06:40

.....MASIH BASAH.......

Salam silaturahim buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.. Dalam keadaan suasana "peperiksaan" ini saya yakin pasti ramai di kalangan kita yang berhadapan dengan keadaan tertekan ataupun gundah gulana dalam menanti tibanya waktu untuk menjejakkan kaki ke medan peperiksaan.Begitu juga dengan saya yang juga berhadapan dengan situasi yang sama dengan sahabat-sahabat sekalian.Tapi kita bertuah kerana di lahirkan dalam keadaan kita mendapat nikmat ISLAM kerana dalam islam terdapat pelbagai cara yang di ajar dalam al-Quran dan as-sunnah untuk kita menghadapi keadaan sebegini yang telah saya ceritakan pada tulisan-tulisan yang lepas.

Pada minggu ini banyak sekali saya menyebut nama seorang pemuda yang sangat hebat dan berani sekali ketika zaman Rasulullah s.a.w.Beliau berperanan penting dalam membantu Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah dengan menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w.Pemuda yang saya maksudkan ini ialah..(saya tahu sahabat dah dapat teka)..Apabila di lihat semangat dan sifat berani yang ada pada Saidina Ali ini terasa diri ini ingin menjadi sepertinya.Walau bagaimana keadaan sekali pun,baik waktu senang,baik waktu susah,baik waktu peperiksaan semangat yang ada pasti tak kan lumpuh dan membara sentiasa.


Pada khamis yang lepas juga,saya sempat untuk duduk berkongsi beberapa perkara dengan beberapa orang sahabat.Satu soalan yang sempat saya tanya kepada mereka itu ialah berkenaan dengan idola atau orang yang mereka ingin contohi selain dari Rasulullah s.a.w.Antaranya ada yang ingin jadikan Saidatina Khadijah isteri Rasulullah yang begitu setia kepada Baginda sebagai tauladanya,ada yang menyebut Siti Fatimah isteri Saidina Ali yang tabah orangnya sebagai idolanya dan ada yang ingin jadikan singa Allah iaitu Saidina Umar sebagai ikutannya.Saya juga sempat bertanya apakah persamaan yang ada pada idola-idola yang disebutkan itu.Antara persamaan yang jelas dapat mereka kesan ialah;


Mereka semua hidup di zaman Rasulullah s.a.w.


Mereka telah di jamin masuk syurga.


Mereka masing-masing dapat memiliki perisai diri iaitu TAQWA.


Mereka ini pemuda pemudi yang banyak memberi sumbangan terhadap ISLAM.


Banyak lagi persamaan-persamaan yang terdapat pada mereka ini.

Pada minggu ini juga sempat saya mengimbas kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.Bila melihat jumlah tentera muslimin dalam tentera BADAR, diri ini berasa kagum dengan kehebatan ALLAH s.w.t dan semangat serta keyakinan yang ada pada tentera seramai 313 itu.Tiada yang mustahil bagi Allah sekiranya kita beriman kepadanya,Begitu Hebat pertolongan yang diberikan kepada tentera BADAR sehinggakan mereka mampu untuk menumpaskan tentera musyrikin yang mempunyai kekuatan seramai 1300 orang dengan 100 ekor kuda,600 baju rantai dan unta yang banyak yang di pimpin oleh Abu Jahal bin Hisyam laknatullah.Banyak sekali pengajaran yang mampu kita perolehi daripada BADAR ini antaranya:


KEPIMPINAN YANG BIJAKSANA,


PERSAMAAN,

SIFAT PENGORBANAN & SEMANGAT JIHAD,


SIFAT LEMAH LEMBUT.


Apabila dilihat sifat yang dimiliki oleh keempat-empat khalifah iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Usthman dan Saidina Ali masing-masing mempunyai identiti dan keistimewaannya tersendiri.Abu Bakar as-siddiq merupakan sahabat baginda yang lemah-lembut tetapi sangat tegas terhadap orang yang melanggar perintah Allah.Perkara ini dapat di lihat semasa Abu Bakar mengeluarkan agar diperangi umat Islam yang tidak mengeluarkan zakat.Umar merupakan seorang sahabat Baginda yang begitu garang yang entah beramai ramai musuh yang telah dipancungnya tetapi apabila beliau dilantik menjadi Khalifah Saidina Umar menjadi seorang yang penyayang.Ini dapat dilihat ketika Saidina Umar sanggup untuk keluar malam menyamar untuk melihat keadaan rakyatnya.Begitu juga denga Saidina Ustman dengan sifat dermawanya dan saidina Ali dengan kebijaksanaannya.


Hati menjadi tenang sekali apabila diimbas kembali SIRAH Rasulullah s.a.w dan juga Sahabat-sahabat baginda ini.Terasa seolah-olah diri ini berada di zaman itu dalam keadaan zaman ISLAM BERKEMBANG PESAT,ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM,TIADA RIBA dan zaman yang MEMPUNYAI PEMUDA PEMUDI YANG HEBAT-HEBAT belaka.Zaman yang mana tidak pernah kering dari ingatan para Mujahid dan Mujahidah zaman dan akan sentiasa BASAH selama-lamanya.

0 comments: