10:24

SEKADAR PERKONGSIAN…



Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan saya satu peluang untuk mengikuti dan menjadi fasilitator untuk satu program khemah ibadah & motivasi cemerlang di Sek.Ren.(A).Al-Muslihin Taman Sungai Besi.Bersama-sama saya yang turut menjadi fasilitator untuk program ini adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang hebat dan jauh lebih tua dari saya.Antara mereka itu ada yang sudah menjadi peguam,ustaz di sebuah sekolah menengah,pembantu tadbir dan ada dua orang akak yang baru sahaja habis belajar di UPM yang merupakan pelajar terbaik dalam jurusan kaunseling.Saya amat bertuah kerana dapat mengambil dan belajar sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari mereka ini.

Satu perhargaan bagi saya yang telah di berikan oleh mereka apabila saya telah dilantik menjadi komander kem.Sebaik sahaja berjumpa dengan adik-adik yang rata-ratanya datang dari kawasan yang berhampiran dan berumur 10,11 dan 12 tahun itu satu perasaan yang telah tumbuh jauh di lubuk sanubari ini iaitu perasaan kasih dan sayang kepada mereka.Wajah mereka yang suci dan tenang itu membuatkan hati ini berdoa kepada Allah s.w.t.”ya Allah,Engkau peliharalah hati-hati generasi selepasku ini,jauhilah mereka daripada perkara-perkara maksiat yang Engkau murkai dan jadikan mereka anak-anak yang soleh yang berbakti kepada ibubapa,agama.masyarakat dan negara”.

Alangkah rugi sekiranya kain putih berseri ini dikotori dengan didikan yang tidak berlandaskan agama dan dicemari dengan keadaan masyarakat yang hidup keadaan maksiat.Didikan yang baik berlandaskan agama perlu di jadikan pakain dan perisai untuk mereka ini.Mereka inilah yang akan mencorakkan dunia satu hari nanti,oleh itu mereka memerlukan satu model untuk di jadiakn tauladan dan rujukan.Siapakah model mereka ini?Remaja sekarang ataupun ibubapa?adakah pemimpin sekarang ini yang perlu dijadikan tauladan?

Pada malam pertama program peserta diberi tidur awal sebagai persedian untuk qiamullai pada kekesokkan harinya.Sungguh cemerlang prestasi yang di tunjukkan oleh para peserta apabila mereka semua dapat berkumpul di surau untuk menunaikan qiamullai sebelum pukul 5.00pagi lagi.Sebelum solat saya telah membimbing mereka dengan beberapa alunan zikir yang menyentuh jiwa sehingga menambahkan satu keyakinan saya pada mereka semua apabila air mata mereka jatuh ke pipi masing-masing menandakan betapa bersihnya jiwa mereka yang takut kepada Allah s.w.t.Subhanallah,tersentak hati ini seketika,alangkah indahnya sekiranya hati ini juga seperti mereka,bersih dari segala dosa dan maksiat.

Pada sebelah malamnya telah di adakan sesi muhasabah mengenai hubungan dengan TIGA,iaitu T-Tuhan,I-IbuBapa,G-Guru dan A-ashabi@sahabat.Kali ini lain pula ceritanya,sebelum peserta menitiskan air mata mereka tanpa sedar air mata saya ini yang menitis terlebih dahulu kerana tersentuh dengan penyampaian motivator berkenaan hubungan kita dengan Allah s.w.t,alangkah hina dan jahilnya diri ini terhadap pemberian dariNya.Sedikitnya diri ini bersyukur di atas segala nikmat-nikmatNya,jarang sekali diri ini memerhatikan ciptaanNya yang banyak memberikan petunjuk untuk hambaNya yang mahu berfikir.

Kemudian motivator mengaitkan hubungan kita dengar ibubapa.Di saat ini lah surau yang sunyi itu menjadi pesta air mata apabila semua peserta termasuk fasi mengalirkan air mata apabila mengenangkan pengorbanan yang telah di lakukan oleh ibubapa yang mulia ini.Betapa beratnya penderitaan yang telah di tanggung oleh mereka dalam membesarkan anak harapan mereka itu.Mereka hanya menharapkan kesenangan dan kejayaan anak-anak mereka tanpa meminta jasa mereka itu di balas.Terdetik beberapa persoalan di minda saya ketika itu,kenapa masih ada anak yang derhaka seperti si Tanggang pada kedua orang tua mereka sedangkan mereka telah diasuh dan di beri kasih sayang oleh kedua ibubapa mereka itu?Apakah yang menyebabkan mereka pantas lupa diri?

Apabila di lihat dan direnung keadaan anak-anak muda sekarang,mereka telah jauh lari pada jalan yang benar.Masalah disiplin di sekolah semakin meningkat,penzinaan telah menyular di seluruh sekolah desa mahupun bandar dan penagihan rokok dan dadah telah menjadi lambang kebanggaan dan kehebatan para pemuda sekolah.Dalam waktu yang singkat mereka menhancurkan harapan ibubapa mereka yang telah di tanam bertahun lamanya.Ini mungkin beberapa masalah yang berlaku di sekolah,bagaimana pula dengan pusat pengajian tinggi?...Langkah dan tindakan segera perlu di lakukan oleh semua pihak dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku ini sebelum nasi menjadi bubur.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir,saya sempat mengambil satu slot bersama para peserta dalam memberikan beberapa nasihat dan bimbingan untuk masa depan mereka. Saya sangat teruja dengan semangat yang telah ditunjukan oleh mereka walaupun mereka dalam kepenatan. Apabila di tanyakan tentang cita-cita mereka,pelbagai jawapan yang telah saya terima,ada yang nak jadi ustazah,doktor,polis dan sebagainya.InsyaAllah,mereka inilah satu hari nanti yang akan menjadi golongan profesional yang memperjuangkan agama.Sebelum saya berpisah beberapa pesanan sempat saya tinggalkan pada mereka dan juga sebenarnya untuk diri saya sendiri,antaranya jagalah Allah,nescaya Dia akan menjaga kita,cintailah dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikan itu hanya sebesar atom dan bencilah dalam melakukan kemaksiatan pada Allah,walaupun sebesar kuman,taatlah pada Allah dan Rasul dan patuhilah kedua ibubapa serta belajarlah bersungguh.

Mereka itu saya tinggalkan dengan keadaan berat kerana mereka itu telah saya anggap seperti adik-adik sendiri,hanya harapan dan doa mampu saya berikan pada mereka itu.Satu pesanan untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat yang bergelar abang dan kakak,bimbinglah adik-adik kita itu ke jalan yang benar dan jadikanlah diri kita ini sebagai contoh tauladan yang terbaik..
17:45

ADAKAH AKU SEDAR??

Saat menjadi minit,menjadi jam,menjadi hari,menjadi bulan kemudiannya tahun.Waktu pagi yang tenang kedengaran suara angin yang meniup dengan perlahan di iringi irama muzik nyayian burung yang merdu beserta tarian bunga yang mula mekar akan ditelan oleh waktu siang yang bising dan sibuk dengan tanggungjawab yang harus di laksanakan oleh setiap individu yang bergelar insan.Terfikir jauh di lubuk hati ini bilakah rutin sebegini akan berakhir?dan bagaimana caranya berakhir?.Ke mana sebenarnya destinasiku ini?

Apabila di rujuk pada mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran maka telah ku jumpa banyak ayat yang menceritakan tentang bagaimana kehidupan ini akan berakhir.Antara surah yang menceritakan tentang hari akhir bagi makhluk dunia ini ialah al-Qiyaamah,al-haaqqah,at-Taghaabun dan banyak lagi surah-surah yang lain.

Firman Allah s.w.t:

Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup,dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu di benturkan keduanya,maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,dan terbelahlah langit,kerana pada hari itu langit menjadi lemah”.(al-Haaqqah:13-16).

Sudah jelas di ceritakan tentang akan berlakunya hari akhir buat makhluk bumi ini cume tarikhnya sahaja yang tidak di ketahui oleh makhluk kerana terdapat pelbagai hikmah di sebalik kerahsiannya.Satu kerisauan yang timbul jauh di lubuk sanubari ku ini,adakah aku sudah menyiapkan diri untuk bertemu saat yang dasyat itu?atau adakah benar-benar aku meyakininya dengan sepenuh hati?sering kali aku membaca ayat-ayat yang memperingati hari matahari akan terbik di sebelah barat,tapi adakah benar-benar aku meyakininya?.BAGAIMANA PULA DENGAN UMAT ISLAM YANG LAIN?.

Apabila dilihat satu hadis Rasulullah s.a.w satu perasaan yang timbul di benak fikiran ku ini ialah : YA!,ia telah berlaku di zaman sekarang ini.Maksud hadis itu lebih kurang:

umat aku di akhir zaman nanti akan mngikuti satu golongan manusia sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga mereka itu masuk ke lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikuti mereka,maka sahabat bertanya adakah golongan manusia itu ialah kaum yahudi dan nasrani?.maka Rasulullah s.a.w menjawab,Ya.”(riwayat bukhari@muslim)

Aku amat risau melihat keadaan umat islam pada masa kini terutama golongan remaja yang telah jauh lari dari landasan yang benar.Matlamat hidup tidak lagi tertumpu kepada keredhaan Allah dam pembalasan hari kebangkitan tetapi keseronokkan dunia yang sementara ini di jadikan matlamat utama.Terfikirkah kita bahawa kita merupakan cermin kepada generasi yang akan datang dan yang akan memimpin dunia ini?

Cuba kita bayangkan sekiranya golongan akademik terutamanya yang akan menjadi guru atau pendidik terlibat dengan maksiat zina atau dadah.Bagaimana bisa mereka di jadikan pendidik.Maka tidak salah sekiranya saya katakan bahawa penzina dan penagih dadah yang akan mengajar generasi yang akan datang.Adakah perkara seperti ini yang kita inginkan?.Hiburan yang melalaikan juga telah menjadi satu perkara fardhu ain bagi remaja masa kini dan cara pemakain hiasan dunia iaitu wanita tidak lagi mengikut syariat yang telah di tetapkan oleh agama.Adakah perkara ini akan berpanjangan sampai ke hari pembalasan?.

Jarang sekali di antara kita saling memperingati antara satu sama lain tentang hari kematian yang akan kita hadapi serta menghitung bekalan yang telah kita sediakan untuk menghadapinya.Kesibukan dunia dan keseronokannya merupakan satu senjata syaitan yang sangat tajam bagi melekakan anak Adam dari memperingati tentang kematian dan juga matlamatnya yang sebenar.

Ayuh! wahai sahabatku sekalian,bangkitlah kita dari tidur yang merugikan kita semua.Persiapkanlah diri untuk menghadapi hari yang sangat dasyat yang tiada pengakhiranya agar kita menjadi insan yang beruntung di dunia dan di akhirat.Jadikanlah dunia ini sebagai jambatan untuk hari akhirat.Sempurnakanlah amanahmu terhadap agama,keluarga,masyarakat dan sebagainya agar ia menjadi penolongmu di kemudian hari.
11:16

KEMAHIRAN YANG PELBAGAI





Minggu lepas saya baru saje balik dari mengikuti satu program motivasi.Banyak pengajaran dan input baru yang di perolehi yang boleh di jadikan amalan kehidupan.Saya amat menyokong sekiranya program seperti ini atau sekutu dengannya di perbanyakkan dengan penglibatannya dari kalangan remaja.Program seperti inilah yang boleh menjadi satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kita serta tempat untuk mengaut ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

Semasa program kami telah di pecahkan untuk beberapa kumpulan dan di berikan tugasan untuk menubuhkan persatuan masing-masing.Saya dan ahli-ahli kumpulan telah mengadakan satu perbincangan untuk membentuk persatuan kami sendiri.Setiap orang telah memerah otak masing-masing untuk memberikan satu idea yang canggih dan bernas bagi menubuhkan persatuan kami ini.Akhirnya,setelah semua idea di kumpul dan di buat pertimbangan maka kami telah bersetuju untuk menubuhkan satu persatuan yang di beri nama persatuan ENT iaitu E-eye,N-nose,T-thorax ataupun persatuan mata,hidung dan mulut.

Mungkin mendengar nama persatuan kami ini boleh membuatkan orang lain ketawa ataupun hairan.Tapi itu mungkin hanya satu respone untuk pandangan atau pendengaran buat kali pertama sebelum mereka mengetahui motif atau tujuan penubuhannya.Setelah kami mendapat nama kemudiannya kami membentuk organisasi bagi persatuan ini yang terdiri dari YDP,NYDP,BENDAHARI,SETIAUSAHA dan EXCO yang kami panggil sebagai CELL.

Setelah di bentuk organisasi, kemudianya kami merancang satu strategi untuk mempromosikan persatuan kami ini dalam masa selama 30minit.Di pendekkan cerita ahli kumpulan saya telah bersetuju untuk mempromosikanya dengan menggunakan kaedah kuliah ilmu(KI) dan demo.Agak mengejutkan saya apabila saya telah dipilih untuk menyampaikan kuliah ilmu atau ceramah berkaitan dengan mata,hidung dan mulut selama 10minit.Memang agak sukar pada mulanya untuk saya mencari satu idea yang boleh saya kaitkan dengan ENT semasa ceramah itu nanti.

Dengan semangat dan sokongan dari ahli-ahli kumpulan yang lain saya telah tampil kehadapan untuk menyampaikan ceramah ringkas itu dengan saya mulainya dengan membaca ayat al-Quran dari surah Ibrahim ayat yang ke-7 yang bermaksud:

“sekiranya kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan kurniaKu kepada kamu tetapi sekiranya kamu kufur,sesungguhnya seksaanKu amat pedih”.

Saya telah kaitkan konsep bersyukur ini dengan tiga eleman itu tadi iaitu mata,hidung dan mulut.Jarang sekali di kalangan kita meneliti atau mengkaji tiga nikmat deria yang besar ini yang telah memainkan peranan penting dalam erti kata untuk kita meneruskan hidup yang sempurna.Saya juga telah memberikan petua-petua yang boleh menyihatkan tiga deria kita ini antaranya ialah sentisa membaca al-Quran beserta maknanya,sentiasa mengamalkan zikir,sentiasa berada dalam keadaan berwhuduk dan jauh dari melihat dan melakukan maksiat serta di samping mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Secara keseluruhanya banyak resolusi atau pengajaran yang telah kami perolehi dari modul ini.Bermula dengan konsep KEPIMPINAN,KEBERSAMAAN,KOMITMEN dan STRATEGI dalam berorganisasi serta membentuk KEYAKINAN DIRI dan KEBERANIAN dalam membentuk peribadi yang unggul.Setiap orang perlulah mencari dan merebut peluang yang ada untuk mengasah dan membentuk kemahiran diri yang pelbagai agar menjadi seorang yang berkepimpinan dan berwibawa.
10:50

TIADA PERBEZAAN



Saya rasa agak pelik dan hairan apabila ramai kawan kawan saya menyangka bahawa saya ni lepasan dari sekolah agama sedangkan saya hanya lepasan dari MRSM dan ada juga yang mengelar diri ini sebagai “ustaz “.”ustaz baca doa ape hari ni sampai dapat skore 3 gol ni”,inilah antara dialog saya dengan kawan kawan semasa bermain futsal.yang membuat saya terharu apabila girls yang free hair pun panggil saya ustaz.”assalamualaikum ustaz nak kesurau ke?”.

Bila di tanya kenapa mereka mengatakan bahawa saya ni dari sekolah agama mereka telah memberikan beberapa jawapan antaranya ialah saya selalu jadi imam dan azan,boleh bagi tazkirah/kuliah maghrib,menjadi ketua pengisian Balai Islam,berakhlak baik(mengikut pandangan mereka),banyak buat program untuk balai islam,pakai jubah semasa solat dan lain-lain lagi.

Maka timbul persoalan dalam fikaran ini adakah hanya pelajar sekolah agama yang boleh jadi imam,bagi tazkirah,akhlak baik,pakai jubah dan sebagainya?.apakah yang menyebabkan pemikaran seperti ini terjadi?
Firman Allah s.w.t:

“kamu adalah umat terbaik yang di utuskan utntuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah”.(al-Imran:10)

Sedangkan ayat al-Quran sudah jelas mengatakan bahawa setiap manusia adalah umat yang terbaik yang mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman pada Allah s.w.t.Justeru itu, kita seharusnya ‘clear’ tentang perkara ini yang mana pelajar sekolah agama mahupun bukan seharusnya menyepurnakan amanah yang telah di berikan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambaNya yang beriman.
Nabi s.a.w bersabda:

“samapikanlah dariku walaupun satu ayat”

Sewajarnya kita semua harus sedar peranan masing-masing dalam menjalani kehidupan ini selaku hambaNya yang beriman.Yang berilmu berkongsi ilmunya dengan yang lain,yang faham cuba bantu kawanya yang kurang faham dan sebagainya.

Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana mengurniakan saya sahabat-sahabat dari sekolah agama mahupun dari sekolah smk@sbp dan mrsm yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan membimbing diri ini kepada perkara-perkara yang baik.Setiap perkongsian dan nasihat yang di berikan oleh mereka merupakan satu rahmat yang perlu saya hargai. Saya yang dahulu tidak mampu untuk tampil kedepan untuk memberikan tazkirah mahupun kuliah,kini dengan bimbingan kawan-kawan alhamdullilah sekarang ini saya mampu untuk lakukanya.

Pada pengamatan saya sekiranya setiap orang sedar akan tanggugjawab dirinya terhadap agama,keluarga,kawan-kawan mahupun masyarakat insya Allah nescaya kita mampu untuk membentuk satu suasana ketenangan dan keamanan di negara kita ini serta kita semua pasti akan hidup dalam keadaan penuh keberkatan dan sejahtera.Jesteru itu, mengenal diri dan tanggunjawab yang telah di amanahkan pada setiap individu akan menolong seseorang itu melaksanakan amanah yang di pikulnya.
11:27

Mahasiswa di Rumah Sewa




Inilah kali pertama saya di rumah sewa apabila bergelar mahasiswa..banyak perkara baru yang dipelajari dan boleh di jadikan tauladan untuk panduan kehidupan..
Memasak,membasuh dan banyak lagilah perkara yang biasa menjadi rutin kaum hawa yang bergelar isteri kini telah menjadi rutin bagi kami..
Kita sering dengar luahan kaum hawa di zaman sekarang ni yang mengatakan “kalau laki boleh buat,kenapa kami tak boleh”..Nah!sudah terbukti, luahan mereka kini menjadi satu realiti..Akademik,persatuan,sukan mahupun bidang pekerjaan kini mereka seakan-akan menjadi barisan tonggak utama…
Apa jua sekalipun, bukan perbezaan jantina yang ingin saya bincangkan.Selaku makhluk yang di kurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t kita seharusnya melihat dan mencari keuntungan yang akan memberi manfaat kepada kita semua yang mana keuntungan ini tidak melihat kepada jantina seseorang itu...
KEUNTUNGAN YANG JARANG DI KEJAR
Firman Allah s.w.t. :"Hai orang-orang beriman sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu semua dari azab yang pedih,iaitu dengan kamu beriman pada Allah dan Rasul serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu,ia merupakan satu keuntungan yang besar jika kamu mengetahui".(As-shaff)..
Sedarkah kita bahawa Allah tidak pernah memuliakan seseorang hambaNya dengan melihat jantinanya tetapi Allah menilai sejauh mana hambaNya menjadikan mukjizat Al-Quran itu sebagai satu rujukan untuk mereka mencari keuntungan di dunia dan juga di akhirat..
Apakah takrifan keuntungan itu hanya di nilai pada kejayaan akademik semata-mata, ataupun pekerjaan yang di perolehinya mungkin kekayaan yang di miliki oleh seseorang menjadi ukuran ?
Saudara/saudari yang dikasihi oleh Allah s.w.t sekalian,
kembalilah kita semua kepada tujuan utama kehidupan ini..Firman Allah s.w.t"Aku tidak ciptakan jin dan manusia tidak lain hanya semata-mata untuk mengabdikan diri padaKu"..
sedarlah keredhaan dan ketenangan dari Allah s.w.t merupakan keuntungan yang tidak ternilai banyaknya..
13:13

Umat Islam Kini - Satu Kerisauan


Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.
Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.
Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam.
Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.
Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.
Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri..

12:58

Nasihat Luqman

Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka Nabi S.A.W sebagai pedoman hidup.Kalimah itu ialah:

1) Apabila engkau sedang solat,jagalah baik-baik fikiranmu.
2) Apabila engkau berada di rumah orang lain,jagalah matamu.
3) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis,maka jagalah lidahmu(perkataanmu)
4) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,maka jagalah perangaimu
5) Ingatlah selalu kepada Allah
6) Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya
7) Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain
8) Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.