10:54

RAMADHAN : TARBIYYAH DAN PERJUANGAN


Assalamualaikum, bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan nafas memberikan lagi kita peluang meneruskan kehidupan dalam bulan Ramadhan ini.Sebagai seorang muslim yang menyatakan keimanan pada Allah s.w.t kita hendaklah mengambil peluang ini dengan meningkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta memperbanyakkan melakukan kebaikan walaupun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sebesar biji sawi.

Ramadhan merupakan satu bulan rahmat yang tak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam akhir zaman ini.Ramadhan membuka seluas-luasnya peluang kepada kita semua untuk koreksi atau muhasabah diri masing-masing.Inilah masanya untuk kita melihat dan menilai sejauh mana keimanan kita pada Allah s.w.t,banyak mana sumbangan yang telah kita berikan pada Islam, banyak mana kita telah lakukan maksiat pada Allah s.w.t, sejauh mana kita mennghargai perjuangan Rasulullah s.a.w,sedalam mana kita cinta pada Baginda dan sejauh mana kita berusaha untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Inilah masanya sahabat-sahabat untuk kita melihat kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.Rebutlah peluang ini untuk menyuburkan TARBIYAH ISLAMIYYAH.Sucikanlah HATI ini yang telah banyak membuat maksiat pada Allah s.w.t,sucikanlah HATI ini yang telah banyak berdusta dengan kata-kata tanpa sebarang tindakan yang dilakukan terhadap agama Allah s.w.t dan sucikan HATI ini dari segala sifat-sifat mazmumah yang tidak disedari berada dalam diri kita ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". ( Asy Syams :9-10)

Diri ini malu untuk menyatakan bahawa diri ini mencari CINTA ILAHI kerana takut ucapan yang di keluarkan itu bukanlah dari HATI yang benar-benar IKHLAS tetapi hanya diucapkan apabila diri ini merasa keseorangan dan semasa mendapat musibah dariNya.Saya juga TAKUT untuk merasakan bahawa diri ini benar-benar YAKIN pada pertolongan ALLAH s.w.t kerana kadang-kadang apabila diri ini DIUJI saya hampir mencari dan meminta pertolongan makhluk ciptaanNya.Jadi,inilah masanya untuk jadikan semua itu sebagai kenyataan yang BENAR.Manfaatkan Qiamullai untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dalam mencari CINTANYA, pertingkatkan amal ibadah untuk membuktikan bahawa hanya pada YANG MAHA ESA kita berserah dan berharap.

Betapa ruginya kita semua sekiranya kita hanya menjadikan RAMADHAN SEBAGAI BULAN TARBIYAH kerana Rasulullah s.a.w dan juga sahaba-sahabat Baginda menjadikan Ramadhan ini sebagai BULAN MENINGKATKAN TARBIYAH dan juga BULAN UNTUK MEMBUKTIKAN KEIMANAN mereka pada ALLAH s.w.t dengan BERJUANG di JALAN ALLAH s.w.t.Cuba kita ingatkan kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ramadhan ini:


2 Ramadhan 2H adalah hari bersejarah berlakunya peperangan pertama dalam survival umat Islam iaitu Perang Badar. Sejarah askar Islam seramai 313 orang di bawah pimpinan Rasulullah SAW bertempur dengan tentera Arab Musyrikin.Mereka tentera Islam telah membuktikan keimanan dan kesyukuran mereka pada Allah s.w.t sehinggakan mereka berjaya menewaskan musuh yang berlipat kali ganda bilanganya dari mereka.

Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya".

Peristiwa ini sebenarnya cukup bermakna dalam memberikan pengajaran kepada kita semua dan juga sebagai satu motivasi untuk kita bertambah YAKIN untuk MENINGKATKAN KEIMANAN dan BERSYUKUR pada ALLAH s.w.t kerana melahirkan kita dalam keadaan memperolehi NIKMAT ISLAM dan IMAN.

Banyak sebenarnya perisitwa perang dalam bulan Ramadhan, satu lagi ialah Perang Tabuk yang juga dikenali sebagai perang tentera berjalan kaki dan perang tentera yang dalam kesusahan (kerana kepanasan dan tiada bekalan air). Peperangan ini dicatakan sebagai bermula sejak bulan Rejab lagi. Kalau kita bayangkan .. Rejab, Syaaban dan masuk Ramadhan, hampir tiga bulan semuanya. Seramai 30,000 tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW mempertahankan utara Madinah dari kemungkinan diserang Rom.

Itulah perang pertama antara umat Islam dan Kristian di Eropah yang pada masa itu dikenali sebagai Rom. Andaikan pada hari ini negara-negara Eropah yang kita biasa dengar seperti UK, Jerman, Spain, Portugal, Itali dan sebagainya (katakan termasuk Amerika juga) bergabung dan berperang dengan negara-negara Islam, salah satu angkatan mereka menyerang Malaysia. Bagaimana, adakah semangat kita terasa sekuat tentera Islam Perang Tabuk atau terasa lemah sendi memikirkannya?

Namun dalam Perang Tabuk itu, tentera Islam telah berjaya menyekat kekuasaan Kaisar Rom dan berakhir dengan kejayaan aspek ekonomi dan politik apabila negeri2 dan kawasan yang dijajah Rom sebelum itu telah berani untuk beralih ke bawah naungan kerajaan Islam.

Begitu juga pembukaan kota Makkah selepas Perjanjian Hudaibiyah dilanggar oleh kaum Arab Musyrikin. Nabi memimpin tentera Islam dari Madinah untuk mengambil semula Kota Makkah. Pada masa itu Khalid al-Walid telah pun memeluk Islam dan memimpin satu unit pasukan memasuki Makkah dan mengalami sedikit pertempuran ditentang sahabat karib lamanya Ikrimah Abu Jahal. Mampukah kita berdepan dengan sahabat karib seperti ujian yang dihadapi Khalid itu?

Surah Al Fath ayat 1:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata".

Lihatlah betapa HEBAT dan KUATNYA KEIMANAN umat ISLAM satu ketika dahulu.Mereka tidak sedikitpun mengurangkan ibadah mereka pada Allah s.w.t bahkan mereka sentiasa mempertingkat amal mereka setiap masa dan waktu,mereka tidak pernah putus dalam berjuang untuk MENEGAKAKKAN KALIMAH ALLAH di muka bumi ini walaupun dalam bulan Ramadhan.Tapi, macam mana dengan umat Islam sekarang?..Sehebat mana KEHEBATAN AMAL IBADAH kita?..sebanyak mana kita telah BERKORBAN UNTUK BERJUANG di jalan ALLAH?...

Sampai bila kita hendak duduk begini?..Bila lagi untuk kita mendapat kemenangan?..
Saya tinggalkan persoalan ini untuk saya dan juga sahabta-sahabat sekalian bermuhasabah...

1 comments:

munadhia said...

bila baca tentang sirah perang nabi.. teringat plk.. ada yg bertanya adakh kita ini sdh layak untuk bgelar mujahid/ah islam sedangkan terlampau sedikit yg kita sumbangkn dn brjuang utk islam.. kalau dahulu jihad dgn darah.. mcm mana dgn skarang?? ckpkah skadar jihad dgn air mata?? mgkn blh dikupas jgk ttg adkh kita layak bgelar mujahid kot..wallahu'alam..