Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
13:14

Lama Membeku


Sejak mendapat gelaran 'suami', belum satu artikel pun dapat ditulis bagi dikongsi dengan semua agar ia dapat menjadi peringatan dan panduan serta manfaat pada semua. Benar kata mereka yang telah memiliki banyak pengalaman, " 2 Tahun pertama perkahwinan adalah tempoh pasangan tersebut mencari identiti yang digabungkan dari 1001 perbezaan dua individu".

Bermula dengan mengenali pasangan dan mencari titik persamaan, bahtera yang baru dibina mula diperkemaskan sebaik mungkin agar ia tidak karam bila pelayaran bermula nanti.Segala persiapan rohani, mental dan fizikal kini dilakukan bersama agar layar yang dikemudikan tidak mudah patah dengan dugaan dan cabaran yang akan mendatang.

Formula penting harus dikuasai agar dapat digunakan bagi menyelesaikan segala persoalan dan masalah yang mendatang di dalam lautan pelayaran yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Berbekalkan sikap toleransi dan berlapang dada menjadi salah satu benteng kukuh di dalam mencapai kesepakatan dan kesefahaman di antara dua insa yang baru bersatu.

Matlamat yang jelas telah dipasak bersama, mencari redha dan syurga Allah menjadi titik nokhtah yang ingin dicapai. Jalan dakwah dan perjuangan para nabi dan rasul menjadi pilihan agar ia tidak tersasar dari matlamat yang ingin di capai. ILMU, IMAN, IKHLAS dan IIHSAN perlu di capai dan dikunci di dalam diri dua insan ini agar sentiasa berada di bawah naungan keberkatan dan rahmat Ilahi.

Segala kepentingan diri dan dunia yang meililit pada diri dan jiwa harus diputus dan dicabut agar diri tidak mampu dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menggoda dan menyesatkan. Kini, selangkah demi selangkah, kami berdua mendekati masyarakat dan cuba memahami realiti kehidupan masyarakat yang sebenar. Dengan menubuhkan New Generation Consultancy bagi tujuan mendidik dan mendekati generasi muda menjadi salah satu kenderaan bagi kami untuk melaksanakan amanah Allah untuk berdakwah pada masyarakat.

Menyertai salah satu NGO islam di bawah JAIS sebagai Ketua Biro Pendidikan dan Dakwah, kami berdua mendapat peluang seluas-luasnya untuk turun di lapangan berdamping dengan masyarakat secara langsung.

Terlalu banyak perkara yang perlu kami pelajari agar mampu membawa bahtera yang dibina hingga mencapai matlamat memperolehi redha dan syurga Ilahi..

-sekadar memecahkan ais yang sudah lama membeku-
09:38

CANTIKKAN DIRIMU WAHAI DAIE : bhgn 2


Melihat kondisi umat di zaman ini setelah bergulirnya 'roda reformasi' di mana pintu kebebasan telah terbuka seluas-luasnya. Dengan kebebasan yang di salah ertikan dan di salahgunakan, telah tampak kesyirikan bermaharajalela, kemungkaran menjamur, kemaksiatan di sana sini, sikap kemunafikan melanda sebagian tokoh umat ini, orang jahil dianggap alim dan orang alim dikatakan jahil, orang jujur dibilang khianat dan orang khianat dikatakan jujur dan adil, agama di ambil jika mendatangkan keuntungan duniawi dan dipinggirkan bahkan dibuang jika merugikan keduniaan mereka.

Keadaan sebigini menampakan kejahilan dan kelalaian umat terhadap agama menjadikan sendi-sendi agama semakin rapuh dan pilar-pilarnya semakin goyah. Situasi ini menjadikan musuh-musuh islam bertepuk tangan dan menjadikannya sebagai peluang emas untuk merealisasikan maksud dan tujuan mereka sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.

"orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga

DAIE YANG MEMIMPIN


Allah s.w.t telah memberikan amanah kepada hambaNya untuk memimpin (khalifah) agar kemakmuran dan keharmonian dunia ini dapat dijaga dengan mengikuti segala syariat yang telah ditetapkan olehNya.

DIA mengetahui bahwa pasti berlaku kerosakan di muka bumi ini yang dilakukan oleh hamba-hambanya yang berpaling dari syariatNya. Manusia yang jahil dan lalai pasti berterusan melakukan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi ini. Oleh itu, Allah s.w.t memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa agar memimpin umat bagi mengembalikan mereka ke pangkuan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.


"sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"..(al-Baqarah : 30)

kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari mungkar, dan beriman kepada Allah"..(al-Imran :110)


Rasulullah s.a.w telah menunjukan tauladan yang cukup baik kepada umatnya dalam memimpin. Kepimpinan yang hebat dari Rasulullah s.a.w telah menyelamatkan umat dari pada kegelapan dan membawa mereka kepada cahaya kebenaran dengan mengembalikan mereka kepada Pencipta yang Maha Esa. Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul bagi menyelamatkan manusia dari jurang neraka dengan membawa mereka kepada nikmat syurga. Rasulullah s.a.w memipin umatnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan perkara mungkar yang merosakan umat.

Amanah memimpin bukanlah berakhir pada batang tubuh Rasulullah s.a.w semata-mata, tetapi ia juga adalah merupakan amanah kepada umatnya yang beriman pada Allah dan Rasul. Setiap umat Baginda perlulah menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w dalam misi menyelamatkan ummah dengan memimpin.

Untuk berdepan dengan cabaran dan rintangan yang kuat di era globalisasi ini seorang daie yang memimpin perlulah mempersiapkan diri secukupnya agar ia kuat untuk berdepan dengan sebarang bentuk mehnah dan tribulasi.


Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang daie yang memimpin :


1. BERDIKARI

2.MENEPATI DAN JUJUR PADA WAKTU


kata-kata Syeikh Hassan al-banna':"amanah yang kamu pikul adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada".


3. MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA

4. SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI


5.SENTIASA MENCARI KEBERKATAN


6.SENTIASA BERDISIPLIN SETIAP WAKTU


7.SENTIASA BESEMANGAT & CERIA.

8.BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERORGANISASI.

9.SENTIASA BERSANGKA BAIK dalam setiap perkara dan keadaan.

10.SENTIASA BERMAAF-MAAFAN sekiranya ada sebarang perselisihan yang berlaku.

11. SENTIASA MENGHORMATI ORANG LAIN.

12.MENERIMA TEGURAN DENGAN BERLAPANG

13.SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERSIKAP POSITIF


14. SENTIASA DOA-MENDOAKAN

15.SENTIASA MENDIDIK HATINYA IKHLAS

Cabaran di dalam memimpin ummah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia berhadapan dengan masyarakat yang jahil serta menolak agama Allah s.w.t. Kebijaksanaan dan persiapan yang mantap yang ada pada diri seorang daie yang memimpin pasti akan menjadikannya seorang pemimpin yang hebat dan mampu berdepan dengan sebarang bentuk mehnah dan tribulasi.








06:50

Umat Islam Hancur Bukan Kerana ISLAM


Kehidupan di dunia ibarat roda yang sering berputar tanpa henti sehingga datang titik noktah abadi iaitu datangnya hari kehancuran dari Allah s.w.t..Yang lemah pasti kembali lemah selepas memiliki kekuatan kerana putaran masa menentukan segalanya dengan izin Allah s.w.t.Umat Islam generasi awal di zaman Rasulullah s.a.w di lihat sangat kerdil oleh penentang kebenaran al-Quran kerana diperingkat awal hanya sedikit golongan yang memeluk agama yang suci ini..

Roda sudah pasti tidak akan statik berada di bawah.Ia pasti akan terus berputar hingga ke puncak yang tertinggi.Umat Islam mula bangkit sehari demi sehari,kemenangan di MEDAN BADAR menjadi pencetus ledakan semangat JIHAD di kalangan umat Islam pada ketika itu.Kebenaran mula melebarkan sayapnya demi menghancurkan kezaliman dan mengajak manusia untuk kembali kepada jalan yang LURUS iaitu jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t..

Rasulullah s.a.w yang menerima TARBIYAH terus dari Allah s.w.t berjaya mendidik jiwa manusia pada ketika itu untuk TAAT pada Allah dan Rasul tercinta sehinggakan melahirkan umat Islam yang sanggup berkorban HARTA dan NYAWA mereka demi mengejar KEREDHAAN Allah s.w.t.Umat Islam terus mencipta nama dengan melahirkan generasi yang SANGAT CINTAKAN agama Islam sehinggakan tiada rasa TAKUT yang dimiliki oleh mereka selain dari TAKUTKAN ALLAH s.w.t.

Siapa tidak kenal Abu Bakar as-Siddiq pengganti kepimpinan Rasulullah s.a.w selepas kewafatan Baginda s.a.w.Memiliki peribadi yang cukup mulia sebagai seorang muslim.Begitu juga dengan Umar al-Khattab yang memiliki gelaran al-Farruq,beliau sangat keras dalam menghapuskan penentang agama Allah s.w.t.Cintanya pada Allah dan Rasul lebih dari dirinya sendiri.Jika ingin dihitung pejuang-pejuang yang hanya MATLAMATNYA adalah Allah s.w.t,sudah pasti begitu ramai yang dilahirkan dari RAHIM TARBIYAH ISLAMMIYYAH generasi pertama umat Islam kerana mereka mengikuti ajaran ISLAM yang SEBENAR..Tiada sebesar zarah pun kenikmatan DUNIA yang mereka kejar selain dari mengharapkan balasan SYURGA di akhirat nanti.

Umat Islam akan sentiasa menakluk DUNIA selagi al-Quran dan as-Sunnah dipegang dan diikuti.Tetapi sejarah tidak semuanya indah belaka untuk diceritakan,putaran roda juga pasti menjunam turun ke bawah selepas berada di puncak.Begitulah berlaku pada umat Islam selepas beratus tahun berada dipuncak..Lupakah kita pada kisah Uhud dan Hunaian??..satu peringatan awal buat umat Islam sekiranya tindakan tidak disandarkan pada Allah dan Rasul..Medan Uhud kita tewas kerana tamakkan harta dunia,manakala medan hunaian kita juga tewas pada mulanya kerana pergantungan diletakkan pada bilangan tentera yang ramai bukan pada Allah s.w.t.

Tetapi sangat sedih,berapa ramai umat Islam yang mengambil ikhtibar dari kisah ini??..Sejarah hitam umat Islam mula bertapak selepas hancurnya kerajaan Bani Umayyah pada tahun 132H/750M.Umat Islam sedikit demi sedikit berpecah semasa pemerintahan kerajaan Bani Abasiyah yang memerintah umat Islam selama 508tahun..Walaupun diperingkat awal kerajaan Bani Abasiyah berjaya mengembangkan Islam dari sudut keilmuan dan keintelektualan,tetapi selepas sekian lama umat Islam mula berpecah sehinggalah yang paling ketara berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Al-Musta'shim Billah..

Kenapa berlaku sedemikian???..Adakah kerana orang Monggol pimpinan Genghis Khan dan diteruskan oleh cucunya Hulagu Khan terlalu hebat dan kuat sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Bani Abasiyah yang telah bertapak selama 500tahun lebih??..

Jawapannya adalah TIDAK..Umat Islam tewas di tangan orang Monggol kerana Umat Islam pada ketika itu sudah lari dari ajaran Islam yang sebenar.Sifat cintakan kenikmatan dunia telah tertanam di dalam hati pemerintah pada ketika itu..Kehidupan mewah dan harta menjadi matlamat hidup mereka.Kepentingan peribadi lebih di utamakan oleh pemimpin berbanding kepentingan Islam.Mereka mungkin sudah lupa pada firman Allah s.w.t:

"Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum kelurgamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."(at-Taubah : 24)

Nah!Umat Islam Bani Abasiyah hancur kerana sungguh banyak maksiat yang meraka lakukan..Meraka juga hancur kerana berpaling dari ajaran Islam yang sebenar.Mereka lupa bahwa mereka adalah hamba Allah s.w,t dan mereka juga lupada bahwa mereka akan kembali di alam yang kekal iaitu alam akhirat yang penuh dengan perhitungan Allah s.w.t ke atas apa yang mereka lakukan di dunia..Mereka mungkin terlupa janji Allah s.w.t pasti akan datang.

Tetapi Islam tetap terpelihara kerana Allah memeliharaNya..Allah s.w.t menghapuskan manusia yang melakukan kemungkaran dengan digantikan dengan hambanya yang benar-benar beriman.Dengan keimanan dan semangat jihad yang tinggi serta cinta yang tak berbelah bagi pada Allah dan Rasul yang dimiliki oleh Sultan Saifuddin Qutz serta tenteranya,akhirnya Allah mendatangkan pertolonganNya dengan menghapuskan tentera Monggol di tangan Sultan Saifuddin Qutz dan tentera-tenteranya yang taat pada Allah dan Rasul.

Wahai Umat Islam!!..adakah kita ingin ulangi sejarah hitam ini lagi??..sedarkah kita yang kita hampir mengulanginya kembali??..Ayuh!!..bangkit dan sedarlah sebelum keputusan dari Allah s.w.t tiba kepada kita semua...Sanggupkah kita diganti dengan genarasi baru yang CINTAnya pada Allah dan Rasul melebihi dari segala-galaNya...

07:01

SAIFULLAH TIADA PENGGANTI


Tidak pernah tewas dalam mana-mana peperangan yang beliau lalui kerana keberkatan doa Nabi Muhammad s.a.w kepada Khalid bin Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yadzah bin Marrah al-Mahzumi yang juga digelar sebagai "pedang Allah" agar tidak dapat ditewaskan di medan peperangan menjadikan beliau panglima Islam yang terulung.Saifullah ini juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan empayar Islam keseluruh semenanjung arab bagi menegakkan kebenaran dan menghancurkan kezaliman.

Kehebatan dan kebijaksanaan serta keikhlasan Khalid al Walid telah diperakui oleh seluruh umat islam dan juga setiap musuh yang menentang Islam pada ketika itu.Apabila nama Khalid disebut di medan perang ia mampu menaikkan semangat panglima-panglima Islam kerana mereka yakin dengan izin Allah dengan adanya Saifullah ini pasti mereka memperolehi kemenangan.Dan sebaliknya berlaku kepada musuh-musuh Islam apabila mereka mendengar nama Khalid al Walid mereka menjadi lemah dan gerun dengan kehadiran Ketua Panglima Islam yang agung ini.

"Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid"..(Khalifah Abu Bakar)

"saya tidak marah kepada Khalid,kecuali dia seorang yang keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan khalifah terlebih dahulu sebelum membahgikan harta rampasan perang"..(khalifah Umar al Khattab)

Khalid bi Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperanagn itu.Dia terus menjadi panglima perang sehingga khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia.Apabila Umar al-Khatab menjadi khalifah,jawatan Khalid bin Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah semasa beliau sedang berperang dengan tentera Rom di tanah gurun Yarmouk yang juga merupakan peperangan terakhir Khalid al Walid dengan memperolehi kemenangan walaupun berhadapan dengan kuasa tentera yang paling kuat.Keikhlasannya dalam menegakkan kebenaran terserlah dikalangan umat Islam dan juga musuh-musuh Islam sehinggakan setiap orang menyayangi beliau.

"Aku berperang bukan kerana Umar al Khatab tetapi aku berperang kerana Allah s.w.t"..(Saifullah Khalid al walid)

Kebencian beliau terhadap agama Islam dan juga Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau mendapat hidayah daripada Allah s.w.t bertukar menjadi PENCINTA agama dan seorang yang kasih kepada Rasulullah s.a.w setelah beliau memeluk Islam..Keyakinan Saifullah ini terhadap Allah s.w.t tiada tandingannya kerana ini dapat dibuktikan apabila Khalid al Walid meminum racun pehak musuh tanpa memberikan kesan sedikit pun kepada beliau.

"Mereka hanya bergantung pada bilangan tentera dan peralatan senjata yang banyak manakala kita bergantung pada Tuhan.Meraka takut mati,tetapi kita mencintai syahid"

"Saya menerima tugas ini kerana Tuhan.Saya berjanji akan sentiasa bertaqwa kepada Maha Kuasa"

.....(Khalid bin Walid)......

Keberanian dan kebijaksanaan kurnia Allah s.w.t kepada "pedang Allah" ini merupakan satu anugerah yang perlu disyukuri oleh Umat Islam kerana sumbanganya terhadap Islam di medan perang tiada tandinganya..Medan Muktah,Kerajaan Parsi dan Kerajaan Rom berjaya ditumbangkan oleh Khalid al Walid membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahwa suatu hari nanti tentera Islam akan menwan Rom dan Parsi.Walaupun memimpin bilangan tentera yang sedikit menentang bilangan tentera yang banyak tapi kemenangan tetap berpihak kepada Siafullah ini dengan izin Allah s.w.t.Di medan muktah 3000 tentera islam menghancurkan 200,000 tentera musuh dan 40,00 tentera islam telah menumbangan 240,00 tentera Rom yang angkuh di medan Yarmouk.

Selain berjaya menumpaskan musuh di medan perang,Khalid al Walid juga merupakan Panglima yang berjasa di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar kerana berjaya menghapuskan golongan-golongan murtad dan golongan "nabi palsu"..Pada 21 Hijrah,pemergian Khalid bin Walid ketika umur beliau 58 tahun merupakan satu kehilangan yang besar bagi Umat Islam.."Pedang Allah" ini tiada pengganti...

"pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar buat umat Islam.Nama Khalid bin Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula."..Adi bin Hatim..

Walaupun Saifullah ini tiada penggantinya,KEBERANIAN..KEIHLASAN..KEYAKINAN yang tinggi terhadap Allah s.w.t dan perjuangan Islam harus dimiliki oleh kita semua yang telah menggelarkan diri sebagai pejuang-pejuang Allah s.w.t..
07:58

Kembalikan Seri & Barakah Sayyidul Ayyam


"Assalamualaikum puan-puan dirumah..ape khabar hari ini?.bertemu lagi ye kita dalam rancangan memasak di dapur".. "Saya sebagai pengacara tetap anda dan pagi yang barakah ini kita bersama chef jemputan iaitu Sdr.Aizat yang berambut pendek dan berbadan kurus"..
Ni lah dialog yang memecahkan suasana Rumah Omar pagi jumaat ini di dapur..Ceria dan tenang sekali apabila dapat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di pagi yang barakah ini..

"Sebelum tu ye puan-puan saya ingin nyatakan bahan-bahan yang diperlukan bagi resepi kita pada pagi jumaat ini ye: masukkan bawang besar,bawang putih,bawang merah secukup rasa,cili secukup pedas,garam berbeza mengikut katogeri ye(bagi yang darah tinggi hendaklah kurangkan garam ye)..kemudian tumiskan dalam kuali sehingga naik minyak ye(bukan naik angin) kemudian masukkan maggie dan goreng sehingga masak.."gelagak pengacara dan tukang masak yang bertauliah ni memecahkan lagi suasana ceria dan mahabah pada pagi yang mulia ini..
Kadang-kadang dengan bersahaja macam ni mampu mengeratkan ukhuwwah sesama kita satu rumah ni walaupun sekali-sekala je dapat meluangkan masa seperti..

Allahuakbar! betul tu,memang terasa betul dengan lirik lagu tu..perbualan mula rancak sambil mendengar lagu yang disampaikan oleh kumpulan hijjaz yang bertajuk "Mata Hati"..Bukan hanya buat lawak je pagi ni tau tapi kami selitkan perbualan-perbualan yang berbentuk muhasabah skali..Asstaghfirullah,kotornya hati kita balas saya selepas mendengar lirik yang berbunci "Hati jika terlalu bersih,pandangankan menembus hijab,Tapi hati jika dikotori bisikannya lagi bukan kebenaran"..sempat jugak bermuhasabah sambil memasak..

Disamping tu sempat juga kami berbual mengenai rezeki yang tak disangka-sangka akan datang dalam keadaan keadaan yang tak diduga.."Ingat senang ke nak dapat,kena bertaqwa dan beriman dulu pada Allah s.w.t baru la dapat"..tambah ust.Aizat disertakan dengan ayat seribu dinar..betul3,susah susah tambah saya lagi,semakin dekat dengan Allah semakin kuat dugaan dan ujiannya..

Alangkah indahnya "sayyadul ayyam" ni sekiranya kita manfaatkan dengan sebaiknya..Pagi-pagi lagi dah diisi dengan aktiviti yang ceria dan baik..AWAS! jangan tidur lepas subuh ye,nanti rezeki tertutup..buktinya sapa yang tidur di RO ni pasti akan terlepas masakan kami ni..hehe..Rasa rugi jikalau kita tak manfaatkan hari jumaat ini dengan perkara-perkara yang disukai oleh Allah s.w.t kerna ganjaranya melebihi hari-hari yang lain(tak perlu cerita kot sebab semua dah tahukan)..

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik"

Kesimpulannya marilah sama-sama kita ceriakn "sayyidul ayyam" ini dengan mengeratkan ukhuwwah disamping memperbanyakkan amalan kebaikan..




06:57

"Berusaha & Berdoa Untuk Menjadi Pilihan Allah"


Kito ni kalu nok jadi kayo jange minta denganTuhe nak jadi kayo...tapi gapo hok kito kena minta dengan Dio ialah supaya Tuhe pilih kito jadi kayo..bilo kito ni terpilih untuk jadi golongan orang kayo gak maka Tuhe wei la pandai,cerdik,rajin usaha dan sebagainya untuk kita menjadi kayo..serupo jugok hal-hal lain semuanya adalah pilihan Allah s.w.t..."pesanan seorang abang yang saya jumpa di Gua Musang semasa perjalanan balik kelate minggu lepas"..

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata ataupun pesanan ini.Setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi ini adalah di atas ketentuan dan ketetapan serta pilihan dari Allah s.w.t.Tidak semua orang berpeluang menjadi kaya,tidak semua orang beriman pada Allah,tidak semua pejuang mendapat syahid dalam perjuangan,tidak semua pejuang Allah yang mampu istiqamah dalam perjuangan dan sebagainya.


Oleh itu, selaku aktivis mahasiswa muslim yang berpegang teguh pada al-Quran dan juga as-sunnah hendaklah mempertingkaktan usaha dan doa agar kita di pilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi seorang daie dan juga pejuang yang teguh keimanan dan ketaqwaan pada Allah,tinggi pengorbanannya,pejuang yang istiqamah dan pejuang yang teguh dalam menempuh sebarang mehna dan tribulasi.

Saya berpesan pada diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian,janganlah kita terlalu mengejar kejayaan untuk sesuatu perkara yang kita ingini sehingga terlupa bahwa penentunya adalah Allah s.w.t.Jangan terlau inginkan untuk menjadi : aku nak jadi orang hebat,aku nak jadi berani,aku nak jadi kaya,aku nak jadi...dan sebagainya tetapi berusaha dan berdoalah agar kita menjadi pilihan Allah untuk menjadi hebat,berani,kaya dan sebagainya..


Bagi saya yang paling penting adalah kita menjadi pilihan Allah s.w.t untuk menjadi seorang hamba yang benar-benar bersyukur padaNya,teguh keimanan dan ketaqwaan,pejuang yang ikhlas dan berani dan tergolong dalam golongan yang diredhai oleh Allah s.w.t serta termasuk di kalangan ahli syurga..insyaAllah,amin............

"....Allah menguatkan dengan pertolonganNya bagi siapa yang Dia kehendaki.Sungguh, pada demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan(mata hati)"..(ali-imran:13)
18:01

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

Diambil dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ yang diiambil dari.....
Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com/

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]
penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.
[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :
Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan golongan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.
Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM
Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti
bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”
Dari Eropah, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropah
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),
Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:
"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 8:32:00 AM
14:09
bahagian akhir....

"Dik,kami nak bawa adik ke PPUM ni kerana sakit adik kami tak dapat ubat kat sini,bawa semua barang-barang adik ye".kata seorang nurse pada saya.Tanpa mengeluarkan sebarang patah perkataan saya terus mengikutnya kerana menahan kesakitan yang masih di tanggug ni.Agak sukar untuk kaki ini melangkah selangkah demi selangkah untuk berjalan menuju ke sebuah van.Lebih kurang 15minit,akhirnya sampai la kami ke bahagian Trauma&Kecemasan PPUM.Pada kali ini saya betul-betul tak dapat berdiri lagi kerana menahan kesakitan yang amat sangat menyebabkan saya terpaksa di bawa menggunakan kerusi roda.Inilah sejarah baru yang dapat saya catatkan dalam diari kehidupan ini kerana ini merupakan kali pertama saya duduk di atas kerusi roda sebagai seorang pesakit.

Selepas menyelesaikan beberapa proses birokrasi PPUM,saya di bawa terus berjumpa dengan seorang doktor lelaki yang bukan warganegara Malaysia tapi mesra dan baik orangnya.Sample darah saya kemudianya di ambil bagi pemeriksaan lebih lanjut."Adik sebelum ini ada pernah sakit macam ni tak?.tanya doktor tu.Tak pernah,ni 1st time saya sakit.'jawab saya perlahan,.Maybe you kena gastrik.You ada muntah tak before you come here?..biasa la doktor mesti banyak benda yang nak di siasatnya.Ye2 pagi tadi empat kali saya muntah.jawab saya lagi.Ok now,saya akan bagi you four injections termasuk ubat tahan sakit and gastrik.Subhanallah biar betul!besarnya jarum dia(bicara hati ini).Yang sebenarnya saya takut jarum."Adik jangan takut ye,buat releks je tau"..Aik macam tahu-tahu je doktor ni yang saya takut jarum.

Saya pejamkan mata ini menantikan proses suntikan selesai.Beberapa saat lepas suntikan je saya terus tertidur kerana kesan ubat yang sangat kuat.Beberapa minit selepas itu saya bangun tersedar semula,tapi kali ini mengejutkan doktor kerana suntikan yang di berikan pada saya tidak sedikit pun mengurangkan rasa sakit yang saya alami tu.Kali ini saya mengerang kesakitan dan kesejukan."Doktor saya sejuk".kali ini saya betul-betul mengadu pada doktor itu kerana saya rasa pada masa itu saya berada di tahap yang kritikal.Datang seorang nurse pada saya dan bertanyakan soalan"Dik datang seorang je ke,adik tak bawa teman ke?.Kali ini saya hanya diamkan diri kerana tak seorang pun yang tahu saya di masukkan ke PPUM pada ketika itu.Mungkin di fikiran saya ketika itu tak mahu susahkan siapa pun termasuklah keluarga sendiri.

Kemudian saya di bawa oleh seorang nurse ke wad pemerhati atau nama lainya Observation Wad."Kak saya sejuk".Sekali lagi saya mengadu kerana saya betul-betul kesejukan kali ini.Mungkin kesiankan saya,nurse itu terus baringkan saya di katil no.3.Alhamdulillah,rasa lega seketika apbila badan ini dapat di tutupi dengan kain selimut walaupun kain selimut itu jarang sedikit.Lengan saya kemudianya di masukkan air dan saya cuba pejamkan mata mengharapkan diri ini terlena seketika bagi mengurangkan rasa sakit dan kesejukkan yang di alami.Kalau saya tak silap,dalam pukul tiga lebih saya terjaga dari tidur."Awak bawa kawan tak?"sekali lagi soalan ini di tanya oleh nurse yang lain.Kawan saya ada kelas sampai petang.kali ni saya menjawab.Takpe lah,biar saya je la yang bawa awak ke bilik X-ray.Alhamdulillah selepas 20minit proses X-ray pun selesai.

Saya kembali ke katil untuk direhatkan semula.Tekanan dan suhu badan saya di ambil untuk kali yang ketiganya."Awak demam ni".bagitau nurse pada saya apabila melihat bacaan suhu badan saya melebihi aras normal.Botol air yang tergantung itu di gantinya yang lain,saya rasa itu botol yang ketiga.Saya terlena kembali sehinggalah datang dua orang doktor perempuan memeriksa saya hampir jam 6petang."Doktor boleh tak saya nak balik?".Mungkin ketika itu saya rasa betul-betul kesunyian berada di hospital tu.Awak mana boleh balik sebab awak kena appendix,"malam ni kita nak operate awak".Tergamam saya seketika mendengar berita dari doktor itu.Sungguh tak di sangka,perkara yang tak pernah terfikir di fikiran ini akan berlaku dalam masa kurang satu hari.

Saat itulah saya rasa jiwa ini betul-betul kosong.Engkau Maha Hebat wahai Tuhanku,Engkau mampu lakukan apa yang Engkau inginkan dalam sekelip mata sahaja.Amat rugi sekiranya hamba yang Engkau cipta tidak beriman padaMu.Hati ini redha dengan ketentuanMu dengan mengharapkan seribu satu hikmah di sebalik ujianMu ini.Saya tersenyum seketika sambil termenung cuba mencari hikmah di sebalik kejadian ini.Ketika inilah saya ingat kembali ucapan yang saya ucapkan semasa dalam perjalanan ke P.Pinang tiga hari yang lepas."ATAH TUHE BLAKO".Ternyata ungkapan ini benar-benar menjadi kata-kata keramat yang sangat bermakna.

Kesunyian saya pada petang itu berakhir dengan datangnya seorang sahabat melawat saya ketika itu."Jangan bagitau orang lain tau".minta saya padanya.Tapi permintaan saya kali ini sudah terlambat kerana sahabat saya itu telah forwardkan message pada sahabat-sahabat yang lain.Selang beberapa minit kemudian datang lagi tiga orang sahabat yang lain datang melawat.Kali ini kesunyian sudah mula hilang sedikit demi sedikit.Mereka bertiga kemudian pulang sebelum masuknya waktu maghrib.Saya gagahkan diri ini menuju ke surau untuk solat maghrib dalam keadaan botol air masih melekat di tangan.Dik,awak pegi mana tadi?Solat kak,saya membalas..Ya Allah budak ni kenapa tak bagitau,tak susah ke awak bawa botol air tu?.Saya hanya membalasnya dengan satu senyuman.

"Awak kena tukar wad sekarang".Tambah nurse tu lagi.Alhamdulillah kali ini saya beruntung kerana kebetulan(sebenarnay ketentuan Ilahi) ketika itu datang tiga lagi sahabat saya yang lain.Kerusi roda yang saya naiki kali ini bukan lagi ditolak oleh nurse tapi oleh sahabat yang saya kasihi.Kini baru terasa yang diri ini bukan seorangan.

Di pendekkan cerita,pada malam itu sebelum saya di bedah,saya menerima kunjungan yang ramai dari abang-abang,akak-akak dan sahabat-sahabat seperjuangan.Saya tak pernah bayangkan pun akan menerima kunjungan yang sedemikian.Terima kasih banyak-banyak pada semua yang melawat dan memberi sokongan pada saya.Saya terasa seolah-mempuyai satu keluarga yang sangat besar.Kalau di kampung saya hanya mempunyai lima orang adik-beradik yang semuanya lelaki sahaja tapi kali ini saya mempunyai bilangan adik beradik yang begitu ramai sekali dan ada adik beradik perempuan lagi.Ya Allah,aku bersyukur padaMu,Engkau hilangkan keperitan UjianMu itu hanya dengan menghantar mereka ini sebagai kekuatan diriku."Semoga Engkau warisi kami semua dengam SYURGA FIRDAUSMU itu".Amen..

"Saya ada berita gembira untuk awak.sekarang awak akan di bedah".bagitau seorang nurse sambil melemparkan senyumannya pada saya.Jam ketika itu menunujukan pukul 10 lebih.Kali ni jantung saya berdegup lain macam je,nak kata takut memang patut pun kerana ni 1st time nak kena bedah.Dalam perjlanan menuju ke bilik bedah saya tak henti-henti berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dengan harpan Allah permudahkan proses pembedahan itu nanti.Semasa berada di lobi sebelum masuk ke bilik bedah,ketika itulah saya teringat ayat motivasi Allah s.w.t yang telah saya kongsikn pada adik-adik KMPP sehari sebelum saya sakit.

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

Saya mengambil peluang ketika itu untuk berdoa banyak-banyak.Selang beberapa minit menunggu saya kemudianya di masukkan ke dalam bilik pembedahan.Alhamdulillah,lepas pada itu saya dah tak ingat apa-apa sehinggalah saya tersedar kembali hampir jam 3 pagi,ketika itu semuanya dah selesai.Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat.Pada malam itu saya di temani tiga orang sahabat saya sampailah ke pagi.

Di pendekkan cerita lagi,pada keesokkan harinya ramai sahabat-sahabat yang datang melawat sehinggakan seorang doktor menyindir saya dengan berkata."yang datang satu bas tadi tu semuanya family awak ke?.Saya hanya trsenyum sambil menjawab dalam hati.Ya,mereka semua memang family saya.Akhirnya jam 6.30ptg hari selasa saya di benarkan untuk pulang ke rumah..

- DAH TAMAT-
PERINGATAN!!

saya bawakan cerita atau pengalaman saya ini bukan untuk mendapatkan simpati dari pembaca sekalian.

Tapi saya mengharapkan agar cerita ini dapat di jadikan tauladan buat sidang pembaca sekalian.

Yang baik harap dapat di jadikan pengajaran dan yang tak elok harap di buang jauh-jauh.

Mohon maaf di atas sebarang kesilapan di atas penulisan saya ini.

SESUNGGUHNYA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG LEMAH ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI TETAPI HAKIKATNYA KEDUA-DUANYA DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T

"selamat beramal"
15:40
sambungan artikel di atas....

Pada pagi itu saya hanya meluangkan masa selama lima belas minit bersama para peserta.Pada petangnya saya di beri satu slot muhasabah bagi menyedarkan kepada para peserta mengenai beberapa perkara:

1)Sesungguhnya kita ini adalah hina tanpa ISLAM & kerana ISLAM kita
digelar umat yang terbaik.


2)ISLAM tak perlukan kita,tapi kita memerlukan Islam,oleh itu janganlah entum
semua bermegah-megah dengan kelebihan yang entum miliki kerana itu semua
adalah datangnya dari Ilahi.


3)Entum semua pilihan Allah sebab itu entum berada di sini sebab itu janganlah
entum menyesal di atas setiap ketentuan Ilahi.

4)Entum semua sememangnya layak untuk memikul amanah yang telah ditaklifkan
pada entum semua kerana Allah telah berjanji dalam al-Quran di dalam surah
al-Baqarah ayat 284 yang bermaksud:

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya"

5)Jadikan Allah sebagai matlamat dan tempat kebergantungan entum semua.Jangan
entum cari sebarang pertolongan yang melebihiNya.

Inilah beberapa perkara yang sempat saya bawa sebagai koreksi bersama-sama para peserta.Alhamdulillah air mata yang mengalir jatuh ke pipi mereka jelas menunjukkan mereka dapat menerimanya dengan baik.Sahabat saya bertanya.."eh,macam mana la enta buat peserta muslimin yang keras kepala ni menangis"..tanpa berfikir panjang saya menjawabnya seperti biasa emm "atah Tuhe blako"..Kaku sahabat saya itu mendengar jawapan saya ni..

Bagi memendekkan cerita,pada sebelah malamnya, saya mengambil satu lagi slot muhasabah..Emm,nampaknya program kali ini seolah-olah memberi peluang seluas-luasnya untuk saya koreksi diri ini sendiri.Pada hari ketiga iaitu hari terakhir,sebelum berpisah saya tinggalkan pada adik-adik beberapa kata semangat berpandukan satu ayat yang Allah s.w.t nukilkan di dalam al-Quran:

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

Saya katakan pada mereka ayat ini merupakan satu ayat motivasi untuk kita semua.Allah s.w.t tahu bahawa manusia mengharapkan satu kuasa yang mampu menolong mereka dalam kesusahan.Selaku seorang muslim kita semua tahu yang mempunyai UltraPower hanyalah Allah s.w.t.Dalam ayat tersebut jelas Allah s.w.t memberitahu hambaNya bahawa sesungguhnya Dia itu sangat hampir dengan kita semua.Hanya pada Dialah layak kita memohon pertolongan.

Saya tinggalkan P.Pinang dengan meninggalkan seribu satu harapan pada mereka semua.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan adik-adik saya yang di kasihi itu.Alhamdulillah saya bersama sahabat-sahabat yang lain selamat kembali ke Kuala Lumpur iaitu sebuah bandar raya yang tak pernah putus dengan gelombang maksiat walaupun semasa di bulan ramadhan."Ya Allah Engkau bukalah pintu hati hambaMu yang berbuat maksiat padaMu itu".Emm..mesti lena saya tidur malam ini,itulah harapan saya apabila sampai di rumah sewa.Al-maklumlah terlalu penat dengan perjalanan yang agak jauh.

Langit tak selalunya cerah,ujian datang tanpa di duga..entah kenapa pada pukul 4.30pg saya tersedar kerana terasa perut ini begitu sakit.Sakit yang tak pernah saya alaminya sebelum ini.Mungkin kejap je kot sakit perut saya ini,itulah serangan psiokologi yang saya cuba mainkan pada diri ini bagi mengurangkan rasa sakit itu.Tapi malangnya sakitnya bertambah-tambah,tak tahu apa yang perlu di buat lagi.Saya cuba menyapu dua jenis minyak panas kat perut ni tapi tak memberi sebarang kesan pun.Allahuakhbar,Allahuakhbar,Allahuakhbar..hanya ucapan ini je lah yang mampu saya keluarkan pada ketika itu.

Dengan kesabaran yang masih lagi melekat pada diri ini,saya menahan kesakitan itu sehinggalah saya selesai solat subuh,kemudian saya baringkan seketika tubuh ini bagi menunggu datangnya siang.Ya Allah,terasa begitu lama menanti masa berlalu walaupun satu minit.Pada pukul 9 pagi,saya tak dapat tahan lagi kesakitan perut ini menyebabkan saya menelifon sahabat yang sangat saya kasihi iaitu Ahmad Fahmi untuk menghantar saya ke klinik di kolej 12.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya pagi itu dengan menghantar sahabat saya ini.(Fahmi terima kasih banyak2,ana tak mampu nak balas jasa enta ni..semoga Allah saje yang membalasnay)...

Sampai je ke klinik,sekali lagi Allah s.w.t mempermudahkan urusan saya dengan membenarkan saya berjumpa doktor tanpa menunggu giliran.Dengan serta merta saya di berikan satu suntikan dan di suruh untuk berehat selama 30minit.Tapi malangnya bagi saya kerana suntikan itu tak memberikan sebarang kesan pun bagi mengurangkan kesakitan saya ini bahkan kesakitan saya semakin bertambah.Allah,Allah,Allah..hanya nama inilah yang menjuarai setiap perkataan yang keluar dari mulut saya ketika itu....

nantikan sambungan kisah ini yang terakhir...
11:05

IZINKU BERKONGSI DENGANMU

Assalamualaikum...ape khabar sahabat-sahabat sidang pembaca yang di rahmati Allah s.w.t sekalian?..Entah kenapa tangan ini terketar-ketar ingin menulis artikel kali ini,mungkin terasa ia bukan satu kepentingan untuk dikongsi pada semua kot.Apa-apa pun saya gagahkan jua untuk saya menulis dengan harapan ia dapat memberi serba sedikit keinsafan pada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian.

Alhamdulillah pada minggu lepas pada 12-14 haribulan saya sempat turun ke P.Pinang bertemu dengan adik-adik matrikulasi Pulau Pinang untuk berprogram bersama mereka.Walaupun saya turun sebagai fasilitator tapi pada kali ini saya rasa seperti saya juga menjadi peserta dan hati ini tersentak lebih dari para peserta dengan pengisian yang kami sendiri menyusunnya.Saya bertolak dari Kuala Lumpur pada jumaat sebelah malamnya bersama 4 orang sahabat yang lain dengan menaiki sebuah kereta.Dalam perjalanan ke P.Pinang,banyak sekali perkara yang kami bualkan,maklumlah kami semua dari kampus yang berlainan.

"Atah Tuhe blako"(versi kelantan),inilah perkataan yang banyak sekali terkeluar dari mulut saya pada malam itu.Rasa terkunci untuk diri ini mengeluarkan perkataan yang lebih layak dari perkataan itu apabila berbicara tentang perkara yang baik mahupun yang buruk.Mungkin ini satu petanda untuk Dia memberi pengajaran pada hanbaNya yang mungkin leka tanpa di sedarinya.Lebih kurang pukul 2.30pg kami pun sampai di P.Pinang.Sesudah sampai di sana kami tidak terus tidur tapi membuka satu lembaran cerita yang baru bagi mengisi masa sebelum bersahur.

Allahuakhbar!betul ko ni?..pada kali ni saya betul-betul kaku apabila mendengar satu cerita yang sangat ngeri tapi mempunyai pengajaran yang sangat mendalam pada siapa yang menghayatinya.Bilo benda ni berlaku?..1 ramadhan jawap sahabat saya yang bercerita itu..

Lebih kurang macam ni la ceritanya:Pada malam 1 ramadhan yang lalu,seorang muslimat dari sebuah kampus telah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat mengerikan apabila dia tergelincir dan terjatuh dari tingkat 3 semasa dia ingin melompat ke seberang bangunan satu lagi kerana ingin menyelamatkan diri daripada di tangkap setelah dia di kesan berdua-duaan dengan seorang insan yang bergelar 'lelaki'.Saya minta maaf kerana tak sanggup untuk cerita kisah ini secara terperinci.Tapi apa yang saya nak sampaikan di sini ialah tiada seorang pun yang mahu di panggil bertemu Ilahi dalam keadaan sedemikian.Cuba kita bayangkan muslimat ini di panggil bertemu Allah dalam keadaan dia diuji keimanannya.Saya harap kita semua bersangka baik pada muslimat ini dengan sangkaan"mungkin sebelum dia terjatuh dari tingkat 3 itu,dia dah betul-betul insaf dan bertaubat pada Allah s.w.t.Semasa hidupnya dia merupakan seorang yang sangat baik,menjaga aurat dan peribadinya.Semua ini berlaku "atah Tuhe blako",sekali lagi perkataan ini keluar dari mulut saya pabila mendengar cerita yang betul-betul menginsafkan saya.

Selepas mendengar kisah itu,tanpa membuang masa saya terus membasahi tubuh ini dengan wudhuk untuk sujud pada yang Maha Kuasa.Inilah kali pertama saya merasa begitu takut akan ujian yang bakal menimpa diri ini kelak.Persoalannya adakah diri ini benar-benar akan mampu untuk menghadapi ujian itu nanti? @ aku akan senasib dengan muslimat itu nanti.."Ya Allah,janganlah Engkau menguji aku apa yang tidak sanggup aku tempuhinya".

Saya hilangkan kisah mengerikan itu seketika agar dapat saya fokuskan pada program yang akan berlangsung pada keesokkan paginya."Entum semua selesa tak sekarang?"..inilah soalan pertama yang saya tanyakan kepada para peserta.Ya kami selesa,jawab mereka..saya senyum sambil berkata"pastikan diri anda semua tidak berada dalam keadaan selesa selepas ini kerana saya akan latih anda supaya menjadi orang yang tak kan selesa sampai entum betul-betul laksanakan amanah yang entum semua pikul"...


nantikan sambunganya...
10:24

SEKADAR PERKONGSIAN…



Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan saya satu peluang untuk mengikuti dan menjadi fasilitator untuk satu program khemah ibadah & motivasi cemerlang di Sek.Ren.(A).Al-Muslihin Taman Sungai Besi.Bersama-sama saya yang turut menjadi fasilitator untuk program ini adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang hebat dan jauh lebih tua dari saya.Antara mereka itu ada yang sudah menjadi peguam,ustaz di sebuah sekolah menengah,pembantu tadbir dan ada dua orang akak yang baru sahaja habis belajar di UPM yang merupakan pelajar terbaik dalam jurusan kaunseling.Saya amat bertuah kerana dapat mengambil dan belajar sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari mereka ini.

Satu perhargaan bagi saya yang telah di berikan oleh mereka apabila saya telah dilantik menjadi komander kem.Sebaik sahaja berjumpa dengan adik-adik yang rata-ratanya datang dari kawasan yang berhampiran dan berumur 10,11 dan 12 tahun itu satu perasaan yang telah tumbuh jauh di lubuk sanubari ini iaitu perasaan kasih dan sayang kepada mereka.Wajah mereka yang suci dan tenang itu membuatkan hati ini berdoa kepada Allah s.w.t.”ya Allah,Engkau peliharalah hati-hati generasi selepasku ini,jauhilah mereka daripada perkara-perkara maksiat yang Engkau murkai dan jadikan mereka anak-anak yang soleh yang berbakti kepada ibubapa,agama.masyarakat dan negara”.

Alangkah rugi sekiranya kain putih berseri ini dikotori dengan didikan yang tidak berlandaskan agama dan dicemari dengan keadaan masyarakat yang hidup keadaan maksiat.Didikan yang baik berlandaskan agama perlu di jadikan pakain dan perisai untuk mereka ini.Mereka inilah yang akan mencorakkan dunia satu hari nanti,oleh itu mereka memerlukan satu model untuk di jadiakn tauladan dan rujukan.Siapakah model mereka ini?Remaja sekarang ataupun ibubapa?adakah pemimpin sekarang ini yang perlu dijadikan tauladan?

Pada malam pertama program peserta diberi tidur awal sebagai persedian untuk qiamullai pada kekesokkan harinya.Sungguh cemerlang prestasi yang di tunjukkan oleh para peserta apabila mereka semua dapat berkumpul di surau untuk menunaikan qiamullai sebelum pukul 5.00pagi lagi.Sebelum solat saya telah membimbing mereka dengan beberapa alunan zikir yang menyentuh jiwa sehingga menambahkan satu keyakinan saya pada mereka semua apabila air mata mereka jatuh ke pipi masing-masing menandakan betapa bersihnya jiwa mereka yang takut kepada Allah s.w.t.Subhanallah,tersentak hati ini seketika,alangkah indahnya sekiranya hati ini juga seperti mereka,bersih dari segala dosa dan maksiat.

Pada sebelah malamnya telah di adakan sesi muhasabah mengenai hubungan dengan TIGA,iaitu T-Tuhan,I-IbuBapa,G-Guru dan A-ashabi@sahabat.Kali ini lain pula ceritanya,sebelum peserta menitiskan air mata mereka tanpa sedar air mata saya ini yang menitis terlebih dahulu kerana tersentuh dengan penyampaian motivator berkenaan hubungan kita dengan Allah s.w.t,alangkah hina dan jahilnya diri ini terhadap pemberian dariNya.Sedikitnya diri ini bersyukur di atas segala nikmat-nikmatNya,jarang sekali diri ini memerhatikan ciptaanNya yang banyak memberikan petunjuk untuk hambaNya yang mahu berfikir.

Kemudian motivator mengaitkan hubungan kita dengar ibubapa.Di saat ini lah surau yang sunyi itu menjadi pesta air mata apabila semua peserta termasuk fasi mengalirkan air mata apabila mengenangkan pengorbanan yang telah di lakukan oleh ibubapa yang mulia ini.Betapa beratnya penderitaan yang telah di tanggung oleh mereka dalam membesarkan anak harapan mereka itu.Mereka hanya menharapkan kesenangan dan kejayaan anak-anak mereka tanpa meminta jasa mereka itu di balas.Terdetik beberapa persoalan di minda saya ketika itu,kenapa masih ada anak yang derhaka seperti si Tanggang pada kedua orang tua mereka sedangkan mereka telah diasuh dan di beri kasih sayang oleh kedua ibubapa mereka itu?Apakah yang menyebabkan mereka pantas lupa diri?

Apabila di lihat dan direnung keadaan anak-anak muda sekarang,mereka telah jauh lari pada jalan yang benar.Masalah disiplin di sekolah semakin meningkat,penzinaan telah menyular di seluruh sekolah desa mahupun bandar dan penagihan rokok dan dadah telah menjadi lambang kebanggaan dan kehebatan para pemuda sekolah.Dalam waktu yang singkat mereka menhancurkan harapan ibubapa mereka yang telah di tanam bertahun lamanya.Ini mungkin beberapa masalah yang berlaku di sekolah,bagaimana pula dengan pusat pengajian tinggi?...Langkah dan tindakan segera perlu di lakukan oleh semua pihak dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku ini sebelum nasi menjadi bubur.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir,saya sempat mengambil satu slot bersama para peserta dalam memberikan beberapa nasihat dan bimbingan untuk masa depan mereka. Saya sangat teruja dengan semangat yang telah ditunjukan oleh mereka walaupun mereka dalam kepenatan. Apabila di tanyakan tentang cita-cita mereka,pelbagai jawapan yang telah saya terima,ada yang nak jadi ustazah,doktor,polis dan sebagainya.InsyaAllah,mereka inilah satu hari nanti yang akan menjadi golongan profesional yang memperjuangkan agama.Sebelum saya berpisah beberapa pesanan sempat saya tinggalkan pada mereka dan juga sebenarnya untuk diri saya sendiri,antaranya jagalah Allah,nescaya Dia akan menjaga kita,cintailah dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikan itu hanya sebesar atom dan bencilah dalam melakukan kemaksiatan pada Allah,walaupun sebesar kuman,taatlah pada Allah dan Rasul dan patuhilah kedua ibubapa serta belajarlah bersungguh.

Mereka itu saya tinggalkan dengan keadaan berat kerana mereka itu telah saya anggap seperti adik-adik sendiri,hanya harapan dan doa mampu saya berikan pada mereka itu.Satu pesanan untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat yang bergelar abang dan kakak,bimbinglah adik-adik kita itu ke jalan yang benar dan jadikanlah diri kita ini sebagai contoh tauladan yang terbaik..
10:50

TIADA PERBEZAAN



Saya rasa agak pelik dan hairan apabila ramai kawan kawan saya menyangka bahawa saya ni lepasan dari sekolah agama sedangkan saya hanya lepasan dari MRSM dan ada juga yang mengelar diri ini sebagai “ustaz “.”ustaz baca doa ape hari ni sampai dapat skore 3 gol ni”,inilah antara dialog saya dengan kawan kawan semasa bermain futsal.yang membuat saya terharu apabila girls yang free hair pun panggil saya ustaz.”assalamualaikum ustaz nak kesurau ke?”.

Bila di tanya kenapa mereka mengatakan bahawa saya ni dari sekolah agama mereka telah memberikan beberapa jawapan antaranya ialah saya selalu jadi imam dan azan,boleh bagi tazkirah/kuliah maghrib,menjadi ketua pengisian Balai Islam,berakhlak baik(mengikut pandangan mereka),banyak buat program untuk balai islam,pakai jubah semasa solat dan lain-lain lagi.

Maka timbul persoalan dalam fikaran ini adakah hanya pelajar sekolah agama yang boleh jadi imam,bagi tazkirah,akhlak baik,pakai jubah dan sebagainya?.apakah yang menyebabkan pemikaran seperti ini terjadi?
Firman Allah s.w.t:

“kamu adalah umat terbaik yang di utuskan utntuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah”.(al-Imran:10)

Sedangkan ayat al-Quran sudah jelas mengatakan bahawa setiap manusia adalah umat yang terbaik yang mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman pada Allah s.w.t.Justeru itu, kita seharusnya ‘clear’ tentang perkara ini yang mana pelajar sekolah agama mahupun bukan seharusnya menyepurnakan amanah yang telah di berikan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambaNya yang beriman.
Nabi s.a.w bersabda:

“samapikanlah dariku walaupun satu ayat”

Sewajarnya kita semua harus sedar peranan masing-masing dalam menjalani kehidupan ini selaku hambaNya yang beriman.Yang berilmu berkongsi ilmunya dengan yang lain,yang faham cuba bantu kawanya yang kurang faham dan sebagainya.

Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana mengurniakan saya sahabat-sahabat dari sekolah agama mahupun dari sekolah smk@sbp dan mrsm yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan membimbing diri ini kepada perkara-perkara yang baik.Setiap perkongsian dan nasihat yang di berikan oleh mereka merupakan satu rahmat yang perlu saya hargai. Saya yang dahulu tidak mampu untuk tampil kedepan untuk memberikan tazkirah mahupun kuliah,kini dengan bimbingan kawan-kawan alhamdullilah sekarang ini saya mampu untuk lakukanya.

Pada pengamatan saya sekiranya setiap orang sedar akan tanggugjawab dirinya terhadap agama,keluarga,kawan-kawan mahupun masyarakat insya Allah nescaya kita mampu untuk membentuk satu suasana ketenangan dan keamanan di negara kita ini serta kita semua pasti akan hidup dalam keadaan penuh keberkatan dan sejahtera.Jesteru itu, mengenal diri dan tanggunjawab yang telah di amanahkan pada setiap individu akan menolong seseorang itu melaksanakan amanah yang di pikulnya.
11:27

Mahasiswa di Rumah Sewa




Inilah kali pertama saya di rumah sewa apabila bergelar mahasiswa..banyak perkara baru yang dipelajari dan boleh di jadikan tauladan untuk panduan kehidupan..
Memasak,membasuh dan banyak lagilah perkara yang biasa menjadi rutin kaum hawa yang bergelar isteri kini telah menjadi rutin bagi kami..
Kita sering dengar luahan kaum hawa di zaman sekarang ni yang mengatakan “kalau laki boleh buat,kenapa kami tak boleh”..Nah!sudah terbukti, luahan mereka kini menjadi satu realiti..Akademik,persatuan,sukan mahupun bidang pekerjaan kini mereka seakan-akan menjadi barisan tonggak utama…
Apa jua sekalipun, bukan perbezaan jantina yang ingin saya bincangkan.Selaku makhluk yang di kurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t kita seharusnya melihat dan mencari keuntungan yang akan memberi manfaat kepada kita semua yang mana keuntungan ini tidak melihat kepada jantina seseorang itu...
KEUNTUNGAN YANG JARANG DI KEJAR
Firman Allah s.w.t. :"Hai orang-orang beriman sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu semua dari azab yang pedih,iaitu dengan kamu beriman pada Allah dan Rasul serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu,ia merupakan satu keuntungan yang besar jika kamu mengetahui".(As-shaff)..
Sedarkah kita bahawa Allah tidak pernah memuliakan seseorang hambaNya dengan melihat jantinanya tetapi Allah menilai sejauh mana hambaNya menjadikan mukjizat Al-Quran itu sebagai satu rujukan untuk mereka mencari keuntungan di dunia dan juga di akhirat..
Apakah takrifan keuntungan itu hanya di nilai pada kejayaan akademik semata-mata, ataupun pekerjaan yang di perolehinya mungkin kekayaan yang di miliki oleh seseorang menjadi ukuran ?
Saudara/saudari yang dikasihi oleh Allah s.w.t sekalian,
kembalilah kita semua kepada tujuan utama kehidupan ini..Firman Allah s.w.t"Aku tidak ciptakan jin dan manusia tidak lain hanya semata-mata untuk mengabdikan diri padaKu"..
sedarlah keredhaan dan ketenangan dari Allah s.w.t merupakan keuntungan yang tidak ternilai banyaknya..