08:27

CANTIKAN DIRIMU WAHAI DAIE : Bhgn 3



DAIE YANG KENTAL

Kehidupan seorang daie pastilah sangat jauh berbeza dengan kehidupan orang lain.Mereka telah meletakan tujuan hidup mereka semata-mata ingin mengejar keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Mereka sedar bahwa dengan melibatkan diri mereka sebagai mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w seorang daie tidak akan terlepas dari mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.

Seperti mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berdepan dengan segala ujian onak dan duri begitu jualah seorang daie akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang tidak akan mereka sangka-sangkakan.Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah banyak diuji di medan jihad sehinggakn Baginda s.a.w sendiri merasai kepayahan dan kesakitan dalam hendak menyebarkan risalah Allah s.w.t.


Ujian yang Allah datangkan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan hamba-hambanya yang beriman dan pejuang-pejuang di jalanNya tetapi adalah untuk memastikan hamba-hambanya benar-benar beriman kepadaNya bukan sekadar keimanannya di ucapkan melalui perkataannya semata-mata.

"apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?"...(al-ankabut:2)


Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya yang bertajuk "Bahtera Penyelamat" telah memberikan pesanan kepada para daie agar mempersiapkan dirinya sehabis baik agar dia mampu untuk berhadapan dengan lima ujian yang sangat besar. Ujian yang disebutkan olehnya adalah para daie ini akan berhadapan dengan :

1. Mukmim yang dengki padanya.

2. Munafik yang benci padanya.


3. Kafir yang sentiasa memeranginya.


4. Syaitan yang berusaha menyesatkannya.

5. Nafsu yang mengodanya untuk berpaling dari keiman pada Allah.

Ya memang benar, bukan mudah untuk berhadapan dengan lima ujjian ini tidak semudah seperti yang kit sangkakan melalui akal fikiran kita.Kesusahannya akan kita rasai apabila kita sendiri yang benar-benar berhadpan dengan ujian-ujian ini.

Sangat menarik analogi yang mengambarkan bahwa kehidupan seorang daie seperti belayar di atas sebuah bahtera melalui lautan yang terbentang luas. Keadaan air laut pastilah berubah mengikut keadaan tertentu,kadang kala ombaknya menjunam tinggi, kadang-kadang airnya tenang dan kadang-kadang mungkin tsunami juga akan melada lautan.


Oleh itu, bekalan yang lengkap perlulah disediakan oleh seorang daie yang belayar dilautan yang penuh dengan tanda tanya keadaannya agar bahtera yang dinaikinya tidak akan karam ditelan lautan ganas dan akan terus belayar sampai ke destinasinya.Antara persiapan yang perlu daie sediakan adalah :

1. Mengenal Allah.

2. Menjadikan setiap tindakanmu adalah ibadah.

3. Sentiasa berzikir pada Allah s.w.t.

4. Takut pada Allah s.w.t.


5. Mencintai Allah.


6. Mencintai Rasulullah.

7. Redha di atas setiap ketentuan Allah.


8. Pergantungan hanya pada Allah.

9. Mengharapkan kebahgian hari akhirat.


10. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas.


Dengan bekalan-bekalan yang disiapkan ini sudah pasti melahirkan daie yang kental berhadapan dengan sebarang mehnah dan tribulasi serta istiqamah di medan jihad sehingga mereka mendapat kemenang ataupun gugur syahid.



Duduk bangunmu tidak seperti orang lain,
Kau memang berbeza wahai daie,
Kau memang luar biasa,
Hidupmu telah kau berikan sepenuhnya untuk Allah dan Rasul..


Biar susah biarlah sakit,

Kau gagah belayar jua,

Terpahat padu di dalam jiwamu,

Hanya mengharapkan syahid di jalan Allah..


Ujian demi ujian silih berganti,
Tidak pernah berhenti Allah mendidikmu wahai daie,

Biarlah kau menderita susah dan sakit di dunia,
Tapi bahagia di akhirat sana...


Jiwa yang kental kau persiapkan,

Berjuang berjihad penuh keimanan,
Tidak lentur tidak berubah,
Ombak tsunami kau layari..

Jikalau tulang-tulang kau masih berguna,

Ambilah ia di buat senjata,

Tidak akan tinggal walaupun sebesar kuman,

Dirimu wahai daie hanya untuk Allah dan Rasul..


Janji Allah pasti untukmu wahai daie,
Bidadari yang cantik sabar menanti,
Segala susah dan sakitmu di dunia,

Terubat dengan melihat Allah di syurga...
09:38

CANTIKKAN DIRIMU WAHAI DAIE : bhgn 2


Melihat kondisi umat di zaman ini setelah bergulirnya 'roda reformasi' di mana pintu kebebasan telah terbuka seluas-luasnya. Dengan kebebasan yang di salah ertikan dan di salahgunakan, telah tampak kesyirikan bermaharajalela, kemungkaran menjamur, kemaksiatan di sana sini, sikap kemunafikan melanda sebagian tokoh umat ini, orang jahil dianggap alim dan orang alim dikatakan jahil, orang jujur dibilang khianat dan orang khianat dikatakan jujur dan adil, agama di ambil jika mendatangkan keuntungan duniawi dan dipinggirkan bahkan dibuang jika merugikan keduniaan mereka.

Keadaan sebigini menampakan kejahilan dan kelalaian umat terhadap agama menjadikan sendi-sendi agama semakin rapuh dan pilar-pilarnya semakin goyah. Situasi ini menjadikan musuh-musuh islam bertepuk tangan dan menjadikannya sebagai peluang emas untuk merealisasikan maksud dan tujuan mereka sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.

"orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga

DAIE YANG MEMIMPIN


Allah s.w.t telah memberikan amanah kepada hambaNya untuk memimpin (khalifah) agar kemakmuran dan keharmonian dunia ini dapat dijaga dengan mengikuti segala syariat yang telah ditetapkan olehNya.

DIA mengetahui bahwa pasti berlaku kerosakan di muka bumi ini yang dilakukan oleh hamba-hambanya yang berpaling dari syariatNya. Manusia yang jahil dan lalai pasti berterusan melakukan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi ini. Oleh itu, Allah s.w.t memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa agar memimpin umat bagi mengembalikan mereka ke pangkuan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.


"sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"..(al-Baqarah : 30)

kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari mungkar, dan beriman kepada Allah"..(al-Imran :110)


Rasulullah s.a.w telah menunjukan tauladan yang cukup baik kepada umatnya dalam memimpin. Kepimpinan yang hebat dari Rasulullah s.a.w telah menyelamatkan umat dari pada kegelapan dan membawa mereka kepada cahaya kebenaran dengan mengembalikan mereka kepada Pencipta yang Maha Esa. Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul bagi menyelamatkan manusia dari jurang neraka dengan membawa mereka kepada nikmat syurga. Rasulullah s.a.w memipin umatnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan perkara mungkar yang merosakan umat.

Amanah memimpin bukanlah berakhir pada batang tubuh Rasulullah s.a.w semata-mata, tetapi ia juga adalah merupakan amanah kepada umatnya yang beriman pada Allah dan Rasul. Setiap umat Baginda perlulah menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w dalam misi menyelamatkan ummah dengan memimpin.

Untuk berdepan dengan cabaran dan rintangan yang kuat di era globalisasi ini seorang daie yang memimpin perlulah mempersiapkan diri secukupnya agar ia kuat untuk berdepan dengan sebarang bentuk mehnah dan tribulasi.


Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang daie yang memimpin :


1. BERDIKARI

2.MENEPATI DAN JUJUR PADA WAKTU


kata-kata Syeikh Hassan al-banna':"amanah yang kamu pikul adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada".


3. MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA

4. SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI


5.SENTIASA MENCARI KEBERKATAN


6.SENTIASA BERDISIPLIN SETIAP WAKTU


7.SENTIASA BESEMANGAT & CERIA.

8.BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERORGANISASI.

9.SENTIASA BERSANGKA BAIK dalam setiap perkara dan keadaan.

10.SENTIASA BERMAAF-MAAFAN sekiranya ada sebarang perselisihan yang berlaku.

11. SENTIASA MENGHORMATI ORANG LAIN.

12.MENERIMA TEGURAN DENGAN BERLAPANG

13.SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERSIKAP POSITIF


14. SENTIASA DOA-MENDOAKAN

15.SENTIASA MENDIDIK HATINYA IKHLAS

Cabaran di dalam memimpin ummah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia berhadapan dengan masyarakat yang jahil serta menolak agama Allah s.w.t. Kebijaksanaan dan persiapan yang mantap yang ada pada diri seorang daie yang memimpin pasti akan menjadikannya seorang pemimpin yang hebat dan mampu berdepan dengan sebarang bentuk mehnah dan tribulasi.








07:20

CANTIKKAN DIRIMU WAHAI DAIE : bhgn 1


JANGAN LUPA DIRIMU ADALAH SEORANG HAMBA


Seorang daie pasti jelas matlamat hidupnya di dunia ini. Allah tidak menciptakan dirinya hanya untuk bermain-main sahaja tetapi mempunyai matlamat yang perlu diusahakannya agar tujuan Allah menciptakan dirinya di dunia ini dapat dicapai olehnya.

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu untuk bermain-main(sahaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami"..(al-mukminun:115-116)
Daie sentiasa sedar bahwa segala yang ia miliki adalah bukan kepunyaannya semata-mata tetapi dia sedar semua adalah pinjaman dari Allah s.w.t kepadanya agar di mampu menjalankan amanah yang Allah berikan kepadanya dengan sebaik mungkin dengan hati yang penuh tawadu' dan ikhlas.Dengan menyedari semuanya adalah milik Allah s.w.t seorang daie pasti akan berusaha untuk menjadi hamba yang benar-benar bersyukur di atas segala nikmat kurnian Allah s.w.t.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia memberi kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"..(an-Nahl:78
)

Dengan menyedari hakikat dirinya sebagai seorang hamba yang lemah dan hina, seorang daie harus meletakkan semua pergantungannya adalah membulat hanya pada Allah s.w.t. Keyakinan yang lahir dari pergantungannya semata-mata pada Allah s.w.t akan membuatkan dirinya sentiasa taat dan patuh pada Allah s.w.t.Dia yakin bahwa setiap tindakan dan amalannya pasti akan dihitung dan ada ganjarannya di sisi Allah s.w.t.

"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka"..(asy-Syuura:7)


Seorang daie pasti akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t agar dia benar-benar menjadi hamba yang bersyukur dan beriman pada penciptaNya.Daie akan sentiasa memastikan dirinya menjadi hamba yang beruntung di sisi yang Maha Pencipta dengan dia menjaga hatinya dengan Allah s.w.t.

"Dan jiwa serta penyempurnaannya maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya"..(asy-syams : 7-10)


Seorang daie tidak sama sekali akan melakukan kemaksiatan pada Allah s.w.t dan mengotori diri dan jiwanya dengan hasutan hawa nafsu yang sentiasa menggoda dirinya untuk melakukan kemungkaran pada Allah s.w.t.Dia akan menjaga hatinya agar sentiasa ikhlas pada Allah s.w.t dan menjauhkan dirinya dari sebarang kepentingan selain dari mengharapkan kerdhaan Allah semata-mata.

Untuk memastikan hubungan dirinya dengan Allah s.w.t terjaga seorang daie akan mendidik dirinya agar :

1. sentiasa mengabdikan diri hanya pada Allah s.w.t semata-mata,tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

"dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul kepada tiap2 umat(untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thoghot itu"..(an-Nahl : 36 )

2. sentiasa takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut selaian dari Allah.


"sesungguhnya orang-orang yang takut pada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, merekan akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar"..(al-Mulk: 12 )

3.sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah.


"orang2 beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenteram"..(ar-Ra'd :28)


4. sentiasa mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hatinya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya serta mendorong dirinya sentiasa melakukan kebajikan, berkorban dan berjihad pada jalan Allah.

" katakanlah jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-suadara,isteri-isteri,kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan dari berjihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.Allah tidak memberi pimpinan kepada orang2 yang fasik"..(at-Taubah :24)


5. sentiasa dalam keadaan bermuqabah terhadap Allah,dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.


Dengan melakukan perkara-perkara di atas ini pasti hubungan daie dengan Penciptannya akan terjaga dengan baik.


09:23

Surat Untuk MAK

Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu MAK kata aku sangat nakal.Dah la nak lahirkan aku pun susah sebab berat aku masa dilahirkan hampir 4kg.Sebulan selepas dilahirkan MAK kata aku tak henti-henti menangis..Macam-macam MAK buat untuk buat aku berhenti menangis,MAK sanggup berjaga malam,sanggup dodoikan aku dan banyak la lagi MAK buat untuk aku.

Mula-mula nak pergi sekolah tadika dulu bukan main payah,nak kena MAK mandikan,nak MAK pakaikan baju,nak MAK hantarkan dan macam-macam lagi la aku minta MAK buat.Disebabkan MAK sayangkan aku MAK buat je pe yang aku minta.

Sekarang aku dah besar,telah banyak pengorbanan yang MAK dan AYAH buat untuk aku dan adik-beradik yang lain.Mereka tak pernah minta ape-ape dari kami,mereka hanya nak kami berjaya je.Baguskan MAK aku ni..sangat besarkan pengorbanan MAK aku ni..sebab tu la aku sayangkan MAK..sebab tu la apa yang MAK suruh buat aku buat,ape yang mereka larang aku tinggalkan sebab aku tau MAK sayangkan aku dan MAK yang berikan ape yang terbaik untuk diriku ini.

Bila MAK cakap..Mat tolong MAK belikan cili kat kedai,aku tak pernah jawab pun macam ni..kenapa MAK suruh Mat,suruh lah anak jiran sebelah...Bila MAK cakap,Mat jangan la mencuri ye,aku tak lah kata kenapa MAK larang Mat,larang la anak jiran sebelah MAK..aku tak de la nak merungut,asyik-asyik suruh Mat,suruh la anak jiran sebelah pula..Sebab MAK adalah MAK aku,mesti lah aku kena dengar cakap MAK sebab MAK telah beri aku macam-macam..dengar aku dengar cakap MAK la aku dapat senangkan hati MAK aku...

Tapikan,dah besar-besar macam ni aku mula berfikir..Apa yang cipta MAK aku ye? apa yang buat MATAHARI ye?Apa yang bagi aku tangan,kesihatan,udara,penglihatan?...ape ye?...sungguh banyak benda diberikan pada aku berbanding dengan apa yang MAK aku bagi..

Aku sebenarnya tak la jahil sangat..jadi pantas aku menjawab,pasti ALLAH s.w.t yang memiliki segala isi dunia ini termasuklah diriku...Jadi,takkan bila ada perintah ALLAH pada aku..aku akan jawab kenapa perintah ALLAH ini kena aku patuhi,kenapa tak kambing ke lembu ke yang ALLAH perintahkan..bila ALLAH larang aku buat sesuatu,takkan aku nak tanya lagi..Ya ALLAH kenapa la Engkau larang aku buat itu buat ini,kenapa tak larang arnab je..

Sebab aku tahu,ALLAH telah banyak bagi nikmat pada aku berbanding MAK..sebab aku tahu yang aku ni adalah hamba dan milikNya serta hanya kepadaNya aku kembali..sebab aku tahu dunia pun ALLAH punye dan akhirat pun ALLAH punye....Aku tak tahu la ape jenis hamba aku ni jikalau tak ikut perintah ALLAH dan tak meninggalkan larangan ALLAH sedangkan DIA memberikan segala-galanya padaku,DIA miliki segalanya,DIA menentukan segalanya,DIA MAHA KAYA,MAHA HEBAT,MAHA AGUNG,MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG...

MAK...maafkan aku sebab aku sayangkan ALLAH lebih dari aku sayangkan MAK ,aku dengar cakap ALLAH lebih dari MAK sebab ALLAH yang menjadikan MAK....
18:06

Peringatan Biasa-biasa sahaja

Allhamdulillah saya ucapkan rasa syukur pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah diberikan dan ditetapkan kepada hamba yang hina ini.Seminit selepas ini saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi saya sangat mengharapakan setiap minit yang akan saya tempuhi dan lalui akan dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Saya sangat teruja dengan kebangkitan semangat mahasiswa ketika ini dan saya mengharapkan kebangkitan ini akan sentiasa berkekalan kerana kita berjuang bukan atas dasar hawa nafsu tapi perjuangan ini atas dasar kefahaman kepada perintah Allah s.w.t melalui al-quran dan as-sunnah.Saya cukup yakin semangat ini akan terus berkekalan dan kelahiran pejuang-pejuang keadilan agama pasti sentiasa berterusan sekiranya tarbiyah dan dakwah dipertingkatkan.

Saya ingin ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, perjuangan kita pasti akan menjadi sia-sia sekiranya NIAT yang IKHLAS kerana memiliki IHSAN tiada dalam diri kita semua.Niat yang ikhlas kerana Allah perlu sentiasa dipasakkan agar keikhlasan kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t.Begitu juga dengan ihsan iaitu setiap tindakan atau ibadah yang kita lakukan ini perlulah dirasai bahwa Allah s.w.t sentiasa melihat dan memerhatikan kita.

Mungkin sering kali soal niat dan keikhlasan diingatkan tapi untuk mendapatkan keikhlasan ini bukan sesuatu yang mudah.Kita pasti akan diuji dengan perasaan RIAK yang mungkin disedari oleh rakan-rakan atau orang lain tetapi malangnya kita tidak menyedarinya, Kita suka untuk ceritakan kehebatan dan kemegahan diri masing-masing sehinggakan kadang-kadang kita berpaling dari pergantungan hanya kepada Allah s.w.t.Kita juga berasa seronok dan bersemangat apabila dipuji dan diambil perhatian tetapi kita akan lesu apabila dihina mahupun tiadak diperhatikan.

Ujub yang tidak mampu dikesan oleh orang lain melainkan diri sendiri juga merupakan senjata utuh syaitan laknatullah untuk memalingkan niat yang ikhlas pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran.Merasa hanya diri kita sahaja yang betul dan hebat merupakan satu sikap dan perasaan yang cukup-cukup bahaya yang membolehkan segala amalan yang dilakukan menjadi sia-sia walaupun usaha kita itu bermandikan peluh dan darah.

Seorang pejuang itu pasti akan sentiasa bersemangat dan mampu istiqamah dalam medan perjuangan sekiranya memiliki nilai Ihsan dalam dirinya.Dia tidak akan pernah mengharapkan apa-apa balasan pujian,populariti mahupun kebendaan duniawi melainkan hanya mengharapakan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.Golongan yang memiliki Ihsan ini sudah pasti tidak akan pernah merungut,merasa letih mahupun lemah kerana keyakinan mereka pada pertolongan Allah begitu tinggi.

Dan buat yang akhirnya buat mereka yang IKHLAS dan memiliki IHSAN sudah pasti mereka akan berusaha untuk mendapatkan TAQWA di sisi Allah s.w.t dengan mereka ini sentiasa BERUSAHA untuk melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH dan sentiasa BERUSAHA meninggalkan SEGALA LARANGAN ALLAH dan MAKSIAT yang mereka sering lakukan.

Semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh Allah s.w.t agar kita sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaNya...Sesungguhnya DUNIA itu MILIK ALLAH dan AKHIRAT juga MILIK ALLAH,oleh itu bagi mereka yang mengharapkan kepada DUNIA dan AKHIRAT hendaklah dia HANYA MEMOHON pada yang MEMILIKINYA.