07:11

"KEMBALIKAN SENTUHAN TARBIYAH RASULULLAH"


"sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w suri teladan yang baik bagi kamu(yaitu) orang yang mengharapkan(rahmat) Allah danhari akhirat dan dia banyak mengingati Allah"(al-ahzab:21)

Menjadi perkara utama kepada setiap muslim bagi menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.Ianya menjadi tafsir secara "praktikal" kepada al-Quran al karim.Menghayati kehidupan Rasulullah s.a.w bukanlah semata-mata ingin mengetahui sejarahnya sahaja tetepi ianya bertujuan untuk memahami Islam yang hakiki yang dinyatakan oleh batang tubuh dan peribadi Rasulullah s.a.w dan para sahabat radiyallahu'anhum yang mengdampingi dan mengelilingi khususnya di zaman pembentukkan iman dan tuntutanya di dalam diri setiap individu,masyarakat dan negara.

Setelah Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul akhir zaman melalui wahyu pertama yang diperolehi Baginda ketika berada di gua hira' Baginda telah berusaha keras dalam menyampaikan dan menyeru manusia supaya meninggalkan zaman jahiliyah kepada zaman mngenal Allah s.w.t.Rasulullah menyeru bangsa arab supaya meninggalkan berhala dan jangan sekali-kali mensyirikan Allah s.w.t dengan hanya menyembah Allah yang Esa.

"Apakah patut kamu(hai orang-orang musyrikin) menganggap al-Lata al-U'zza dan Manat yang ketiga yang paling terkemudian,apakah patut untuk kamu anak lelaki dan untuk Allah anaak perempuan,yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil.Itu tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu sebut yang Allah tidak turunkan keterangantentangnya( untuk menyembah).Mereka hanya menuruti sangkaan dan menurut apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya btelah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka".(al-najm:19-23)

Kebangkitan Rasulullah s.a.w di muka bumi ini merupakan satu rahmat kepada sekalian alam yang membawa obor-obor cahaya untuk menerangi setiap pelusuk dunia.Semangat dan pengorbanan seorang Rasul akhir zaman ini memang tiada tandingannya.

Rasulullah Mentarbiyah Para Sahabat

Setelah beberapa waktu Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah baginda di Makkah, ramai yang telah tertarik dengan ajaran yang di bawa oleh baginda iaitu agama Allah s.w.t.Setelah bilangannya cukup 30 orang Rasulullah s.a.w meneruskan penyampaian baginda secara berkumpulan di rumah al-arqam bin abi arqam.Iman dan taqwa terus diterapkan ke dalam diri para sahabat,dosa dan pahala serta syurga dan neraka diceritakan kepada para sahabat sehingga iman para sahabat terus meningkat dan meningkat.

Cinta para sahabat kepada Allah dan RasulNya semakin menebal kerana keyakinan mereka terhadap kebenaran yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.Tarbiyah yang di terima oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w benar-benar menusuk ke dalam hati sanubari mereka.Ini kerana Rasulullah mentarbiyah para sahabat bukan mengikut hawa nafsu baginda sendiri tetapi berpandukan wahyu Allah s.w.t.Soal IMAN dan TAQWA sangat dititik beratkan oleh Baginda s.a.w.

Hanya keredhaan Allah s.w.t dan akhirat sebagai matlamat terakhir ditekankan kepada para sahabat sehinggakan Rasulullah s.a.w berjaya melahirkan semangat JIHAD dan PENGORBANAN yang tinggi di dalam diri para sahabat.BADAR sebagai bukti pertama untuk membuktikan bahawa tarbiyah Rasulullah s.a.w sangat berkesan sehingga melahirkan keyakinan infiniti kepada Allah s.w.t di dalam diri para sahabat.

Di zaman Rasulullah s.a.w adanya Abu Bakar as-Siddiq,Umar al Farruq,Saidina Usman,Saidina Ali,Bilal bin Rabah,Sumaiyyah,Khalid al Walid,Zaid bin Harith,Saidina Hamzah singa Allah, dan adanya Saidatina Khadijah,Siti Aisyah,Saidatina Fatimah dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain yang telah banyak menaburkan Jihad dan Perngorbanan di jalan Allah s.w.t.Tidak ada sedikit pun kepentingan dunia bagi mereka tapi hanya yang ada ialah MARDHATILLAH sebagai buruan mereka.


Tarbiyah Abad-21 Perlu PenambahBaikan

Saya tidak menafikan bahwa manhaj tarbiyah di abad-21 ini juga sebenarnya mampu untuk melahirkan generasi pemuda yang berjiwa besar dan berani dalam menjadi "front line" dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t.Dan mereka ini memainkan peranan dalam menyampaiankan agenda dakwah di kampus-kampus secara khususnya.

Tetapi sebenarnya tidak cukup sekiranya kita hanya mampu melahirkan aktivis Islam yang berjiwa besar dan berani semata-mata.


nantikan sambungannya..........................

2 comments:

sketsa rasa said...

ane ijn nge-save ya, syukron

azfazahra said...

tarbiyah islam perlu dipraktikkan dgn brsungguh2. kdg2 rasa pelik, byk agensi, badan2, organisasi2 yg mejalankan gerak kerja tarbiyah di Malaysia. Namun tidak nampak hasilnya.hrp ustz blh jelaskn mgapa ia trjadi spt ini..jazakallah