09:12

mencetak kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh

”Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”..(H.R Ahmad b. Hanbal Al-Musnad)

Penaklukan kota Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34Hijrah,Muawiyah bin Abu Sufian(84Hijrah),Sultan Sulaiman(91Hijrah),Khalifah Harun al-Rasyid(165Hijrah).Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota Konstantinopel berjaya di tawan oleh Sultan Ahmad Al-Fateh.

Selepas lebih 800 tahun hadis ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w barulah menjadi ia kenyataan.Sultan Muhammad Al-Fateh bukan sahaja merupakan dipilih oleh Allah s.w.t menjadi seorang pemimpin yang baik tetapi memiliki tentera yang baik serta rakyat yang baik.Disebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi seorang pemimpin yang baik,dari kecil lagi beliau telah dilatih hidup sederhana walaupun beliau merupakan kerabat di raja,Al-Fateh juga dididik dengan ilmu agama dan peperangan.

Berkat dari usaha ayah Al-Fateh iaitu Sultan Murad 11 mendidik puteranya dengan kehidupan yang sederhana serta dididik dengan ilmu agama dan peperangan yang cukup mendalam akhirnya Sultan Murad mampu melahirkan seorang pemimpin muda berusia 19tahun menaiki takhta yang memiliki sifat seorang pemimpin yang berwibawa serta baik.Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki sifat pemimpin yang berakhlak mulia serta berpengaruh sehingga seluruh tentera baginda dan rakyat mempu mematuhi baginda walaupun baginda masih muda usianya.

Qiamullai dan solat Tahajjud menjadi amalan wajib yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh menjadikan baginda seorang pemimpin yang beriman serta taat kepada Allah dan Rasul.Mengambil berat hal yang berkaitan tentera dan rakyatnya menjadi satu kemestian dan kewajipan bagi Sultan Al-Fateh bagi membentuk tentera dan rakyat yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.Sebelum melakukan sesuatu keputusan atau tindakan Sultan Al-Fateh tidak pernah melaksanakannya sebelum terlebih dahulu berbincang dengan Ulama’ dan juga pembantu-pembantu baginda agar keputusan dan tindakan yang dibuat bertetapan dengan Al-Quran dan As-Sunnah menjadikan baginda seorang pemimpin yang sangat dihormati.

Memimpin dan berperang kerana Allah s.w.t semata-mata menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh meletakkan Allah s.w.t sebagai tempat pergantungan utama serta baginda terlepas dari sifat cintakan dunia dan keinginan untuk dipuja oleh makhluk.Sifat kepimpinan beginilah yang menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w untuk menawan kota keagungan dunia iaitu kota Konstantinopel.

Kesimpulannya,saya hendak mengajak sahabat-sahabat sekalian agar kita bersama untik menjadikan diri kita seorang pemimpin yang baik dan mampu memimpin orang lain agar turut menjadi baik agar agama Islam mampu disebarkan dengan berkesan dan baik untuk membentuk UMMAH YANG TERBAIK.....


08:09

"MEMIKAT HATI MANUSIA DENGAN AGAMA"


.."Pada hari ini,telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmak-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu"..(al-Ma'idah:3)


Bila perhatikan pada semua manusia,kita akan dapati bahwa manusia mempunyai fitrah@sifat semulajadinya yang tersendiri.Salah satu dari fitrah manusia ialah mereka ini bersifat lemah dan sentiasa inginkan pertolongan dan bantuan dari satu sumber yang lain.Oleh itu,Allah s.w.t dengan memiliki sifat Maha Memahami & Maha Bijaksana menyediakan manusia agama bagi meraka sebagai garis panduan untuk kehidupan manusia.Allah sediakan agama iaitu ISLAM kepada manusia bukan hendak menyusahkan kehidupan manusia tetapi untuk memberi kesenangan,kemudahan serta memenuhi fitrah semua manusia..

Jikalau kita memberi kereta baru,sudah pasti bersama kereta baru itu disediakan berserta buku panduan cara-cara menjaga kereta agar kereta yang baru dibeli itu akan sentiasa berada dalam keadaan baik bukannya hendak menyusahkan pembeli.Yang menciptakan kereta itu lebih tahu dari yang membeli kereta,oleh itu setiap garis panduan yang ditetapkan mestilah dipatuhi kalau kita inginkan kereta yang baru itu sentiasa berada dalam keadaan "steady"..

Begitu juga dengan Allah s.w.t,Dia yang menjadikan kita,Dia yang mencipta hati kita..Oleh itu,Allah s.w.t sangat memahami setiap keperluan makhluk ciptaanNya..Allah utuskan seorang Rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w serta menurunkan kitab al-Quran kepada umat akhir zaman sebagai garis panduan kehidupan manusia yang penuh dengan persoalan tetapi dengan agama setiap persoalan yang timbul mampu dijawab kerana Allah telah katakan kepada manusia "telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu"...

Teramat rugi sekiranya kita tidak menggunakan nikmat AGAMA ISLAM yang Allah s.w.t kurniakan ini dengan sebaik-baiknya sedangkan nikmat ini yang mampu memberi kita satu jalan MUDAH dan LURUS untuk mendapat KEBAHAGIAN dan KETENANGAN di dunia mahupun di akhirat.Siapa yang tak nak,di dunia dia sentiasa berada dalam keadaan tenang sentiasa,memiliki suami @ isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah,bila di akhirat kelak dia mendapat keampunan Allah s.w.t,terlepas dari azab yang pedih serta di masukkan ke dalam SYURGA yang penuh dengan KENIKMATAN yang tak tergambar hanya kerana dia menjadikan ISLAM sebagai cara HIDUP dan al-Quran dan as-Sunnah sebagai garis panduan kehidupan.

Kesimpulannya,Islam sangat MEMAHAMI dan MEMENUHI fitrah manusia..Oleh itu,jangan malu,jangan segan dan jangan tangguh-tangguh untuk menjadikan ISLAM sebagai "Way Of Life"..


07:01

SAIFULLAH TIADA PENGGANTI


Tidak pernah tewas dalam mana-mana peperangan yang beliau lalui kerana keberkatan doa Nabi Muhammad s.a.w kepada Khalid bin Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yadzah bin Marrah al-Mahzumi yang juga digelar sebagai "pedang Allah" agar tidak dapat ditewaskan di medan peperangan menjadikan beliau panglima Islam yang terulung.Saifullah ini juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan empayar Islam keseluruh semenanjung arab bagi menegakkan kebenaran dan menghancurkan kezaliman.

Kehebatan dan kebijaksanaan serta keikhlasan Khalid al Walid telah diperakui oleh seluruh umat islam dan juga setiap musuh yang menentang Islam pada ketika itu.Apabila nama Khalid disebut di medan perang ia mampu menaikkan semangat panglima-panglima Islam kerana mereka yakin dengan izin Allah dengan adanya Saifullah ini pasti mereka memperolehi kemenangan.Dan sebaliknya berlaku kepada musuh-musuh Islam apabila mereka mendengar nama Khalid al Walid mereka menjadi lemah dan gerun dengan kehadiran Ketua Panglima Islam yang agung ini.

"Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid"..(Khalifah Abu Bakar)

"saya tidak marah kepada Khalid,kecuali dia seorang yang keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan khalifah terlebih dahulu sebelum membahgikan harta rampasan perang"..(khalifah Umar al Khattab)

Khalid bi Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperanagn itu.Dia terus menjadi panglima perang sehingga khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia.Apabila Umar al-Khatab menjadi khalifah,jawatan Khalid bin Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah semasa beliau sedang berperang dengan tentera Rom di tanah gurun Yarmouk yang juga merupakan peperangan terakhir Khalid al Walid dengan memperolehi kemenangan walaupun berhadapan dengan kuasa tentera yang paling kuat.Keikhlasannya dalam menegakkan kebenaran terserlah dikalangan umat Islam dan juga musuh-musuh Islam sehinggakan setiap orang menyayangi beliau.

"Aku berperang bukan kerana Umar al Khatab tetapi aku berperang kerana Allah s.w.t"..(Saifullah Khalid al walid)

Kebencian beliau terhadap agama Islam dan juga Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau mendapat hidayah daripada Allah s.w.t bertukar menjadi PENCINTA agama dan seorang yang kasih kepada Rasulullah s.a.w setelah beliau memeluk Islam..Keyakinan Saifullah ini terhadap Allah s.w.t tiada tandingannya kerana ini dapat dibuktikan apabila Khalid al Walid meminum racun pehak musuh tanpa memberikan kesan sedikit pun kepada beliau.

"Mereka hanya bergantung pada bilangan tentera dan peralatan senjata yang banyak manakala kita bergantung pada Tuhan.Meraka takut mati,tetapi kita mencintai syahid"

"Saya menerima tugas ini kerana Tuhan.Saya berjanji akan sentiasa bertaqwa kepada Maha Kuasa"

.....(Khalid bin Walid)......

Keberanian dan kebijaksanaan kurnia Allah s.w.t kepada "pedang Allah" ini merupakan satu anugerah yang perlu disyukuri oleh Umat Islam kerana sumbanganya terhadap Islam di medan perang tiada tandinganya..Medan Muktah,Kerajaan Parsi dan Kerajaan Rom berjaya ditumbangkan oleh Khalid al Walid membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahwa suatu hari nanti tentera Islam akan menwan Rom dan Parsi.Walaupun memimpin bilangan tentera yang sedikit menentang bilangan tentera yang banyak tapi kemenangan tetap berpihak kepada Siafullah ini dengan izin Allah s.w.t.Di medan muktah 3000 tentera islam menghancurkan 200,000 tentera musuh dan 40,00 tentera islam telah menumbangan 240,00 tentera Rom yang angkuh di medan Yarmouk.

Selain berjaya menumpaskan musuh di medan perang,Khalid al Walid juga merupakan Panglima yang berjasa di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar kerana berjaya menghapuskan golongan-golongan murtad dan golongan "nabi palsu"..Pada 21 Hijrah,pemergian Khalid bin Walid ketika umur beliau 58 tahun merupakan satu kehilangan yang besar bagi Umat Islam.."Pedang Allah" ini tiada pengganti...

"pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar buat umat Islam.Nama Khalid bin Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula."..Adi bin Hatim..

Walaupun Saifullah ini tiada penggantinya,KEBERANIAN..KEIHLASAN..KEYAKINAN yang tinggi terhadap Allah s.w.t dan perjuangan Islam harus dimiliki oleh kita semua yang telah menggelarkan diri sebagai pejuang-pejuang Allah s.w.t..
10:26

"LUPAKAH KITA PADA MEREKA?"


"Tidak pernah aku memberikan sesuatu kepada seseorang melainkan aku merasakan bahawa pemberian tersebut tiada nilainya.Aku sendiri merasa malu untuk mohon syurga daripada Allah s.w.t kepada saudaraku sedangkan aku sendiri bersikap bakhil untuk memenuhi permintaan mereka.Aku malu kalau-kalu diakhirat kelak,dikatakan kepadaku;Seandainya Syurga menjadi milikmu, sudah tentu engkau lebih bakhil daripada Allah s.w.t"..(Khalifah Umar Abdul Aziz)


"Ketika tentera Abrahah dari Habsyah hendak menyerang Mekah,Tuhan menghantar burung-burung yang membawa batu-batu dari Neraka bagi menghancurkan mereka.Apabila Birnis(Panglima tentera salib) dan tenteranya hendak menawan Mekah pula,Tuhan menghantar kita menghancurkan mereka"..(Sultan Salahudin Ayubi)

Umat Islam sangat beruntung kerana pernah memiliki dua tokoh pimpinan Islam yang begitu hebat yang sangat ditakuti lawan dan digeruni kawan ini.Sumbangan Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam dan Salahudin Ayubi terhadap umat Islam tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.Kedua-dua tokoh ini merupakan pimpinan negara yang agong yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri tetapi memiliki matlamat perjuangan yang sama iaitu MENEGAKKAN KALIMAH ALLH S.W.T di muka bumi ini.

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang yang paling zuhud semasa dan selepas zamannya.Kezuhudannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.Jangan berbicara dengan Sultan Salahudin Ayubi kecuali ia adalah berkaitan dengan jihad kerana inilah topik kegemaran beliau.Umar Abdul Aziz sangat menjaga hal berkaitan dengan kebajikan rakyatnya sehinggakan semasa pemerintahanya pungutan zakat tidak dapat diagihkan kerana rakyat tiada seorangpun rakyat yang miskin untuk berhak menerima bayaran zakat.

Kerana semangat jihad yang meluak-luak tinggi berada dalam diri Sultan Salahudin Ayubi merangsang beliau untuk membebaskan bumi Palestin yang setelah kian lama dijajah oleh tentera Salib.Umar memiliki sifat tidak mementingkan diri sendiri manakala Salahudin pula merukan seorang yang pemaaf terhadap musuh di dalam medan peperangan.Inilah antara SIKAP MULIA yang MENAIKAN MARTABAT MEREKA BERDUA di sisi Allah s.w.t.

Dengan keikhlasan mereka yang hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t semata-mata, Allah sentiasa menolong mereka berdua.Umar Abdul Aziz pernah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan bermimpi dihisab dihadapan Allah s.w.t selepas Keempat-empat Khalifah Khulafa' Rasyidin dihisap dan beliau telah diterima sebagai golongan kanan iaitu golongan ahli syurga.Tentera Salib yang ditawan menanyakan kepada Sultan Salahudin Ayubi siapakah tentera berjubah putih yang turun dari langit berperang bersama beliau.Subhanallah,inilah balasan Allah terhadap HAMBANYA YANG IKHLAS BERJUANG.

Saya rasa sangat terketuk dengan bacaan berkaitan mereka berdua ini dan saya juga merasa sedih melihat kelompok umat Islam yang ada di zaman ini kerana kita jauh berbeza dengan mereka.Umar Abdul Aziz dan Sultan Salahudin Ayubi mempunyai pemuda-pumuda yang memiliki semangat jihad dan pengorbana yang tinggi.Tapi apa yang generasi-Y kita ada?..Kita mempunyai generasi yang jauh dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w,generasi yang pentingkan kehidupan duni dan pentingkan diri sendiri serta kita juga memiliki generasi yang suka menggunakan akal dan nafsu mereka sebagai nahkoda hidup.

Soal KEPIMPINAN..Macam mana pemimpin kita?..baik pimpinan persatuan,pimpinan NGO mahupun pimpinan negara..Ada tak ciri-ciri Umar Abdul Aziz dan Sultan Salahudin Ayubi?..Saya yakin jawapannya adalah TIDAK!! kerana sifat pentingkan dunia dan takut mati telah menguasai pemimpin-pemimpin kita..Saya juga yakin sekiranya golongan yang mengisytiharkan bahwa "kami memperjuangkan agama Islam" juga turut terkena penyakit cintakan dunia dan takutkan mati ini jangalah kita bermimpi untuk "khilafah Islam"ditegakkan kembali..

"JANGAN HANYA PANDAI MENGATAKAN BAHWA AL-QURAN & AS-SUNNAH SEBAGAI PEGANGAN KAMI TAPI TINDAKANNYA LANGSUNG TERPESONG DARI IKRARNYA YANG SEBENAR"

09:30

Tiada Sebab Untuk Aku Layak Ke Syurga

Tidak aku mulakan menulis artikel ini sebelumnya terlebih dahulu aku berwudhuk kerana mengharapkan penulisan ini memberikan kesan kepada diriku sendiri mungkin kepada pembaca yang lain sebagai muhasabah diri.Dalam masa lebih kurang 2jam aku menghabiskan pembacaan buku berkenaan dengan "60 Kisah Bermimpi Bertemu Rasulullah" dan lebih kurang 1jam lebih membaca buku "Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz" yang telah banyak memberikanku kesedaran yang seakan-akan telah ku lupakan buat sekian lamanya..

Aku sangat cemburu dengan wali-wali Allah s.w.t yang diberi nikmat yang sangat besar apabila dapat dikurniakan nikmat untuk bertemu Rasulullah s.a.w walaupun setelah Baginda s.a.w wafat.Aku juga ingin bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w agar dapat ku peluk dan ku cium tubuh yang telah mewarnai dunia ini dengan hidayah Allah s.w.t serta ingin kupohon pada Baginda memberikan ku nasihat dan syafaat agar aku termasuk dari kalangan Baginda s.a.w..

Tapi bagiku mustahil buat ketika ini ataupun mustahil buat selama-lamanya sekiranya diri ini tidak diubati dan juga diubah.Bukan calang-calang manusia yang diberi nikmat sedemikian rupa untuk bertemu Rasulullah s.a.w,mereka adalah seorang yang BANYAK ZIKIRNYA,BANYAK SELAWATNYA,BANYAK CINTANYA PADA RASUL & ALLAH,BANYAK PUASANYA,BANYAK TAHJJUDNYA,BANYAK AIR MATANYA MENGALIR KERANA TAKUTKAN ALLAH S.W.T,BANYAK MENGINGATI KEMATIAN dan mereka ini LUPAKAN KEMEWAHAAN DUNIA KERANA CINTAKAN AKHIRAT serta banyak lagi perilaku mereka yang JAUH SELUAS DI ANTARA LANGIT DAN BUMI BERBANDING DIRIKU INI..Mana mungkin akan Allah kurniakanku NIKMAT SEPERTI MEREKA...

Ku amati satu persatu peribadi Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz yang juga merupakan MUJADID pertama.Peribadinya sewaktu kecil hinggalah Beliau di panggil bertemu dengan Allah s.w.t tak mampu ditandingi manusia-manusia generasi selepasnya.Khalifah zuhud ini sering menangis kerana takutkan Allah s.w.t,takutkan dirinya akan dihumbankan kedalam NERAKA kerana takutkan AMANAH yang dipikulnya mengheretnya ke sana.Beliau sangat berhati-hati dengan semua urusan dunia kerana takutkan urusan dunia ini akan mengheretnya ke NERAKA..

Sangat menyayat hati apabila saat wafatnya Umar Abdul Aziz ini,seseorang telah meminta isterinya Fatimah binti Walid untuk menukarkan pakainnya yang telah buruk tapi tak mampu dilakukan oleh Fatimah kerana Umar Abdul Aziz tidak memiliki pakain selain dari yang dipakainya..Inilah peribadi zuhud seorang Khalifah yang tiada tandingannya,seorang yang melupakan kemewahan sewaktu dunia berada ditangannya..

Aku mula melihat diriku yang selama ini telah rasa selesa dengan apa yang telah keperlakukan untuk diri dan juga agama ini.Sungguh aku adalah insan yang pelupa dan berada dalam keadaan selesa ini..

AKU LUPA.................

Aku adalah hambaNya yang sememangnya akan dipersoalkan setiap perbuatan aku di dunia ini..Kesihatanku,anggota tubuh badanku,pancainderaku,nikmat IMAN & ISLAMku semuanya akan dipersoalkan..Aku sering lupa,aku banyak istirehat dengan kesihatanku ini..aku banyak menyakiti orang lain dengan lidahku ini,kubanyak melihat perkara yang maksiat dengan mataku ini dan banyak lagi kesalahan & kesilapanku yang akan dipersoalkan Allah s.w.t..

Sesungguhnya aku takut aku tiada hujjah untuk mempertahankan diriku dihadapan Allah dan Rasulullah s.a.w diakhirat kelak..

Aku sebagai ahli gerakan...Aku banyak menyebut pengorbanan yang telah ku lakukan,banyak sekali aku merungut dengan keletihan yang ku alami,sering kali aku merasakan diri ini HEBAT dengan apa yang telah ku capai dan banyak lagi perasaan lain yang telah bertapak dilubuk hatiku ini..

Seorang ahli hadis pernah tidak makan selama 17 hari lalu terbaring di atas makam Rasulullah s.a.w kerana terlalu lapar dan letih...Lalu beliau berdoa:"kenyangkan lah diriku ya Rasulullah"..lalu lelaki ini tertidur dan bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan dijamu oleh Baginda s.a.w..Apibila lelaki ini bangkit dia berasa kenyang dan terdapat separuh lagi roti ditangannya..Inilah nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya yang CINTAKAN ALLAH DAN RASUL lebih dari dirinya sendiri...AKU MASIH SEJAUH SELUAS LANGIT DAN BUMI DENGAN LELAKI INI..tapi aku banyak bersenang-senang dengan amalan yang telahku lakukan...

Aku merasakan satu kesilapan menulis artikel sebelum ini yang bertajuk "Bersedia diuji kerana dibelakangku adanya Bidadari" kerana aku tak layak untuk bersuara tentangnya walaupun sedikit disebabkan amalan dan hubunganku dengan Allah sangat jauh sekali.."YA Allah Engkau Ampunkan dosaku di atas segala kesilapanku sebelum ini"...Aku yakin banyak sekali aku tertipu dengan ujian yang telah ku hadapi,mungkinku rasanya sangat berat walhal ianya terlalu ringan dan sedikit berbanding dengan orang lain tapi AKU TETAP SELESA...

KERANA APA AKU AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA?...

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,sesungguhnya aku takut untuk berhadapan dengan seksaan NERAKAmu,jauhilah aku darinya..jauhilah aku dari NAFSU yang MENGUSAI diri,Jauhilah aku dari segala sifat-sifat MAZMUMAH..Teguhkanlah Keimanan & Ketaqwaanku padaMu..Bimbinglah diriku ini kejalan Engkau redhai dan Ikhlaskan diriku ini dalam beribadah padamu..Ya Rahim,Kasihanilah dan Ampunilah dosa-dosa kami semua"..amin..