07:03

hijabku bukan milikku : Bhgn 7

" Dengan itu, iblis mula bertindak menggoda Nabi Ayub. Haiwan ternakan Nabi Ayub mati tiba-tiba.Tidak lama selepas itu, bangsal tempat simpanan hasil pertaniannya terbakar dan ilblis dan para pembantunya telah merobohkan rumah Nabi Ayub yang mewah menyebabkan semua anak Nabi Ayub terkorban"...

Fatimah meneruskan cerita kisah ujian Nabi Ayub a.s seusai kami semua menyelesaikan solat subuh secara berjemaah yang telah diimami oleh aku sendiri dan juga setelah kami menghabiskan bacaan al-mathurat..

Iblis menyangka usahanya berjaya menggoyakkan iman Nabi Ayub kerana beliau sayang kepada anak-anaknya.Namun, Nabi Ayub tetap berserah dan pasrah sepenuhnya dengan keputusan Allah s.w.t. Walaupun baginda sedih dan menangis, hatinya tetap kukuh dan yakin, Allah sedang mengujinya melalui musibah yang menimpa dirinya itu.

Selepas itu, iblis terus berusaha menggelincirkan keimanan dan ketaqwaan Nabi Ayub melalui penyakit kulit yang menjijikan menyebabkan kaum keluarga dan jiran tertangga menjauhinya serta isteri-isteri baginda melarikan diri kecuali isterinya yang setia mendampingi Nabi Ayub dalam keadaan suka dan duka yang bernama Rahmah. Rahmah berusaha sebaik mungkin bagi mentaati suaminya. Rahmah juga kuat imannya pada Allah dan yakin segala yang terjadi adalah kehendak Allah s.w.t.

Dalam waktu tujuh tahun, Nabi Ayub a.s menerima pelbagai musibah dan bencana. Beliau hidup dalam penderitaan secara terus menerus. Sesungguhnya, Allah menurunkan ujian yang berat kepada Nabi Ayub dan Rahmah. Apalagi dalam waktu tujuh tahun itu, tidak ada seorang pun yang membantu mereka, malah mereka dicaci dan diusir dari rumah dan dari kampung mereka.

Nabi Ayub selalu bermunajat pada Allah bagi segala keperluannya. Sementara itu, Rahmah bekerja di kilang roti bagi menanmpung kehidupan mereka. Namun apabila majikannya mengetahui Rahmah adalah isteri Nabi Ayub a.s, sia memberhentikannya dengan alasan, khuatir Rahmah membawa penyakit yang dihidapi Nabi Ayub.

Tidak lama selepas itu, Rahmah pergi meninggalkan suaminya dengan alasan dia perlu mencari pekerjaan bagi menyambung kehidupan. Rahmah pada waktu itu tidak tahan lagi hidup sengsara. Walaupun Nabi Ayub melarangnya, Rahmah tetap dengan keputusannya.

Nabi Ayub berkata pada isterinya, " nampaknya syaitan berjaya menggodamu dan kamu kalah pada pujukannya. Isteriku, kamu mengkhianati Allah. Apabila aku sembuh kelak, aku akan memukulmu sebanyak 100 kali."

Satu-satunya oarang yang mengasihi dirinya kini meninggalkannya. Sekarang, Nabi Ayub bersendirian dalam penderitaannya. Baginda bermunajat pada Allah dengan kesungguhan dan kekhusyukan, " Ya Allah, Syaitan mengganguku dengan kepayahan dan kesusahan serta musibah yang selalu mengiringi hidupku. Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan kepada hambamu yang tidak berdaya ini. Hanya padaMu aku berlindung daripada segala cubaan dan musibah yang menimpa diriku." Kisah ini terkandung di dalam al-quran iaitu surah al-anbiya' ayat 83 - 84.

Allah kemudiannya memerintahkan Nabi Ayub menghentakkan kakinya ke tanah. Allah berkata, " hentakkan kakimu ke tanah, dari situ air akan memancar. Air itu dapat menyembuhkan semua penyakitmu. Minum dan mandilah dengan air itu, kesihatan dan kekuatanmu dapat pulih kembali".

Sementara itu, Rahmah yang sudah meninggalkan Nabi Ayub mula berasa kasihan dan tidak sampai hati membiarkan suaminya tinggal seorang diri, menanggung kepedihan dan penyakit. Dia pun kembali kepada suaminya, namun Rahmah hampir-hampir tidak mengenali Nabi Ayub yang sudah sembuh daripada penyakit. Nabi Ayub kelihatan sihat dan tampan.

Nabi Ayub gembira melihat isterinya kembali ke pangkuannya, namun beliau masih ingat pada sumpahnya iaitu mahu memukul isterinya sebanyak 100 kali. Beliau perlu melaksanakannya tetapi segala suka duka dan pahit getir yang mereka rasakan bersama selama tujuh tahun lalu menjadikan hatinya begitu berat hendak memukul isterinya.

Dalam keadaan bingung dan bimbang itu, Allah menurunkan wahyu kepada baginda. Allah berkata, " wahai Ayub, ambillah lidi 100 batang dan pukullah isterimh sekali sahaja. Dengan itu, tertebuslah sumpahmu". Mendengarkan perintah Allah itu, Nabi Ayub segera melaksanakan sumpahnya. Baginda memukul isterinya dengan penyapu lidi yang mengandungi 100 batang lidi satu kali sahaja dengan perlahan.

Berkat kesabaran dan keteguhan imannya, Allah mengurniakan harta yang melimpah kepada Nabi Ayub dan Rahmah. Mereka juga dikurniakan seorang anak yang dinamakan Basyar. Basyar juga dikenali sebagai Zulkifli yang kemudiannya menjadi nabi dan rasul atas kepercayaan Allah s.w.t.

"inilah serba sedikit kisah mengenai insan mulia yang teguh iman dan ketaqwaan pada Allah s.w.t"..fatimah menamatkan cerita tentang kisah Nabi Ayub a.s dengan mengalirkan air matanya.

Semuanya kemerah-merahan mata menahan sebak mendengar kisah penderitaan seorang nabi yang bernama Ayub ini.Aisyah terus berlari ke bilik sebaik sahaja fatimah selesai bercerita mungkin kerana malu untuk mencurahkan air matanya di depan kami semua.

"subhanallah..sungguh berat ujian Nabi Ayub a.s tetapi baginda tetap sabar dan yakin akan pertolongan serta redha di atas setiap ketentuan Allah s.w.t"..khadijah bersuara.

"Mai tak kan merungut lagi di atas segala ketentuan dan musibah yang Mai hadapi..tapi Mai akan terus bersabar dan hanya mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t"...aku pula menyatakan azamku...

" kita perlu sedar dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan pada kita..kita masih ada keluarga,di berikan kesihatan dan pelbagai lagi nikmat yang lainnya..tapi kita je yang sering lupa..walaupun kita telah banyak melakukan maksiat pada Allah s.w.t, Dia tetap juga tidak memutuskan nikmat yang diberikan pada kita semua bahkan Dia mengampun dosa hamba-hambaNya yang bertaubat"..khadijah meninggalkan pesanan untuk kami bersama.

" Fatimah nak kuat dan tabah macam Nabi Ayub a.s...fatimah nak menjadi seorang isteri yang setia seperti Rahmah isteri Nabi Ayub yang sangat dikasihi baginda..fatimah kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri ini sebagai hamba yang benar-benar beriman dan bertaqwa pada Allah s.w.t"

"Ya Allah hanya padaMu la ku serahkan segala ketentuan, hanya kepadaMu lah ku meminta perlindungan dan pertolongan dan hanya padaMu la aku beribadah dengan seikhlas hatiku ini...semuanya milikMu...depanku hanya adaMu ya ALLAH"

0 comments: