09:54

KEBANGKITAN UMMAH TERSEKAT : bhgn 1

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu :

kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan.

kesetian sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

pengorbanan agung yang tidak menegenal erti tamak dan kedekut.

memahami prinsip, meyakini dan menghormati dengan tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkempromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

Kemahuan, Kesetiaan, Pengorbanan dan Memahami perlu dimiliki oleh sekelompok individu yang mengelar diri mereka sebagai mujahid/ansorullah mahupun daie yang hidup dalam satu jemaah bagi merealisasikan agenda kebangkitan ummah yang diperjuangkan.

Hanya dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani serta kekuatan rohani yang agung inilah akan tertegak sebuah prinsip. Terbentuklah sebuah bangsa yang mampu bangkit dan bangsa yang bersemangat waja. Dengan ini akan bermulalah kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama merasainya.

Mana-mana bangsa yang kehilangan keemapat-empat sifat ini ( Kemahuan tinggi, Kesetiaan sejati, Pergorbanan agung dan Memahami prinsip ) ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuanya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dan mereka tidak akan dapat merealisasikan sebarang impian serta mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian.

KELEMAHAN KEBANGKITAN MAHAISISWA

Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat mengatakan tidak sesuai untuk dibandingkan kehebatan dan kelantangan perjuangan mahasiswa dahulu dengan nada kebangkitan mahasiswa sekarang. Ini kerana pelbagai faktor baik luaran mahupun dalaman memainkan peranan penting di dalam menghasilkan nada suara kebangkitan yang lemah dari kalangan aktivis mahasiswa kini.

Tapi saya juga berpegang dengan firman Allah s.w.t di dalam surah ar-ra'd ayat ke-11 :

" sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Memang tidak dapat dinafikan juga kelesuan kehangatan perjuangan mahasiswa kini juga adalah berpunca dari diri mahasiswa itu sendiri. Seperti yang disebutkan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna KEMAHUAN yang TINGGI yang tidak mampu DIGUGAT oleh sebarang KELEMAHAN perlu dimiliki di dalam setiap jiwa pejuang-pejuang penegak kebenaran.

Nah! siapa yang berani mengatakan bahwa kelompok mahasiswa sekarang sudah memiliki kemahuan yang cukup tingi bagi menggerakkan agenda kebangkitan ummah? berapa kerat dari kalangan mahasiswa yang sedar tentang parahnya masalah umat islam? dan berapa ramai dari kalangan mahasiswa yang sudah mengatur langkah bagi menggerakan agenda kebangkitan ummah ini?

Tanpa kemahuan yang tinggi dari kalangan mahsiswa itu sendiri dalam memperjuangkan agenda kebangkitan ummah sudah pasti kelesuan dan kelemahan serta kegagalan perjuangan mahasiswa akan berlaku. Saya turut sedih dengan diri saya mahupun sahabat-sahabat yang lain yang masih lagi leka dengan agenda peribadi masing-masing. Matlamat yang dipacak adalah banyak untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan ummah.

Kebangkitan kita juga pasti akan tersekat sekiranya KESETIAN SEJATI pada perjuangan Islam mati didalam jiwa pejuang-pejuang mahasiswa. Dengan kesetian sejati pada perjuangan islam akan melahirkan individu yang memahami KEUTAMAAN dalam perjuangan mereka dan mematikan perjuangan yang hanya menurut keutamaan bagi dirinya sendiri.

Pengorbanan Agung yang sudah hilang dalam diri mahasiswa masa kini juga adalah merupakan faktor dalaman terbesar yang membentuk kelesuan dalam perjuangan mereka. Mana tidaknya, tanpa ada nilai pengorbanan yang tinggi dalam diri mahasiswa akan lahirlah generasi-generasi baru yang suka merungut-rungut dalam perjuangan, generasi yang banyak bermain dengan emosi mereka semata-mata dan generasi yang banyak menghukum orang lain. Akhirnya, mereka inilah antara penyumbang kepada kelemahan gerakan mahasiswa sekarang

Antara yang paling utama juga dalam memainkan peranan dalam melambatkan gerakan mahasiswa adalah disebabkan mereka tidak memahamki prinsip perjuangan mereka secara menyeluruh dan bersepadu. Kefahaman yang betul akan menghalang berlakunya pertelagahan ketika berada di persimpangan jalan atau ketika wujud pelbagai ijtihad yang bercanggah dengan pendekatan sebenar. Tanpa kefahaman yang betul dan menyeluruh akan menyebabkan berlakunya masalah kemurungan, kekeliruan dan masalah mudah terpengaruh dengan setiap cadangan baru.Jadi dengan berlakunya pertelagahan serta kekeliruan dan kemurungan di kalangan pejuang-pejuang mahasiswa maka akan tersekatlah agenda kebangkitan ummah yang ingin diperjuangkan.

Sebagai mengakhiri pandangan saya mengenai "kebangkitan ummah tersekat" bhgn 1 ini, saya ingin memetik sedikit ucapan Imam al-Banna dalam muktamar ikhwan al-muslimin yang ke-5:

" Wahai Ikhwan, saya sentiasa berhrap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi ikhwan. Saya suka jika langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-langkah kamu yang lalu dengan penuh lancar dan tenang, tanpa memerlukan program seperti ini iaitu program yang akan membentangkan jihad sepanjang 10 tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam usaha merealisasikan gagasan kita yang mulia ini"......
12:47

HATI YANG BERSIH


nukilan : Mohd Zul Amirul Izwan b. Mat Derasih

Hati yang BERSIH,
Ibarat cahaya yang sentiasa memancar,
menembusi lutsinar di waktu siang dan malam,
menerangi keseluruhan alam.

Hati yang BERSIH,
hanya takut pada yang Maha Pencipta,
mengenal dirinya sebagai hamba yang hina,
sentiasa rukuk dan sujud pada yang Maha Esa.

Hati yang BERSIH,
tiada setitik pun perasaan riak,
meruntuhkan kesombongan jiwa yang lara,
menghacurkan ego yang bertakhta di dada.

Hati yang BERSIH,
ibarat air yang jernih,
mengalir deras tanpa henti,
berzikir memuji kebesaran Ilahi.

Hati yang BERSIH,
sentiasa ramah dan manis dalam senyuman,
biar pahit mahupun kelat,
pasti gagah merentasi bara ujian.

Hati yang BERSIH,
lemah lembut bicaramu,
berisi setiap ucapanmu,
menyalurkan ketenangan pada pendegarmu.

Hati yang BERSIH,
tiada henti menangis dan merintih,
bukan kerana dosa mahupun sedih,
tapi kerana cintanya pada Allah.

Hati yang BERSIH,
ibarat mutiara putih di dasar laut,
tersembunyi dan tersimpan sepi,
hanya mampu dimiliki pada mereka yang suci.



07:41

hijabku bukan milikku : Bhgn 10

"Islam ni agama hok come doh..Islam ni adalah agama hok mari dari Allah s.w.t yang telah diturunkan kepada manusia melalui seorang nabi yakni Rasulullah s.a.w..kalau bumi kita terima ia milik Allah, langit milik Allah, haiwan milik Allah, pokok milik Allah,bulan matahari bintang dan semuanya milik Allah...bakpo Islam kita tak boleh terima ia sebagai milik Allah pulak?"

Allhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesempatan kepada kami untuk berehlah di bumi serambi Makkah atau di kenali juga sebagai negeri Cek Siti Wan Kembang. Selepas penat bertungkus lumus menduduki peperiksaan hampir tiga minggu, kami serumah sepakat untuk sama-sama berjalan-jalan sambil menimbal sedikit ilmu di Kelantan.

Pada petang yang hening ini, kami semua sedang berbual-bual dengan nenek Fatimah yang umurnya telah menjangkau 100 tahun tapi masih lagi memiliki kekuatan fizikal dan daya ingatan.Kami semua seronok mendengar dan mengumpul mutiara kata dari nenek Fatimah ni walaupun ada bahasa kelantan yang kami tidak fahami..

" ni cu, nek nak pesan..kalau nak ambik Islam ambik la blako, jange ambik hok kito nok jah atau hok kita raso sesuai dengan jiwo kito..kalau demo tokse terima Islam, jange terima ciptaan Allah s.w.t yang lainnya..jange pakai bumi Allah s.w.t..bumi demo buat sendiri,langit demo buat sendiri,hujan demo buat sendiri,oksigen demo buat sendiri dan semuanya milik Allah ni demo jange pakai..buat sendiri blako..boleh cu buat bumi?"

" took leeh nek (tidak boleh)"..Khadijah cuba menjawab dengan bahasa kelantan tapi langsung tak betul..

"kalau tak boleh, kita kena lah ambik Islam ini sebagai cara hidup kita "one hundred persent" dan kena sentiasa ikut perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya"..

"psss...pandai juga nenek Fatimah ni speaking ye"...bisik Aisyah kepada aku..

"nek sebenarnya sangat sedih melihat keadaan anok cucu nek serta masyarakat loni,mereka lebih cintakan keseronokan dan kesenangan dunia yang sementara ini berbanding hari akhirat yang dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan yang kekal abadi sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran..Seronok dunia ni meta(sementara) jah cu dan tak kekal pun.Nenek ni umur 100tahun doh,bayok doh hok nenek duk perati(perhatikan)..kalau cintakan kecantikan,kecantikan pasti lenyap bila umur meningkat,cintakan harta..harta akan membuatkan kita sentiasa dalam keadaan tidak tenang tapi kalau kita cintakan akhirat, kenikmatan dunia pasti akan datang dengan sendiri dalam keadaan kita tidak sangkakan serta kenikmatan itu disertai oleh rahmat dan berkat dari Allah s.w.t"

Hampir satu jam kami bersembang dengan nenek Fatimah pada petang itu.Pelbagai mutiara dan belian teladan yang kami perolehi dari beliau. Aisyah antara yang berminat mendengar perkongsian dari nenek sehinggakan pelbagai seoalan yang ditanya nya,soal kawin pun dia tanya..

"Nek dulu kawin masa umur berapa ye?..pilihan keluarga ke pilihan sendiri?."antara soalan cepu mas yang ditanya oleh Aisyah.

"Nek dulu kaiwin muda lagi cu,masa tu nenek umur 18tahun dan arwah suami nek umur 24tahun..Nek kawin dengan pilihan sendiri tapi diredhai oleh kedua-dua belah keluarga.Kami tak macam budak-budak zaman sekarang ni,bercinta sebelum kawin tapi kami bercinta selepas kawin..memang bahagia sampai sekarang sebab dalam keluarga yang taat pada Allah pasti kan dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan"

"aik..lain macam je soalan yang ditanya...dah rasa nak kawin ke Aisyah"..Fatimah cuba mengusik.

"Ye la, selalunya sebelum ni tak pernah pun cakap soal kawin ni..ada ape2 ke Aisyah"..Kak Khadijah menambah.

"ish..mana ada ape2..saje je tanya,alang2 dah jumpa orang yang pengalaman jangan lepaskan peluang mengambil sebanyak mungkin pengalaman"..Aisyah cuba membela diri.

Kami semua bersyukur dan rasa begitu seronok kerana dapat mengutip pelbagai pengalaman sepanjang tujuh hari berada di negeri serambi Makkah ini. Kami sedar bahwa perjalanan kami masih lagi jauh dalam erti kata menjadi musafir dunia yang ingin menuju akhirat untuk bertemu dengan Allah.Tidak sedikit bekalan yang perlu kami persembahkan di akhirat kelak bagi mendapat mandat hamba yang diredhai dan diberi syafaat oleh Allah s.w.t.

"Ya Allah,golongkanlah kami di dalam golongan yang beriman dan bertaqwa padaMu serta jadikanlah kami hamba2 yang benar-benar bersyukur di atas segala nikmatMu sdan mematuhi segala perintahMu agar kami mendapat keredhaan serta syafaat dariMu"..


17:17

"hijabku bukan milikku": Bhgn 9

"ok,semua dah ada?...Petang ni kita akan berkayak sambil berusrah"

"alamak Kak Humaira', saya tak biasa la berkayak ni"...Umi Kalsum sedikit gusar..

" alah, tiada masalah...nanti Umi Kalsum naik satu kayak dengan akak"..Kak humaira memberikan harapan pada Umi..

Seperti biasa setiap petang Rabu...aku, Umi Kalsum, Fatimah dan Jannah akan berusrah dengan Kak Humaira' yang merupakan Timb.Presiden PMIUM. Kak Humaira' merupakan seorang naqibah yang sangat 'sporting' dan penyanyang orangnya.Setiap kali berusrah dengan Kak Humaira' pasti kami semua akan mempelajari sesuatu yang baru dan berguna untuk di amalkan sebagai seorang muslim.Bila berpisah setiap kali usrah pasti kami semua tidak sabar-sabar untuk menunggu untuk usrah yang berikutnya...

"Fatimah naik satu kayak dengan Jannah dan Mai naik sorang je la ye"..kak humaira' menagihkan kumpulan...

Dua puluh minit awal, kami semua berkayak sepuas-puasnya.Umi yang pada mulanya takut-takut untuk berkayak, tapi akhirnya perasaan gusarnya hilang selepas merasa seronok berkayak.

"eh, Fatimah dengan Jannah ni berkayak ke tidak?..dari tadi lagi kak humaira' tengok tak bergerak pun kayak kamu berdua ni"..Kak humaira' cuba mengusik..

"ni Fatimah la Kak, saya cakap kayuh sebelah kanan, dia kayuh sebelah kiri..bila saya suruh kayuh sebelah kanan, dia kayuh sebelah kiri"...Jannah mula mengadu...

"emm..ada-ada je la kamu berdua ni..Jom semua, kita berkumpul di tepi tasik kat depan sana tu"

" ok baik kak"..jawab kami semua..

" macam mana seronok tak berkayak hari ni?"..tanya kak humaira'..

" sangat seronok kak, tak sangka Umi pun boleh berkayak rupanya"

"ye sungguh seronok, nanti lain kali boleh kita berkayak lagi ye kak"..minta Fatimah..

" lain kali nak lagi?..kayak tak gerak-gerak ada hati nak main lagi"..Jannah cuba menyakat Fatimah...

"ok, tak pe lah...apa-apa pun, pertama skali marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan nikmat pada kita semua.Tanpa nikmat kekuatan dan kesihatan yang diberikan pada kita semua sudah tentu kita tak berkayak pada petang ni"

"ye betul tu kak, tanpa izin Allah sudah pasti kita takkan bertemu pada petang ini..Mai bersyukur sangat sebab diizinkanNya untuk sama-sama kita berkayak dan berkongsi ilmu pengetahuan"..

"walaupun kita seorang 'muslimat' yang pakaiannya tak sama seperti lelaki,tapi kita juga boleh berkayak sebagaimana kaum lelaki berkayak..Islam tidak pernah menghalang kita daripada memenuhi fitrah kita sebagai seorang manusia"..fatimah menambah..

"alhamdulillah, akak berbangga ada sahabat-sahabat usrah macam kamu semua ni..baiklah,petang ni akak nak bawa satu cerita tentang kekuatan wanita di sebalik kelembutannya"

"wah..menarik bunyinya"..jannah mencelah..

"begini ceritanya".....

Ibu,..Kenapa Engkau Menangis?.. Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang berumur 6 tahun bertanya kepada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "adik tidak faham.." kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan memahami....

" Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas.."Si ayah menjawab, "Semua wanita memang akan menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawapan yang biasa diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, dan persoalannya.. mengapa wanita menangis?.

Pada suatu malam, Dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan."Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?

"Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama..Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup halus dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, dia kerap berulangkali menerima cercaan daripada anak yang dilahirkan dan dikandungnya itu. Kuberikan pula keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, disaat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan juga pada wanita itu, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam apa jua kondisi dan apa jua situasi...

Walaupun seringkali anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Namun,Perasaan lain pula yang akan diberikan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat disentuh dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan ini untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa susah, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pemahaman dan kesedaran, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, teguh, saling melengkapi, dan saling menyayangi. Dan, akhirnya, Kuberikan dia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.

Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila masa dan dimana-manapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun dilihat penuh ’naif’ namun ketahuilah sebenarnya, air mata ini jualah air mata bagi sebuah kehidupan"....

"Allahuakhbar..begitu sayang ye Kak Allah pada kaum wanita"..fatimah bersuara..

" Ye, Allah memang sangat sayangkan hamba-hambaNya yang beriman"..Jannah menambah.

" betul kata Fatimah dan Jannah, Allah jadikan kita wanita ini sebaik-baik kejadian sebagaimana diciptakan kaum lelaki..Walaupun secara fitrahnya Allah menjadikan kaum wanita lebih lemah dari kaum lelaki,tapi Allah memberikan sifat sabar pada kaum wanita melebihi kaum lelaki..Allah memang Maha Adil"..aku juga bersuara.

"bagus blako sahabat-sahabat usrah akak ni..tak perlu akak 'expalain',semuanya dah dapat ambil pengajaran dari kisah ini..akak pun nak tambah sikit,kalau direnung2kan..perintah Allah s.w.t kepada kita terhadap kaum wanita hanyalah sedikit berbanding banyaknya nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita..Allah hanya perintah kita kaum wanita agar, menjaga aurat, menjaga solat , menjaga puasa dan taat pada suami..kan senang tu berbanding kaum lelaki?"

"tapikan kak, Jannah pelik la...kenapa susah sangat wanita ni nak laksanakan perintah Allah s.w.t yang sedikit ini terutamanya berkaitan dengan auratnya?"

"macam ni la Fatimah, pada pandangan akak mungkin disebabkan mereka ini masih lagi tidak memahami Islam itu dengan sebenarnya ataupun mungkin mereka lupa bahwa mereka akan mati dan akan bertemu dengan Allah s.w.t..Oleh itu, tugasan kita semua untuk memberi kefahaman kepada mereka ini agar mereka mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya"..

" jika kita dah tegur, mereka tak ikut juga macam mana kak?"..Jannah sekali lagi bertanya..

" sahabat-sahabat semua, tugas kita adalah menyampaikan ajaran Islam itu sebaik mungkin tidak kira la apa pun halangan yang terpaksa kita tempuhi, tapi kita kena ingat..bukan kerja kita hendak memberi hidayah pada manusia,ia adalah kerja Allah s.w.t..Allah memberi hidayah pada sesiapa yang dia kehendaki"..Kak Humaira' memberikan penjelasan..

"oo..macam tu"..jannah mengangguk..

"Jom..sebelum kita balik..kita adakan satu pertandingan, kumpulan yang kalah nanti kena buat artikel pasal usrah kita petang ni..setuju?"...

"setuju kak..."kami semua menjawab...





07:25

hijabku bukan milikku : bhgn 8

"Apa impian Fatimah"?...tanyaku pada fatimah.

Setiap pagi hujung minggu inilah rutinku dan kawan-kawan serumah iaitu keluar beriadah bersama-sama di tasik varsiti. Kami cukup menitik beratkan soal kesihatan diri kerana ia adalah satu anugerah nikmat dari Allah s.w.t yang perlu di jaga dengan baik.Jika sakit sudah pasti nak lakukan ibadah dengan sempurna lebih sukar dari keadaan sihat dan nak menuntut ilmu juga pasti sukar semasa kita sakit.

Aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t yang tidak pernah berhenti memberikan nikmatNya kepada diri ini walaupun banyak lagi nikmat kurniaanNya yang aku tidak sedar.Sebagai contoh semasa berlari tadi aku lupa bahawa aku telah menggunakan nikmat kaki milik Allah s.w.t, jika aku tidak terpegang hidungku ini sudah pasti aku juga terlupa bahwa Allah s.w.t juga mengurniakan nikmat hidung padaku.Dan tidak terkira banyaknya nikmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya baik yang beriman mahupun kepada yang kufur.

Subhanallah!!betapa hebat dan pemurahNya Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya."Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang benar-benar bersyukur kepadaMu".

Setelah berlari sebanyak sepuluh pusingan mengelilingi tasik varsiti aku dengan Fatimah berhenti rehat seketika.

"Dah berapa kilo turun pagi ni Kak"..tanya fatimah dengan nada gurauan.

"akak rasa selepas je round kelima tadi berat badan akak turun tiga kilo dan sekarang turun lagi empat kilo, jadi keseluruhannya tujuh kilo..hehe"..balasku pada gurauan fatimah.

"jaga badan nampak kak, ada apa-apa ke ni?"..soalan killer dari fatimah.

"ish fatimah ni..mana ada apa-apa..kan semuanya kita lakukan kebaikan kerana Allah s.w.t akan dikira sebagai ibadah..kita beriadah dikira sebagai ibadah,kita berbual kerana Allah pun dikira ibadah dan jaga badan pun juga dikira sebagai ibadah..kan indah tu Islam mendidik umatnya...semua perkara dilakukan kerana Allah pasti mendapat pahala"....aku memaku fatimah kembali...

"hehe..betul..betul..betul..."...fatimah bersetuju denganku..

"fatimah, boleh akak tanya sesuatu pada fatimah"...

"tanya apa kak?"

"apa impian fatimah?"...

"emm...impian?...impian fatimah banyak kak,tapi yang paling utama impian fatimah ialah fatimah ingin melanjutkan pembelajaran fatimah di Jordan"...

"kenapa memilih Jordan?"..aku tertarik dengan impian fatimah.

"sebenarnya kak, fatimah sangat berminat ingin mengetahui dan mengenali sejarah Islam dengan lebih dekat dan mendalam.Fatimah memilih Jordan kerana di sana banyak sekali berlaku peristiwa-peristiwa yang telah dilakarkan di dalam kitab-kitab sirah mahupun buku-buku sejarah umat islam dan fatimah juga ingin mengambil peluang nikmat sihat dan muda ini dengan mendalami ilmu agama itu sendiri"...

"wah..sungguh berjiwa besar sekali mujahidah ni...akak sangat menyokong fatimah...tak ramai yang berminat nak mengkaji sirah mahupun sejarah islam sedangkan padanya terdapat khazanah yang tidak ternilai dan juga tak ramai pemuda islam ingin mengambil peluang waktu sihat dan mudanya dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu sedang pada ilmu inilah akan bangkitnya kembali khilafah islamiyyah"..

" ye kak, berapa ramai pemuda islam yang buta sirah dan ilmu tentang agama...jadi tidak perlulah kita salahkan pada orang lain sekiranya umat islam senang-senang sahaja ditindas..Islam dan Muslim adalah dua perkara yang berbeza, Islam adalah agama yang cukup sempurna yang datang dari Allah s.w.t..tetapi ia tidak menjamin seorang muslim itu juga akan sempurna seperti mana sempurnanya Islam itu melainkan ia mengikuti ajaran Islam dengan keseluruhannya"...

"betul tu fatimah..Islam dan Muslim adalah dua perkara berbeza...ada muslim yang munafik..ada muslim yang fasik..ada muslim yang beriman dan bertaqwa pada Allah s.w.t dan ada juga muslimnya hanya pada nama sahaja tetapi yang sebenar mereka kufur pada Allah s.w.t..untuk menjadi muslim yang sempurna adalah dengan mengikuti ajaran islam keseluruhannya"...

" akak pun nak ke Jordan juga Fatimah..akak pun teringin untuk menyaksikan medang mu'tah melihat tiga panglima islam telah gugur syahid iaitu Zaid bin Haritsah,Jaffar bin Abi Talib dan Abdullah b. Rawahah,akak juga rindu pada medan Yarmouk yang telah meyaksikan tentera Khalid al Walid menewaskan tentera Rom yang jauh lebih besar bilangan tenteranya dan akak juga rindu ulama'-ulama hebat yang berada di Jordan itu"..

"insyaAllah kak, sama-sama kita berdoa agar Allah s.w.t mengabulkan impian kita ini"...fatimah yakin pada pertologan Allah s.w.t...

"insyaAllah fatimah, Allah pasti menolong hambaNya yang benar-benar ikhlas ingin beribadah dan menuntut ilmu keranaNYa"..

"Ye kak, Allah pasti akan menolong hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa padaNya".."..

"Jom,kita sambung lima pusingan lagi"..

"Jom..fatimah pun nak kurangkan lima kilo lagi berat badan fatimah ni..hehe"



07:03

hijabku bukan milikku : Bhgn 7

" Dengan itu, iblis mula bertindak menggoda Nabi Ayub. Haiwan ternakan Nabi Ayub mati tiba-tiba.Tidak lama selepas itu, bangsal tempat simpanan hasil pertaniannya terbakar dan ilblis dan para pembantunya telah merobohkan rumah Nabi Ayub yang mewah menyebabkan semua anak Nabi Ayub terkorban"...

Fatimah meneruskan cerita kisah ujian Nabi Ayub a.s seusai kami semua menyelesaikan solat subuh secara berjemaah yang telah diimami oleh aku sendiri dan juga setelah kami menghabiskan bacaan al-mathurat..

Iblis menyangka usahanya berjaya menggoyakkan iman Nabi Ayub kerana beliau sayang kepada anak-anaknya.Namun, Nabi Ayub tetap berserah dan pasrah sepenuhnya dengan keputusan Allah s.w.t. Walaupun baginda sedih dan menangis, hatinya tetap kukuh dan yakin, Allah sedang mengujinya melalui musibah yang menimpa dirinya itu.

Selepas itu, iblis terus berusaha menggelincirkan keimanan dan ketaqwaan Nabi Ayub melalui penyakit kulit yang menjijikan menyebabkan kaum keluarga dan jiran tertangga menjauhinya serta isteri-isteri baginda melarikan diri kecuali isterinya yang setia mendampingi Nabi Ayub dalam keadaan suka dan duka yang bernama Rahmah. Rahmah berusaha sebaik mungkin bagi mentaati suaminya. Rahmah juga kuat imannya pada Allah dan yakin segala yang terjadi adalah kehendak Allah s.w.t.

Dalam waktu tujuh tahun, Nabi Ayub a.s menerima pelbagai musibah dan bencana. Beliau hidup dalam penderitaan secara terus menerus. Sesungguhnya, Allah menurunkan ujian yang berat kepada Nabi Ayub dan Rahmah. Apalagi dalam waktu tujuh tahun itu, tidak ada seorang pun yang membantu mereka, malah mereka dicaci dan diusir dari rumah dan dari kampung mereka.

Nabi Ayub selalu bermunajat pada Allah bagi segala keperluannya. Sementara itu, Rahmah bekerja di kilang roti bagi menanmpung kehidupan mereka. Namun apabila majikannya mengetahui Rahmah adalah isteri Nabi Ayub a.s, sia memberhentikannya dengan alasan, khuatir Rahmah membawa penyakit yang dihidapi Nabi Ayub.

Tidak lama selepas itu, Rahmah pergi meninggalkan suaminya dengan alasan dia perlu mencari pekerjaan bagi menyambung kehidupan. Rahmah pada waktu itu tidak tahan lagi hidup sengsara. Walaupun Nabi Ayub melarangnya, Rahmah tetap dengan keputusannya.

Nabi Ayub berkata pada isterinya, " nampaknya syaitan berjaya menggodamu dan kamu kalah pada pujukannya. Isteriku, kamu mengkhianati Allah. Apabila aku sembuh kelak, aku akan memukulmu sebanyak 100 kali."

Satu-satunya oarang yang mengasihi dirinya kini meninggalkannya. Sekarang, Nabi Ayub bersendirian dalam penderitaannya. Baginda bermunajat pada Allah dengan kesungguhan dan kekhusyukan, " Ya Allah, Syaitan mengganguku dengan kepayahan dan kesusahan serta musibah yang selalu mengiringi hidupku. Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan kepada hambamu yang tidak berdaya ini. Hanya padaMu aku berlindung daripada segala cubaan dan musibah yang menimpa diriku." Kisah ini terkandung di dalam al-quran iaitu surah al-anbiya' ayat 83 - 84.

Allah kemudiannya memerintahkan Nabi Ayub menghentakkan kakinya ke tanah. Allah berkata, " hentakkan kakimu ke tanah, dari situ air akan memancar. Air itu dapat menyembuhkan semua penyakitmu. Minum dan mandilah dengan air itu, kesihatan dan kekuatanmu dapat pulih kembali".

Sementara itu, Rahmah yang sudah meninggalkan Nabi Ayub mula berasa kasihan dan tidak sampai hati membiarkan suaminya tinggal seorang diri, menanggung kepedihan dan penyakit. Dia pun kembali kepada suaminya, namun Rahmah hampir-hampir tidak mengenali Nabi Ayub yang sudah sembuh daripada penyakit. Nabi Ayub kelihatan sihat dan tampan.

Nabi Ayub gembira melihat isterinya kembali ke pangkuannya, namun beliau masih ingat pada sumpahnya iaitu mahu memukul isterinya sebanyak 100 kali. Beliau perlu melaksanakannya tetapi segala suka duka dan pahit getir yang mereka rasakan bersama selama tujuh tahun lalu menjadikan hatinya begitu berat hendak memukul isterinya.

Dalam keadaan bingung dan bimbang itu, Allah menurunkan wahyu kepada baginda. Allah berkata, " wahai Ayub, ambillah lidi 100 batang dan pukullah isterimh sekali sahaja. Dengan itu, tertebuslah sumpahmu". Mendengarkan perintah Allah itu, Nabi Ayub segera melaksanakan sumpahnya. Baginda memukul isterinya dengan penyapu lidi yang mengandungi 100 batang lidi satu kali sahaja dengan perlahan.

Berkat kesabaran dan keteguhan imannya, Allah mengurniakan harta yang melimpah kepada Nabi Ayub dan Rahmah. Mereka juga dikurniakan seorang anak yang dinamakan Basyar. Basyar juga dikenali sebagai Zulkifli yang kemudiannya menjadi nabi dan rasul atas kepercayaan Allah s.w.t.

"inilah serba sedikit kisah mengenai insan mulia yang teguh iman dan ketaqwaan pada Allah s.w.t"..fatimah menamatkan cerita tentang kisah Nabi Ayub a.s dengan mengalirkan air matanya.

Semuanya kemerah-merahan mata menahan sebak mendengar kisah penderitaan seorang nabi yang bernama Ayub ini.Aisyah terus berlari ke bilik sebaik sahaja fatimah selesai bercerita mungkin kerana malu untuk mencurahkan air matanya di depan kami semua.

"subhanallah..sungguh berat ujian Nabi Ayub a.s tetapi baginda tetap sabar dan yakin akan pertolongan serta redha di atas setiap ketentuan Allah s.w.t"..khadijah bersuara.

"Mai tak kan merungut lagi di atas segala ketentuan dan musibah yang Mai hadapi..tapi Mai akan terus bersabar dan hanya mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t"...aku pula menyatakan azamku...

" kita perlu sedar dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan pada kita..kita masih ada keluarga,di berikan kesihatan dan pelbagai lagi nikmat yang lainnya..tapi kita je yang sering lupa..walaupun kita telah banyak melakukan maksiat pada Allah s.w.t, Dia tetap juga tidak memutuskan nikmat yang diberikan pada kita semua bahkan Dia mengampun dosa hamba-hambaNya yang bertaubat"..khadijah meninggalkan pesanan untuk kami bersama.

" Fatimah nak kuat dan tabah macam Nabi Ayub a.s...fatimah nak menjadi seorang isteri yang setia seperti Rahmah isteri Nabi Ayub yang sangat dikasihi baginda..fatimah kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri ini sebagai hamba yang benar-benar beriman dan bertaqwa pada Allah s.w.t"

"Ya Allah hanya padaMu la ku serahkan segala ketentuan, hanya kepadaMu lah ku meminta perlindungan dan pertolongan dan hanya padaMu la aku beribadah dengan seikhlas hatiku ini...semuanya milikMu...depanku hanya adaMu ya ALLAH"

17:54

Hijabku bukan milikku : Bahagian 6

Kenapa Fatimah menangis?..Fatimah ada masalah ke?..cuba ceritakan pada Kak Mai...

Aku melihat Fatimah menangis di tikar sejadah seusai sahaja dia selesai menunaikan solat sunat rawatib selepas kami serumah solat isyak secara berjemaah yang diimami oleh Khadijah..

"Ye la Fatimah..kenapa fatimah menangis"..tanya pula Kak Khadijah.

"Kalau ada masalah boleh dikongsi bersama,kitakan dah macam adik beradik...Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"..aku cuba ingin menenangkan fatimah yang masih lagi menangis.

"Fatimah tak pe2 Kak...Fatimah menangis sebab Fatimah teringatkan tentang ujian yang telah dilalui oleh Nabi Ayub a.s...Sungguh berat ujian yang ditanggung oleh Nabi Ayub a.s tetapi baginda tetap sabar dan tidak pernah sekali-kali merungut pada Allah s.w.t..Fatimah sebenarnya malu pada diri Fatimah sendiri yang kadang-kadang banyak merungut pada ujian Allah s.w.t"

Tersentak hatiku mendengar penjelasan Fatimah berkenaan apa yang ditangisinya.Dari dulu lagi aku memerhatikan akhlak Fatimah,tiada satu pun yang aku tidak sukai melainkan semuanya menjadi penyejuk hati seorang sahabat.

"Boleh tak Fatimah ceritakan pada akak tentang kisah Nabi Ayub a.s itu.akak dah lupa"..minta Kak Khadijah..

"InsyaAllah,Fatimah akan ceritakan"...

Semua mailaikat yang berada di langit berasa takjub dan kagum atas kepatuhan dan ketaatan nabi Ayub pada Allah.Hal itu menjadikan iblis iri hati dan dengki kepada Nabi Ayub.Iblis kemudian cuba meruntuhkan iman Nabi Ayub dengan pelbagai godaan, namun Nabi Ayub tetap teguh imannya.Iblis tidak putus asa atas kegagalannya, dia memburuk-burukkan Nabi Ayub supaya Allah menurnkan cubaan kepada Nabi Ayub.

Iblis berkata, " Wahai Tuhan, sebenarnya Ayub yang selalu patuh dan berbakti menyembahmu serta selalu memujimu hanya melakukan demikian kerana dia takut kehilangan nikmat yang engkau berikan kepadanya. Segala ibadah yang dia lakukan tidak ikhlas, dia hanya inginkan harta yang dimilikinya yerus menjadi miliknya.Saya yakin sekiranya musibah yang menimpanya dan mengakibatkan dia kehilangan harta benda, anak-anak dan isterinya, ia pasti berpaling darimu dan tidak mahu mentaati serta menyembahmu lagi.Cubalah buktikan!

Selepas mendengar kata-kata iblis, Allah menjawab,.."engkau memang penghasut yang sesat dan penunggu neraka.Bukankah Aku adalah Tuhannya yang menciptakannya,tentu aku lebih tahu daripadamu.Dengar bail-baik wahai syaitan laknat.Sesungguhnya Ayub adalah hambaku yang taat dan seorang mukmin yang sejati.Apa yang dia lakukan bagi mendekatkan diri padaKu adalah semata-mata didorong oleh iman yang teguh dan kuat padaku.Iman dan ketaqwaannya tidak goyah dengan kenikmatan duniawi.

Cintanya kepadaKu dan kebajikannya tidak akan menurun dan berkurangan walau dia ditimpa musibah. Dia yakin apa yang dia miliki adalah pemberianKu yang dapat Aku ambil daripadanya.Aku juga boleh menambahkannya berlipat kali ganda.Dia bersih daripada segala tuduhan dan prasangkamu.

Engkau wahai Iblis tidak rela melihat hamba-hambaKu, anak cucu Adam berada di atas jalan yang lurus. Demi menguji keteguhan hati Ayub, aku izinkan engkau menggoda dan memalingkannya daripadaKu.Kerahkan pembantu-pembantumu menyesatkan Ayub melalui harta, kedudukan, kehormatan, anak dan isteri-isterinya. Cerai-beraikan keluarganya yang bahagia, lihatlah sampai mana kemampuanmu menyesatkan hambaKu yang benama Ayub itu.

Fatimah khusyuk menceritakan kisah Nabi Ayub kepada kami...

"errm..Kak,boleh tak Fatimah sambung selepas solat subuh esok?...Fatimah ada meeting Team Elit Muslim jap lagi"...

"alah..baru nak fill..ok la kalau macam tu..tapi janji ye lepas solat subuh esok Fatimah sambung cerita ye"..balas aku dan khadijah.

Jam jarum pendek tepat berada pada angka sembilan manakala jarum panjang berada pada angka dua belas menunjukan sekarang telah pukul sembilan malam.Kak Khadijah terus ke meja studynya bagi menyiapkan 'assiggment' yang perlu dihantarnya pada esok pagi dan aku masih lagi berada di tikar sejadah bagi menghabiskan bacaan surah al-mulk sebelum aku memulakan study aku pada malam ini....
06:50

hijabku bukan milikku : bahagian 5

"Mai bila kat sana nanti belajar elok-elok dan rajin-rajin ye, kesihatan kena selalu jaga, solat jangan tinggal, selalu minta doa pada Allah s.w.t, jangan ada sifat dengki pada orang lain sebab ia boleh menyebabkan orang lain akan benci pada kita"


"kita bukannya orang yang senang,ayah Mai tu hanya buat kerja-kerja kampung je lagipun dia dah tua,masih perlu tanggung tiga orang adik Mai yang lain masih bersekolah lagi tu,Mak sakit tak mampu nak buat kerja-kerja berat kecuali mengambil upah menjahit je"

"Mak nak lihat Mai menjadi seorang insan yang berjaya dalam pelajaran dan Mak juga nak rasa kesenangan yang akan di usahakan oleh anak sulung Mak ni"

"assalamualaikum"......"assalamualaikum"...."Mai assalamualaikum"

"err...waalaikumusalam..eh Fatimah,maaf akak tak perasan Fatimah panggil akak tadi"

Aku tersentak dari lamunan mengingati pesanan ibuku yang sangat aku kasihi tiga tahun yang lalu.Segala pesanannya aku pahati di dalam fikiran dan hatiku ini.Pesanan itu di sampaikannya sewaktu berada di Perhentian Bas Kota Bharu.Ayah dan Ibuku tak mampu nak menghantarku sendiri ke Kuala Lumpur semasa mendaftar di Universiti Malaya tiga tahun dahulu.
Dengan semangat ingin mengubah kehidupan keluargaku yang miskin ini, aku kuatkan semangat dan tabahkan hati bermusafir ke negeri orang untuk menuntut ilmu tanpa di temani oleh sesiapapun

.
"apa yang akak buat sorang-sorang kat luar koridor ni,dari tadi lagi fatimah tengok akak termenung"..fatimah melemparkan soalan padaku.

"akak tak buat apa-apapun fatimah,akan hanya terkenangkan mak dan ayah di kampung je,dah enam bulan akak tak balik ke kelantan"..balasku ringkas.

"kenapa akak tak balik kak?"..sekali lagi fatimah melemparkan soalan padaku.

"akak bukan tak nak balik Fatimah,tapi akak dah janji pada diri akak yang akak tak kan balik selagi tidak berjaya mendapatkan segulung ijazah,tambahan pula akak sekarang berada di dalam semesta tambahan jadi akak malu nak tunjukkan muka pada mak ayah akak ni"..balasku dengan perlahan...

"apa yang mampu akak buat adalah hanyalah menelifon mak akak setiap tiga hari sekali"..tambahku lagi.

Sudah tiga tahun aku hidup berdikari sebagai seorang mahasiswi yang berjauhan dari keluarga.Tidak pernah sekali pun aku meminta bantuan kewangan dari mak dan ayahku bahkan aku memberikan separuh dari biasiswa jpaku kepada tiga orang adik-adikku yang masih lagi bersekolah di kampung.Adikku yang bongsu Nu rul Ain akan berhadapan dengan UPSR pada tahun ni.

"tak pe la kak,fatimah yakin Allah takkan biarkan akak keseorangan.Lagi pun akak seorang anak yang jujur,rajin,tabah dan taat pada kedua ibu bapa akak,fatimah yakin Allah s.w.t pasti akan tolong akak bahkan akak jauh dan berubah dari dulu,pasti mak dan ayah akak juga berasa bangga"..fatimah memberikan semangat padaku.

Walaupun fatimah lebih muda dariku dia sangat memahami keadaan diriku ini.Aku sering jadikan dia sebagai tempat mengadu dan kerana bimbingan dia lah aku menjadi seorang 'muslimat' seperti sekarang ini.

"Islam ni indah kak.Islam tak minta pun kita mengubah diri kita secara mendadak tapi Islam membimbing diri kita berubah sedikit demi sedikit dengan 'kefahaman'.Fatimah tak pernah pandang serong pada akak berpakaian macam ni(berseluar jeans,baju ala-ala orang mengandung dan bertudung singkat) sebab akak masih ada lagi masa untuk berubah.Kalau akak masih lagi segan ataupun mungkin janggal untuk berpakain menutup aurat dengan sempurna di khalayak ramai(bertudung labuh,berstokin tangan dan kaki),akak practice la di tempat tidur akak.Bila akak nak tidur je akak pactice la pakai macam ni"...masihku ingat pesanan penuh hikmah Fatimah tiga tahun yang lalu pada diriku ini.

Sehari demi sehari aku cuba mengikuti tunjuk ajar Fatimah itu dan akhirnya selepas tiga bulan aku memahami dan merasai hikmah sebagai seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna..Terima kasih Fatimah dan terima kasih Ya Allah kerana memberikan taufik dan hidayahMu padaku.

"bila akak mula exam?''

lamunanku sekali lagi tergangu dengan soalan Fatimah ini.

"insyaAllah 30 oktober"..aku menjawab persoalan fatimah.

"Fatimah doakan agar akak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada exam yang akan datang nanti.Fatimah pasti rindukan akak selepas akan bergelar graduan nanti

"
"InsyaAllah..terima kasih Fatimah.Akak akan sentiasa ingat yang DEPAN KITA ADA???"

"ALLAH.......... kak"..sahut fatimah...dan ingatlah janji Allah sebagai motivasi kita bersama dalam surah al-Baqarah ayat ke-186:

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah,bahawasanya Aku hampir dengan mereka.Aku makbulkan permohonan orang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"..

Ya,Allah pasti akan menolong orang-orang yang sabar dan beriman kepadaNya"..aku meyakinkan diriku..

Hanya kepadaMu kami berserah dan mengharapakn pertolongan Ya Allah......


23:41

hijabku bukan milikku : Bahagian 4

Dengan perlahan ku basahkan seluruh wajahku untuk berwudhuk.Dengan kesejukan air wudhuk dan udara jam empat pagi yang begitu nyaman serta suasana yang tenteram membuatkan hatiku begitu tenang sekali.Hampir seminggu aku tidak mampu untuk bangun pagi sebegini dengan tujuan untuk sujud dan mengadu padaNya kerana sering tidur lewat malam untuk menyiapkan tugasan akademik dan persatuan.


Jam menunjukkan pukul lima pagi,hampir satu jam aku bertaffakur di sejadah.Aku berhenti seketika untuk kejutkan ahli-ahli rumah yang lain.Kebiasaannya Fatimah sudah bangun pada pukul lima pagi.Dari umurnya sembilan tahun sampai sekarang Fatimah tidak pernah bangun lambat,inilah berkat didikan dari ibu bapanya yang menitik beratkan pembangunan rohani anaknya.Kadang-kadang aku mencemburui ibadah dan akhlak yang dicontohi oleh Fatimah.



"sejuk hati ibu mengandung dapat anak seperti Fatimah ni"...sergah aku pada Fatimah.

"astaghfirullah!..M...ai !!..,buat aku terkejut je,dah la pakai kain kelana macam mayat je..lain kali ketuk la pintu tu dulu"..Fatimah seakan marah padaku..

"hehe..akak saja je buat macam ni,jangan marah ye nanti cepat tua,ok la Fatimah..Kak Mai nak pi kejutkan yang lain lagi ni"..

Selalunya juga Aisyah seorang yang sukar untuk bangun pagi-pagi ni.Macam kejutkan anak patung je,tak bergerak langsung..


"Terima kasih ye Mai kejutkan akak bangun,akak pun rindu juga untuk solat tahajjud ni..sejak sakit hari tu dah hampir dua bulan akak tak bangun qiamullai"..Kak Khadijah bersuara padaku.


"sama-sama Kak,perkara yang baik seperti ini perlu di lakukan secara berjemaah barulah senang kita mendapat rahmatNya,betul tak?"...balasku ringkas.

"betul..betul..betul"..Aisyah datang menyibuk..bangun pun budak seorang ni.

Setelah semuanya bangun,aku kembali ke sejadah untuk menunaikan solat sunat taubat,hajat dan witir.Aku berdoa padaNya.."Ya Allah, sesungguhnya aku adalah milikMu, keagungan adalah keagungan-Mu, kehebatan adalah kehebatan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, berikanlahku hidayah dan taufikMu,berikanlahku kekuatan untuk berhadapan dengan sebarang ujianMu,bersihkanlah hatiku ini dari segala kekotoran dosa dan maksiat dan akhirnya ya Allah berikanlahku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.”

Sungguh tenang selepas diri ini mengadu dan memohon pertolongan serta perlidungan dariNya.Syukur kepadanya kerana pada hari ini Dia mengizinkan kami serumah berqiamullai bersama.Semoga kami semua akan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaanNya.Terima kasih Allah di atas segala pemberianMu kepada kami semua..





18:47

hijabku bukan miliku : Bahagian 3

Alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t.. sungguh segar dan nyaman udara pada petang ini setelah hampir tiga jam hujan membasahi bumi Kuala Lumpur ini. Sebagai seorang muslim aku menilai, apa-apa yang terjadi di atas dunia ini semuanya adalah datang dari ketentuan Allah s.w.t yang memiliki seribu satu hikmah yang tersurat mahupun tersirat.Walaupun housemeetku Fatimah pada mulanya 'membebel' pada petang itu kerana bajunya yang berada dijemuran di belakang rumah sewa kami itu tidak sempat di angkatnya menyebabkan semua bajunya basah..

"eii..geramnya aku Mai(panggilan di rumah sewa),habis semua basah baju aku..kalau nak hujan pun tunggu la aku angkat semua baju aku dahulu"..luahan Fatimah geram..

Kami semua tertawa melihat celoteh budak Fatimah seorang ini yang sentiasa bising orangnya.Rumah sewa kami pasti sunyi tanpa kehadiran Fatimah.

"Dik(panggilan manjaku pada Fatimah)..jangan kita salahkan hujan tu sebab kalau kita salahkan hujan bermakna kita juga salahkan Allah s.w.t yang menurunkan hujan itu untuk seluruh makhluknya di muka bumi ini.Dia tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya untuk seluruh makhluknya..Kalau hujan tak turun,macam mana pokok nak subur,kalau pokok tak subur dari mana kita semua nak mendapatkan oksigen untuk bernafas".....

"kita dapatkan oksigen dari baju Fatimah la"..Khadijah bersuara cuba mengusik Fatimah..

Sekali lagi rumah kami diisi dengan gelak ketawa..

"ye baik kak Mardihah yang di sayangi, Fatimah akan ingat pesanan akak ini"..pasrah Fatimah menerima..

"Dah2 makanan dah siap..Jom tolong Akak hidangkan makanan ni"..Kak Khadijah datang memecahkan gelak ketawa kami..

Setiap pagi dan petang beginilah cara hidup kami.Ada jadual memasak,membersih rumah dan lain-lain lagi.Kami jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan kami.Kami juga membentuk organisasi rumah sewa sebagaimana yang dituntut di dalam agama kita.

"emm..sedapnya Kak Khadijah masak,beruntungla kepada sesiapa yang dapat jadikan Kak Khadijah sebagai Isterinya"..usik Nurul Ain..

"betul..betul..betul"..Aisyah menyokong..

"Banyak la korang,pandai ye nak usik akak..cepat makan tu,nanti maghrib kita semua nak ke kolej kediaman kelima pula..pasal jodoh ni,biarlah Allah s.w.t sahaja yang menentukan"..dengan tenang Khadijah melayan kerenah adik-adik rumah sewanya..

"Ada apa Kak Khadijah kat sana?"..Aisyah bertanya..

"Ada apa lagi,kan hari ni hari selasa..dah lupa ke yang setiap hari selasa ada Kuliah Mega Presiden PMIUM"..Aku menjawab pertanyaan Aisyah..

"ye2 ingat..best la kan cara peyampaian Presiden PMIUM tu dalam kuliah maghribnya"..puji Aisyah..

"Kamu semua setuju tak kalau saya katakan yang kaum wanita ni sebenarnya tidak wajib memakai kain tudung?"..persoalan yang dilemparkan oleh Presiden PMI pada kuliah minggu lepas..

"Biar betul "Pak Cik ni", kalau tak pakai kain tudung nak pakai apa?"..Fatimah cuba membantah

Begitu juga dengan kaum waita yang lain,mimik muka masing-masing menunjukkan semuanya tidak bersetuju dengan persoalan yang dilontarkan itu.Setiap hari selasa pasti surau ini dipenuhi dengan mahsiswa dan mahasiswi yang sangat berminat dengan majlis ilmu sebegini tambahan pula yang menyampaikannya adalah dari pemimpin mahasiswa itu sendiri.

"Dalam al-Quran tak pun menyuruh kaum wanita ni memakai kain tudung,tapi yang diperintahkan oleh Allah s.w.t adalah kita perlu menutup aurat.Jadi terpulang la pada kaum wanita ni nak pakai tudung saji ke,kain sejadah ke,kain langsir ke atau kain apa pun yang penting kamu menutup aurat"..presiden memberi penjelasan..

"hehe...o..macam tu rupenya"..Fatimah bersetuju.

"apa yang nak saya sampaikan adalah,kita akan rasa Islam ini senang untuk diamalkan apabila kita memiliki kefahaman terhadap setiap perintah dan larangan Allah s.w.t dan dengan kefahaman ini jugalah kita akan merasai kemanisan dalam beriman pada Allah s.w.t..Sebagai penutup pada kuliah kali ini,saya nak pesan pada diri saya dan rakan-rakan mahasiswa sekalian,Islam datang untuk membimbing kita ke jalan yang benar,oleh itu marilah sama-sama kita berusaha untuk memahami Islam dan mengubah diri kita semua agar kita semua akan mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun akhirat"..inilah antara intipati yang disampaikan oleh presiden pmi dalam kuliahnya pada minggu lepas.

Setelah usai makan,kami semua bersiap untuk berangkat menuju ke kolej kediaman kelima dengan menaiki motor.Ahli rumah sewa kami semuanya pandai memandu motor kecuali Fatimah dan Aisyah kerana mereka takut nak memandu di bandar yang penuh sesak ini..

Alhamdulillah perjalanan kami ke kolej kelima berjalan dengan baik dan selamat.Semoga kami akan sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya di atas sedikit usaha yang kami semua lakukan ini..insyaAllah..
07:31

jom berkahwin tetapi.............


KURSUS PRA-

PERKAHWINAN


ANJURAN BALAI ISLAM KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA



TARIKH : 24 & 25 OKTOBER 2009

TEMPAT : KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA

MASA : 8 pagi - 5 petang

BAYARAN : RM 65 tunai


SIJIL MENGIKUTI KURSUS DIIKTIRAF JAKIM & SAH TANPA HAD TEMPOH


SEBARANG PENYERTAAN ATAU PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI

Zul Amirul - 013-3196286