Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 25 Ramadhan,lima atau enam hari lagi je nak raya.Mungkin hari ni pasti ramai yang dah siap packing barang-barng untuk bertolak ke kampung halaman masimg-masing.(p/s:jalan elok-elok,jangan lupe baca doa nak naik kenderaan pula dan semoga selamt sampai ke destinasi yang di tuju).Sudah pasti ramai yang semakin gembira dengan kehadiran Aidilfirti pada kali ni,dapat pakai baju raya baru,dapat jumpa keluarga dan yang palimg pengting dapat DUIT RAYA, betul tak?.
Memang patut pun kita bergembira di HARI RAYA ni kerana Allah s.w.t telah memberi dan membuka peluang seluas-luasnya pada kita semua untuk saling bermaaf-maafaan.Sedang kan lidah lagi tergigit ini kan pula kita dengan keluarga,saudara mara dan kawan-kawan pasti kita tidak boleh lari dari melakukan sebarang kesilapan.Jadi,sama-sama la kita lapangkan dada di untuk memohon maaf dan memberi maaf kepada sesiapa je.Bak kata P.Ramlee dalam lagunya "sedangkan Nabi ampunkan umat".Sebagai umat Baginda kenalah kita ikut setiap yang Nabi tauladankan pada kita semua agar kehidupan kita akan sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.
Akan tetapi satu perkara yang perlu kita ingat,Aidilfitri menyeru pada kita untuk kembali kepada FITRAH yang sebenar iaitu BERIMAN dengan MENGABDIKAN SELURUH kehidupan ini hanya pada Allah s.w.t.Selama SATU BULAN Dia memberikan peluang pada kita semua untuk berusaha MENDIDIK NAFSU masing-masing dan meningkatkan KEIMANAN dan KETAQWAAN padaNya dengan mempertingkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan,baik solat jemaah,baik solat terawih,baik bacaan al-Quran,baik zikir,baik qiamullai dan sebagainya semua ini adalah ruang yang Allah berikan pada kita semua memperbaiki diri kita semua.
Persiapan yang kita lakukan dalam masa sebulan ini merupakan satu SENJATA YANG AMAT BERGUNA bagi kita semua untuk menempuh cabaran yang sangat besar pada 11 bulan yang berikutnya iaitu melawan GODAAN IBLIS@SYAITAN LAKNATULLAH.Kerana mereka ini lah Adam dan Hawa menangis beribu-ribu tahun lamanya kerana menyesal di atas kesilapan mereka melanggar larangan Allah s.w.t di sebabkan godaan Iblis laknatullah ini.Tidak perlu rasanya untuk saya ceritakan kembali beberapa kisah tentang bahayanya godaan iblis pada umat Islam kerana saya rasa setiap orang pasti maklum tentang makhluk yang dilaknat Allah s.w.t.Banyak sekali ayat-ayat al-Quran memberikan peringatan pada kita semua agar berhati-hati dengan makhluk yang bernama Iblis ini.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,maka sesungguhnya dia(syaitan)menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar.kalu bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu,nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih(dari perbuatan keji dan mungkar itu)selama-lamanya ,tetapi Allah bersihkan siapa yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui"..(an-Nur:21)
Saya hendak mengajak diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian supaya koreksi diri kita ketika baki Ramadhan masih lagi ada.
Adakah kita rasa Ramadhan kali ini dapat:
1)Membuatkanm kita lebih
MENGENAL ALLAH s.w.t.
Dengan mengenal Allah sudah pasti ia dapat menyelamatkan manusia dari sebarang kesesatan.
2)Menjadikan kita seorang yang
KUAT DAN BANYAK BERIBADAH.kerana dengan pelaksanaan ibadah yang banyak seseorang itu akan sentiasa mendapat lembayung JAGAAN,RAHMAT,INAYAH dan pertolongan Allah s.w.t.
3)Membentuk peribadi seorang
HAMBA YANG SENTIASA BERZIKIR(mengingati) ALLAH s.w.t.
Dengan mengingati Allah s.w.t,seseorang itu pasti dapat menyelamatkan diri dari tenggelam dan hanyut dalam arus ragu-ragu,was-was,binggung dan persaan yang tidak tenang di sebabkan gangguan syaitan laknatullah.
Firman Allah s.w.t:
"Ingatlah Aku,nescaya Aku ingat pula kepada kamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah mengkufuri(nikmatKu"4)Menjadikan kita
LEBIH TAKUT PADA ALLAH s.w.t.
5)Adakah kita YAKIN bahawa Ramadhan kali ini mampu
MENYELAMATKAN KITA DARI KANCAH MAKSIAT.Kerana cabaran dan ujian di bulan-bulan yang lain lebih hebat dari bulan Ramadhan keran MUSUH UTAMA umat ISLAM telah mengatur banyak strategi untuk mengkufurkan seluruh umat Islam.
6)Adakah Ramadhan kali ini menjadi
PENYELAMAT DARI TENGGELAM DALAM MABUK CINTA DUNIA,TERLALU MENGEJAR HARTA YANG FANA DAN SIBUK MEMENUHI KEHENDAK NAFSU.Sifat IKHLAS perlulah di miliki oleh setiap muslim bagi menyelamatkan amal ibadahnya.Berdoalah agar kita tidak termasuk dalam golongan yang di firmankan oleh Allah s.w.t di dalam surah al-Furqan ayat ke-23 yang bermaksud:
"Kami jadikan mereka dengan amal yang telah mereka lakukan(di dunia)lalu Kami jadikan amalan itu seperti habuk yang berterbangan(tidak berguna)"Dan akhirnya Adakah Ramadhan kali ini mampu untuk
MENJADIKAN KITA SEORANG HAMBA YANG SENTIASA REDHA terhadap takdir Allah s.w.t.Marilah sama-sama kita semua mempertingkatkan persiapan diri di dalam menghadapi liku-liku cabaran dan ujian yang bakal kita hadapi selapas Ramadhan nanti.Marilah juga sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t di dalam mencari CINTA dan KEREDHAANYA.Semoga kita semua SElAMAT dan BERJAYA menghadapi segala cabaran dan ujian serta GODAAN IBLIS DAN SYAITAN laknatullah..
0 comments:
Post a Comment