08:10

"Kurangkan Mengkritik Pertingkatkan Tindakan"


Ish! aku rasa idea hang ni tak sesuai la dengan situasi kita ni..Ana rasa enta ni terlalu idealistik sangat ni..Mana boleh macam tu,ni fikiran yang sempit..Tak sesuai la idea hang ni dengan permintaan ramai..Muslimat ni bukan boleh pakai sangat,diorang ni terlalu emosi..saya nak bagitau yang generasi sekarang adalah generasi yang semakin lemah!..Huh!memang best kalau dapat mengkritik ni, sebab tu la sekarang ni lebih ramai orang yang tampil untuk mengkritik secara terbuka mahupun secara tertutup.

Memang tak boleh dinafikan lagi bahawa bila bicara hal kritik mengkritik ni sudah pasti genarasi sekarang ni atau nama manjanya genarasi-Y akan mendapat johan jikalau dibuat satu pertandingan.Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara tidak akan lari dari suara kritikan generasi ini.Baik berkaitan hal pemerintah negara,gerakan islam,gerakan muslimat,sistem itu sistem ini pasti suara mereka tidak ketinggalan untuk mengkritik.

Saya tak kata mengkritik ni adalah satu budaya yang kurang sihat kerana banyak juga kebaikan yang kita dapat dari budaya mengkritik ini.Kritik penting untuk menjadi "check and balance" pada sesuatu perkara dan kritik juga penting untuk memperbaiki sesuatu perkara ke arah yang lebih baik.Tapi AWAS! jangan sampai kritikan itu tak memberi sebarang kebaikan.Kalau hanya mengkritik untuk mendapatkan kepuasan bagi diri sendiri semata-mata lebih baik DIAM dari mengeluarkan kata-kata.

Sebelum mengkritik,beberapa perkara yang saya rasa perlu ada pada seseorang pengkrtitik iaitu anataranya pertama sekali melihat dirinya terlebih dahulu,mempunyai "niat" yang baik,tidak mengeluarkan kata-kata kesat,mesti menghargai orang yang hendak dikritik,mempunyai akhlak yang baik dan mengunakan cara yang baik serta berkhemah.

Jangan hanya pandai mengkritik semata-mata tapi kritikan itu hendaklah disertakan dengan cadangan penambahbaikan serta disusuri dengan tindakan yang teratur barulah menggambarkan yang kita ni generasi yang layak digelar memiliki keintelektualan yang mantap.Jika hal ni dapat dipraktikan dengan baik, saya yakin sudah tentu kita mampu untuk melahirkan satu ketumbukan dan kekuatan dalam sebrang tindakan yang dilaksanakan demi kebaikan semua.

Banyak perkara yang lebih utama lagi yang perlu diselesaikan dengan segera dan bersama.Tinggalkan perkara yang kecil dan cabang serta simpan dahulu jari kita ini dari menunding pada orang lain.Fokus kepada matlmat utama dan bertindak dengan banyak bagi mencapai sasaran...

3 comments:

Ummu Syazwina said...

assalamualaikum...
nampaknya tarbiyah world mula menggegarkan mata penanya...

Seorang pemimpin itu bijak menguasai situasi baik tempatan mahupun antarabangsa dan dari itulah lahirnya tindakan yg bijak dan tepat...

bijak mengkritik idea pun perlulah kritis!

"... kita berkewajipan mengetahui arus-arus positif dan negatif yang mengelilingi kita sehingga dengan itu tiada sebarang arus negatif tanpa perhitungan dan tiada arus positif tanpa dipergunakan dan dimanfaatkan..."
Sa'id Hawwa - prinsip2 amal Islami.

Hfiz said...

Assalamualaikum Zul..
diharap sihat hendaknya,
sy nak kongsi sikit bkaitan kritik mengkritik ini..he2

x silap dalam cabang aliran sastera, seseorang yang mengkritik akan dikenali sebagai 'kritikawan' dan berperanan untuk mengkritik seperti mana namanya juga. Dalam erti kata yang lain hal ini terjadi disebabkan anti-tesis (tentangan) terhadap idea daripada golongan 'karyawan' serta kerana mereka (kedua-dua golongan ini) berkawan gitu.

memang sedih la kadang-kadang pengkritik ini macam x menghargai idea kita atau memandang rendah buah fikiran yang dikeluarkan. he2 walaupun hanya sebahagian shj yang beperangai macam tu tp yg bestnya kebanyakan mereka mahu membantu dengan baik untuk penambahbaikkan terhadap idea tesebut.

bila fikir cm tu, golongan kritikawan ini walaupun menyakitkan hati tapi menyebabkan idea bercambah dam mutu menjadi lebih baik kn.? ni cth kritikawan yang hengsem kot...melalui Teori Dialektik,

(tesis - idea @ situasi asal) gejala norma sosial tradisi pelajar UM.

(anti-tesis) melalui gerakan tarbiah (JIM, tablirg, PMIUM dll)

(sintesis - gabungan kedua elemen di atas ) lahirlah Team Elit MUslim (TEM) yeah cayalah..hehe,

kesimpulannya...marilah kita menjaadi pengkritik yang baik..wassalam

tarbiyah_world said...

Syukran hafiz..perkongsian yang cukup berguna..