07:41

hijabku bukan milikku : Bhgn 10

"Islam ni agama hok come doh..Islam ni adalah agama hok mari dari Allah s.w.t yang telah diturunkan kepada manusia melalui seorang nabi yakni Rasulullah s.a.w..kalau bumi kita terima ia milik Allah, langit milik Allah, haiwan milik Allah, pokok milik Allah,bulan matahari bintang dan semuanya milik Allah...bakpo Islam kita tak boleh terima ia sebagai milik Allah pulak?"

Allhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesempatan kepada kami untuk berehlah di bumi serambi Makkah atau di kenali juga sebagai negeri Cek Siti Wan Kembang. Selepas penat bertungkus lumus menduduki peperiksaan hampir tiga minggu, kami serumah sepakat untuk sama-sama berjalan-jalan sambil menimbal sedikit ilmu di Kelantan.

Pada petang yang hening ini, kami semua sedang berbual-bual dengan nenek Fatimah yang umurnya telah menjangkau 100 tahun tapi masih lagi memiliki kekuatan fizikal dan daya ingatan.Kami semua seronok mendengar dan mengumpul mutiara kata dari nenek Fatimah ni walaupun ada bahasa kelantan yang kami tidak fahami..

" ni cu, nek nak pesan..kalau nak ambik Islam ambik la blako, jange ambik hok kito nok jah atau hok kita raso sesuai dengan jiwo kito..kalau demo tokse terima Islam, jange terima ciptaan Allah s.w.t yang lainnya..jange pakai bumi Allah s.w.t..bumi demo buat sendiri,langit demo buat sendiri,hujan demo buat sendiri,oksigen demo buat sendiri dan semuanya milik Allah ni demo jange pakai..buat sendiri blako..boleh cu buat bumi?"

" took leeh nek (tidak boleh)"..Khadijah cuba menjawab dengan bahasa kelantan tapi langsung tak betul..

"kalau tak boleh, kita kena lah ambik Islam ini sebagai cara hidup kita "one hundred persent" dan kena sentiasa ikut perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya"..

"psss...pandai juga nenek Fatimah ni speaking ye"...bisik Aisyah kepada aku..

"nek sebenarnya sangat sedih melihat keadaan anok cucu nek serta masyarakat loni,mereka lebih cintakan keseronokan dan kesenangan dunia yang sementara ini berbanding hari akhirat yang dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan yang kekal abadi sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran..Seronok dunia ni meta(sementara) jah cu dan tak kekal pun.Nenek ni umur 100tahun doh,bayok doh hok nenek duk perati(perhatikan)..kalau cintakan kecantikan,kecantikan pasti lenyap bila umur meningkat,cintakan harta..harta akan membuatkan kita sentiasa dalam keadaan tidak tenang tapi kalau kita cintakan akhirat, kenikmatan dunia pasti akan datang dengan sendiri dalam keadaan kita tidak sangkakan serta kenikmatan itu disertai oleh rahmat dan berkat dari Allah s.w.t"

Hampir satu jam kami bersembang dengan nenek Fatimah pada petang itu.Pelbagai mutiara dan belian teladan yang kami perolehi dari beliau. Aisyah antara yang berminat mendengar perkongsian dari nenek sehinggakan pelbagai seoalan yang ditanya nya,soal kawin pun dia tanya..

"Nek dulu kawin masa umur berapa ye?..pilihan keluarga ke pilihan sendiri?."antara soalan cepu mas yang ditanya oleh Aisyah.

"Nek dulu kaiwin muda lagi cu,masa tu nenek umur 18tahun dan arwah suami nek umur 24tahun..Nek kawin dengan pilihan sendiri tapi diredhai oleh kedua-dua belah keluarga.Kami tak macam budak-budak zaman sekarang ni,bercinta sebelum kawin tapi kami bercinta selepas kawin..memang bahagia sampai sekarang sebab dalam keluarga yang taat pada Allah pasti kan dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan"

"aik..lain macam je soalan yang ditanya...dah rasa nak kawin ke Aisyah"..Fatimah cuba mengusik.

"Ye la, selalunya sebelum ni tak pernah pun cakap soal kawin ni..ada ape2 ke Aisyah"..Kak Khadijah menambah.

"ish..mana ada ape2..saje je tanya,alang2 dah jumpa orang yang pengalaman jangan lepaskan peluang mengambil sebanyak mungkin pengalaman"..Aisyah cuba membela diri.

Kami semua bersyukur dan rasa begitu seronok kerana dapat mengutip pelbagai pengalaman sepanjang tujuh hari berada di negeri serambi Makkah ini. Kami sedar bahwa perjalanan kami masih lagi jauh dalam erti kata menjadi musafir dunia yang ingin menuju akhirat untuk bertemu dengan Allah.Tidak sedikit bekalan yang perlu kami persembahkan di akhirat kelak bagi mendapat mandat hamba yang diredhai dan diberi syafaat oleh Allah s.w.t.

"Ya Allah,golongkanlah kami di dalam golongan yang beriman dan bertaqwa padaMu serta jadikanlah kami hamba2 yang benar-benar bersyukur di atas segala nikmatMu sdan mematuhi segala perintahMu agar kami mendapat keredhaan serta syafaat dariMu"..


1 comments:

Unknown said...

http://muhammad-zainab.blogspot.com/2010/11/bab-2-apa-yang-dikatakan-islam-mengenai.html