Entah kenapa pada minggu ini banyak sekali jemputan yang saya terima untuk menyampaikan tazkirah di kolej-kolej kediaman.Semakin memberikan peringatan pada orang lain semakin terasa diri ini semakin kerdil di sisi Allah s.w.t kerana melihat keadaan diri yang serba daif dan hanya mempunyai setitik ilmu dari tujuh lautan yang begitu luas.Kadang-kadang banyak persoalan yang ingin di timbulkan bagi menghilangkan perasaan gusar di dalam diri ini.Adakah aku benar-benar layak untuk menyampaikan Islam dalam keadaan diri sebegini,Ilmu yang sedikit,Amalan yang tak seberapa dan tidak pernah lekang dari melakukan maksiat pada Allah s.w.t
Namun,jika aku tak MELANGKAH menyampai dan menyebarkan agama yang mulia ini,siapa lagi?.Adakah aku akan membiarkan sahaja hanya orang lain mendapat gelaran umat yang terbaik seperti yang di firmankan Allah s.w.t di dalam surah al-Imran ayat ke-110:
"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman pada Allah"
Adakah al-Quran diturunkan hanya untuk golongan-golongan tertentu sahaja?Adakah hanya golongan-golongan yang tertentu sahaja yang perlu beriman pada al-Quran?..Ingatlah sesungguhnya kita beruntung di kurniakan akal fikiran yang membolehkan kita membuat pertimbangan dalam setiap perkara yang kita lakukan dan akal ini jugalah yang melayakkan kita semua untuk memikul AMANAH Allah dan juga amanah AL-QURAN.Sesungguhnya makhluk selain dari manusia tidak sanggup untuk memikul al-Quran ini,hal ini telah dimaklumkan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud:
"sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpaan-perumpaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir"(al-Hasyr:21)
Tapi malangnya,MANUSIA MUDAH LUPA DIRI..sedangkan gunung yang tidak akan dihisab di hadapan Allah s.w.t TAKUT PADA Allah,kenapa kita yang bakal dihisab di hadapanNYA ini tidak berasa takut pun dalam melakukan maksiat padaNya?..Jika di lihat realiti umat Islam sekarang ini baik yang muda,baik yang tua,baik orang kampung mahupun mahasiswa kampus semakin hari semakin ramai yang lupa diri,makin ramai yang tidak merasa gentar akan maksiat yang dilakukanya bahkan makin ramai "orang Islam" yang menentang Pejuang-pejuang Kebenaran dalam mengembalikan keizzahan Islam.
Antara kolej yang sempat saya turun untuk menyampaikan tazkirah pada minggu ini ialah KK1,KK9,KK5 dan Kolej Kediaman ke Tujuh.Dalam pemerhatian saya yang singkat ini pada pandangan saya kita kini berada dalam keadaan kritikal kerana tidak ramai yang mahu meletakkan diri mereka sebagai Penegak Kalimah Allah dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar di kampus ini.Kita tak mampu untuk menawan hati-hati mahasiswa mahasiwi yang bergelar muslim ini untuk terus berminat dengan ISLAM dan juga BERJUANG UNTUK ISLAM.Suasan Islam di kolej-kolej kediaman semakin pudar wal hal begitu ramai orang Islam yang tinggal di kolej kediaman.Apa yang berlaku sebenarnya?Adakah Islam tidak mampu untuk menawan HATI manusia ini?
Persoalannya juga,siapa yang harus menawan hati mereka ini? siapa yang ingin merebut gelaran sebagai UMAT TERBAIK?..Tidak kiralah sesiapa pun,tapi Islam meletakkan amanah ini ke atas setiap hambaNya.Untuk merealisasikan Amanah Allah ini,YANG UTAMA kita HANYA PERLU MELANGKAH:
Melangkah untuk MEMAHAMI ISLAM,
Melangkah untuk CINTAKAN ISLAM,
Melangkah untuk MENJADI PEJUANG-PEJUANG ISLAM,
Melangkah untuk MENGEMBALIKAN KEIZAHAN & KEGEMILNAGAN ISLAM.
Akhirnya melangkah MENCARI KEMENGAN ataupun SYAHID di JALAN ALLAH.
Sekiranya setiap orang menjadi PEMULA untuk MELANGKAH,insyaAllah saya yakin ISLAM pasti akan tertegak di KAMPUS ini secara khususnya dan di seluruh negara secara umumnya.
"PASTIKAN KITA SEBAGAI PEMULA UNTUK MELAGKAH".
Selamat Kembali Mahasiswa!
-
Team Elit Muslim 2011 mengucapkan selamat kembali kepada seluruh mahasiswa
ke kampus perdana Universiti Malaya. Semoga langkah kita bersama azam dan
tekad...
13 years ago
1 comments:
Salam'alaik.. benar sekali... perjalanan beribu batu memerlukan satu langkah sebagai permulaan dan langkah2 seterusnya sehingga tercapai destinasi...
Bergeraklah.. mengembaralah.. kerana keimanan yang hakikat itu hanya tercapai hasil langkahmu dari dunia menuju kampung abadi...
Rindu kehebatan nta adikku... huhu... Ramadhan lalu sempat bertemu kepimpinan PMK di iftar PERAKAN... huhu sayang nta tiada... panjang umur jumpa lagi...
Post a Comment