07:37

"Tingkatkan Syukur melalui Ziarah"


Tiada teladan yang terbaik selain dari manusia yang bernama Muhammad b. Abdullah b. Abu Mutalib.Baginda merupakan seorang rasul yang terakhir yang di utuskan untuk umat manusia bagi mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t dan meninggalkan perkara-perkara taghut.Baginda mempamerkan akhlak yang terbaik kepada kita semua agar kita semua beruaha untuk mengikuti jejak langkah baginda.Akhlak Rasulullah s.a.w seratus peratus sama dengan isi al-quran yang Allah s.w.t mukjizatkan kepada baginda.

Sebagai seorang muslim yang telah mengaku beriman dan yakin kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w kita hendaklah berusaha untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t yang termaktub di dalam al-quran serta mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.Antara akhlak Rasulullah s.a.w yang perlu kita teladani ialah baginda merupakan seorang yang JUJUR,PEMAAF serta seorang HAMBA YANG BERSYUKUR.

Antara peristiwa yang membuktikan baginda s.a.w merupakan seoarang yang pemaaf ialah baginda tetap menziarahi seorang wanita qurais tua yang sakit walaupun sewaktu sihatnya dia sering membalingkan sesuatu kepada Rasulullah s.a.w termasuklah najis.Ziarah merupakan satu sunah Rasulullah s.a.w yang pelu kita ikuti kerana ia dapat:

1) menjalinkan hubungan silaturahim sesama manusia

2) membentuk rasa kasih sayang sesama muslim

3) meningkatkan KESYUKURAN dan keimanan pada Allah s.w.t


"memberi taklimat & tazkirah sebelum
memulakan ziarah di wad PPUM"




"pergantungan hanya pada Allah s.w.t"





"wakil HEWI PMIUM memberi semangat
dan
harapan pada pesakit"






"mesra dan seronok bersama kami"





"ukhuwwah bersama dipertingkat & dirasai"

0 comments: