13:14

PRK : PERJUANGAN LEBIH UTAMA DARI KEMENANGAN

Assalamualaikum...

Pada tulisan saya pada kali ini, saya cuba ingin kongsikan pandangan saya terhadap suatu perkara yang saya kira terdapat pelbagai penafsiran dan pemahaman terhadap hal ini iaitu 'Pilihan Raya Kampus'(PRK). Ada mereka yang berpandangan PRK adalah merupakan medan perjuangan bagi mahasiswa di kampus dan ada pula yang berpandangan PRK ini merupakan satu perkara yang tiada kaitan pun dengan jihad.
Sebelum saya memanjangkan kalam saya pada kali ini, saya mulakan dengan mengingatkan kembali bebarapa ta'rifan atau pengertian berkaitan dengan istilah 'perjuangan'. Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Dari segi bahasa jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk mencapai suatu matlamat. Al-jihad di dalam kebanyakan kamus bahasa Arab memberikan maksud berjuang mempertahankan agama.

Adakah medan PRK boleh dikatakan sebagai medan jihad bagi mahasiswa?

Abu sa'id al-Khudri katanya, RAsulullah s.a.w telah bersabda " Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim"..

Iman Hassan al-Banna pula pernah menyatakan :

"Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jurang tamal dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata untuk menjamin keamanan dan pendamaian dengan menunaikan perutusan agama yang di amanahkan Allah ke atas tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

Di sini jelas, bagi mereka yang berjihad, pemahaman yang jelas terhadap jihad itu perlulah bertepatan dengan nas al-quran dan hadis mahupun ulama'. Matlamat jihad yang utama ialah menyampaikan risalah Islam dan menyatupadukan seluruh ummah di bawah satu pegangan yang sama iaitu beriman pada Allah yang Maha Esa.

Dalam soal PRK, saya bersetuju dengan pandangan bahwa PRK merupakan medan jihad bagi mahasiswa sekiranya matlamat yang ditetapkan adalah bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh agama Islam. Jika matlamat ini bertepatan dengan kehendak agama maka ia menjadi satu kewajipan bagi seluruh mahasiswa untuk melibatkan diri di medan jihad ini.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, 'Bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan di serahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"..( Hadis riwayat Bukhari)

Saya ingin katakan bahwa, soal PRK ini telah lama Rasulullah s.a.w memberikan petunjuk kepada kita semua. Melalui hadis baginda di atas, jelas bahawa melantik pemimpin yang layak merupakan tuntutan di dalam agama agar amanah yang telah diberikan oelh Allah tidak disia-siakan. Oleh itu, bagi mereka yang menyertai jihad PRK ini haruslah membentuk peribadi dan diri mereka agar benar-benar layak memegang tampuk kepimpinan.

Aqidah Asas Perjuangan bukannya Isu

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh atau evergreen. Perjuangan berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar agama.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan :

" Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya"

Justeru itu, "Pilihan Raya Kampus' perlulah menjadi medan perjuangan bagi menghapuskan segala kefahaman dan perlakuan alam jahiliyya agar warga kampus merasai kenikmatan hidup yang hakiki di dalam agama Islam. Maka jelaslah, medan PRK adalah satu medan perjuangan jihad yang dituntut bukan medan untuk mendapatlkan kemenagan semata-mata. Jika perjuangan ini berpaksikan aqidah yang tulen, kalah atau menang bukan menjadi persoalan kerana Allah telah menjanjikan kemenangan yang besar bagi mereka yang berjihad di jalannya.

Islam Membenarkan Tahaluf

Tahluf merupakan satu perkara yang menjadi perbincangan hangat di dalam PRK mahupun politik luar. Bolehkah kita berjihad bersama dengan orang bukan Islam?

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi berkerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam. Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza'ah selepas "Perjanjian Hudaibiyah".

Tahaluf diizinkan oelh syariat berdasarkan syarat-syaratnya :

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.

Dalilnya ialah :

Hubungan Rasulullah s.a.w dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Andul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam.

Contoh maslahah yan diizinkan ialah menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan.

Dalilnya :

Rasulullah membatalkan cadangan berthaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3. Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
Melalui penerangan berkenaan tahaluf dengan menggunakan dalil yang sahih ini, saya harap ia mampu membuka mata para mahasiswa yang berjuang di dalam PRK agar tidak melepasi batas-batas yang ditetapkan oleh syariat.


Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua tehadap medan perjuangan mahasiswa yang sebenar dengan izin Allah. Saya akhiri tulisan saya ini dengan memetik kata-kata iman al-Ghazali : " Hidup di dunia ini hanya sesaaat..jadi penuhulah ia dengan ketaan"..

13:14

Lama Membeku


Sejak mendapat gelaran 'suami', belum satu artikel pun dapat ditulis bagi dikongsi dengan semua agar ia dapat menjadi peringatan dan panduan serta manfaat pada semua. Benar kata mereka yang telah memiliki banyak pengalaman, " 2 Tahun pertama perkahwinan adalah tempoh pasangan tersebut mencari identiti yang digabungkan dari 1001 perbezaan dua individu".

Bermula dengan mengenali pasangan dan mencari titik persamaan, bahtera yang baru dibina mula diperkemaskan sebaik mungkin agar ia tidak karam bila pelayaran bermula nanti.Segala persiapan rohani, mental dan fizikal kini dilakukan bersama agar layar yang dikemudikan tidak mudah patah dengan dugaan dan cabaran yang akan mendatang.

Formula penting harus dikuasai agar dapat digunakan bagi menyelesaikan segala persoalan dan masalah yang mendatang di dalam lautan pelayaran yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Berbekalkan sikap toleransi dan berlapang dada menjadi salah satu benteng kukuh di dalam mencapai kesepakatan dan kesefahaman di antara dua insa yang baru bersatu.

Matlamat yang jelas telah dipasak bersama, mencari redha dan syurga Allah menjadi titik nokhtah yang ingin dicapai. Jalan dakwah dan perjuangan para nabi dan rasul menjadi pilihan agar ia tidak tersasar dari matlamat yang ingin di capai. ILMU, IMAN, IKHLAS dan IIHSAN perlu di capai dan dikunci di dalam diri dua insan ini agar sentiasa berada di bawah naungan keberkatan dan rahmat Ilahi.

Segala kepentingan diri dan dunia yang meililit pada diri dan jiwa harus diputus dan dicabut agar diri tidak mampu dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menggoda dan menyesatkan. Kini, selangkah demi selangkah, kami berdua mendekati masyarakat dan cuba memahami realiti kehidupan masyarakat yang sebenar. Dengan menubuhkan New Generation Consultancy bagi tujuan mendidik dan mendekati generasi muda menjadi salah satu kenderaan bagi kami untuk melaksanakan amanah Allah untuk berdakwah pada masyarakat.

Menyertai salah satu NGO islam di bawah JAIS sebagai Ketua Biro Pendidikan dan Dakwah, kami berdua mendapat peluang seluas-luasnya untuk turun di lapangan berdamping dengan masyarakat secara langsung.

Terlalu banyak perkara yang perlu kami pelajari agar mampu membawa bahtera yang dibina hingga mencapai matlamat memperolehi redha dan syurga Ilahi..

-sekadar memecahkan ais yang sudah lama membeku-
15:11

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : BHGN AKHIR


Kisah aku ini belum berakhir lagi dan ia tidak akan berakhir selagi nyawa di kandung badan. Aku sedar bahwa diri aku ini milik Allah s.w.t dan kepadanya la aku akan kembali. Aku mulia sekiranya Allah memuliakan diriku di sisiNya dan sekiranya Dia ingin hinakan diriku ini sudah pasti aku hina di sisiNya. Tapi sebagai hambaNya aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar bertambah dekat denganNya dan bertambah keimanan kepadaNya.

Semalam aku di bawa sekali lagi bertemu dengan Ainul Mardhiah di hadapan Kaabah yang dimuliakan Allah s.w.t. Tidak berubah rupa parasnya. Teramat cantik sehinggakan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Suaranya masih lagi memberikan ketenangan kepada hati aku ini yang mendengar.

Dengan berjubahkan hijau dan berselendang biru, Ainul Mardhiah memulakan bicaranya dengan membacakan ayat al-quran sebelum menyambung kalam menyampaikan pesanan 'isteriku' yang berada di syurga.

" Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanla berita gembira kepada orang-orang yang sabar"...(al-baqarah : 155)

Wahai pemuda! ingin ku ingatkan kepadamu akan peringatan Allah ini..Ainul Mardhiah bertutur merdu merenung terus ke dalam mata ku. Jelas kelihatan seri pada matanya yang berpancar dengan sinaran biru muda.

Sesungguhnya kamu akan diuji oleh Allah s.w.t selagi nyawamu di kandung badan. Dengan ujian ini lah Allah akan menilai samada kamu adalah hamba yang benar-benar beriman dan bersyukur kepadaNya.

Malam itu aku langsung tidak berkata-kata. Hanya mendengar bicara dari bidadari jelita membawa 1001 pesanan bermakna dari 'isteriku' sehingga aku terlupa untuk bertanyakan siapakah isteriku itu dan apakah namanya.

Wahai pemuda! Isterimu sangat bangga mendapat suami sepertimu. Kesenangan dan kesusahan bersamamu amat dihargai oleh isterimu itu. Pesanan yang ingin ku sampaikan dari isterimu ini hanyalah sekadar peringatan buat dirimu yang akan terus berada di medan jihad hingga ke akhir ayat.

Wahai suamiku yang dicintai! Masihkah engkau ingat ikrar kita bersama. Kita telah berjanji setia ingin menjadikan Allah adalah matlamat akhir kehidupan kita, al-quran sebagai panduan hidup, Rasulullah di jadikan tauladan, jihad adalah jalan juang kita bersama dan mati syahid ada cita-cita tertinggi.

Oleh itu, janganlah engkau lupa akan ikrar kita ini. Teruskanlah wahai suamiku berjuang kerana Allah sehingga ke akhir hayat hidupmu. Bersabarlah di atas setiap ujian yang engkau akan hadapi di medan perjuangan nanti. Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara sebagai medan untuk mendapatkan keredhaanNya supaya bahagia pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Wahai suamiku yang paling aku kasihi! hindarilah sifat 'wahan' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Gantilah dunia mu dengan akhirat dan gantilah cintamu pada dunia dengan kecintaan hanya pada Allah dan Rasul.

Begitu banyak pesanan yang isteriku sampaikan sehinggakan tidak mampu untuk aku ceritakan di sini. Sebelum berpisah dengan Ainul Mardhiah sempat aku membukakan kata menyampaikan pesanan kepada 'isteriku'.

Aku tidak mahu mengetahui siapakah dirimu dan mendapatkan isteri seprtimu bukan matlamat kehidupanku. Tapi aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t kerana mendapat peringatan yang bermakna buat diriku sebagai seorang hamba dan pejuang agamaNya. Sekiranya aku tidak dapat bertemu dengan mu di dunia ini, semoga kita akan dipertemukan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Aku tersedar dari mimpiku. Tanpa aku sedari air mataku mengalir deras melalui pipiku ini. Aku sangat malu pada Allah s.w.t. Sungguh banyak kurnianNya kepada aku tapi aku masih lagi leka dan lalai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ku ini sebagai seorang hambaNya yang hina.

Masih banyak lagi perintahNya yang tidak aku laksanakan. Hati aku ini masih lagi ada titik hitam dosa dan maksiat. Aku malu padaMu ya Allah. Seringkali Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu yang tidak henti melakukan dosa dan maksiat.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku ini. Bimbinglah diriku ini kepada jalan yang Engkau redhai. Berikanlah aku kekuatan untuk berjihad di jalanMu. Jadikanlah aku hambaMu yang benar-benar beriman dan bersyukur padaMu. Golongkanlah aku di dalam golongan mereka yang mewarisi syurga firdausMu.

Wahai pemuda! marilah sama-sama kita bangkit memperjuangkan kebenaran. Janganlah kita sia-siakan waktu muda dan kuat kita ini. Mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat rahmat dan redhaNya.

Ya, kisah aku belum berakhir. Episod kehidupan aku ini akan berterusan selagi mana ajal belum datang menjemput. Aku akan sentiasa mengingatkan diri ini agar sentiasa meletakan keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan aku ini. Jika aku berjaya, kejayaan itu adalah dengan keizinanNya dan jika aku mendapat kegagalan sesungguhnya ia adalah dengan izinNya.

Aku tidak tahu apa yang akan mendatang. Suka, duka, sedih, gembira dan sebagainya semuanya adalah datang dariNya. Aku juga seperti kamu semua. Mengharapkan kejayaan di di dunia dan akhirat.

"semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat"


p/s : tulisan ini penulis tujukan sebagai peringatan kepada dua insan yang akan berkahwin pada 28 mei ini..Semoga sentiasa mendapat rahmat dan kerdhaan dari Allah s.w.t serta dipermudahkan segala urusan...

17:44

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : Bhgn 5

Jangan berangan-ngan la akhi!

Nak cari mana muslimat macam tu, tgk la muslimat kita sekarang ni!

Ni mesti terpengaruh dengan filem-filem cinta!

Ustazah sekarang ni pun bukannya boleh percaya, pakaiannye je ok tapi perangai..macam hantu!

InsyaAllah, ana doakan enta agar mendapat isteri yang solehah di dunia dan akhirat!

ana yakin, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..jangan risau, ana tahu enta baik ya akhi!


Pelbagai respon yang aku dapat dari kawan-kawan laki satu kampus dan satu rumah dengan aku. Ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu, ada yang marah, ada yang menyampah ada yang menyokong dan sebagainya bila kisah mimpi aku itu dikongsikan bersama meraka.

Aku sedikit pun tidak kisah tentang apa yang mereka perkatakan, apa yang baik aku ambil dan apa yang tidak elok itu aku tinggalkan dan di jadikan sempadan. Tapi dalam hati kecil aku tetap berkata bahwa mimpi aku itu bukannya mainan tidur semata-mata tapi di dalam terdapat 1001 hikmah nasihat untuk diriku yang bergelar pemuda.

Kenapa nama aku muncul dalam mimpi itu sebagai Syabab b. Abdullah sedangkan ia bukan nama sebenar aku tapi aku mengiyakannya di dalam mimpi tersebut. Aku mesti berjumpa dengan murobbi aku petang nanti untuk ceritakan mimpi aku ini padanya. Mungkin murobbi aku boleh menafsirkannya kerana belaiu merupakan seorang alim yang sangat digeruni kawan dan lawan.

Oooo....begitu ke ustaz...Terima kasih ye ustaz..InsyaAllah saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya ini.

Setelah hampir 2 jam bertemu dan berbicara dengan murobbi aku itu aku mendapat sedikit tafsiran dan petunjuk darinya. Katany mimpi aku itu bukan hanya untuk diriku seorang sahaja tapi untuk mereka yang bergelar "Syabab yakni PEMUDA". Katanya lagi, bersihkan lah diri mu dari segala maksiat, kuatkan lah qiamullaimu, ikhlaskanlah hatimu dan taatlah pada Allah dan Rasul.

InsyaAllah Ainul Mardhiah akan datang bertemu dengan mu lagi untuk menyampaikan pesanan 'isterimu' itu.
21:54

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : Bhgn 4

Allahuakhbar Allahuakhbar!..

Ya Allah! dah azan subuh..Macam mana boleh aku tertidur di hamparan sejadah pula ni. Rasanya tadi aku tengah solat tahajjud.

Subhanallah! rupa-rupanya tadi aku bermimpi rupanya. Aku cuba ingat kembali apa yang aku mimpikan di atas tikar sejadah tadi. Subhanallah! adakah mimpi aku tadi hanya mainan syaitan untuk membuat aku berangan atau mimpi yang datangnya dari Allah dengan membawa 1001 hikmah yang tersirat.

Adakah apa yang aku lihat dalam mimpi aku itu benar-benar bidadari jelita yang bernama Ainul Mardhiah yang disediakan khas buat para syahid?..Adakah benar aku akan miliki isteri yang setia di dunia dan akhirat?..apakah pesanan yang ingin 'isteriku' sampaikan sebenarnya?..

Pelbagai persoalan timbul jauh di lubuk hati aku ini memikirkan peristiwa yang aku lalui dalam mimpi aku itu.

Aku biarkan seketika fikiran aku ini dari memikirkan mimpi aku itu. Aku bangun membawa langkah menuju ke masjid yang jaraknya 200meter dari rumah aku itu untuk solat subuh secara berjemaah.

Selepas imam membaca surah al-fatihah pada rakaat pertama, imam menyambungnya dengan surah al-Furqan. Sungguh merdu alunan bacaan ayat suci al-quran yang dibacakan oleh imam muda di masjid kawasam perumahan aku itu, mirip macam bacaan Said al-Ghamidi.

Tapi kali ini hati aku benar tersentuh apabila imam membaca ayat yang ke-74 yang bermaksud :

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"

Subhanallah! semacam Allah ingin berikan aku petunjuk melalui mukjizat teragung Rasulullah s.a.w yakni al-quran.

Seperti hari-hari sebelumnya selesai sahaja solat subuh imam akan membacakan satu hadis nabi Muhammad s.a.w. Imam membuka kitab sahih muslim dan membaca hadis yang bemaksud :

" dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai agama, ia menyenangkan kamu"

Subhanallah! sekali lagi hati aku tersentuh. Seperti jalan cerita mimpi aku tadi masih belum berakhir. Apakah yang Allah ingin tunjukkan pada aku sebenarnya?

Aku selut saku kocek ku dan aku keluarkan anak kunci berwarna silver lalu aku masukkan kedalam ibu mangga untuk membuka pintu rumah sewa ku itu sebaik sahaja pulang dari masjid. Lantas aku mengambil al-Quran tafsir ku untuk menyambung bacaan ku pada surah al-ahzab.

Rutin harian aku ini tidak akan aku tinggal kerana al-quran merupakan penyembuh segala penyakit dan penenang kepada semua hati yang rusing dan bergelora. Aku suka membaca ayat-ayat al-quran sambil memerhatikan makna ayat yang aku baca itu.

Kadang-kadang datang juga perasaan cemburu pada sahabat-sahabat aku yang pandai berbahasa Arab. Pasti mereka memahami makna-makna al-quran dengan senang tanpa melihat terjemahan.

Aku meneruskan bacaan surah al-ahzab. Pada ayat yang ke-36 jantung sedikit berdegup kencang memerhatikan makna ayat itu. Apakah ini juga merupakan satu petunjuk dari Allah mengenai mimpiku pagi tadi.

" Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki mukmin dan perempuan mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapakan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata"..

Subhanallah! sungguh hebat kuasa Allah s.w.t. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Aku bersiap-siap untuk pergi ke kuliah aku di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Enjin motor RXZ biru kesayangan aku itu di hidupkan walaupun banyak asap yang keluar darinya. Aku memulakan perjalanan yang mengambil masa selama 15minit dengan memohon doa keberkatan dan selamat dari Allah s.w.t.

Di atas jalan raya dengan kelajuan 110 km/j fikiran sekali lagi terbang kembali padi mimpi aku itu. Aku benar-benar ingin mengetahui apakah pesanan 'isteriku' itu buat diri aku ini?..Motor ku terus memecut laju.