00:51

MUHASABAH RAMADHAN: Layakkah Aku Digelar 'MUJAHID'

Salam Ramadhan dan perjuangan buat sahabat pembaca sekalian...

Perjuangan Islam sama sekali tidak akan luntur di atas muka bumi Allah s.w.t ini kerana setiap masa dan waktu akan sentiasa ada mata-mata rantai yang akan di lahirkan bagi menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.Hal ini bertepatan dan menjadi satu kenyataan yang tidak dapat di nafikan dengan apa yang telah disebutkan oleh Baginda s.a.w beribu tahun yang lalu melalui sirah Baginda SAW.Antaranya ialah, bahawa tidak akan diutuskan seorang Rasul melainkan pasti akan ada diantara manusia ini yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi penolong dan pembantu mereka.


Generasi para sahabat adalah satu generasi terpilih yang telah diangkat kemuliaan mereka itu dengan menjadi penolong dan pembantu Rasulullah SAW dalam jihad dan perjuangan mereka. Mereka telah meredah dan merintis jalan Dakwah Islam yang penuh dengan cabaran dan onak duri serta menepuh segala mehnah dan tribulasi demi menjulang kemuliaan Islam serta memenangkan dan menjulang kalimah Tauhid di atas muka bumi. Mereka telah membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dengan menabur sejuta pengorbanan yang tiada nilainya. Merekalah generasi yang patah takkan tumbuh, hilang takkan berganti.

Antara contoh teladan sahabat-sahabat yang telah membuktikan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan agama Islam ini ialah Saidina Abu Bakar as-Sidiqq,Umar al-Khattab,Ali bin Abu Talib dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain.Mereka boleh di jadikan sebagai qudwah untuk para Mujahid dalam menabur sejuta tenaga dan beribu pengorbanan dalam menegakkan kegemilangan Islam di muka bumi ini.Jika kita melihat Sirah Baginda s.a.w bersama para Sahabat Baginda dalam memperjuangkan agama Allah ini kita akan mendapati bahawa mereka merupakan satu golongan umat yang telah banyak menabur bakti dan telah banyak berkorban jiwa,harta,orang yang tersayang dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan kemenangan Islam bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Merenung dan melihat serta mendalami keadaan remaja-remaja Islam di era perubahan generasi ini,kita dapat melihat dua perbezaan yang sangat ketara di kalangan mereka ini iaitu remaja yang mempunyai semangat untuk memperjuangan agama dan juga remaja yang bersemangat tanpa segan silu dan rasa bersalah dalam menjatuhkan agama Islam yang syumul ini.Dalam konteks mahasiswa dan mahasiswi kampus, saya melihat satu gelaran yang hangat di guna pakai oleh mereka yang bergelar aktivis kampus ialah mengelar diri mereka sebagai MUJAHID-MUJAHID yang berjuang di kampus atau dengan kata lainnya mengakui bahawa mereka merupakan golongan remaja yang berjihad di kampus dalam memartabatkan kegemilangan ISLAM di bumi kampus masing-masing.

Saya tidak nafikan bahawa tanpa golongan mahasiswa/i yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID ini sudah tentu Islam tidak dapat disebarkan dengan lebih meluas kepada warga kampus yang semakin hari semakin hanyut dengan keseronokan dunia yang telah menipu mereka.Jika kita melihat realiti kampus itu sendiri kita akan mendapati bahawa telah banyak remaja Islam kita telah terjerumus kepada lembah kemaksiatan yang menjauhkan mereka dari Allah s.w.t.Oleh itu,golongan Mujahid kampus inilah memainkan peranan yang sangat penting untuk MENGISLAHKAN remaja Islam kita yang tergelincir dari landasan yang sebenarnya ini.

Tapi sebelum itu satu persoalan yang ingin saya timbulkan kepada PARA MUJAHID KAMPUS,apakah kita benar-benar telah meletakkan diri kita atau memainkan peranan yang sebenarnya dalam posisi kita yang bergelar MUJAHID ini?Sebagai renungan dan muhasabah bersama,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini telah menepati ciri-ciri yang sebenar bagi melayakkan kita untuk bergelar MUJAHID?

MUHASABAH BAGI PARA MUJHID KAMPUS:

1.Adakah kita benar-benar meletakkan MATLAMAT perjuangan JIHAD kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan sejauh mana KEKUATAN AKIDAH kita pada Allah s.w.t?

Kemantapan akidah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas jihad.Sehubungan dengan ini Allah s.w.t amat mengetahui sejauhmana keyakinan dan keimanan hambaNya.Ketahanan para sahabat menghadapi pelbagai ujian telah melahirkan satu generasi yang bersedia menerima apa sahaja perintah untuk di laksanakan,sedia berkorban di jalan Allah sama ada menang atau syahid dan bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut dengan perintah Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya para sahabat yang berjihad mempunyai niat yang ikhlas menetapi AKIDAHNYA.Niat jihad mereka mestilah kerana Allah,berjihad bagi menegakkan kalimah Allah bukan kerana dunia seperti menunjuk-nunjuk dan sebagainya.


2.Adakah PENGORBANAN yang telah kita lakukan telah cukup dan membantu dalam perjuangan menegakkan kalimah Tauhid di bumi kampus ini?

" kamu beriman pada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itukah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".(ash-Shaff:11)

Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda merupakan contoh teladan yang sangat sesuai untuk kita melihat pengorbanan jihad mereka.Mereka bukan sahaja sanggup berjihad harta tapi mereka juga sanggup menggadaikan jiwa mereka ingin kemengan ISLAM.
Di zaman Rasulullah s.a.w,kaum Muhajirin dan juga Ansar telah membuktikan bahawa perjuangan mereka adalah semata-mata bermatlamatkan untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t sehinggakan kaum Muhajirin sangup berkorban meninggalkan kampung halaman tercinta untuk berhijrah ke Madinah kerana mematuhi perintah daripada Allah s.w.t.Begitu juga dengan kaum Ansar mereka tidak rasa sayang sedikit pun untuk berkongsi harta mereka dengan kaum Muhajirin sehinggakan isteri mereka sendiri pun ingin di beri pada kaum Muhajirin.Banyak lagi sirah yang kita boleh lihat tentang betapa jelasnya matlamat para MUJAHID di zaman Rasulullah s.a.w.
Banyak sekali di dalam peperangan,TENTERA-TENTERA MUHAMMAD ini mengotakan janji mereka untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Ramai sekali di kalangan mereka berjaya menempahkan diri ke SYURGA dengan tiket SYAHIDnya mereka di dalam peperangan.


3.KEYAKINAN pada Allah s.w.t merupakan satu sifat yang tidak boleh lari dari seseorang yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID.Mereka tidak rasa berat dan kecewa di atas musibah yang menimpa diri mereka dalam menempuh ranjau perjuangan mereka.Mereka merasakan bahawa Allah s.w.t sentiasa hampir dengan mereka.Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKUaa0 dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)

4.Untuk mengelar ini sebagai seorang MUJAHID,kita hendaklah menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah s.w.t atau dengan kata lain TARBIYAH RUHIYYAH kita terhadap Allah s.w.t.Adakah kita menjadikan diri sebagai SINGA yang berjuang di siang hari dan seorang RAHIB di malam harinya yang tidak pernah putus dalam mempertingkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta mengukuhkan keimanan dan ketakwaan pada ILAHI.

5.Akhir sekali,sebagai muhasabah untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini berusaha untuk mencapai apa yang dilaksanakan oleh Syahid Al-Hassan Al-Banna' iaitu:

1) Berusaha untuk mencapai KEFAHAMAN MENDALAM sebagai seorang hamba dan MUJAHID.

2) Berusaha untuk meningkatkan amal ibadah untuk mencapai KEIMANAN YANG MENDALAM
pada Allah s.w.t

3) Berusaha untuk menghayati erti KASIH SAYANG YANG MENDALAM sesama
MUJAHID dalam memperjuangkan agama ISLAM yang syumul ini.

Akhir kalam dari penulis,saya berharap agar PARA MUJAHID KAMPUS sentiasa berusaha dalam memperbaiki diri dan hubungan dengan Allah s.w.t agar perjuangan yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t dan tergelincir dari dasar TARBIYAH ISLAMIYYAH yang sebenar..


"SELAMAT BERJUANG BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG TERCINTA"

0 comments: