Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
13:14

PRK : PERJUANGAN LEBIH UTAMA DARI KEMENANGAN

Assalamualaikum...

Pada tulisan saya pada kali ini, saya cuba ingin kongsikan pandangan saya terhadap suatu perkara yang saya kira terdapat pelbagai penafsiran dan pemahaman terhadap hal ini iaitu 'Pilihan Raya Kampus'(PRK). Ada mereka yang berpandangan PRK adalah merupakan medan perjuangan bagi mahasiswa di kampus dan ada pula yang berpandangan PRK ini merupakan satu perkara yang tiada kaitan pun dengan jihad.
Sebelum saya memanjangkan kalam saya pada kali ini, saya mulakan dengan mengingatkan kembali bebarapa ta'rifan atau pengertian berkaitan dengan istilah 'perjuangan'. Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Dari segi bahasa jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk mencapai suatu matlamat. Al-jihad di dalam kebanyakan kamus bahasa Arab memberikan maksud berjuang mempertahankan agama.

Adakah medan PRK boleh dikatakan sebagai medan jihad bagi mahasiswa?

Abu sa'id al-Khudri katanya, RAsulullah s.a.w telah bersabda " Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim"..

Iman Hassan al-Banna pula pernah menyatakan :

"Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jurang tamal dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata untuk menjamin keamanan dan pendamaian dengan menunaikan perutusan agama yang di amanahkan Allah ke atas tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

Di sini jelas, bagi mereka yang berjihad, pemahaman yang jelas terhadap jihad itu perlulah bertepatan dengan nas al-quran dan hadis mahupun ulama'. Matlamat jihad yang utama ialah menyampaikan risalah Islam dan menyatupadukan seluruh ummah di bawah satu pegangan yang sama iaitu beriman pada Allah yang Maha Esa.

Dalam soal PRK, saya bersetuju dengan pandangan bahwa PRK merupakan medan jihad bagi mahasiswa sekiranya matlamat yang ditetapkan adalah bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh agama Islam. Jika matlamat ini bertepatan dengan kehendak agama maka ia menjadi satu kewajipan bagi seluruh mahasiswa untuk melibatkan diri di medan jihad ini.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, 'Bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan di serahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"..( Hadis riwayat Bukhari)

Saya ingin katakan bahwa, soal PRK ini telah lama Rasulullah s.a.w memberikan petunjuk kepada kita semua. Melalui hadis baginda di atas, jelas bahawa melantik pemimpin yang layak merupakan tuntutan di dalam agama agar amanah yang telah diberikan oelh Allah tidak disia-siakan. Oleh itu, bagi mereka yang menyertai jihad PRK ini haruslah membentuk peribadi dan diri mereka agar benar-benar layak memegang tampuk kepimpinan.

Aqidah Asas Perjuangan bukannya Isu

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh atau evergreen. Perjuangan berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar agama.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan :

" Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya"

Justeru itu, "Pilihan Raya Kampus' perlulah menjadi medan perjuangan bagi menghapuskan segala kefahaman dan perlakuan alam jahiliyya agar warga kampus merasai kenikmatan hidup yang hakiki di dalam agama Islam. Maka jelaslah, medan PRK adalah satu medan perjuangan jihad yang dituntut bukan medan untuk mendapatlkan kemenagan semata-mata. Jika perjuangan ini berpaksikan aqidah yang tulen, kalah atau menang bukan menjadi persoalan kerana Allah telah menjanjikan kemenangan yang besar bagi mereka yang berjihad di jalannya.

Islam Membenarkan Tahaluf

Tahluf merupakan satu perkara yang menjadi perbincangan hangat di dalam PRK mahupun politik luar. Bolehkah kita berjihad bersama dengan orang bukan Islam?

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi berkerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam. Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza'ah selepas "Perjanjian Hudaibiyah".

Tahaluf diizinkan oelh syariat berdasarkan syarat-syaratnya :

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.

Dalilnya ialah :

Hubungan Rasulullah s.a.w dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Andul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam.

Contoh maslahah yan diizinkan ialah menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan.

Dalilnya :

Rasulullah membatalkan cadangan berthaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3. Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
Melalui penerangan berkenaan tahaluf dengan menggunakan dalil yang sahih ini, saya harap ia mampu membuka mata para mahasiswa yang berjuang di dalam PRK agar tidak melepasi batas-batas yang ditetapkan oleh syariat.


Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua tehadap medan perjuangan mahasiswa yang sebenar dengan izin Allah. Saya akhiri tulisan saya ini dengan memetik kata-kata iman al-Ghazali : " Hidup di dunia ini hanya sesaaat..jadi penuhulah ia dengan ketaan"..

08:27

CANTIKAN DIRIMU WAHAI DAIE : Bhgn 3



DAIE YANG KENTAL

Kehidupan seorang daie pastilah sangat jauh berbeza dengan kehidupan orang lain.Mereka telah meletakan tujuan hidup mereka semata-mata ingin mengejar keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Mereka sedar bahwa dengan melibatkan diri mereka sebagai mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w seorang daie tidak akan terlepas dari mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.

Seperti mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berdepan dengan segala ujian onak dan duri begitu jualah seorang daie akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang tidak akan mereka sangka-sangkakan.Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah banyak diuji di medan jihad sehinggakn Baginda s.a.w sendiri merasai kepayahan dan kesakitan dalam hendak menyebarkan risalah Allah s.w.t.


Ujian yang Allah datangkan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan hamba-hambanya yang beriman dan pejuang-pejuang di jalanNya tetapi adalah untuk memastikan hamba-hambanya benar-benar beriman kepadaNya bukan sekadar keimanannya di ucapkan melalui perkataannya semata-mata.

"apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?"...(al-ankabut:2)


Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya yang bertajuk "Bahtera Penyelamat" telah memberikan pesanan kepada para daie agar mempersiapkan dirinya sehabis baik agar dia mampu untuk berhadapan dengan lima ujian yang sangat besar. Ujian yang disebutkan olehnya adalah para daie ini akan berhadapan dengan :

1. Mukmim yang dengki padanya.

2. Munafik yang benci padanya.


3. Kafir yang sentiasa memeranginya.


4. Syaitan yang berusaha menyesatkannya.

5. Nafsu yang mengodanya untuk berpaling dari keiman pada Allah.

Ya memang benar, bukan mudah untuk berhadapan dengan lima ujjian ini tidak semudah seperti yang kit sangkakan melalui akal fikiran kita.Kesusahannya akan kita rasai apabila kita sendiri yang benar-benar berhadpan dengan ujian-ujian ini.

Sangat menarik analogi yang mengambarkan bahwa kehidupan seorang daie seperti belayar di atas sebuah bahtera melalui lautan yang terbentang luas. Keadaan air laut pastilah berubah mengikut keadaan tertentu,kadang kala ombaknya menjunam tinggi, kadang-kadang airnya tenang dan kadang-kadang mungkin tsunami juga akan melada lautan.


Oleh itu, bekalan yang lengkap perlulah disediakan oleh seorang daie yang belayar dilautan yang penuh dengan tanda tanya keadaannya agar bahtera yang dinaikinya tidak akan karam ditelan lautan ganas dan akan terus belayar sampai ke destinasinya.Antara persiapan yang perlu daie sediakan adalah :

1. Mengenal Allah.

2. Menjadikan setiap tindakanmu adalah ibadah.

3. Sentiasa berzikir pada Allah s.w.t.

4. Takut pada Allah s.w.t.


5. Mencintai Allah.


6. Mencintai Rasulullah.

7. Redha di atas setiap ketentuan Allah.


8. Pergantungan hanya pada Allah.

9. Mengharapkan kebahgian hari akhirat.


10. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas.


Dengan bekalan-bekalan yang disiapkan ini sudah pasti melahirkan daie yang kental berhadapan dengan sebarang mehnah dan tribulasi serta istiqamah di medan jihad sehingga mereka mendapat kemenang ataupun gugur syahid.



Duduk bangunmu tidak seperti orang lain,
Kau memang berbeza wahai daie,
Kau memang luar biasa,
Hidupmu telah kau berikan sepenuhnya untuk Allah dan Rasul..


Biar susah biarlah sakit,

Kau gagah belayar jua,

Terpahat padu di dalam jiwamu,

Hanya mengharapkan syahid di jalan Allah..


Ujian demi ujian silih berganti,
Tidak pernah berhenti Allah mendidikmu wahai daie,

Biarlah kau menderita susah dan sakit di dunia,
Tapi bahagia di akhirat sana...


Jiwa yang kental kau persiapkan,

Berjuang berjihad penuh keimanan,
Tidak lentur tidak berubah,
Ombak tsunami kau layari..

Jikalau tulang-tulang kau masih berguna,

Ambilah ia di buat senjata,

Tidak akan tinggal walaupun sebesar kuman,

Dirimu wahai daie hanya untuk Allah dan Rasul..


Janji Allah pasti untukmu wahai daie,
Bidadari yang cantik sabar menanti,
Segala susah dan sakitmu di dunia,

Terubat dengan melihat Allah di syurga...
06:59

Ayuh !Kita Kembalikan Gelombang Pemuda Generasi Pertama Islam


Ya! Generasi muda islam hari ini sangat memerlukan contoh tauladan yang menyatakan akan hakikat kehidupan islam yang suci.Tauladan yang dapat menjadi cahaya terang yang memberi petunjuk serta panji-panji tempat mereka bernaung.Tanpa diragukan lagi,bahwa tauladan tersebut nyata berselerakan dalam lemberan sejarah kehidupan orang-orang terdahulu daripada kita,yang soleh dari klangan pemuda-pemuda genersi pertama islam..

Generasi pertama dakwah islam menyedari kebenaran hakikat besarnya nikmat Allah s.w.t ke atas diri mereka pada fasa umur itu,iaitu ketika Allah menjadikannya di antara dua masa kelemahan..

"Dialah Allah yang menciptakan(kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat,kemudian Dia menjadikan(kamu)sesudah kuat itu lemah(kembali) dan beruban.Dia menciptakan apa yang dikehenda skiNya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa".(Ar Ruum:54)

Generasi muda yang hidup pada permulaan dakwah islam sangat memahami kepentingan masa muda tersebut dalam peringkat umur mereka sehinggakan merangsang mereka untuk terus berlumba-lumba dengan penuh bersemangat memanfaatkan dalam rangka menggapai keredhaan Allah s.w.t..

Sudah tiba masanya untuk generasi pemuda masa kini untuk mencorakkan kembali keadaan ummah dengan mengembalikan semangat generasi pemuda pertama islam.Kita rindu pada semangat Abdullah bin Amr al-Ash yang merupakan seorang pemuda generasi pertama yang sangat cintakan al-Quran sehinggakan beliau meminta kebenaran pada Rasulullah s.a.w untuk menghabiskan bacaan al-quran dalam satu malam tetapi ditegah oleh Rasulullah s.a.w kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi bosan.Tetapi dengan sifat seorang pemuda yang bersemangat Abdullah terus meminta permohonan agar membenarkannya khatam al-Quran dalam masa yang singkat dengan berkata: "Wahai Rasulullah biarkanlah daku menikmati masa kuat dan mudaku ini"..seterusnya Rasulullah bersabda.."Khatamkanlah pada setiap tujuh hari"..Inilah dia contoh generasi Al-Quran..

Kita juga rindukan semangat Abdullah bin Umar bin Al-Khattab yang mengorbankan masa tidurnya kerana hanya ingin beribadah pada Allah s.w.t..Rasulullah bersabda:"Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah,kerana ia bangun pada sebahgian malam untuk solat,(setelah mendengar sabda itu)Abdullah bin Umar tidak tidur malam kecuali sedikit.( rwyt bukhari).Inilah juga contoh generasi muda pertama Islam yang mampu medidik jiwa supaya terus mempertingkatkan keimanan dan takwa pada yang Maha Esa.

Pelbagai gelaran yang telah Rasulullah s.a.w hiasi pada pemuda-pemuda generasi pertama ini dek kerana hebatnya sumbangan mereka pada agama yang suci ini.."Orang yang paling pengasih dari umatku adalah Abu Bakar,yang paling keras(dalam membela) agama Allah adalah Umar,yang paling pemalu adalah 'Uthman,yang paling bijak keputusannya adalah Ali bin Abi Talib,yang paling pandai membaca kitab Allah adalah Ubay bin Ka'ab,yang paling mengetahui perkara halal dan haram adalah Muadz bin Jabal, dan yang paling tahu akan hukum faraidh adalah Zaid bin Tsabit.Ketahuilah, bahwa tiap=tiap umat ada orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah"..

Lihatlah bertapa hebat generasi didikan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.Tiada pertikaian terhadap mereka sekiranya dikatakan bahwa SYURGA sangat merindui pemuda-pemuda sebegini.Mereka beraksi di medan juang dengan penuh KEYAKINAN dan PENGHARAPAN kepada Allah s.w.t.

Kita juga menantikan jelmaan semula semangat perjuangan yang dimiliki oleh Salahuddin Al-Ayubi,Sultan Muhammad al-Fateh,Kahlifah Umar Abdul Aziz dan semnagat juang mujadid Syahid Hassan Al-Banna'..Keistemewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada pemuda-pemuda ini dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggan mereka mampu menegakkan agama Islam dengan begitu hebat..Siapa sangka seorang yang tidak pernah menonjol kehebatannya pada awalnya mampu membebaskan kota al-Quds dan siapa juga sangka seorang pemuda berumur 23tahun akhirnya membenarkan hadis Rasulullah s.a.w selepas diperkatakan selama 800 tahun yang memiliki sifat Kepimpinan yang baik,tentera yang baik dan memiliki rakyat yang baik bagi melayakkannya menawan kembali kota konstinopel.

Wahai pemuda kini,sedarlah kita perlu segera SEDAR dan BERTINDAK melakukan TAJDID bagi merubah umat yang semakin jauh dari KEBENARAN yang sebenar.Ayuh,kita tauladani generai pemuda pertama islam yang telah banyak melakar dan mencipta sejarah dalam medan perjuangan bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.Jangan kita sia-siakan anugerah KUAT dan MUDA ini,perlu sentiasa BERAKSI dengan BIJAK bagi merubah ummah agar seluruhnya tunduk pada Allah s.w.t...

10:32

Ayuh!! Wahai Pemuda Kita Sedar dan Bangkit Bertindak


Assalamualikum dan salam perjuangan kepada sahabat-sahabat aktivis mahasiswa semua...

Saya tinggalkan seketika buku-buku dan nota-nota yang harus di baca untuk kertas peperiksaan yang seterusnya kerana jiwa dan fikiran ini meronta-ronta untuk terus befikir dan merancang strategi untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah ummah yang berlaku pada era-21 ini.

Perasaan geram dan kecewa mula timbul apabila saya terkenangkan satu tarikh yang cukup-cukup penting bagi seluruh umat Islam mengingatinya.3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum muslimin kerana pada tarikh inilah umat Islam telah kehilangan perisai dan tonggak tempat merekan berlindung iaitu tarikh kejatuhan Khilafah Islamiyyah.

Dengan kejatuhan khilafah Islamiyyah ini umat Islam mula ditindas dan fahaman-fahaman ideologi yahudi laknatullah mula merebak dalam kehidupan umat Islam sehinggalah sekarang ini kita dapat melihat kesan-kesannya pada umat Islam cukup-cukup menyedihkan.Umat Islam tidak boleh lagi lari dari kehidupan di bawah naungan sistem agen-agen Yahudi yang banyak memesongkan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenar.

Baik dari segi sistem politik,ekonomi mahupun pendidikan semuanya telah dicemari dengan sistem kotor yang di bawa oleh Yahudi ini.Tanpa kita sedar mahupun tidak sedar memang tidak dapat dinafikan lagi bawa Yahudi telah mencapai satu kejayaan yang amat besar.Meraka berjaya mempengaruhi Umat Islam hampir di setiap pelosok dunia mengikuti sistem yang dicipta oleh mereka bagi menghapuskan sistem Islam di muka bumi ini.

Nah!cuba kita saksikan di negara-negara Islam sendiri,kita juga dipengaruhi oleh sistem yahudi laknatullah ini.Sistem ekonomi tercemar dengan sistem riba,politik dikotori dengan sistem yang memecah-belahkan umat Islam itu sendiri dan sistem pendidikan yang tidak mampu melahirkan Insan yang memcintai Ilmu.Paling menyedihkan lagi apabila kita menyaksikan sudah tiada pebezaan antara orang Islam dan juga orang Yahudi.Mereka berzina,kita juga berzina,mereka membunuh,kita juga membunuh,mereka menjadikan hiburan sebagai kehidupan mereka,kita juga ikut menangdingi mereka,mereka menentang hukum Allah,kita juga kedepan meminta hak kebebasan dari Allah s.w.t.


SEDARLAH WAHAI MAHASISWA

Adakah kita semua mengetahui bahawa antara yang terlibat dalam konspirasi yang dilakukan bagi menjatuhkan Khilafah Islamiyyah adalah mahasiswa-mahasiswa yahudi itu sendiri.Konspirasi ini digerakkan oleh mahasiswa Akademi Ketenteraan dan Kedoktoran Tentera.Mereka banyak melakukan gerakan rahsia untuk menjatuhkan kekuasaan Sultan Hamid 2 dari dalam terutama dari garis tengah tentera.

Natijah daripada semangat dan kesungguhan yang ditunjukan oleh mahasiswa mereka ini akhirnya mereka berjaya menjatuhkan maruah dan simbolik kedaulatan umat Islam dengan menghancurkan Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini.Meraka bukan sahaja berjaya menjatuhkan maruah umat Islam tetapi berjaya menjadikan Dakwah Islamiyyah bersifat difensif dan tidak lagi bersifat ofensif seperti zaman kenabian, sahabat dan salafussoleh.Bahkan mereka mula pantas dalam menyebarkan ideologi-ideologi mereka bagi menghancurkan Umat Islam di muka bumi ini.



AYUH PEMUDA KITA BERTINDAK

Peranan siapa lagi jikalau bukan kita yang perlu bertindak memainkan peranan yang sebenar bagi mengembalikan Khilafah Islamiyyah yang telah lama terkebur dari muka bumi ini.
Pemuda-pemuda Islam terutamanya mahasiswa perlu mula mengatur strategi yang mampu mencapai kearah pembentukkan Khalifah Islamiyyah ini.

Hentikanlah perbalahan-pebalahan yang hanya merugikan kita semua.Cukuplah kita saling salah menyalahi antara satu sama lain.Hapuskanlah sikap-sikap yang langsung tidak menggambarkan bahwa kita adalah seorang pemuda Islam yang mampu untuk memimpin agama.Jangan sesekali kita tunjukkan kebodohan dan ketidakmatangan kita dalam pejuangan ini kepada musuh-musuh Allah s.w.t kerana ia tidak sedikitpun memberikan keuntungan pada kita semua tetapi sebaliknya memberikan kecelakaan pada perjuangan itu sendiri.

Banyak perkara lagi yang harus bersama kita lakukan dan bersama kita selesaikan bagi membentuk Khilafah Islamiyyah ini.Fardhu Muslim pun belum lagi kita selesaikan dengan sempurna,persoalan dakwah,tarbiyyah dan juga pekaderan masih lagi kita teraba-raba inikan pula mahu dibincangkan perkara yang besar untuk membentuk Khilafah Islamiyyah.

Saya sangat bersetuju dengan kaedah dan pendekatan yang di bawa oleh Jemaah Ikhawanul Muslimin bagi membentuk kembali Khilafah Islamiyyah ini kembali iaitu melalui Qa'edatus Sulbah.Dengan menjadikan Khilafah sebagai hadaf akhir,ia bolehlah disifatkan sebagai satu road map gerakan Islam kini dalam membangun semula Khilafah Islamiyyah.Oleh demikian,kita selaku mahasiswa Islam harus segara bertindak dalam menjayakan misi membentuk FARDU MUSLIM kemudian membina BAITUL MUSLIM seterusnya MUJTAMA' MUSLIM akhinya kita membina DAULAH ISLAMIYYAH untuk mewujudkan kembali KHILAFAH ISLAMIYYAH.

Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong sempit yang dipengaruhi oleh sistem yahudi ini.Kita pelu bangkit berani bertindak dengan bijak serta bersatu bagi sama-sama menghasilkan satu ketumbukkan dan ledakan yang cukup-cukup kuat bagi mempejuangan hak Umat Islam di muka bumi ini untuk membentuk Khilafah Islamiyyah.

07:11

"KEMBALIKAN SENTUHAN TARBIYAH RASULULLAH"


"sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w suri teladan yang baik bagi kamu(yaitu) orang yang mengharapkan(rahmat) Allah danhari akhirat dan dia banyak mengingati Allah"(al-ahzab:21)

Menjadi perkara utama kepada setiap muslim bagi menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.Ianya menjadi tafsir secara "praktikal" kepada al-Quran al karim.Menghayati kehidupan Rasulullah s.a.w bukanlah semata-mata ingin mengetahui sejarahnya sahaja tetepi ianya bertujuan untuk memahami Islam yang hakiki yang dinyatakan oleh batang tubuh dan peribadi Rasulullah s.a.w dan para sahabat radiyallahu'anhum yang mengdampingi dan mengelilingi khususnya di zaman pembentukkan iman dan tuntutanya di dalam diri setiap individu,masyarakat dan negara.

Setelah Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul akhir zaman melalui wahyu pertama yang diperolehi Baginda ketika berada di gua hira' Baginda telah berusaha keras dalam menyampaikan dan menyeru manusia supaya meninggalkan zaman jahiliyah kepada zaman mngenal Allah s.w.t.Rasulullah menyeru bangsa arab supaya meninggalkan berhala dan jangan sekali-kali mensyirikan Allah s.w.t dengan hanya menyembah Allah yang Esa.

"Apakah patut kamu(hai orang-orang musyrikin) menganggap al-Lata al-U'zza dan Manat yang ketiga yang paling terkemudian,apakah patut untuk kamu anak lelaki dan untuk Allah anaak perempuan,yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil.Itu tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu sebut yang Allah tidak turunkan keterangantentangnya( untuk menyembah).Mereka hanya menuruti sangkaan dan menurut apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya btelah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka".(al-najm:19-23)

Kebangkitan Rasulullah s.a.w di muka bumi ini merupakan satu rahmat kepada sekalian alam yang membawa obor-obor cahaya untuk menerangi setiap pelusuk dunia.Semangat dan pengorbanan seorang Rasul akhir zaman ini memang tiada tandingannya.

Rasulullah Mentarbiyah Para Sahabat

Setelah beberapa waktu Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah baginda di Makkah, ramai yang telah tertarik dengan ajaran yang di bawa oleh baginda iaitu agama Allah s.w.t.Setelah bilangannya cukup 30 orang Rasulullah s.a.w meneruskan penyampaian baginda secara berkumpulan di rumah al-arqam bin abi arqam.Iman dan taqwa terus diterapkan ke dalam diri para sahabat,dosa dan pahala serta syurga dan neraka diceritakan kepada para sahabat sehingga iman para sahabat terus meningkat dan meningkat.

Cinta para sahabat kepada Allah dan RasulNya semakin menebal kerana keyakinan mereka terhadap kebenaran yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.Tarbiyah yang di terima oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w benar-benar menusuk ke dalam hati sanubari mereka.Ini kerana Rasulullah mentarbiyah para sahabat bukan mengikut hawa nafsu baginda sendiri tetapi berpandukan wahyu Allah s.w.t.Soal IMAN dan TAQWA sangat dititik beratkan oleh Baginda s.a.w.

Hanya keredhaan Allah s.w.t dan akhirat sebagai matlamat terakhir ditekankan kepada para sahabat sehinggakan Rasulullah s.a.w berjaya melahirkan semangat JIHAD dan PENGORBANAN yang tinggi di dalam diri para sahabat.BADAR sebagai bukti pertama untuk membuktikan bahawa tarbiyah Rasulullah s.a.w sangat berkesan sehingga melahirkan keyakinan infiniti kepada Allah s.w.t di dalam diri para sahabat.

Di zaman Rasulullah s.a.w adanya Abu Bakar as-Siddiq,Umar al Farruq,Saidina Usman,Saidina Ali,Bilal bin Rabah,Sumaiyyah,Khalid al Walid,Zaid bin Harith,Saidina Hamzah singa Allah, dan adanya Saidatina Khadijah,Siti Aisyah,Saidatina Fatimah dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain yang telah banyak menaburkan Jihad dan Perngorbanan di jalan Allah s.w.t.Tidak ada sedikit pun kepentingan dunia bagi mereka tapi hanya yang ada ialah MARDHATILLAH sebagai buruan mereka.


Tarbiyah Abad-21 Perlu PenambahBaikan

Saya tidak menafikan bahwa manhaj tarbiyah di abad-21 ini juga sebenarnya mampu untuk melahirkan generasi pemuda yang berjiwa besar dan berani dalam menjadi "front line" dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t.Dan mereka ini memainkan peranan dalam menyampaiankan agenda dakwah di kampus-kampus secara khususnya.

Tetapi sebenarnya tidak cukup sekiranya kita hanya mampu melahirkan aktivis Islam yang berjiwa besar dan berani semata-mata.


nantikan sambungannya..........................
08:06

"Semangat Dakwah Perlu Dikekalkan"



Hidup!Hidup..Hidup Islam..

Bangkit!Bangkit..Bangkit Islam

Student!!!!.................POWER!!!!!!!

Bangkit!Bangkit!....MAHASISWA

Masih terngiang-ngiang lagi di benak fikiran ini tentang laungan pernah di keluarkan suara ini ketikamana fasa PRK lebih kurang 2 bulan yang lepas.Banyak perasaan akan timbul bila dikenangkan kembali detik-detik perjuangan ketika itu.Suka ada,sedih ada,muram ada, macam-macamlg la ada.Yang paling seronoknya bila diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t.Ketika itu ramai betul orang yang menangis menadah syukur pada Ilahi.

Kita semua yakin setiap detik pengorbanan yang kita lakukan semasa fasa itu akan dibalas oleh Allah s.w.t kerana berpandukan kefahaman tentang Islam yang sebenar kita sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemenangan di kampus ini bagi memudahkan kita untuk laksanakan agenda dakwah di bumi perdana ini.Kita sanggup berhujan,berpanas,berlapar serta berkorban masa dan tenaga kerana dek semangat yang kuat ingin menegakkan kebenaran membela agama tercinta.



Cume ingin ku ingatkan pada diri dan sahabat-sahabat sekalian,2 bulan hampir berlalu,semangat yang dahulu jangan kita biarkan hilang bersama tangisan kemenangan yang lepas.Kita perlu bertindak dan mengekalkan momentum semangat yang kuat untuk meneruskan agenda dakwah yang kita janjikan ketika dulu sehinggalah masyarakat kampus kembali beriman pada Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya.

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar dan beriman pada Allah" (al-Imran:110)

Oleh itu,ayuh jiwa-jiwa yang BERIMAN dan BERTAQWA,marilah sama-sama kita bangkit untuk menyeru manusia hanya kepada Allah s.w.t.