07:58

Kembalikan Seri & Barakah Sayyidul Ayyam


"Assalamualaikum puan-puan dirumah..ape khabar hari ini?.bertemu lagi ye kita dalam rancangan memasak di dapur".. "Saya sebagai pengacara tetap anda dan pagi yang barakah ini kita bersama chef jemputan iaitu Sdr.Aizat yang berambut pendek dan berbadan kurus"..
Ni lah dialog yang memecahkan suasana Rumah Omar pagi jumaat ini di dapur..Ceria dan tenang sekali apabila dapat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di pagi yang barakah ini..

"Sebelum tu ye puan-puan saya ingin nyatakan bahan-bahan yang diperlukan bagi resepi kita pada pagi jumaat ini ye: masukkan bawang besar,bawang putih,bawang merah secukup rasa,cili secukup pedas,garam berbeza mengikut katogeri ye(bagi yang darah tinggi hendaklah kurangkan garam ye)..kemudian tumiskan dalam kuali sehingga naik minyak ye(bukan naik angin) kemudian masukkan maggie dan goreng sehingga masak.."gelagak pengacara dan tukang masak yang bertauliah ni memecahkan lagi suasana ceria dan mahabah pada pagi yang mulia ini..
Kadang-kadang dengan bersahaja macam ni mampu mengeratkan ukhuwwah sesama kita satu rumah ni walaupun sekali-sekala je dapat meluangkan masa seperti..

Allahuakbar! betul tu,memang terasa betul dengan lirik lagu tu..perbualan mula rancak sambil mendengar lagu yang disampaikan oleh kumpulan hijjaz yang bertajuk "Mata Hati"..Bukan hanya buat lawak je pagi ni tau tapi kami selitkan perbualan-perbualan yang berbentuk muhasabah skali..Asstaghfirullah,kotornya hati kita balas saya selepas mendengar lirik yang berbunci "Hati jika terlalu bersih,pandangankan menembus hijab,Tapi hati jika dikotori bisikannya lagi bukan kebenaran"..sempat jugak bermuhasabah sambil memasak..

Disamping tu sempat juga kami berbual mengenai rezeki yang tak disangka-sangka akan datang dalam keadaan keadaan yang tak diduga.."Ingat senang ke nak dapat,kena bertaqwa dan beriman dulu pada Allah s.w.t baru la dapat"..tambah ust.Aizat disertakan dengan ayat seribu dinar..betul3,susah susah tambah saya lagi,semakin dekat dengan Allah semakin kuat dugaan dan ujiannya..

Alangkah indahnya "sayyadul ayyam" ni sekiranya kita manfaatkan dengan sebaiknya..Pagi-pagi lagi dah diisi dengan aktiviti yang ceria dan baik..AWAS! jangan tidur lepas subuh ye,nanti rezeki tertutup..buktinya sapa yang tidur di RO ni pasti akan terlepas masakan kami ni..hehe..Rasa rugi jikalau kita tak manfaatkan hari jumaat ini dengan perkara-perkara yang disukai oleh Allah s.w.t kerna ganjaranya melebihi hari-hari yang lain(tak perlu cerita kot sebab semua dah tahukan)..

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik"

Kesimpulannya marilah sama-sama kita ceriakn "sayyidul ayyam" ini dengan mengeratkan ukhuwwah disamping memperbanyakkan amalan kebaikan..




23:18

Ada ke MUSLIMAT macam ni?


Mungkin salah satu faktor semua adik beradikku adalah lelaki antara penyebab susah untukku memahami kaum hawa yang digelar sebagai "hiasan dunia" ni..Buku pasal mereka telahku baca,yang terbaru satu sejarah dalam hidupku kali pertama membaca novel yang bertajuk "Salju Sakinah" telahku khatam selama lebih kurang 24jam hanya semata-mata untuk memahami mereka..Tapi natijahnya aku masih lagi tak dapat memahami kaum yang pernah menjadi tulang belakang perjuangan Rasulullah s.a.w terutamanya Saidatina Khadijah isteri baginda yang sangat baginda cintai..

Saya tak nafikan yang saya cukup kagum dengan ketabahan dan jiwa besar kurnian Allah yang dimiliki oleh Sumayyah atau panggilan sesama muslimatnya "Mai" di dalam novel "Salju Sakinah" ini.Terima kasih kepada Ziad Akhtar iaitu pengarang novel ini yang banyak membuka minda saya bahwa perjuangan Islam sangat memerlukan muslimat seperti "Mai" ini.Bukan sahaja tabah,berjiwa besar bahkan dia memiliki kemahiran pandai berpidato atau berceramah dikhlayak ramai bagi menyampaikan idea perjuangan mahasiswa Islam yang sangat diperlukan pada zaman nanoteknologi ini.

Di samping memiliki ahklak yang "come",Mai yang juga merupakan mahasiswi Universiti Yarmouk di Jordan mempunyai keterampilandan kepimpinan yang berdedikasi serta seorang muslimat yang suka mendekati dan didekati oleh orang lain.Dengan sifat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada Sumayyah ia memudahkannya untuk menyampaikan kefahaman Islam pada sesiapa sekali pun.

Pernah ke aku jumpe muslimat seperti Sumayyah di sekelilingku ini?..persoalan yang timbul setelah khatam novel Salju Sakinah ini..Kalau ada alhamdulillah semoga mereka ini mampu istiqamah dalam menjadi sayap kanan kepada perjuangan Islam di Malaysia ini,jikalau tiada sedarlah wahai muslimat yang memiliki seribu satu keistimewaan kurnian Allah s.w.t agar segera bangkit memainkan pernanan antuna yang sebenar.


Bukan niat nak perkecilkan golongan yang diciptakan Allah s.w.t untuk menghilangkan kesunyian Nabi Adam a.s di syurga ini tetapi sekadar peringatan untuk kebaikan bersama,bukan saya kata bahwa muslimin dah cukup sempurna,cume kali ini saya hanya fokus kepada muslimat sahaja.Nak kata muslimat ni tak hebat,nah!saksikan sendiri kehebatan polis wanita Iran yang mampu membuka minda dunia membuktikan aurat bukan penghalang bagi mereka untuk menjadi tangkas seperti lelaki.


Muslimat atau khususnya mahasiswi Islam seperti ini yang kita ingin dan perlukan..Bukan hanya sekadar memiliki sifat peka dan penyanyang semata-mata tetapi mereka juga memiliki jiwa yang kental,tabah serta berani berhadapan dengan segala macam mehnah dan tribulasi dunia ini.Tanpa suara mahasiswi sudah pasti kampus akan menjadi sunyi dan tanpa muslimat yang tabah dalam perjuangan sudah pasti perjuangan ini takkan terbang tinggi kerana merekalah sayapnya.

Perjuangan Islam juga seperti roda yang berputar,pernah berada di atas dan pernah ada di bawah..Kini saya rasa sudah tiba masanya untuk kita memusingkan roda itu kembali agar berputar naik ke atas.Transformasi perlu dilakukan,peranan dan pelaksanaan perlu dioptimumkan baik dari muslimin mahupun baik dari muslimat sama-sama perlu bersatu menuju keredhaan yang Maha Satu..

Sekadar pandangan.....

p/s:..Mohon maaf sekiranya artikel ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,yang baik sama di ambil yang tak betul sama-sama diegur...

08:10

"Kurangkan Mengkritik Pertingkatkan Tindakan"


Ish! aku rasa idea hang ni tak sesuai la dengan situasi kita ni..Ana rasa enta ni terlalu idealistik sangat ni..Mana boleh macam tu,ni fikiran yang sempit..Tak sesuai la idea hang ni dengan permintaan ramai..Muslimat ni bukan boleh pakai sangat,diorang ni terlalu emosi..saya nak bagitau yang generasi sekarang adalah generasi yang semakin lemah!..Huh!memang best kalau dapat mengkritik ni, sebab tu la sekarang ni lebih ramai orang yang tampil untuk mengkritik secara terbuka mahupun secara tertutup.

Memang tak boleh dinafikan lagi bahawa bila bicara hal kritik mengkritik ni sudah pasti genarasi sekarang ni atau nama manjanya genarasi-Y akan mendapat johan jikalau dibuat satu pertandingan.Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara tidak akan lari dari suara kritikan generasi ini.Baik berkaitan hal pemerintah negara,gerakan islam,gerakan muslimat,sistem itu sistem ini pasti suara mereka tidak ketinggalan untuk mengkritik.

Saya tak kata mengkritik ni adalah satu budaya yang kurang sihat kerana banyak juga kebaikan yang kita dapat dari budaya mengkritik ini.Kritik penting untuk menjadi "check and balance" pada sesuatu perkara dan kritik juga penting untuk memperbaiki sesuatu perkara ke arah yang lebih baik.Tapi AWAS! jangan sampai kritikan itu tak memberi sebarang kebaikan.Kalau hanya mengkritik untuk mendapatkan kepuasan bagi diri sendiri semata-mata lebih baik DIAM dari mengeluarkan kata-kata.

Sebelum mengkritik,beberapa perkara yang saya rasa perlu ada pada seseorang pengkrtitik iaitu anataranya pertama sekali melihat dirinya terlebih dahulu,mempunyai "niat" yang baik,tidak mengeluarkan kata-kata kesat,mesti menghargai orang yang hendak dikritik,mempunyai akhlak yang baik dan mengunakan cara yang baik serta berkhemah.

Jangan hanya pandai mengkritik semata-mata tapi kritikan itu hendaklah disertakan dengan cadangan penambahbaikan serta disusuri dengan tindakan yang teratur barulah menggambarkan yang kita ni generasi yang layak digelar memiliki keintelektualan yang mantap.Jika hal ni dapat dipraktikan dengan baik, saya yakin sudah tentu kita mampu untuk melahirkan satu ketumbukan dan kekuatan dalam sebrang tindakan yang dilaksanakan demi kebaikan semua.

Banyak perkara yang lebih utama lagi yang perlu diselesaikan dengan segera dan bersama.Tinggalkan perkara yang kecil dan cabang serta simpan dahulu jari kita ini dari menunding pada orang lain.Fokus kepada matlmat utama dan bertindak dengan banyak bagi mencapai sasaran...
08:39

HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM?

Manusia tak lekang dek melakukan maksiat pada Allah s.w.t tak kira dia ni orang kampung,orang bandar,orang hutan dan juga mereka yang mengelar dirinya sebagai pejuang agama.Tiap-tiap saat dan ketika pasti je kita akan melakukan dosa pada Allah s.w.t.Tapi ia bukannya sesuatu yang pelik sebab kita ni bukannya maksum..betul x?

Rasulullah s.a.w bersabda:

"semua anak adam itu bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (dari kesalahan)".(riwyt tarmizi & ibn Majah)

Tapi aku sedikit hairan dengan beberapa golongan yang lain dari yang lain ni(bukan alien).Mereka ini adalah golongan yang dipanggil DAIE,golongan yang telah di TARBIYAH,golongan yang MEMILIKI KEFAHAMAN tentang pejuangan ISLAM,golongan yang menanamkan cita-cita SYAHID di dalam diri mereka.Aku hairan apabila aku melihat mereka ini mula berubah menjadi biasa dari luar biasa.

Kata DAIE, tapi maksiat dan dosa yang dilakukan tak pernah nak ditinggalkan..kata PEJUANG,tapi bila diperlukan dia yang angkat kaki mengundur diri...kata jaga ukhuwwah,tapi sahabat sendiri dikeji dan diumpatnya,bila sahabat susah takde la pulak dia ambik berat tapi bila dia susah nak pula orang ambik berat tentangnya..kata Allah adalah matlamat kami,tapi bila nak diminta berkorban banyak la pula alasan dan dalihnya..kata HEBAT,tapi menunjukkan hebatnya apabila timbulnya isu,sebelum timbul sesuatu isu takla pula tampil untuk memberikan idea dan cadangan tapi bila dah jadi.."kita sepatutnya buat macam ni,ni tak betul ni,kan aku dah bagitahu dulu,kita terlalu.."macam-macam la lagi tentang sikap golongan ni yang buatkan mereka ni hilang luar biasanya..

Pelikkan,ayat-ayat al-Quran yang menaikkan semangat selalu je baca siap hafal lagi tapi masih ada yang tercicir dari landasan yang sebenar:

"dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya..sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa"(al-Haj:40)

"orang-orang yang beriman serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka,adalah lebih tinggi di sisi Allah,dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan".(at-Taubah:20)

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"..(at-Taubah:111)

Macam mana nak bejuang sampai berjaya membagunkan khlifah kembali kalau SIKAP dan AKHLAK para pemudanya masih lagi tak berubah-ubah..Perjalanan masih lagi jauh,tenaga dan pengorbanan tahap tertinggi amat diperlukan sebagai bekal perjalanan ini..PEJUANGAN HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK PERLU LEBIH BAIK DARI HARI INI agar cita-cita untuk mengembalikan KHILFAH ISLAMIYYAH semakin menghampiri kita...

p/s: artikel ini tidak ditujukan kepada sesiapapun tetapi sebagai muhasabah bersama,mohon maaf jikalau ada kesilapan..semoga Allah meneguhkan hati kita semua...