assalamualaikum bt sahabat semua...
Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana hari ni Dia masih lagi panjangkan umur saya untuk hidup di atas lautan fana ini.Pagi ini saya dapat solat subuh di masjid dengan tenang walaupun terpaksa solat di bahagian tepi masjid kerana pintun utamanya dikunci.Pagi ini saya dapat bersarapan seperti hari-hari yang lain dan pagi ini saya juga dapat hilangkan dahaga dengan beberapa gelas air.Banyak lagi lah yang saya dapat buat pada pagi ini.Syukur sangat-sangat,rasa tak terkira nikmat yang Allah s.w.t kurniakan pada pagi ini.
Saya terfikir satu soalan,umat Islam di Palestine macam mana ye?
Adakah mereka dapat solat dengan tenang di masjid seperti aku?
Adakah mereka dapat sarapan seperti aku?
Adakah mereka dapat untuk hilangkan dahaga yang ditanggung seperti aku?
Adakah mereka dapat hidup senang seperti aku sekarang?
Bagi kita mungkin persoalan ini adalah sesuatu perkara yang besar tetapi bagi Umat Islam di Palestine perkara seperti ini bukan sesuatu perkara yang besar yang perlu di perbincangkan.Bagi mereka misi menghapuskan golongan menentang Islam bagi menyelamatkan agama Allah s.w.t dan membebaskan bumi barakah Palestine adalah lebih utama sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa mereka sendiri.Tidak keterlaluan sekiranya sangat mengatakan bahawa dalam darah mereka ini mengalir darah Umar al-Khattab,Khalid al-Walid,Salahuddin al-Ayubi,Sultan Muhammad al-Fatheh dan ramai lagi darah panglima-panglima Islam yang hebat satu ketika dahulu.
Mereka inilah yang sanggup menggadai nyawa dan sanggup berkorban apa sahaja bagi menegakkan Kalimah Tauhid di muka bumi in.Walaupun mereka diseksa dan dibunuh mereka tetap terus berjuang dan tidak pernah merungut bagi memperjuangkan agama Islam.Allah s.w.t menjaga keimanan dan Allah teguhkan hati mereka kerana mereka menjaga Allah s.w.t.Mereka ini sangat yakin akan pertolongan Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang beriman,jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan diteguhkan pendirian kamu"
Oleh itu, saya hendak mengajar sahabat-sahabat mahasiswa supaya merenung diri kita ini.Kita menyatakan keimanan kita pada Allah s.w.t dan mereka(umat Islam Palestine)juga menyatakan keimanan merekan pada Allah s.w.t.
Di manakah perbezaan kita?
Adakah hanya mereka sahaja yang wajib menyelamatkan bumi Palestine?
Adakah hanya mereka sahaja yang perlu meneggakkan kalimah Allah di muka bumi ini?
Adakah hanya mereka sahaja yang perlu menentang kaum yahudi dan zionis laknatullah?
Sama-sama kita renungkan diri kita ini,kita hidup senang lenang sedangkan saudara kita di Palestine hidup dalam keadaan sengsara dan menderita.
"Walaupun mereka diseksa dan dibunuh mereka tetap terus berjuang dan tidak pernah merungut bagi memperjuangkan agama Islam"
"MAHASISWA PERLU BANGKIT MELAKUKAN PERUBAHAN"
0 comments:
Post a Comment