10:24

SEKADAR PERKONGSIAN…



Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan saya satu peluang untuk mengikuti dan menjadi fasilitator untuk satu program khemah ibadah & motivasi cemerlang di Sek.Ren.(A).Al-Muslihin Taman Sungai Besi.Bersama-sama saya yang turut menjadi fasilitator untuk program ini adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang hebat dan jauh lebih tua dari saya.Antara mereka itu ada yang sudah menjadi peguam,ustaz di sebuah sekolah menengah,pembantu tadbir dan ada dua orang akak yang baru sahaja habis belajar di UPM yang merupakan pelajar terbaik dalam jurusan kaunseling.Saya amat bertuah kerana dapat mengambil dan belajar sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari mereka ini.

Satu perhargaan bagi saya yang telah di berikan oleh mereka apabila saya telah dilantik menjadi komander kem.Sebaik sahaja berjumpa dengan adik-adik yang rata-ratanya datang dari kawasan yang berhampiran dan berumur 10,11 dan 12 tahun itu satu perasaan yang telah tumbuh jauh di lubuk sanubari ini iaitu perasaan kasih dan sayang kepada mereka.Wajah mereka yang suci dan tenang itu membuatkan hati ini berdoa kepada Allah s.w.t.”ya Allah,Engkau peliharalah hati-hati generasi selepasku ini,jauhilah mereka daripada perkara-perkara maksiat yang Engkau murkai dan jadikan mereka anak-anak yang soleh yang berbakti kepada ibubapa,agama.masyarakat dan negara”.

Alangkah rugi sekiranya kain putih berseri ini dikotori dengan didikan yang tidak berlandaskan agama dan dicemari dengan keadaan masyarakat yang hidup keadaan maksiat.Didikan yang baik berlandaskan agama perlu di jadikan pakain dan perisai untuk mereka ini.Mereka inilah yang akan mencorakkan dunia satu hari nanti,oleh itu mereka memerlukan satu model untuk di jadiakn tauladan dan rujukan.Siapakah model mereka ini?Remaja sekarang ataupun ibubapa?adakah pemimpin sekarang ini yang perlu dijadikan tauladan?

Pada malam pertama program peserta diberi tidur awal sebagai persedian untuk qiamullai pada kekesokkan harinya.Sungguh cemerlang prestasi yang di tunjukkan oleh para peserta apabila mereka semua dapat berkumpul di surau untuk menunaikan qiamullai sebelum pukul 5.00pagi lagi.Sebelum solat saya telah membimbing mereka dengan beberapa alunan zikir yang menyentuh jiwa sehingga menambahkan satu keyakinan saya pada mereka semua apabila air mata mereka jatuh ke pipi masing-masing menandakan betapa bersihnya jiwa mereka yang takut kepada Allah s.w.t.Subhanallah,tersentak hati ini seketika,alangkah indahnya sekiranya hati ini juga seperti mereka,bersih dari segala dosa dan maksiat.

Pada sebelah malamnya telah di adakan sesi muhasabah mengenai hubungan dengan TIGA,iaitu T-Tuhan,I-IbuBapa,G-Guru dan A-ashabi@sahabat.Kali ini lain pula ceritanya,sebelum peserta menitiskan air mata mereka tanpa sedar air mata saya ini yang menitis terlebih dahulu kerana tersentuh dengan penyampaian motivator berkenaan hubungan kita dengan Allah s.w.t,alangkah hina dan jahilnya diri ini terhadap pemberian dariNya.Sedikitnya diri ini bersyukur di atas segala nikmat-nikmatNya,jarang sekali diri ini memerhatikan ciptaanNya yang banyak memberikan petunjuk untuk hambaNya yang mahu berfikir.

Kemudian motivator mengaitkan hubungan kita dengar ibubapa.Di saat ini lah surau yang sunyi itu menjadi pesta air mata apabila semua peserta termasuk fasi mengalirkan air mata apabila mengenangkan pengorbanan yang telah di lakukan oleh ibubapa yang mulia ini.Betapa beratnya penderitaan yang telah di tanggung oleh mereka dalam membesarkan anak harapan mereka itu.Mereka hanya menharapkan kesenangan dan kejayaan anak-anak mereka tanpa meminta jasa mereka itu di balas.Terdetik beberapa persoalan di minda saya ketika itu,kenapa masih ada anak yang derhaka seperti si Tanggang pada kedua orang tua mereka sedangkan mereka telah diasuh dan di beri kasih sayang oleh kedua ibubapa mereka itu?Apakah yang menyebabkan mereka pantas lupa diri?

Apabila di lihat dan direnung keadaan anak-anak muda sekarang,mereka telah jauh lari pada jalan yang benar.Masalah disiplin di sekolah semakin meningkat,penzinaan telah menyular di seluruh sekolah desa mahupun bandar dan penagihan rokok dan dadah telah menjadi lambang kebanggaan dan kehebatan para pemuda sekolah.Dalam waktu yang singkat mereka menhancurkan harapan ibubapa mereka yang telah di tanam bertahun lamanya.Ini mungkin beberapa masalah yang berlaku di sekolah,bagaimana pula dengan pusat pengajian tinggi?...Langkah dan tindakan segera perlu di lakukan oleh semua pihak dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku ini sebelum nasi menjadi bubur.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir,saya sempat mengambil satu slot bersama para peserta dalam memberikan beberapa nasihat dan bimbingan untuk masa depan mereka. Saya sangat teruja dengan semangat yang telah ditunjukan oleh mereka walaupun mereka dalam kepenatan. Apabila di tanyakan tentang cita-cita mereka,pelbagai jawapan yang telah saya terima,ada yang nak jadi ustazah,doktor,polis dan sebagainya.InsyaAllah,mereka inilah satu hari nanti yang akan menjadi golongan profesional yang memperjuangkan agama.Sebelum saya berpisah beberapa pesanan sempat saya tinggalkan pada mereka dan juga sebenarnya untuk diri saya sendiri,antaranya jagalah Allah,nescaya Dia akan menjaga kita,cintailah dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikan itu hanya sebesar atom dan bencilah dalam melakukan kemaksiatan pada Allah,walaupun sebesar kuman,taatlah pada Allah dan Rasul dan patuhilah kedua ibubapa serta belajarlah bersungguh.

Mereka itu saya tinggalkan dengan keadaan berat kerana mereka itu telah saya anggap seperti adik-adik sendiri,hanya harapan dan doa mampu saya berikan pada mereka itu.Satu pesanan untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat yang bergelar abang dan kakak,bimbinglah adik-adik kita itu ke jalan yang benar dan jadikanlah diri kita ini sebagai contoh tauladan yang terbaik..

0 comments: