20:25

Tarbiyah Abad-21 Perlu PenambahBaikan


Saya tidak menafikan bahwa manhaj tarbiyah di abad-21 ini juga sebenarnya mampu untuk melahirkan generasi pemuda yang berjiwa besar dan berani dalam menjadi "front line" dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t.Dan mereka ini memainkan peranan dalam menyampaikan agenda dakwah di kampus-kampus secara khususnya.

Tetapi tidak cukup sekiranya kita hanya mampu melahirkan aktivis Islam yang berjiwa besar dan berani semata-mata.Ape yang kita inginkan ialah pejuang-pejuang muda yang berani dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dengan kefahaman yang mendalam terhadap nilai-nilai Islam yang sebenar.


Abad ke-21 ini sangat dahagakan tarbiyah yang mampu membentuk pemuda dan pemudinya menjadi seorang PENCINTA PADA ILMU sebagaimana iman al-Ghazali,iman As-Shafie dan tokoh-tokoh pejuang yang lain.Mereka sanggup mengembara jauh ke pelusuk dunia kerana cintakan ilmu Allah s.w.t bagi menyiapkan diri mereka untuk berjuang menegakkan kebenaran yang hakiki.

Abad ke-21 juga menanti saat kelahiran kembali pemuda kahfi yang BERUSAHA MENYELAMATKAN KEIMANAN MEREKA dari dimamah keadaan yang zalim.Meraka terasing untuk kebenaran yang hakiki.Manhaj tarbiyah yang menekan soal keimanan pada Allah perlu diperkukuhkan bagi melahirkan kader-kader yang benar-benar berani dan yakin pada Allah s.w.t dan yakin pada landasan perjuangan yang sebenar.Dengan keimanan yang kukuh sudah pasti tidak akan ada golongan yang tercicir dari laluan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.


Di mana jiwa pasukan BADAR BERANI?..Abad ke-21 masih lagi tidak mampu untuk menjawab persoalan ini.Keberanian kerana KEYAKINAN PADA ALLAH DAN RASUL menjadi semangat yang utuh pada tentera badar bagi meneruskan perjuangan bagi membela Islam walaupun berhadapan dengan musuh yang ramai dan zalim.Hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w menyebabkan datangnya pertolongan Allah s.w.t kepada tentera BADAR bagi memperolehi kemenangan yang hakiki.Tarbiyah abad ke-21 perlu membentuk pemuda yang berani melalui KEYAKINANYA PADA ALLAH DAN RASUL..


"Ya betul!..zaman telah berubah,keadaan juga telah berubah dan kita juga perlu berubah ke arah lebih baik..TAJDID yang mampu melahirkan kader pejuang yang mempunyai KEIMANAN YANG MANTAP,KETAQWAAN YANG TINGGI,KEBERANIAN YANG HAKIKI dan PENGORBANAN YANG TAK TERNILAI serta BERJIWA BESAR dalam memperjuangkan agama ISLAM.."

-SEMOGA ALLAH REDHAI PEJUANG_PEJUANG AGAMANYA-

0 comments: