bahagian akhir....
"Dik,kami nak bawa adik ke PPUM ni kerana sakit adik kami tak dapat ubat kat sini,bawa semua barang-barang adik ye".kata seorang nurse pada saya.Tanpa mengeluarkan sebarang patah perkataan saya terus mengikutnya kerana menahan kesakitan yang masih di tanggug ni.Agak sukar untuk kaki ini melangkah selangkah demi selangkah untuk berjalan menuju ke sebuah van.Lebih kurang 15minit,akhirnya sampai la kami ke bahagian Trauma&Kecemasan PPUM.Pada kali ini saya betul-betul tak dapat berdiri lagi kerana menahan kesakitan yang amat sangat menyebabkan saya terpaksa di bawa menggunakan kerusi roda.Inilah sejarah baru yang dapat saya catatkan dalam diari kehidupan ini kerana ini merupakan kali pertama saya duduk di atas kerusi roda sebagai seorang pesakit.
Selepas menyelesaikan beberapa proses birokrasi PPUM,saya di bawa terus berjumpa dengan seorang doktor lelaki yang bukan warganegara Malaysia tapi mesra dan baik orangnya.Sample darah saya kemudianya di ambil bagi pemeriksaan lebih lanjut."Adik sebelum ini ada pernah sakit macam ni tak?.tanya doktor tu.Tak pernah,ni 1st time saya sakit.'jawab saya perlahan,.Maybe you kena gastrik.You ada muntah tak before you come here?..biasa la doktor mesti banyak benda yang nak di siasatnya.Ye2 pagi tadi empat kali saya muntah.jawab saya lagi.Ok now,saya akan bagi you four injections termasuk ubat tahan sakit and gastrik.Subhanallah biar betul!besarnya jarum dia(bicara hati ini).Yang sebenarnya saya takut jarum."Adik jangan takut ye,buat releks je tau"..Aik macam tahu-tahu je doktor ni yang saya takut jarum.
Saya pejamkan mata ini menantikan proses suntikan selesai.Beberapa saat lepas suntikan je saya terus tertidur kerana kesan ubat yang sangat kuat.Beberapa minit selepas itu saya bangun tersedar semula,tapi kali ini mengejutkan doktor kerana suntikan yang di berikan pada saya tidak sedikit pun mengurangkan rasa sakit yang saya alami tu.Kali ini saya mengerang kesakitan dan kesejukan."Doktor saya sejuk".kali ini saya betul-betul mengadu pada doktor itu kerana saya rasa pada masa itu saya berada di tahap yang kritikal.Datang seorang nurse pada saya dan bertanyakan soalan"Dik datang seorang je ke,adik tak bawa teman ke?.Kali ini saya hanya diamkan diri kerana tak seorang pun yang tahu saya di masukkan ke PPUM pada ketika itu.Mungkin di fikiran saya ketika itu tak mahu susahkan siapa pun termasuklah keluarga sendiri.
Kemudian saya di bawa oleh seorang nurse ke wad pemerhati atau nama lainya Observation Wad."Kak saya sejuk".Sekali lagi saya mengadu kerana saya betul-betul kesejukan kali ini.Mungkin kesiankan saya,nurse itu terus baringkan saya di katil no.3.Alhamdulillah,rasa lega seketika apbila badan ini dapat di tutupi dengan kain selimut walaupun kain selimut itu jarang sedikit.Lengan saya kemudianya di masukkan air dan saya cuba pejamkan mata mengharapkan diri ini terlena seketika bagi mengurangkan rasa sakit dan kesejukkan yang di alami.Kalau saya tak silap,dalam pukul tiga lebih saya terjaga dari tidur."Awak bawa kawan tak?"sekali lagi soalan ini di tanya oleh nurse yang lain.Kawan saya ada kelas sampai petang.kali ni saya menjawab.Takpe lah,biar saya je la yang bawa awak ke bilik X-ray.Alhamdulillah selepas 20minit proses X-ray pun selesai.
Saya kembali ke katil untuk direhatkan semula.Tekanan dan suhu badan saya di ambil untuk kali yang ketiganya."Awak demam ni".bagitau nurse pada saya apabila melihat bacaan suhu badan saya melebihi aras normal.Botol air yang tergantung itu di gantinya yang lain,saya rasa itu botol yang ketiga.Saya terlena kembali sehinggalah datang dua orang doktor perempuan memeriksa saya hampir jam 6petang."Doktor boleh tak saya nak balik?".Mungkin ketika itu saya rasa betul-betul kesunyian berada di hospital tu.Awak mana boleh balik sebab awak kena appendix,"malam ni kita nak operate awak".Tergamam saya seketika mendengar berita dari doktor itu.Sungguh tak di sangka,perkara yang tak pernah terfikir di fikiran ini akan berlaku dalam masa kurang satu hari.
Saat itulah saya rasa jiwa ini betul-betul kosong.Engkau Maha Hebat wahai Tuhanku,Engkau mampu lakukan apa yang Engkau inginkan dalam sekelip mata sahaja.Amat rugi sekiranya hamba yang Engkau cipta tidak beriman padaMu.Hati ini redha dengan ketentuanMu dengan mengharapkan seribu satu hikmah di sebalik ujianMu ini.Saya tersenyum seketika sambil termenung cuba mencari hikmah di sebalik kejadian ini.Ketika inilah saya ingat kembali ucapan yang saya ucapkan semasa dalam perjalanan ke P.Pinang tiga hari yang lepas."ATAH TUHE BLAKO".Ternyata ungkapan ini benar-benar menjadi kata-kata keramat yang sangat bermakna.
Kesunyian saya pada petang itu berakhir dengan datangnya seorang sahabat melawat saya ketika itu."Jangan bagitau orang lain tau".minta saya padanya.Tapi permintaan saya kali ini sudah terlambat kerana sahabat saya itu telah forwardkan message pada sahabat-sahabat yang lain.Selang beberapa minit kemudian datang lagi tiga orang sahabat yang lain datang melawat.Kali ini kesunyian sudah mula hilang sedikit demi sedikit.Mereka bertiga kemudian pulang sebelum masuknya waktu maghrib.Saya gagahkan diri ini menuju ke surau untuk solat maghrib dalam keadaan botol air masih melekat di tangan.Dik,awak pegi mana tadi?Solat kak,saya membalas..Ya Allah budak ni kenapa tak bagitau,tak susah ke awak bawa botol air tu?.Saya hanya membalasnya dengan satu senyuman.
"Awak kena tukar wad sekarang".Tambah nurse tu lagi.Alhamdulillah kali ini saya beruntung kerana kebetulan(sebenarnay ketentuan Ilahi) ketika itu datang tiga lagi sahabat saya yang lain.Kerusi roda yang saya naiki kali ini bukan lagi ditolak oleh nurse tapi oleh sahabat yang saya kasihi.Kini baru terasa yang diri ini bukan seorangan.
Di pendekkan cerita,pada malam itu sebelum saya di bedah,saya menerima kunjungan yang ramai dari abang-abang,akak-akak dan sahabat-sahabat seperjuangan.Saya tak pernah bayangkan pun akan menerima kunjungan yang sedemikian.Terima kasih banyak-banyak pada semua yang melawat dan memberi sokongan pada saya.Saya terasa seolah-mempuyai satu keluarga yang sangat besar.Kalau di kampung saya hanya mempunyai lima orang adik-beradik yang semuanya lelaki sahaja tapi kali ini saya mempunyai bilangan adik beradik yang begitu ramai sekali dan ada adik beradik perempuan lagi.Ya Allah,aku bersyukur padaMu,Engkau hilangkan keperitan UjianMu itu hanya dengan menghantar mereka ini sebagai kekuatan diriku."Semoga Engkau warisi kami semua dengam SYURGA FIRDAUSMU itu".Amen..
"Saya ada berita gembira untuk awak.sekarang awak akan di bedah".bagitau seorang nurse sambil melemparkan senyumannya pada saya.Jam ketika itu menunujukan pukul 10 lebih.Kali ni jantung saya berdegup lain macam je,nak kata takut memang patut pun kerana ni 1st time nak kena bedah.Dalam perjlanan menuju ke bilik bedah saya tak henti-henti berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dengan harpan Allah permudahkan proses pembedahan itu nanti.Semasa berada di lobi sebelum masuk ke bilik bedah,ketika itulah saya teringat ayat motivasi Allah s.w.t yang telah saya kongsikn pada adik-adik KMPP sehari sebelum saya sakit.
"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)
Saya mengambil peluang ketika itu untuk berdoa banyak-banyak.Selang beberapa minit menunggu saya kemudianya di masukkan ke dalam bilik pembedahan.Alhamdulillah,lepas pada itu saya dah tak ingat apa-apa sehinggalah saya tersedar kembali hampir jam 3 pagi,ketika itu semuanya dah selesai.Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat.Pada malam itu saya di temani tiga orang sahabat saya sampailah ke pagi.
Di pendekkan cerita lagi,pada keesokkan harinya ramai sahabat-sahabat yang datang melawat sehinggakan seorang doktor menyindir saya dengan berkata."yang datang satu bas tadi tu semuanya family awak ke?.Saya hanya trsenyum sambil menjawab dalam hati.Ya,mereka semua memang family saya.Akhirnya jam 6.30ptg hari selasa saya di benarkan untuk pulang ke rumah..
- DAH TAMAT-
PERINGATAN!!
saya bawakan cerita atau pengalaman saya ini bukan untuk mendapatkan simpati dari pembaca sekalian.
Tapi saya mengharapkan agar cerita ini dapat di jadikan tauladan buat sidang pembaca sekalian.
Yang baik harap dapat di jadikan pengajaran dan yang tak elok harap di buang jauh-jauh.
Mohon maaf di atas sebarang kesilapan di atas penulisan saya ini.
SESUNGGUHNYA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG LEMAH ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI TETAPI HAKIKATNYA KEDUA-DUANYA DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T
"selamat beramal"
Selamat Kembali Mahasiswa!
-
Team Elit Muslim 2011 mengucapkan selamat kembali kepada seluruh mahasiswa
ke kampus perdana Universiti Malaya. Semoga langkah kita bersama azam dan
tekad...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment