabila mendengar cerita yang betul-betul menginsafkan saya.

Selepas mendengar kisah itu,tanpa membuang masa saya terus membasahi tubuh ini dengan wudhuk untuk sujud pada yang Maha Kuasa.Inilah kali pertama saya merasa begitu takut akan ujian yang bakal menimpa diri ini kelak.Persoalannya adakah diri ini benar-benar akan mampu untuk menghadapi ujian itu nanti? @ aku akan senasib dengan muslimat itu nanti.."Ya Allah,janganlah Engkau menguji aku apa yang tidak sanggup aku tempuhinya".

Saya hilangkan kisah mengerikan itu seketika agar dapat saya fokuskan pada program yang akan berlangsung pada keesokkan paginya."Entum semua selesa tak sekarang?"..inilah soalan pertama yang saya tanyakan kepada para peserta.Ya kami selesa,jawab mereka..saya senyum sambil berkata"pastikan diri anda semua tidak berada dalam keadaan selesa selepas ini kerana saya akan latih anda supaya menjadi orang yang tak kan selesa sampai entum betul-betul laksanakan amanah yang entum semua pikul"...


nantikan sambunganya...
20:12

SYUKRAN




"TERIMA KASIH KEPADA ABANG-ABANG,AKAK-AKAK DAN SAHABAT YANG SAYA KASIHI SEKALIAN

KERANA SUDI MELAWAT ANA DI HOSPITAL DAN YANG MEMBERIKAN SOKONGAN YANG TAK BERBELAH

BAGI.HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS BUDI BAIK ANTUM DAN ANTUNA YANG ANA

KASIHI SEMUANYA.SEMOGA KITA SEMUA AKAN SENTIASA DI RAHMATI DAN MENDAPAT KEJAYAAN DI

DUNIA DAN AKHIRAT"

00:51

MUHASABAH RAMADHAN: Layakkah Aku Digelar 'MUJAHID'

Salam Ramadhan dan perjuangan buat sahabat pembaca sekalian...

Perjuangan Islam sama sekali tidak akan luntur di atas muka bumi Allah s.w.t ini kerana setiap masa dan waktu akan sentiasa ada mata-mata rantai yang akan di lahirkan bagi menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.Hal ini bertepatan dan menjadi satu kenyataan yang tidak dapat di nafikan dengan apa yang telah disebutkan oleh Baginda s.a.w beribu tahun yang lalu melalui sirah Baginda SAW.Antaranya ialah, bahawa tidak akan diutuskan seorang Rasul melainkan pasti akan ada diantara manusia ini yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi penolong dan pembantu mereka.


Generasi para sahabat adalah satu generasi terpilih yang telah diangkat kemuliaan mereka itu dengan menjadi penolong dan pembantu Rasulullah SAW dalam jihad dan perjuangan mereka. Mereka telah meredah dan merintis jalan Dakwah Islam yang penuh dengan cabaran dan onak duri serta menepuh segala mehnah dan tribulasi demi menjulang kemuliaan Islam serta memenangkan dan menjulang kalimah Tauhid di atas muka bumi. Mereka telah membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dengan menabur sejuta pengorbanan yang tiada nilainya. Merekalah generasi yang patah takkan tumbuh, hilang takkan berganti.

Antara contoh teladan sahabat-sahabat yang telah membuktikan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan agama Islam ini ialah Saidina Abu Bakar as-Sidiqq,Umar al-Khattab,Ali bin Abu Talib dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain.Mereka boleh di jadikan sebagai qudwah untuk para Mujahid dalam menabur sejuta tenaga dan beribu pengorbanan dalam menegakkan kegemilangan Islam di muka bumi ini.Jika kita melihat Sirah Baginda s.a.w bersama para Sahabat Baginda dalam memperjuangkan agama Allah ini kita akan mendapati bahawa mereka merupakan satu golongan umat yang telah banyak menabur bakti dan telah banyak berkorban jiwa,harta,orang yang tersayang dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan kemenangan Islam bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Merenung dan melihat serta mendalami keadaan remaja-remaja Islam di era perubahan generasi ini,kita dapat melihat dua perbezaan yang sangat ketara di kalangan mereka ini iaitu remaja yang mempunyai semangat untuk memperjuangan agama dan juga remaja yang bersemangat tanpa segan silu dan rasa bersalah dalam menjatuhkan agama Islam yang syumul ini.Dalam konteks mahasiswa dan mahasiswi kampus, saya melihat satu gelaran yang hangat di guna pakai oleh mereka yang bergelar aktivis kampus ialah mengelar diri mereka sebagai MUJAHID-MUJAHID yang berjuang di kampus atau dengan kata lainnya mengakui bahawa mereka merupakan golongan remaja yang berjihad di kampus dalam memartabatkan kegemilangan ISLAM di bumi kampus masing-masing.

Saya tidak nafikan bahawa tanpa golongan mahasiswa/i yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID ini sudah tentu Islam tidak dapat disebarkan dengan lebih meluas kepada warga kampus yang semakin hari semakin hanyut dengan keseronokan dunia yang telah menipu mereka.Jika kita melihat realiti kampus itu sendiri kita akan mendapati bahawa telah banyak remaja Islam kita telah terjerumus kepada lembah kemaksiatan yang menjauhkan mereka dari Allah s.w.t.Oleh itu,golongan Mujahid kampus inilah memainkan peranan yang sangat penting untuk MENGISLAHKAN remaja Islam kita yang tergelincir dari landasan yang sebenarnya ini.

Tapi sebelum itu satu persoalan yang ingin saya timbulkan kepada PARA MUJAHID KAMPUS,apakah kita benar-benar telah meletakkan diri kita atau memainkan peranan yang sebenarnya dalam posisi kita yang bergelar MUJAHID ini?Sebagai renungan dan muhasabah bersama,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini telah menepati ciri-ciri yang sebenar bagi melayakkan kita untuk bergelar MUJAHID?

MUHASABAH BAGI PARA MUJHID KAMPUS:

1.Adakah kita benar-benar meletakkan MATLAMAT perjuangan JIHAD kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan sejauh mana KEKUATAN AKIDAH kita pada Allah s.w.t?

Kemantapan akidah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas jihad.Sehubungan dengan ini Allah s.w.t amat mengetahui sejauhmana keyakinan dan keimanan hambaNya.Ketahanan para sahabat menghadapi pelbagai ujian telah melahirkan satu generasi yang bersedia menerima apa sahaja perintah untuk di laksanakan,sedia berkorban di jalan Allah sama ada menang atau syahid dan bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut dengan perintah Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya para sahabat yang berjihad mempunyai niat yang ikhlas menetapi AKIDAHNYA.Niat jihad mereka mestilah kerana Allah,berjihad bagi menegakkan kalimah Allah bukan kerana dunia seperti menunjuk-nunjuk dan sebagainya.


2.Adakah PENGORBANAN yang telah kita lakukan telah cukup dan membantu dalam perjuangan menegakkan kalimah Tauhid di bumi kampus ini?

" kamu beriman pada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itukah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".(ash-Shaff:11)

Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda merupakan contoh teladan yang sangat sesuai untuk kita melihat pengorbanan jihad mereka.Mereka bukan sahaja sanggup berjihad harta tapi mereka juga sanggup menggadaikan jiwa mereka ingin kemengan ISLAM.
Di zaman Rasulullah s.a.w,kaum Muhajirin dan juga Ansar telah membuktikan bahawa perjuangan mereka adalah semata-mata bermatlamatkan untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t sehinggakan kaum Muhajirin sangup berkorban meninggalkan kampung halaman tercinta untuk berhijrah ke Madinah kerana mematuhi perintah daripada Allah s.w.t.Begitu juga dengan kaum Ansar mereka tidak rasa sayang sedikit pun untuk berkongsi harta mereka dengan kaum Muhajirin sehinggakan isteri mereka sendiri pun ingin di beri pada kaum Muhajirin.Banyak lagi sirah yang kita boleh lihat tentang betapa jelasnya matlamat para MUJAHID di zaman Rasulullah s.a.w.
Banyak sekali di dalam peperangan,TENTERA-TENTERA MUHAMMAD ini mengotakan janji mereka untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Ramai sekali di kalangan mereka berjaya menempahkan diri ke SYURGA dengan tiket SYAHIDnya mereka di dalam peperangan.


3.KEYAKINAN pada Allah s.w.t merupakan satu sifat yang tidak boleh lari dari seseorang yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID.Mereka tidak rasa berat dan kecewa di atas musibah yang menimpa diri mereka dalam menempuh ranjau perjuangan mereka.Mereka merasakan bahawa Allah s.w.t sentiasa hampir dengan mereka.Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKUaa0 dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

4.Untuk mengelar ini sebagai seorang MUJAHID,kita hendaklah menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah s.w.t atau dengan kata lain TARBIYAH RUHIYYAH kita terhadap Allah s.w.t.Adakah kita menjadikan diri sebagai SINGA yang berjuang di siang hari dan seorang RAHIB di malam harinya yang tidak pernah putus dalam mempertingkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta mengukuhkan keimanan dan ketakwaan pada ILAHI.

5.Akhir sekali,sebagai muhasabah untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini berusaha untuk mencapai apa yang dilaksanakan oleh Syahid Al-Hassan Al-Banna' iaitu:

1) Berusaha untuk mencapai KEFAHAMAN MENDALAM sebagai seorang hamba dan MUJAHID.

2) Berusaha untuk meningkatkan amal ibadah untuk mencapai KEIMANAN YANG MENDALAM
pada Allah s.w.t

3) Berusaha untuk menghayati erti KASIH SAYANG YANG MENDALAM sesama
MUJAHID dalam memperjuangkan agama ISLAM yang syumul ini.

Akhir kalam dari penulis,saya berharap agar PARA MUJAHID KAMPUS sentiasa berusaha dalam memperbaiki diri dan hubungan dengan Allah s.w.t agar perjuangan yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t dan tergelincir dari dasar TARBIYAH ISLAMIYYAH yang sebenar..


"SELAMAT BERJUANG BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG TERCINTA"
10:54

RAMADHAN : TARBIYYAH DAN PERJUANGAN


Assalamualaikum, bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan nafas memberikan lagi kita peluang meneruskan kehidupan dalam bulan Ramadhan ini.Sebagai seorang muslim yang menyatakan keimanan pada Allah s.w.t kita hendaklah mengambil peluang ini dengan meningkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta memperbanyakkan melakukan kebaikan walaupun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sebesar biji sawi.

Ramadhan merupakan satu bulan rahmat yang tak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam akhir zaman ini.Ramadhan membuka seluas-luasnya peluang kepada kita semua untuk koreksi atau muhasabah diri masing-masing.Inilah masanya untuk kita melihat dan menilai sejauh mana keimanan kita pada Allah s.w.t,banyak mana sumbangan yang telah kita berikan pada Islam, banyak mana kita telah lakukan maksiat pada Allah s.w.t, sejauh mana kita mennghargai perjuangan Rasulullah s.a.w,sedalam mana kita cinta pada Baginda dan sejauh mana kita berusaha untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Inilah masanya sahabat-sahabat untuk kita melihat kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.Rebutlah peluang ini untuk menyuburkan TARBIYAH ISLAMIYYAH.Sucikanlah HATI ini yang telah banyak membuat maksiat pada Allah s.w.t,sucikanlah HATI ini yang telah banyak berdusta dengan kata-kata tanpa sebarang tindakan yang dilakukan terhadap agama Allah s.w.t dan sucikan HATI ini dari segala sifat-sifat mazmumah yang tidak disedari berada dalam diri kita ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". ( Asy Syams :9-10)

Diri ini malu untuk menyatakan bahawa diri ini mencari CINTA ILAHI kerana takut ucapan yang di keluarkan itu bukanlah dari HATI yang benar-benar IKHLAS tetapi hanya diucapkan apabila diri ini merasa keseorangan dan semasa mendapat musibah dariNya.Saya juga TAKUT untuk merasakan bahawa diri ini benar-benar YAKIN pada pertolongan ALLAH s.w.t kerana kadang-kadang apabila diri ini DIUJI saya hampir mencari dan meminta pertolongan makhluk ciptaanNya.Jadi,inilah masanya untuk jadikan semua itu sebagai kenyataan yang BENAR.Manfaatkan Qiamullai untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dalam mencari CINTANYA, pertingkatkan amal ibadah untuk membuktikan bahawa hanya pada YANG MAHA ESA kita berserah dan berharap.

Betapa ruginya kita semua sekiranya kita hanya menjadikan RAMADHAN SEBAGAI BULAN TARBIYAH kerana Rasulullah s.a.w dan juga sahaba-sahabat Baginda menjadikan Ramadhan ini sebagai BULAN MENINGKATKAN TARBIYAH dan juga BULAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEIMANAN mereka pada ALLAH s.w.t dengan BERJUANG di JALAN ALLAH s.w.t.Cuba kita ingatkan kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ramadhan ini:


2 Ramadhan 2H adalah hari bersejarah berlakunya peperangan pertama dalam survival umat Islam iaitu Perang Badar. Sejarah askar Islam seramai 313 orang di bawah pimpinan Rasulullah SAW bertempur dengan tentera Arab Musyrikin.Mereka tentera Islam telah membuktikan keimanan dan kesyukuran mereka pada Allah s.w.t sehinggakan mereka berjaya menewaskan musuh yang berlipat kali ganda bilanganya dari mereka.

Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya".

Peristiwa ini sebenarnya cukup bermakna dalam memberikan pengajaran kepada kita semua dan juga sebagai satu motivasi untuk kita bertambah YAKIN untuk MENINGKATKAN KEIMANAN dan BERSYUKUR pada ALLAH s.w.t kerana melahirkan kita dalam keadaan memperolehi NIKMAT ISLAM dan IMAN.

Banyak sebenarnya perisitwa perang dalam bulan Ramadhan, satu lagi ialah Perang Tabuk yang juga dikenali sebagai perang tentera berjalan kaki dan perang tentera yang dalam kesusahan (kerana kepanasan dan tiada bekalan air). Peperangan ini dicatakan sebagai bermula sejak bulan Rejab lagi. Kalau kita bayangkan .. Rejab, Syaaban dan masuk Ramadhan, hampir tiga bulan semuanya. Seramai 30,000 tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW mempertahankan utara Madinah dari kemungkinan diserang Rom.

Itulah perang pertama antara umat Islam dan Kristian di Eropah yang pada masa itu dikenali sebagai Rom. Andaikan pada hari ini negara-negara Eropah yang kita biasa dengar seperti UK, Jerman, Spain, Portugal, Itali dan sebagainya (katakan termasuk Amerika juga) bergabung dan berperang dengan negara-negara Islam, salah satu angkatan mereka menyerang Malaysia. Bagaimana, adakah semangat kita terasa sekuat tentera Islam Perang Tabuk atau terasa lemah sendi memikirkannya?

Namun dalam Perang Tabuk itu, tentera Islam telah berjaya menyekat kekuasaan Kaisar Rom dan berakhir dengan kejayaan aspek ekonomi dan politik apabila negeri2 dan kawasan yang dijajah Rom sebelum itu telah berani untuk beralih ke bawah naungan kerajaan Islam.

Begitu juga pembukaan kota Makkah selepas Perjanjian Hudaibiyah dilanggar oleh kaum Arab Musyrikin. Nabi memimpin tentera Islam dari Madinah untuk mengambil semula Kota Makkah. Pada masa itu Khalid al-Walid telah pun memeluk Islam dan memimpin satu unit pasukan memasuki Makkah dan mengalami sedikit pertempuran ditentang sahabat karib lamanya Ikrimah Abu Jahal. Mampukah kita berdepan dengan sahabat karib seperti ujian yang dihadapi Khalid itu?

Surah Al Fath ayat 1:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata".

Lihatlah betapa HEBAT dan KUATNYA KEIMANAN umat ISLAM satu ketika dahulu.Mereka tidak sedikitpun mengurangkan ibadah mereka pada Allah s.w.t bahkan mereka sentiasa mempertingkat amal mereka setiap masa dan waktu,mereka tidak pernah putus dalam berjuang untuk MENEGAKAKKAN KALIMAH ALLAH di muka bumi ini walaupun dalam bulan Ramadhan.Tapi, macam mana dengan umat Islam sekarang?..Sehebat mana KEHEBATAN AMAL IBADAH kita?..sebanyak mana kita telah BERKORBAN UNTUK BERJUANG di jalan ALLAH?...

Sampai bila kita hendak duduk begini?..Bila lagi untuk kita mendapat kemenangan?..
Saya tinggalkan persoalan ini untuk saya dan juga sahabta-sahabat sekalian bermuhasabah...
15:41

Nak Jadi Superman?: Bahagian 3

Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan nafas pada kita semua.Allah masih lagi membuka seluas-luasnya peluang kepada kita semua untuk berusaha menjadi orang yang HEBAT di DUNIA dan juga di AKHIRAT.InsyaAllah pada tulisan kali ini saya akan menyempurnakan penyampaian saya berkenaan macam mana nak JADI HEBAT.

Fitrah Allah s.w.t menciptakan manusia berbilang kaum dan berpuak-puak adalah supaya kita berkenalan dan berbaik-baik dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Oleh itu,orang yang hebat ialah orang yang SENTIASA MENGHORMATI ORANG LAIN. Sifat menghormati orang lain adalah satu sifat yang dapat menyelamatkan seseorang daripada RIAK, SOMBONG,TAKABBUR dan sifat-sifat mazmumah lain yang berkaitan dengan sikap seseorang.Seseorang yang jauh dari segala sifat mazmumah ini sudah tentu akan di pandang HEBAT oleh semua orang yang bersamanya kerana mereka akan berasa SENANG dan AMAN dengannya.Orang HEBAT akan pastikan dia akan jadi PEMULA untuk menghormati orang lain,jika bertemu sudah tentu ucapan SALAM darinya menjuarai ucapan salam dari orang yang di temuinya itu.

MENERIMA TEGURAN DENGAN BERLAPANG DADA juga merupakan sikap yang di miliki oleh sesorang yang HEBAT.Walaupun ia merasakan bahawa perkara yang di lakukan itu adalah betul dan baik, apabila menerima sebarang teguran atau pandangan daripada sahabatnya atau orang sekelilingnya sudah tentu ia akan menerimanya dengan hati yang tenang kerana teguran itu adalah satu peluang untuk ia memperbaiki dirinya ke arah menjadi orang yang LEBIH HEBAT.Selari dengan sifat menerima teguran dengan berlapang dada, seorang yang HEBAT juga akan SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERSIKAP POSITIF.Bersikap POSITIF pada setiap masa dan keadaan amat di perlukan kerana sikap ini akan membantunya berfikir dengan tenang dan rasional serta mampu bertindak dengan baik dan sempurna.

SENTIASA DOA-MENDOAKAN adalah amalan yang sentiasa di praktikan oleh ORANG-ORANG YANG HEBAT.Meraka ingin melihat dirinya serta sahabat-sahabatnya yang lain juga memperolehi kejayaan yang sama. Jika dia merasa susah, sudah tentu dalam DOAnya dia akan memohon pada Allah agar di kurangkan ke susahanya serta kesusahan yang di hadapi oleh sahabatnya juga.Orang yang HEBAT ini tahu bahawa SENJATA DOA ini mampu MENAIKAN SEMANGATNYA apabila ia LEMAH dan mampu MEMBERI PETUNJUK kepadanya dalam menghadapi apa-apa cabaran sekalipun.

Akhirnya,untuk melengkapi syarat untuk menjadi seorang yang HEBAT ialah ia hendaklah menguasai satu sifat yang paling penting di antara kelima-lima syarat yang lain iaitu SENTIASA MENDIDIK HATINYA IKHLAS pada setiap perkara yang ia lakukan.Seseorang yang HEBAT tahu bahawa HATI menentukan segala amalan dan segala tindakan yang ia lakukan, jika BAIK dan BERSIH hatinya sudah tentu ia akan memperolehi HASIL YANG BAIK dan sebaliknya.HATI YANG IKHLAS PADA ALLAH akan menyelamatkan orang yang HEBAT dari MERUNGUT di atas segala ujian dan cabaran yang di hadapi olehnya dan ia juga akan SENTIASA REDHA dengan ketentuan ALLAH s.w.t.Sifat ini selari dengan matlamat utama kehidupan ORANG YANG HEBAT iaitu berlari mengejar dan mencari KEREDHAAN ALLAH S.W.T..

Akhir kalam dari saya, semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayah serta kekuatan pada kita semua untuk menguasai kelima-lima syarat untuk MENJADI ORANG YANG HEBAT di SISI ALLAH S.W.T..Ok,Selamat Beramal dengannya..



" SENYUM SOKMO DEH "
22:46

Nak Jadi Superman?: Bahagian 2

Assalamualaikum...alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada kita semua untuk menyambut RAMADHAN pada kali..Semoga kita semua dapat mengambil peluang pada bulan yang berkat ini untuk meningkatkan amalan dan berusaha menyucikan HATI serta mencari KEMANISAN IMAN sekaligus meningkatkan ketakwaan kita pada Allah s.w.t dalam mencari keredhaanNYA..

Dalam artikel bahagian pertama saya telah kongsikan EMPAT perkara macam MANA NAK JADI HEBAT MACAM SUPERMAN dengan sahabat-sahabat sekalian.Pada kali ni saya ingin berkongsi lagi ENAM perkara nak jadi HEBAT.Sesuai di Bulan Ramdhan ini, kita sama-sama ingin mengambil peluang untuk mencari keberkatan dan rahmat Allah s.w.t agar kita menjadi orang yang beruntung.Oleh itu, antara ciri orang yang HEBAT salah satunya ialah SENTIASA MENCARI KEBERKATAN dalam setiap kerja yang di lakukanya itu.Ia mencari keberkatan tidak kira di mana dia berada dan apa jua sekalipun yang ia lakukan tidak kira dalam bidang AKADEMIK,BERPESATUAN,BERPOLITIK,BERSUKAN dan sebagainya..

Seluruh alam berfungsi seperti apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t,sian dan malam silih berganti dan cakerawala teguh di paksi masing-masing mengikut ketentuan ILAHI.Selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.Justeru itu, untuk menjadi seorang yang sentiasa mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjadi seorang yang HEBAT ia hendaklah SENTIASA BERDISIPLIN SETIAP WAKTU..Jika kita lihat skop definisi disiplin ini sebenarnya adalah sangat luas bukan hanya sekadar definisi seperti berdisiplin di sekolah mahupun universiti sahaja.Tetapi kita hendaklah faham bahawa setiap gerak geri dan anggota tubuh badan kita perlulah sentiasa berdisiplin.Kita hendaklah sentiasa BERDISIPLIN PADA ALLAH seperti mendirikan SOLAT,BERDISIPLIN PADA IBU BAPA dengan MENTAATI mereka berdua dan sebagainya.

Seterusnya, untuk menjadi seorang yang HEBAT ia hendak SENTIASA BESEMANGAT & CERIA seperti SUPERMAN.Semangat yang tidak pernah lusuh haruslah dipelihara agar kita akan sentiasa tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dan ujian liku-liku kehidupan ini.Sentiasa CERIA akan membuatkan ia dapat menyerap sebarang tekanan yang dihadapi olehnya.

Orang yang HEBAT selalunya sentiasa akan dilantik menjadi seorang pemimpin kerana ia memilki sikap BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERORGANISASI..Ia juga SENTIASA BERSANGKA BAIK dalam setiap perkara dan keadaan serta SENTIASA BERMAAF-MAAFAN sekiranya ada sebarang perselisihan yang berlaku. Ketiga-tiga sifat atau sikap ini perlu di miliki dan di kuasai oleh seseorang yang ingin menjadi PEMIMPN YANG HEBAT kerana saya yakin bahawa ketiga-tiga sifat ini akan menjadi penolongnya dalam menguruskan hal kepimpinannya itu.Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha memiliki sifat-sifat ini kerana setiap orang di kalangan kita adalah PEMIMPIN yang di ciptakan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan bumi ini.

Semoga kita semua perolehi manfaat dari perkongsian saya ini.Moga-maga kita dapat renung dan beramal dengannya...