17:45

ADAKAH AKU SEDAR??

Saat menjadi minit,menjadi jam,menjadi hari,menjadi bulan kemudiannya tahun.Waktu pagi yang tenang kedengaran suara angin yang meniup dengan perlahan di iringi irama muzik nyayian burung yang merdu beserta tarian bunga yang mula mekar akan ditelan oleh waktu siang yang bising dan sibuk dengan tanggungjawab yang harus di laksanakan oleh setiap individu yang bergelar insan.Terfikir jauh di lubuk hati ini bilakah rutin sebegini akan berakhir?dan bagaimana caranya berakhir?.Ke mana sebenarnya destinasiku ini?

Apabila di rujuk pada mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran maka telah ku jumpa banyak ayat yang menceritakan tentang bagaimana kehidupan ini akan berakhir.Antara surah yang menceritakan tentang hari akhir bagi makhluk dunia ini ialah al-Qiyaamah,al-haaqqah,at-Taghaabun dan banyak lagi surah-surah yang lain.

Firman Allah s.w.t:

Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup,dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu di benturkan keduanya,maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,dan terbelahlah langit,kerana pada hari itu langit menjadi lemah”.(al-Haaqqah:13-16).

Sudah jelas di ceritakan tentang akan berlakunya hari akhir buat makhluk bumi ini cume tarikhnya sahaja yang tidak di ketahui oleh makhluk kerana terdapat pelbagai hikmah di sebalik kerahsiannya.Satu kerisauan yang timbul jauh di lubuk sanubari ku ini,adakah aku sudah menyiapkan diri untuk bertemu saat yang dasyat itu?atau adakah benar-benar aku meyakininya dengan sepenuh hati?sering kali aku membaca ayat-ayat yang memperingati hari matahari akan terbik di sebelah barat,tapi adakah benar-benar aku meyakininya?.BAGAIMANA PULA DENGAN UMAT ISLAM YANG LAIN?.

Apabila dilihat satu hadis Rasulullah s.a.w satu perasaan yang timbul di benak fikiran ku ini ialah : YA!,ia telah berlaku di zaman sekarang ini.Maksud hadis itu lebih kurang:

umat aku di akhir zaman nanti akan mngikuti satu golongan manusia sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga mereka itu masuk ke lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikuti mereka,maka sahabat bertanya adakah golongan manusia itu ialah kaum yahudi dan nasrani?.maka Rasulullah s.a.w menjawab,Ya.”(riwayat bukhari@muslim)

Aku amat risau melihat keadaan umat islam pada masa kini terutama golongan remaja yang telah jauh lari dari landasan yang benar.Matlamat hidup tidak lagi tertumpu kepada keredhaan Allah dam pembalasan hari kebangkitan tetapi keseronokkan dunia yang sementara ini di jadikan matlamat utama.Terfikirkah kita bahawa kita merupakan cermin kepada generasi yang akan datang dan yang akan memimpin dunia ini?

Cuba kita bayangkan sekiranya golongan akademik terutamanya yang akan menjadi guru atau pendidik terlibat dengan maksiat zina atau dadah.Bagaimana bisa mereka di jadikan pendidik.Maka tidak salah sekiranya saya katakan bahawa penzina dan penagih dadah yang akan mengajar generasi yang akan datang.Adakah perkara seperti ini yang kita inginkan?.Hiburan yang melalaikan juga telah menjadi satu perkara fardhu ain bagi remaja masa kini dan cara pemakain hiasan dunia iaitu wanita tidak lagi mengikut syariat yang telah di tetapkan oleh agama.Adakah perkara ini akan berpanjangan sampai ke hari pembalasan?.

Jarang sekali di antara kita saling memperingati antara satu sama lain tentang hari kematian yang akan kita hadapi serta menghitung bekalan yang telah kita sediakan untuk menghadapinya.Kesibukan dunia dan keseronokannya merupakan satu senjata syaitan yang sangat tajam bagi melekakan anak Adam dari memperingati tentang kematian dan juga matlamatnya yang sebenar.

Ayuh! wahai sahabatku sekalian,bangkitlah kita dari tidur yang merugikan kita semua.Persiapkanlah diri untuk menghadapi hari yang sangat dasyat yang tiada pengakhiranya agar kita menjadi insan yang beruntung di dunia dan di akhirat.Jadikanlah dunia ini sebagai jambatan untuk hari akhirat.Sempurnakanlah amanahmu terhadap agama,keluarga,masyarakat dan sebagainya agar ia menjadi penolongmu di kemudian hari.

0 comments: