18:35

" REAL time to CHANGE "


Assalamualaikum saya dahulukan kepada semua sahabat-sahabat sekalian..Bersyukur kepada Allah s.w.t kepada rahmat dan inayahnya kepada kita semua.Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan juga kaum kerabat baginda serta sahabat-sahabat baginda yang telah banyak berjuang dan berkorban demi menegakkan kalimah Allah s.w.t.


Dunia menyaksikan kekejaman dan ketidakadilan berlaku terutamanya di negara-negara Arab seperti Palestin.Pencerobohan tentera Israel di Gaza dengan memusnahkan harta benda penduduk dan membunuh sesiapa sahaja rakyat Palestin telah membuktikan bahawa maruah Islam telah dirobek dan dicabar oleh golongan kufar yang menentang umat Islam sejak beribu tahun dahulu lagi.

Dengan menilai dan melihat perubahan politik dunia dengan perlantikan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden AS yang ke-44 masih tidak dapat membuktikan sebarang perubahan yang akan berlaku dalam membela nasib umat islam di seluruh dunia.Begitu juga dengan landskap politik negara ini dengan menyaksikan rakyat negara ini semakin sedar dan berani dalam membuat perubahan dengan memilih pemimpin yang mereka yakin yang mampu untuk memimpin negara ini dengan adil dan bijaksana.

Perubahan tsunami politik luar yang berlaku ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perubahan gelombang politik kampus negara.Kita telah menyaksikan kemenangan telah berpihak kepada mahasiswa yang selama ini berusaha dalam membela nasib mahsiswa itu sendiri.Ini dibuktikan dengan kemenangan pro Mahasiswa di Universiti Malaya dan juga UIAM.Pro Mahasiswa berjaya membawa gelombang perjuangan mahasiswa di seluruh kampus negara apabila berjaya meningkatkan kerusi MPP yang dikusai iaitu sebanyak 90 kerusi berbanding tahun sebelumnya yang hanya 45 kerusi.

Saya yakin bahawa kita semua sedar tentang perubahan yang berlaku ini.Tapi beberapa persoalan yang perlu sama-sama kita perhalusi tentang perubahan yang berlaku ini.Antara persoalannya ialah:

1- Ke mana ingin di bawa perubahan ini?

Kuantiti umat Islam di seluruh dunia tidak dapat dipertikaikan lagi iaitu kitalah yang paling ramai.Tapi bila berbicara tentang kualiti ataupun kekuatan umat Islam tidak dapat dinafikan lagi iaitu kita seperti buih-buih di lautan yang sangat lemah dan tidak berguna untuk sesiapa pun.Jika di nilai dalam konteks mahasiswa pula,adakah mampu perubahan yang dilakukan ini untuk mengubah paradigma mahasiswa yang selama ini dipacu oleh sistem sosialis dan juga kapitalis.

2- Siapa yang ingin mendokong perubahan ini?

Jika di zaman Rasulullah s.a.w Baginda mempunyai Abu Bakar as-siddiq,Umar al-faruq,Ustman b Auf,Ali b Abi Talib,Khalid al Walid dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain yang setia dan mampu dalam mendokong perjuanga Islam waktu ketika itu.Mereka telah mengorbankan seluruh jiwa dan harta mereka kepada Allah dan juga Rasulullah s.a.w.Di kalangan mereka juga telah lahir Salahuddin al Ayubi dan juga Umar Abdul Aziz yang masih lagi jiwanya sama seperti sahabat Baginda s.a.w.Tapi kini siapa yang kita ada?Mana pemuda yang berani dan berjiwa besar?Berapa ramai pemimpin yan berjiwa murrobi yang kita ada?

3- Mampukah kita untuk mengisi perubahan ini?

Melihat keadaan yang mana tidak ramai pemuda(mahasiwa mahasiswi) yang memahami dan juga sanggup dalam memperjuangkan hak yang sebenar.Mereka lebih cenderung dengan keseronokan dan perhiasan dunia yang fana ini.Ada yang faham tetapi masih lagi kurang matang dan berbalah sesama sendiri hanya di sebabkan kaedah pembawakan yang berlainan walhal matlamat adalah sama.

4- Mampukah agenda dakwah dilaksnakan melalui perubahan ini?

Masalah salah faham masyarakat mahupun warga kampus terhadap Islam semakin meningkat.Mereka semakin jauh dari Islam dan seakan-akan menolak Islam itu sendiri bahkan lebih teruk lagi ada dikalangan yang mengaku muslim tapi menentang pendokong-pendokong Islam itu sendiri.

Persoalan yang cuba saya timbulkan ini adalah semata-mata untuk memberi peringatan kepada kita semua agar tidak terleka dari menunaikan apa yang sepatutnya kita tunaikan.Jangan terlalu seronok dengan kemenangan yang diperolehi kerani ia hanya merupakn titik permulaan bagi kita semua.

Perubahan memerlukan komitmen yang tinggi dan juga pengorbanan yang tak ternilai.Dalam mengisi sebarang kemenangan yang dikecapi perkara utama yang harus di lakukan ialah memantapkan manhaj Tarbiyah supaya ia mampu melahirkan kembali pejuang-pejuang Islam yang berani dan kental dalam memperjuangka kalimah Allah s.w.t.

Perubahan ini perlu di bawa bersama agar segala agenda perubahan yang ingin di bawa dapat di realisasikan dengan sepenuhnya.Sekarang masanya untuk benar-benar berubah,pemimpin perlu lebih berkarisma dan pendokong-pendokong Islam perlu berani dan kental dalam memperjuangkan hak dan juga kebatilan.Kita mengharapkan agar kita antara pemuda yang tersenarai di dalam membawa kemengan Islam di seluruh dunia..InsyaAllah,takbir!!

0 comments: