09:23

Surat Untuk MAK

Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu MAK kata aku sangat nakal.Dah la nak lahirkan aku pun susah sebab berat aku masa dilahirkan hampir 4kg.Sebulan selepas dilahirkan MAK kata aku tak henti-henti menangis..Macam-macam MAK buat untuk buat aku berhenti menangis,MAK sanggup berjaga malam,sanggup dodoikan aku dan banyak la lagi MAK buat untuk aku.

Mula-mula nak pergi sekolah tadika dulu bukan main payah,nak kena MAK mandikan,nak MAK pakaikan baju,nak MAK hantarkan dan macam-macam lagi la aku minta MAK buat.Disebabkan MAK sayangkan aku MAK buat je pe yang aku minta.

Sekarang aku dah besar,telah banyak pengorbanan yang MAK dan AYAH buat untuk aku dan adik-beradik yang lain.Mereka tak pernah minta ape-ape dari kami,mereka hanya nak kami berjaya je.Baguskan MAK aku ni..sangat besarkan pengorbanan MAK aku ni..sebab tu la aku sayangkan MAK..sebab tu la apa yang MAK suruh buat aku buat,ape yang mereka larang aku tinggalkan sebab aku tau MAK sayangkan aku dan MAK yang berikan ape yang terbaik untuk diriku ini.

Bila MAK cakap..Mat tolong MAK belikan cili kat kedai,aku tak pernah jawab pun macam ni..kenapa MAK suruh Mat,suruh lah anak jiran sebelah...Bila MAK cakap,Mat jangan la mencuri ye,aku tak lah kata kenapa MAK larang Mat,larang la anak jiran sebelah MAK..aku tak de la nak merungut,asyik-asyik suruh Mat,suruh la anak jiran sebelah pula..Sebab MAK adalah MAK aku,mesti lah aku kena dengar cakap MAK sebab MAK telah beri aku macam-macam..dengar aku dengar cakap MAK la aku dapat senangkan hati MAK aku...

Tapikan,dah besar-besar macam ni aku mula berfikir..Apa yang cipta MAK aku ye? apa yang buat MATAHARI ye?Apa yang bagi aku tangan,kesihatan,udara,penglihatan?...ape ye?...sungguh banyak benda diberikan pada aku berbanding dengan apa yang MAK aku bagi..

Aku sebenarnya tak la jahil sangat..jadi pantas aku menjawab,pasti ALLAH s.w.t yang memiliki segala isi dunia ini termasuklah diriku...Jadi,takkan bila ada perintah ALLAH pada aku..aku akan jawab kenapa perintah ALLAH ini kena aku patuhi,kenapa tak kambing ke lembu ke yang ALLAH perintahkan..bila ALLAH larang aku buat sesuatu,takkan aku nak tanya lagi..Ya ALLAH kenapa la Engkau larang aku buat itu buat ini,kenapa tak larang arnab je..

Sebab aku tahu,ALLAH telah banyak bagi nikmat pada aku berbanding MAK..sebab aku tahu yang aku ni adalah hamba dan milikNya serta hanya kepadaNya aku kembali..sebab aku tahu dunia pun ALLAH punye dan akhirat pun ALLAH punye....Aku tak tahu la ape jenis hamba aku ni jikalau tak ikut perintah ALLAH dan tak meninggalkan larangan ALLAH sedangkan DIA memberikan segala-galanya padaku,DIA miliki segalanya,DIA menentukan segalanya,DIA MAHA KAYA,MAHA HEBAT,MAHA AGUNG,MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG...

MAK...maafkan aku sebab aku sayangkan ALLAH lebih dari aku sayangkan MAK ,aku dengar cakap ALLAH lebih dari MAK sebab ALLAH yang menjadikan MAK....
18:06

Peringatan Biasa-biasa sahaja

Allhamdulillah saya ucapkan rasa syukur pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah diberikan dan ditetapkan kepada hamba yang hina ini.Seminit selepas ini saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi saya sangat mengharapakan setiap minit yang akan saya tempuhi dan lalui akan dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Saya sangat teruja dengan kebangkitan semangat mahasiswa ketika ini dan saya mengharapkan kebangkitan ini akan sentiasa berkekalan kerana kita berjuang bukan atas dasar hawa nafsu tapi perjuangan ini atas dasar kefahaman kepada perintah Allah s.w.t melalui al-quran dan as-sunnah.Saya cukup yakin semangat ini akan terus berkekalan dan kelahiran pejuang-pejuang keadilan agama pasti sentiasa berterusan sekiranya tarbiyah dan dakwah dipertingkatkan.

Saya ingin ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, perjuangan kita pasti akan menjadi sia-sia sekiranya NIAT yang IKHLAS kerana memiliki IHSAN tiada dalam diri kita semua.Niat yang ikhlas kerana Allah perlu sentiasa dipasakkan agar keikhlasan kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t.Begitu juga dengan ihsan iaitu setiap tindakan atau ibadah yang kita lakukan ini perlulah dirasai bahwa Allah s.w.t sentiasa melihat dan memerhatikan kita.

Mungkin sering kali soal niat dan keikhlasan diingatkan tapi untuk mendapatkan keikhlasan ini bukan sesuatu yang mudah.Kita pasti akan diuji dengan perasaan RIAK yang mungkin disedari oleh rakan-rakan atau orang lain tetapi malangnya kita tidak menyedarinya, Kita suka untuk ceritakan kehebatan dan kemegahan diri masing-masing sehinggakan kadang-kadang kita berpaling dari pergantungan hanya kepada Allah s.w.t.Kita juga berasa seronok dan bersemangat apabila dipuji dan diambil perhatian tetapi kita akan lesu apabila dihina mahupun tiadak diperhatikan.

Ujub yang tidak mampu dikesan oleh orang lain melainkan diri sendiri juga merupakan senjata utuh syaitan laknatullah untuk memalingkan niat yang ikhlas pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran.Merasa hanya diri kita sahaja yang betul dan hebat merupakan satu sikap dan perasaan yang cukup-cukup bahaya yang membolehkan segala amalan yang dilakukan menjadi sia-sia walaupun usaha kita itu bermandikan peluh dan darah.

Seorang pejuang itu pasti akan sentiasa bersemangat dan mampu istiqamah dalam medan perjuangan sekiranya memiliki nilai Ihsan dalam dirinya.Dia tidak akan pernah mengharapkan apa-apa balasan pujian,populariti mahupun kebendaan duniawi melainkan hanya mengharapakan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.Golongan yang memiliki Ihsan ini sudah pasti tidak akan pernah merungut,merasa letih mahupun lemah kerana keyakinan mereka pada pertolongan Allah begitu tinggi.

Dan buat yang akhirnya buat mereka yang IKHLAS dan memiliki IHSAN sudah pasti mereka akan berusaha untuk mendapatkan TAQWA di sisi Allah s.w.t dengan mereka ini sentiasa BERUSAHA untuk melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH dan sentiasa BERUSAHA meninggalkan SEGALA LARANGAN ALLAH dan MAKSIAT yang mereka sering lakukan.

Semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh Allah s.w.t agar kita sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaNya...Sesungguhnya DUNIA itu MILIK ALLAH dan AKHIRAT juga MILIK ALLAH,oleh itu bagi mereka yang mengharapkan kepada DUNIA dan AKHIRAT hendaklah dia HANYA MEMOHON pada yang MEMILIKINYA.

09:54

KEBANGKITAN UMMAH TERSEKAT : bhgn 1

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu :

kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan.

kesetian sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

pengorbanan agung yang tidak menegenal erti tamak dan kedekut.

memahami prinsip, meyakini dan menghormati dengan tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkempromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

Kemahuan, Kesetiaan, Pengorbanan dan Memahami perlu dimiliki oleh sekelompok individu yang mengelar diri mereka sebagai mujahid/ansorullah mahupun daie yang hidup dalam satu jemaah bagi merealisasikan agenda kebangkitan ummah yang diperjuangkan.

Hanya dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani serta kekuatan rohani yang agung inilah akan tertegak sebuah prinsip. Terbentuklah sebuah bangsa yang mampu bangkit dan bangsa yang bersemangat waja. Dengan ini akan bermulalah kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama merasainya.

Mana-mana bangsa yang kehilangan keemapat-empat sifat ini ( Kemahuan tinggi, Kesetiaan sejati, Pergorbanan agung dan Memahami prinsip ) ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuanya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dan mereka tidak akan dapat merealisasikan sebarang impian serta mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian.

KELEMAHAN KEBANGKITAN MAHAISISWA

Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat mengatakan tidak sesuai untuk dibandingkan kehebatan dan kelantangan perjuangan mahasiswa dahulu dengan nada kebangkitan mahasiswa sekarang. Ini kerana pelbagai faktor baik luaran mahupun dalaman memainkan peranan penting di dalam menghasilkan nada suara kebangkitan yang lemah dari kalangan aktivis mahasiswa kini.

Tapi saya juga berpegang dengan firman Allah s.w.t di dalam surah ar-ra'd ayat ke-11 :

" sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Memang tidak dapat dinafikan juga kelesuan kehangatan perjuangan mahasiswa kini juga adalah berpunca dari diri mahasiswa itu sendiri. Seperti yang disebutkan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna KEMAHUAN yang TINGGI yang tidak mampu DIGUGAT oleh sebarang KELEMAHAN perlu dimiliki di dalam setiap jiwa pejuang-pejuang penegak kebenaran.

Nah! siapa yang berani mengatakan bahwa kelompok mahasiswa sekarang sudah memiliki kemahuan yang cukup tingi bagi menggerakkan agenda kebangkitan ummah? berapa kerat dari kalangan mahasiswa yang sedar tentang parahnya masalah umat islam? dan berapa ramai dari kalangan mahasiswa yang sudah mengatur langkah bagi menggerakan agenda kebangkitan ummah ini?

Tanpa kemahuan yang tinggi dari kalangan mahsiswa itu sendiri dalam memperjuangkan agenda kebangkitan ummah sudah pasti kelesuan dan kelemahan serta kegagalan perjuangan mahasiswa akan berlaku. Saya turut sedih dengan diri saya mahupun sahabat-sahabat yang lain yang masih lagi leka dengan agenda peribadi masing-masing. Matlamat yang dipacak adalah banyak untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan ummah.

Kebangkitan kita juga pasti akan tersekat sekiranya KESETIAN SEJATI pada perjuangan Islam mati didalam jiwa pejuang-pejuang mahasiswa. Dengan kesetian sejati pada perjuangan islam akan melahirkan individu yang memahami KEUTAMAAN dalam perjuangan mereka dan mematikan perjuangan yang hanya menurut keutamaan bagi dirinya sendiri.

Pengorbanan Agung yang sudah hilang dalam diri mahasiswa masa kini juga adalah merupakan faktor dalaman terbesar yang membentuk kelesuan dalam perjuangan mereka. Mana tidaknya, tanpa ada nilai pengorbanan yang tinggi dalam diri mahasiswa akan lahirlah generasi-generasi baru yang suka merungut-rungut dalam perjuangan, generasi yang banyak bermain dengan emosi mereka semata-mata dan generasi yang banyak menghukum orang lain. Akhirnya, mereka inilah antara penyumbang kepada kelemahan gerakan mahasiswa sekarang

Antara yang paling utama juga dalam memainkan peranan dalam melambatkan gerakan mahasiswa adalah disebabkan mereka tidak memahamki prinsip perjuangan mereka secara menyeluruh dan bersepadu. Kefahaman yang betul akan menghalang berlakunya pertelagahan ketika berada di persimpangan jalan atau ketika wujud pelbagai ijtihad yang bercanggah dengan pendekatan sebenar. Tanpa kefahaman yang betul dan menyeluruh akan menyebabkan berlakunya masalah kemurungan, kekeliruan dan masalah mudah terpengaruh dengan setiap cadangan baru.Jadi dengan berlakunya pertelagahan serta kekeliruan dan kemurungan di kalangan pejuang-pejuang mahasiswa maka akan tersekatlah agenda kebangkitan ummah yang ingin diperjuangkan.

Sebagai mengakhiri pandangan saya mengenai "kebangkitan ummah tersekat" bhgn 1 ini, saya ingin memetik sedikit ucapan Imam al-Banna dalam muktamar ikhwan al-muslimin yang ke-5:

" Wahai Ikhwan, saya sentiasa berhrap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi ikhwan. Saya suka jika langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-langkah kamu yang lalu dengan penuh lancar dan tenang, tanpa memerlukan program seperti ini iaitu program yang akan membentangkan jihad sepanjang 10 tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam usaha merealisasikan gagasan kita yang mulia ini"......
12:47

HATI YANG BERSIH


nukilan : Mohd Zul Amirul Izwan b. Mat Derasih

Hati yang BERSIH,
Ibarat cahaya yang sentiasa memancar,
menembusi lutsinar di waktu siang dan malam,
menerangi keseluruhan alam.

Hati yang BERSIH,
hanya takut pada yang Maha Pencipta,
mengenal dirinya sebagai hamba yang hina,
sentiasa rukuk dan sujud pada yang Maha Esa.

Hati yang BERSIH,
tiada setitik pun perasaan riak,
meruntuhkan kesombongan jiwa yang lara,
menghacurkan ego yang bertakhta di dada.

Hati yang BERSIH,
ibarat air yang jernih,
mengalir deras tanpa henti,
berzikir memuji kebesaran Ilahi.

Hati yang BERSIH,
sentiasa ramah dan manis dalam senyuman,
biar pahit mahupun kelat,
pasti gagah merentasi bara ujian.

Hati yang BERSIH,
lemah lembut bicaramu,
berisi setiap ucapanmu,
menyalurkan ketenangan pada pendegarmu.

Hati yang BERSIH,
tiada henti menangis dan merintih,
bukan kerana dosa mahupun sedih,
tapi kerana cintanya pada Allah.

Hati yang BERSIH,
ibarat mutiara putih di dasar laut,
tersembunyi dan tersimpan sepi,
hanya mampu dimiliki pada mereka yang suci.



07:41

hijabku bukan milikku : Bhgn 10

"Islam ni agama hok come doh..Islam ni adalah agama hok mari dari Allah s.w.t yang telah diturunkan kepada manusia melalui seorang nabi yakni Rasulullah s.a.w..kalau bumi kita terima ia milik Allah, langit milik Allah, haiwan milik Allah, pokok milik Allah,bulan matahari bintang dan semuanya milik Allah...bakpo Islam kita tak boleh terima ia sebagai milik Allah pulak?"

Allhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesempatan kepada kami untuk berehlah di bumi serambi Makkah atau di kenali juga sebagai negeri Cek Siti Wan Kembang. Selepas penat bertungkus lumus menduduki peperiksaan hampir tiga minggu, kami serumah sepakat untuk sama-sama berjalan-jalan sambil menimbal sedikit ilmu di Kelantan.

Pada petang yang hening ini, kami semua sedang berbual-bual dengan nenek Fatimah yang umurnya telah menjangkau 100 tahun tapi masih lagi memiliki kekuatan fizikal dan daya ingatan.Kami semua seronok mendengar dan mengumpul mutiara kata dari nenek Fatimah ni walaupun ada bahasa kelantan yang kami tidak fahami..

" ni cu, nek nak pesan..kalau nak ambik Islam ambik la blako, jange ambik hok kito nok jah atau hok kita raso sesuai dengan jiwo kito..kalau demo tokse terima Islam, jange terima ciptaan Allah s.w.t yang lainnya..jange pakai bumi Allah s.w.t..bumi demo buat sendiri,langit demo buat sendiri,hujan demo buat sendiri,oksigen demo buat sendiri dan semuanya milik Allah ni demo jange pakai..buat sendiri blako..boleh cu buat bumi?"

" took leeh nek (tidak boleh)"..Khadijah cuba menjawab dengan bahasa kelantan tapi langsung tak betul..

"kalau tak boleh, kita kena lah ambik Islam ini sebagai cara hidup kita "one hundred persent" dan kena sentiasa ikut perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya"..

"psss...pandai juga nenek Fatimah ni speaking ye"...bisik Aisyah kepada aku..

"nek sebenarnya sangat sedih melihat keadaan anok cucu nek serta masyarakat loni,mereka lebih cintakan keseronokan dan kesenangan dunia yang sementara ini berbanding hari akhirat yang dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan yang kekal abadi sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran..Seronok dunia ni meta(sementara) jah cu dan tak kekal pun.Nenek ni umur 100tahun doh,bayok doh hok nenek duk perati(perhatikan)..kalau cintakan kecantikan,kecantikan pasti lenyap bila umur meningkat,cintakan harta..harta akan membuatkan kita sentiasa dalam keadaan tidak tenang tapi kalau kita cintakan akhirat, kenikmatan dunia pasti akan datang dengan sendiri dalam keadaan kita tidak sangkakan serta kenikmatan itu disertai oleh rahmat dan berkat dari Allah s.w.t"

Hampir satu jam kami bersembang dengan nenek Fatimah pada petang itu.Pelbagai mutiara dan belian teladan yang kami perolehi dari beliau. Aisyah antara yang berminat mendengar perkongsian dari nenek sehinggakan pelbagai seoalan yang ditanya nya,soal kawin pun dia tanya..

"Nek dulu kawin masa umur berapa ye?..pilihan keluarga ke pilihan sendiri?."antara soalan cepu mas yang ditanya oleh Aisyah.

"Nek dulu kaiwin muda lagi cu,masa tu nenek umur 18tahun dan arwah suami nek umur 24tahun..Nek kawin dengan pilihan sendiri tapi diredhai oleh kedua-dua belah keluarga.Kami tak macam budak-budak zaman sekarang ni,bercinta sebelum kawin tapi kami bercinta selepas kawin..memang bahagia sampai sekarang sebab dalam keluarga yang taat pada Allah pasti kan dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan"

"aik..lain macam je soalan yang ditanya...dah rasa nak kawin ke Aisyah"..Fatimah cuba mengusik.

"Ye la, selalunya sebelum ni tak pernah pun cakap soal kawin ni..ada ape2 ke Aisyah"..Kak Khadijah menambah.

"ish..mana ada ape2..saje je tanya,alang2 dah jumpa orang yang pengalaman jangan lepaskan peluang mengambil sebanyak mungkin pengalaman"..Aisyah cuba membela diri.

Kami semua bersyukur dan rasa begitu seronok kerana dapat mengutip pelbagai pengalaman sepanjang tujuh hari berada di negeri serambi Makkah ini. Kami sedar bahwa perjalanan kami masih lagi jauh dalam erti kata menjadi musafir dunia yang ingin menuju akhirat untuk bertemu dengan Allah.Tidak sedikit bekalan yang perlu kami persembahkan di akhirat kelak bagi mendapat mandat hamba yang diredhai dan diberi syafaat oleh Allah s.w.t.

"Ya Allah,golongkanlah kami di dalam golongan yang beriman dan bertaqwa padaMu serta jadikanlah kami hamba2 yang benar-benar bersyukur di atas segala nikmatMu sdan mematuhi segala perintahMu agar kami mendapat keredhaan serta syafaat dariMu"..