18:06

Peringatan Biasa-biasa sahaja

Allhamdulillah saya ucapkan rasa syukur pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah diberikan dan ditetapkan kepada hamba yang hina ini.Seminit selepas ini saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi saya sangat mengharapakan setiap minit yang akan saya tempuhi dan lalui akan dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Saya sangat teruja dengan kebangkitan semangat mahasiswa ketika ini dan saya mengharapkan kebangkitan ini akan sentiasa berkekalan kerana kita berjuang bukan atas dasar hawa nafsu tapi perjuangan ini atas dasar kefahaman kepada perintah Allah s.w.t melalui al-quran dan as-sunnah.Saya cukup yakin semangat ini akan terus berkekalan dan kelahiran pejuang-pejuang keadilan agama pasti sentiasa berterusan sekiranya tarbiyah dan dakwah dipertingkatkan.

Saya ingin ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, perjuangan kita pasti akan menjadi sia-sia sekiranya NIAT yang IKHLAS kerana memiliki IHSAN tiada dalam diri kita semua.Niat yang ikhlas kerana Allah perlu sentiasa dipasakkan agar keikhlasan kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t.Begitu juga dengan ihsan iaitu setiap tindakan atau ibadah yang kita lakukan ini perlulah dirasai bahwa Allah s.w.t sentiasa melihat dan memerhatikan kita.

Mungkin sering kali soal niat dan keikhlasan diingatkan tapi untuk mendapatkan keikhlasan ini bukan sesuatu yang mudah.Kita pasti akan diuji dengan perasaan RIAK yang mungkin disedari oleh rakan-rakan atau orang lain tetapi malangnya kita tidak menyedarinya, Kita suka untuk ceritakan kehebatan dan kemegahan diri masing-masing sehinggakan kadang-kadang kita berpaling dari pergantungan hanya kepada Allah s.w.t.Kita juga berasa seronok dan bersemangat apabila dipuji dan diambil perhatian tetapi kita akan lesu apabila dihina mahupun tiadak diperhatikan.

Ujub yang tidak mampu dikesan oleh orang lain melainkan diri sendiri juga merupakan senjata utuh syaitan laknatullah untuk memalingkan niat yang ikhlas pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran.Merasa hanya diri kita sahaja yang betul dan hebat merupakan satu sikap dan perasaan yang cukup-cukup bahaya yang membolehkan segala amalan yang dilakukan menjadi sia-sia walaupun usaha kita itu bermandikan peluh dan darah.

Seorang pejuang itu pasti akan sentiasa bersemangat dan mampu istiqamah dalam medan perjuangan sekiranya memiliki nilai Ihsan dalam dirinya.Dia tidak akan pernah mengharapkan apa-apa balasan pujian,populariti mahupun kebendaan duniawi melainkan hanya mengharapakan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.Golongan yang memiliki Ihsan ini sudah pasti tidak akan pernah merungut,merasa letih mahupun lemah kerana keyakinan mereka pada pertolongan Allah begitu tinggi.

Dan buat yang akhirnya buat mereka yang IKHLAS dan memiliki IHSAN sudah pasti mereka akan berusaha untuk mendapatkan TAQWA di sisi Allah s.w.t dengan mereka ini sentiasa BERUSAHA untuk melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH dan sentiasa BERUSAHA meninggalkan SEGALA LARANGAN ALLAH dan MAKSIAT yang mereka sering lakukan.

Semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh Allah s.w.t agar kita sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaNya...Sesungguhnya DUNIA itu MILIK ALLAH dan AKHIRAT juga MILIK ALLAH,oleh itu bagi mereka yang mengharapkan kepada DUNIA dan AKHIRAT hendaklah dia HANYA MEMOHON pada yang MEMILIKINYA.

1 comments:

Cahaya Kemenangan said...

Tiada Ilah melainkan engkau Ya Allah, dan sesungguhnya aku menzalimin diriku sendiri..

kadang penat dan lesu datang bila masalah melanda sang pejuang..
hanya pada Allah kita kembalikan segalaNya.

Teruslah istiqamah dlm prjuangan ini..

Masing2 ada tugas yg harus digalas.Bukan utk tatpan manusia ttp Lillahi taala.

Kelak kita semua pasti akan ditanya..