15:11

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : BHGN AKHIR


Kisah aku ini belum berakhir lagi dan ia tidak akan berakhir selagi nyawa di kandung badan. Aku sedar bahwa diri aku ini milik Allah s.w.t dan kepadanya la aku akan kembali. Aku mulia sekiranya Allah memuliakan diriku di sisiNya dan sekiranya Dia ingin hinakan diriku ini sudah pasti aku hina di sisiNya. Tapi sebagai hambaNya aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar bertambah dekat denganNya dan bertambah keimanan kepadaNya.

Semalam aku di bawa sekali lagi bertemu dengan Ainul Mardhiah di hadapan Kaabah yang dimuliakan Allah s.w.t. Tidak berubah rupa parasnya. Teramat cantik sehinggakan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Suaranya masih lagi memberikan ketenangan kepada hati aku ini yang mendengar.

Dengan berjubahkan hijau dan berselendang biru, Ainul Mardhiah memulakan bicaranya dengan membacakan ayat al-quran sebelum menyambung kalam menyampaikan pesanan 'isteriku' yang berada di syurga.

" Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanla berita gembira kepada orang-orang yang sabar"...(al-baqarah : 155)

Wahai pemuda! ingin ku ingatkan kepadamu akan peringatan Allah ini..Ainul Mardhiah bertutur merdu merenung terus ke dalam mata ku. Jelas kelihatan seri pada matanya yang berpancar dengan sinaran biru muda.

Sesungguhnya kamu akan diuji oleh Allah s.w.t selagi nyawamu di kandung badan. Dengan ujian ini lah Allah akan menilai samada kamu adalah hamba yang benar-benar beriman dan bersyukur kepadaNya.

Malam itu aku langsung tidak berkata-kata. Hanya mendengar bicara dari bidadari jelita membawa 1001 pesanan bermakna dari 'isteriku' sehingga aku terlupa untuk bertanyakan siapakah isteriku itu dan apakah namanya.

Wahai pemuda! Isterimu sangat bangga mendapat suami sepertimu. Kesenangan dan kesusahan bersamamu amat dihargai oleh isterimu itu. Pesanan yang ingin ku sampaikan dari isterimu ini hanyalah sekadar peringatan buat dirimu yang akan terus berada di medan jihad hingga ke akhir ayat.

Wahai suamiku yang dicintai! Masihkah engkau ingat ikrar kita bersama. Kita telah berjanji setia ingin menjadikan Allah adalah matlamat akhir kehidupan kita, al-quran sebagai panduan hidup, Rasulullah di jadikan tauladan, jihad adalah jalan juang kita bersama dan mati syahid ada cita-cita tertinggi.

Oleh itu, janganlah engkau lupa akan ikrar kita ini. Teruskanlah wahai suamiku berjuang kerana Allah sehingga ke akhir hayat hidupmu. Bersabarlah di atas setiap ujian yang engkau akan hadapi di medan perjuangan nanti. Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara sebagai medan untuk mendapatkan keredhaanNya supaya bahagia pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Wahai suamiku yang paling aku kasihi! hindarilah sifat 'wahan' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Gantilah dunia mu dengan akhirat dan gantilah cintamu pada dunia dengan kecintaan hanya pada Allah dan Rasul.

Begitu banyak pesanan yang isteriku sampaikan sehinggakan tidak mampu untuk aku ceritakan di sini. Sebelum berpisah dengan Ainul Mardhiah sempat aku membukakan kata menyampaikan pesanan kepada 'isteriku'.

Aku tidak mahu mengetahui siapakah dirimu dan mendapatkan isteri seprtimu bukan matlamat kehidupanku. Tapi aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t kerana mendapat peringatan yang bermakna buat diriku sebagai seorang hamba dan pejuang agamaNya. Sekiranya aku tidak dapat bertemu dengan mu di dunia ini, semoga kita akan dipertemukan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Aku tersedar dari mimpiku. Tanpa aku sedari air mataku mengalir deras melalui pipiku ini. Aku sangat malu pada Allah s.w.t. Sungguh banyak kurnianNya kepada aku tapi aku masih lagi leka dan lalai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ku ini sebagai seorang hambaNya yang hina.

Masih banyak lagi perintahNya yang tidak aku laksanakan. Hati aku ini masih lagi ada titik hitam dosa dan maksiat. Aku malu padaMu ya Allah. Seringkali Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu yang tidak henti melakukan dosa dan maksiat.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku ini. Bimbinglah diriku ini kepada jalan yang Engkau redhai. Berikanlah aku kekuatan untuk berjihad di jalanMu. Jadikanlah aku hambaMu yang benar-benar beriman dan bersyukur padaMu. Golongkanlah aku di dalam golongan mereka yang mewarisi syurga firdausMu.

Wahai pemuda! marilah sama-sama kita bangkit memperjuangkan kebenaran. Janganlah kita sia-siakan waktu muda dan kuat kita ini. Mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat rahmat dan redhaNya.

Ya, kisah aku belum berakhir. Episod kehidupan aku ini akan berterusan selagi mana ajal belum datang menjemput. Aku akan sentiasa mengingatkan diri ini agar sentiasa meletakan keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan aku ini. Jika aku berjaya, kejayaan itu adalah dengan keizinanNya dan jika aku mendapat kegagalan sesungguhnya ia adalah dengan izinNya.

Aku tidak tahu apa yang akan mendatang. Suka, duka, sedih, gembira dan sebagainya semuanya adalah datang dariNya. Aku juga seperti kamu semua. Mengharapkan kejayaan di di dunia dan akhirat.

"semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat"


p/s : tulisan ini penulis tujukan sebagai peringatan kepada dua insan yang akan berkahwin pada 28 mei ini..Semoga sentiasa mendapat rahmat dan kerdhaan dari Allah s.w.t serta dipermudahkan segala urusan...

4 comments:

Khairul said...

Salam Ziarah duhai sahabat...
Aku doakan dirimu sentiasa dilimpahi rahmat & redha Allah...
Terima kasih & tahniah atas cerpen ini. Sungguh menyetuh perasaan...

Aku doakan semoga masjid yg bakal dibina akan terus berkekalan sehingga ke anak cucu...Allah, permudahkanlah sahabatku..Amien

~PERMATA ISLAM~ said...

Salam ziarah,maaf sbb kad hijau tu lebih awal terpamer tanpa izin,maaf sgt2 akhi,
Tahniah juga terima kasih kerana cerita ini turut memberikan peringatan pada ana,

Pembetulan akh khairul, semoga masjid yg bakal dibina akan terus berkekalan sehingga ke syurga Allah.

tarbiyah_world said...

syukran2...amin.

sha said...

salam.
ni cerpen ke benar2 trjd?

klu benar2 trjdi, subhanallah...
slm ziarah...