18:47

hijabku bukan miliku : Bahagian 3

Alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t.. sungguh segar dan nyaman udara pada petang ini setelah hampir tiga jam hujan membasahi bumi Kuala Lumpur ini. Sebagai seorang muslim aku menilai, apa-apa yang terjadi di atas dunia ini semuanya adalah datang dari ketentuan Allah s.w.t yang memiliki seribu satu hikmah yang tersurat mahupun tersirat.Walaupun housemeetku Fatimah pada mulanya 'membebel' pada petang itu kerana bajunya yang berada dijemuran di belakang rumah sewa kami itu tidak sempat di angkatnya menyebabkan semua bajunya basah..

"eii..geramnya aku Mai(panggilan di rumah sewa),habis semua basah baju aku..kalau nak hujan pun tunggu la aku angkat semua baju aku dahulu"..luahan Fatimah geram..

Kami semua tertawa melihat celoteh budak Fatimah seorang ini yang sentiasa bising orangnya.Rumah sewa kami pasti sunyi tanpa kehadiran Fatimah.

"Dik(panggilan manjaku pada Fatimah)..jangan kita salahkan hujan tu sebab kalau kita salahkan hujan bermakna kita juga salahkan Allah s.w.t yang menurunkan hujan itu untuk seluruh makhluknya di muka bumi ini.Dia tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya untuk seluruh makhluknya..Kalau hujan tak turun,macam mana pokok nak subur,kalau pokok tak subur dari mana kita semua nak mendapatkan oksigen untuk bernafas".....

"kita dapatkan oksigen dari baju Fatimah la"..Khadijah bersuara cuba mengusik Fatimah..

Sekali lagi rumah kami diisi dengan gelak ketawa..

"ye baik kak Mardihah yang di sayangi, Fatimah akan ingat pesanan akak ini"..pasrah Fatimah menerima..

"Dah2 makanan dah siap..Jom tolong Akak hidangkan makanan ni"..Kak Khadijah datang memecahkan gelak ketawa kami..

Setiap pagi dan petang beginilah cara hidup kami.Ada jadual memasak,membersih rumah dan lain-lain lagi.Kami jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan kami.Kami juga membentuk organisasi rumah sewa sebagaimana yang dituntut di dalam agama kita.

"emm..sedapnya Kak Khadijah masak,beruntungla kepada sesiapa yang dapat jadikan Kak Khadijah sebagai Isterinya"..usik Nurul Ain..

"betul..betul..betul"..Aisyah menyokong..

"Banyak la korang,pandai ye nak usik akak..cepat makan tu,nanti maghrib kita semua nak ke kolej kediaman kelima pula..pasal jodoh ni,biarlah Allah s.w.t sahaja yang menentukan"..dengan tenang Khadijah melayan kerenah adik-adik rumah sewanya..

"Ada apa Kak Khadijah kat sana?"..Aisyah bertanya..

"Ada apa lagi,kan hari ni hari selasa..dah lupa ke yang setiap hari selasa ada Kuliah Mega Presiden PMIUM"..Aku menjawab pertanyaan Aisyah..

"ye2 ingat..best la kan cara peyampaian Presiden PMIUM tu dalam kuliah maghribnya"..puji Aisyah..

"Kamu semua setuju tak kalau saya katakan yang kaum wanita ni sebenarnya tidak wajib memakai kain tudung?"..persoalan yang dilemparkan oleh Presiden PMI pada kuliah minggu lepas..

"Biar betul "Pak Cik ni", kalau tak pakai kain tudung nak pakai apa?"..Fatimah cuba membantah

Begitu juga dengan kaum waita yang lain,mimik muka masing-masing menunjukkan semuanya tidak bersetuju dengan persoalan yang dilontarkan itu.Setiap hari selasa pasti surau ini dipenuhi dengan mahsiswa dan mahasiswi yang sangat berminat dengan majlis ilmu sebegini tambahan pula yang menyampaikannya adalah dari pemimpin mahasiswa itu sendiri.

"Dalam al-Quran tak pun menyuruh kaum wanita ni memakai kain tudung,tapi yang diperintahkan oleh Allah s.w.t adalah kita perlu menutup aurat.Jadi terpulang la pada kaum wanita ni nak pakai tudung saji ke,kain sejadah ke,kain langsir ke atau kain apa pun yang penting kamu menutup aurat"..presiden memberi penjelasan..

"hehe...o..macam tu rupenya"..Fatimah bersetuju.

"apa yang nak saya sampaikan adalah,kita akan rasa Islam ini senang untuk diamalkan apabila kita memiliki kefahaman terhadap setiap perintah dan larangan Allah s.w.t dan dengan kefahaman ini jugalah kita akan merasai kemanisan dalam beriman pada Allah s.w.t..Sebagai penutup pada kuliah kali ini,saya nak pesan pada diri saya dan rakan-rakan mahasiswa sekalian,Islam datang untuk membimbing kita ke jalan yang benar,oleh itu marilah sama-sama kita berusaha untuk memahami Islam dan mengubah diri kita semua agar kita semua akan mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun akhirat"..inilah antara intipati yang disampaikan oleh presiden pmi dalam kuliahnya pada minggu lepas.

Setelah usai makan,kami semua bersiap untuk berangkat menuju ke kolej kediaman kelima dengan menaiki motor.Ahli rumah sewa kami semuanya pandai memandu motor kecuali Fatimah dan Aisyah kerana mereka takut nak memandu di bandar yang penuh sesak ini..

Alhamdulillah perjalanan kami ke kolej kelima berjalan dengan baik dan selamat.Semoga kami akan sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya di atas sedikit usaha yang kami semua lakukan ini..insyaAllah..

1 comments:

Ummu Syazwina said...

pandai juga mengarang.. teruskan..
tp, sukar juga nak realisasikannya... insyaAllah