Assalamualaikum....ape khabar sidang pembaca nurtarbiyah yang dirahmati Allah sekalian? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping ceria selalu.Agak lama rasanya saya tidak postkan tulisan saya di blog ini,faktor tanggungjawab dan masa tidak memberikan ruang untuk saya mengarang.InsyaAllah pada kali ini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan bagaimana hendak menguruskan stess dengan berkesan.Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan terutamanya golongan mahasiswa/i terutamanya sering berhadapan dengan stress di sebabkan oleh masalah akademik mahupun peribadi. Selaku golongan berpendidikan ataupun golongan intelak,stress adalah satu perkara yang positif sekiranya kita tahu hendak mengolah atau menaganinya serta mengurusnya dengan baik dan sistematik.Beberapa minggu yang lepas saya ada mengikuti satu program motivasi yang membincangkan pengurusan masa dengan teratur dan berkesan.Banyak input yang dapat di ambil dari ulasan motivator yang saya kira cukup hebat untuk memberikan kesedaran pada peserta yang mengikuti program tersebut. Beliau juga ada menyebut tentang stress tetapi beliau tidak sempat untuk berkongsi bagimana hendak menguruskan stress dengan baik kerana di sebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan. Di kesempatan masa dalam mendengar penyampaian oleh motivator itu saya terfikir untuk mencipta formula sendiri dalam menguruskan stress diri ini.Alhamdulillah dalam masa lebih kurang 15minit akhirnya saya terfikir satu formula menguruskan stress ini melaui S.T.R.E.S.S.
Pengurusan stress yang baik adalah lahir dari ketenangan diri yang ingin dan berani berhadapan dengan stress itu sendiri.Oleh itu, peringkat pertama untuk menguruskan stress ini adalah mencari ketenangan diri melalui S yang pertama iaitu SOLAT. Sebagai seorang muslim yang di berikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN oleh Allah s.w.t kita hendaklah bersyukur di atas pemberian nikmat ini dengan menjadikan Allah sebagai matlamat yang pertama dan utama dalam memohon pertolongan.Dalam mencari ketenangan diri, SOLAT merupakan satu cara yang paling sesuai dan berkesan kerana di dalam solatlah kita akan berhubung secara langsung dengan Allah s.w.t dan merupakan tempat mengadu yang paling menyentuh jiwa.Solat juga menjadi satu medium untuk kita mengingati Allah s.w.t dan ingatlah firman Allah s.w.t
Allah berfirman yang bermaksud:
”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)
T yang seterusnya memainkan peranan penting dalam meneruskan pengurusan stress ini iaitu T-THINK POSITIVE.Sikap ini penting dan perlu ada pada diri setiap individu untuk membantunya dalam menguruskan stress diri dengan baik.Pemikiran atau mind set memainkan peranan penting dalam mengawal setiap tindakan yang dilakukan oleh setiap individu.Sebagai contoh,jika kita ingin melakukan sesuatu perkara,sekiranya kita menganggapnya sebagai satu tugasan yang agak susah atau membebankan sebelum melakukanya sudah pasti di dalam proses kita melakukan perkara tersebut sudah pasti kita akan berhadapan dengan kesusahan dan bebanan dalam menyelesaikan kerja tersebut.Tetapi sebaliknya,jika sebelum melakukan sesuatu kerja kita menganggapnya sebagi satu kerja yang senang dan seronok sudah tentu kita akan berasa senang dan tenang dalam menyesaikan kerja tersebut.Mungkin kadang-kadang kita akan berhadapan atau menerima sesuatu perkara yang kita tidak sukai yang menyebabkan diri berada dalam keadaan tertekan dan sedih.Tapi ingatlah!mungkin perkara yang kita tidak sukai itu adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita buat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dan mungkin perkara yang sangat kita sukai itu merupakan satu perkara yang tidak memberikan sebarang kebaikan pun pada diri kita bahkan boleh memudaratkan diri kita sendiri.Perkara ini telang di jelaskan oleh Allah s.w.t di dalam kitabnya:
Allah berfirman yang bermaksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)
Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya stress ini adalah kerana badan dan minda kita terlalu letih dan penat dengan bebanan pembelajaran dan juga perkara-perkara lain seperti assigment dan juga tugasan dalam berpesatuan ataupun projek kolej.Oleh itu,sebagai penyelesainya kita hendak memberikan peluang dan ruang untuk pada diri dan minda kita untuk R-REHAT seketika.Saya bukan maksudkan bahawa rehat itu dengan kita bersahaja tanpa melakukan sesuatu perkara ataupun tidur semata-mata tetapi rehat di sini adalah kita melakukan sesuatu perkara yang mampu merehatkan minda dan diri kita seperti membaca AL-QURAN atau melakukan perkara ringan yang menenangkan dan sebagainya.
Sudah menjadi fitrah bagi remaja zaman sekarang yang sentiasa inginkan hiburan.Selaku seorang muslim yang beriman pada Allah s.w.t kita hendaklah faham bahawa hiburan bukanlah sesuatu kesalahan di dalam Islam sekiranya ia diterajui dengan cara yang betul yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah serta tidak melanggar perintah Allah s.w.t.Faktor yang lainnya yang menyebabkan sterss adalah di sebabkan kita terlalu sibuk dengan pelajaran dan juga tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak dapat memberi peluang pada diri untuk berhibur seketika.Oleh yang demikian,E seterusnya dapat membantu kita dalam menguruskan stress ini iaitu E-ENTERTAIN yourself.Hiburan atau raikan diri di sini saya maksudkan adalah hiburan yang dapat membina diri bukannya melalaikan.
Selalunya orang yang mengalami stress ini akan bersikap dingin dengan orang lain dan juga sentiasa berada dalam keadaan murum.Oleh itu,dalam proses pengurusan stress yang berkesan dalam menangani sikap ini ialah dengan mengamalkan S yang seterusnya iaitu sentiasa SENYUM selalu.Dengan mengamalkan sikap sentiasa senyum ini dapat membantu minda kita dalam melawan sikap atau perasaan dingin dan murum pada orang lain.Dalam Islam juga Rasulullah s.a.w menggalakan umatnya sentiasa mengamalkan senyum selalu kerana ”senyum itu adalah sedekah” dan dengan senyum itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat yang lain.
Akhirnya dalam menguruskan stress yang berkesan ini kita hendaklah mencari atau mendapatkan S yang terakhir iaitu mencari SUPPORT.Mencari sokongan ataupun support ini perlu bagi setiap individu dalam memberikan semangat dan sebagai motivasi kepada diri seseorang itu.Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan di sebabkan masalah akademik,dia boleh menghilangkan tekanannya itu dengan mencari sokongan daripada pensyarah ataupun sahabat-sahabat terdekat yang mampu menyelesaikan masalah akademiknya itu.Sokongan amat penting dalam menaikan semangat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.Sebab itu, dalam konsep kehidupan ini,Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya hidup dalam keadaan berjemaah ataupun berorganisasi kerana dengan hidup berjemaah inilah mampu memberikan kekuatan pada setiap ahlinya.Saling menasihati dan memberikan galakkan serta sokongan merupakan satu perkara yang perlu di amalkan dalam konsep kehidupan berjemaah ini agar setiap individu mersakan mereka tidak berseorangan dan mempunyai sokongan yang ramai dalam melakukan sesuatu perkara.
Akhir kata,pengurusan stress yang baik mampu melahirkan individu yang hebat dan matang dalam meneruskan kehidupan ini selaku hamba yang beriman dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t...Renung-renungkan dan sama-sama kita beramal denganya..
2 comments:
bestnya...dengan baca artikel ni pun telah sedikit sebanyak menghilangkan stress...'Solat'..kunci kejayaan berfikiran positive suatu keajaiban...rehat yang cukup..hiburan mendidik jiwa..support kerana kita ibarat batu bata y saling megukuhkan..idea bernas untuk menguruskan stress..menjadikan kita kreatif menyelesaikan masalah..
woi, artikel yang best r... fenomena nie...
Post a Comment