Lebih kurang 40 orang mahasisiwa dan mahsiswi universiti Malaya telah menyertai satu program “Ronda-Ronda Sambil Berdakwah “ yang telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasisiwa Universiti Malaya(PMIUM) semalam.Program ini telah diketuai oleh saya sendiri selaku ketua Team Elit Muslim(TEM) PMIUM.Program ini dianjurkan bagi memberi penjelasan yang sebenar terhadap sambutan hari kekasih atau di sebut sebagai valentine’s day kepada seluruh mahasiswa kampus tidak kira muslim mahupum muslim.
”kami telah turun ke semua kolej kediaman dan ke beberapa fakulti untuk berjumpa dengan rakan-rakan mahasiswa yang lain bagi memberi penjelasan yang sebenar tentang ketidakwajaran bagi mahasiswa untuk hari kekasih ini”.
Sambutan Valentine”s Day ini sepatutnya tidak wajar disambut oleh mahasiswa terutamanya kaum muslim kerana ia menyentuh akidah umat Islam itu sendiri.Mahasisiwa Islam seharusnya menanam rasa cintanya yang mendalam terhadap Allah s.w.t dan juga Nabi Muhammad s.a.w. terlebih dahulu sebelum bercinta sesama manusia.Islam tidak pernah menghalang fitrah umatnya iaitu untuk berkasih sayang sesama mereka tetapi kasih sayang ini haruslah mengikuti landasan yang sebenar iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Kita mengharapkan agar mahasiswa sedar bahawa mereka merupakan aset Negara yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang.Oleh itu, mahasiswa perlu membentuk akhlak serta jati diri yang baik dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakan akhlak dan diri mereka seperti terlibat dengan pergaulan bebas dan sebagainya.
"mereka seronok bersama kami"
Program seperti ini insyaAllah akan diteruskanya dari semasa ke semasa.Kita mengharapkan ramai lagi mahasiswa yang akan menyertai program seperti ini bagi member penjelasan dan menerapkan idea faham islam keseluruh warga kampus dan luar kampus.
0 comments:
Post a Comment