21:27

T.E.M : Reformasi Gerakan Islah dan Dakwah Abad ke-21


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.


"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar dan beriman pada Allah" (al-Imran:110)


Pertama dan selamanya saya memanjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t kerana mengurniakan nikmat Islam dan Iman kepada saya serta memilih saya untuk melibatkan diri dalam gerakan Islam bagi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan kampus secara khususnya.


T.E.M atau nama sebenarnya adalah TEAM ELIT MUSLIM merupakan satu idea reformasi gerakan islah dan dakwah abad ke-21 yang ingin dicetuskan di setiap kampus di Malaysia bagi mewujudkan gelombang dakwah di seluruh kampus. Dengan mendokong visi “ Menerajui Gerakan Mahasiswa Ke Arah Pembentukkan Ummah Yang Terbaik” yang menjadi satu matlamat dan garis panduan dalam gerakan Islah dan Dakwah di dalam T.E.M ini.


Dengan melihat kepada realiti yang sebenar tentang keadaan mahasiswa yang telah hanyut dengan ideologi-ideologi dan fahaman songsang serta terpengaruh dengan budaya barat yang telah banyak meruntuhkan akhlak mahasiwa kita ini, maka pada kali ini tampuk pimpinan PMIUM yang baru merasa terpanggil untuk melakukan satu tajdid (pembaharuan) terhadap gerakan Islah dan Dakwah di kampus bagi menyelesaikan permasalahan ummah ini.

Saya yakin dengan mengubah pendekatan Islah dan Dakwah yang lama kepada pendekatan moden yang professional mampu untuk menarik minat mahasiwa baik muslim mahupun non-muslim menerima pendekatan yang di bawa oleh TEAM ELIT MUSLIM dalam memberi kefahaman islam yang sebenar. T.E.M bukan sahaja akan bergerak melalui program semata-mata akan tetapi kita akan menjadikannya sebagai satu gerakan yang bersifat dekat dan mesra.


Pelbagai program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakn di bawah TEAM ELIT MUSLIM ini bagi menarik minat mahasiswa muslim mahupun non-muslim bagi mengenali dan memahami agama Islam secara mendalam dan merangsang seluruh mahasiswa untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.Antara program yang telah dilaksanakan sebelum ini ialah KELAS DAKWAH SIRI 1,ZIARAH DAKWAH ISLAH(ZDI) di PPUM,KULIAH ILMU(KI),RIADAH TELADAN CERIA(RTC) dan banyak lagi program dan aktiviti yang lain.Kita juga merancang untuk mengadakan Dialog antara Agama, Diskusi Ilmiah dan lain-lain lagi.


Saya selaku ketua TEAM ELIT MUSLIM pada kali ini mengajak sahabat-sahabat yang berminat untuk menyertai T.E.M ini. InsyaAllah sekiranya kita semua bersatu dalam melaksanakan gerakan Islah dan Dakwah di kampus ini sudah pasti mampu menyelesaikan masalah maksiat serta menghapuskan penularan budaya barat terhadap mahasiswa dan pada masa akan datang kita pasti mampu untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berakhlak mulia serta adil dalam memerintah dengan berpandukan ISLAM.


Saya mewakili tampuk pimpinan PMIUM yang baru benar-benar mengharapkan sokongan dari semua mahasiswa UM bagi sama-sama melaksanakan gerakan Islah dan Dakwah di kampus ini secara khususnya dan di luar kampus secara umumnya bagi kita membentuk GENERASI HARAPAN yang mampu menggoncangkan dunia bagi memartabatkan agama Islam di muka bumi ini..

1 comments:

Humayra' said...

best nye dengar plan antum semua...

moga boleh terus istiqamah.. nnt share la pengalaman dlm blog ni ye..

**wish i can join in too.. rindu zmn kt kmpp dlu2

>> ape2 pun, jom kita sama2 berusaha utk warnakan Malaysia dgn Islam ye.. all da best utk study dan dakwah n tarbiyah!