"Wah minat enta baca buku-buku macam ni...tak boring ke?..ana sarankan baik enta baca buku-buku falsafah lagi menarik"..
"Idea kamu ni dah cantik saya lihat,cume bagi saya kita perlu ubah sedikit untuk dijadikan lebih baik"..
"Ish,jumud betul pemikiran golongan-golongan "tu",sekarang ni zaman moden,kena la luaskan pemikiran kita ni..kalau nak buat perubahan barang yang "lama" kena la buang"...
"asyik2 politik,bila nak dakwahnya?"..aku tak suka la pejuang yang berfikiran macam ni"
(dialog ragam manusia)
Saya teringat kata Tuan Guru Abdul Nik Aziz Nik Mat dalam ceramahnya memberitahu,manusia ni Tuhe buat ni tok serupo sebenarnya walaupun rambut sama hitam,kulit sama cerah sebab itulah manusia akan selalu ada perselisihan & pertengkaran antara satu sama lain..antara kelainan utamanya adalah pemikiran manusia itu sendiri,lain ore lain caro mike dia..jadi tidak pelik lah kalu kito tengok loni banyak sangat pertembungan pemikiran yang berlaku..(lebih kurang macam ni la yang saya ingat ucapan Tuan Guru)..tambah Tuan Guru lagi,antara jalan penyelesaian kepada pertembungan pemikiran ini Allah s.w.t buat turun Al-Quran,buat turun Nabi Muhammad sebagai penyatu dikalangan manusia...
Jika diteliti Sirah Nabawiyyah,ajaran yang di bawa oleh Baginda s.a.w iaitu ISLAM mampu untuk menyatukan pelbagai kabilah arab ketika itu walaupun mereka masing-masing memiliki pemikiran dan budaya kehidupan yang berlainan..Dengan membawa konsep "ISLAM RAHMAT UNTUK SELURUH ALAM" ajaran Islam mampu menusuk ke dalam hati pelbagai kabilah arab waktu ketika itu..
KENAPA PERLU BERLAWAN
Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berfikiran luas mahupun berfikiran lain dari yang lain tapi dengan syarat ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w..Saya sangat kagum dengan hubungan diantara Iman al-Syafie dan Iman Malik,walaupun Iman Malik adalah guru kepada Iman al-Syafie perbezaan pandangan dan pemikiran mereka berdua tidak pernah menimbulkan perbalahan bahkan mereka berdua menerima perbezaan pemikiran mereka dengan hati yang terbuka..
Sifat hormat kepada seorang guru tidak pernah ditinggalkan oleh iman al-Syafie dengan tidak pernah melunjurkan kaki beliau ke arah rumah Iman Malik walaupun mereka mempunyai pertembungan pemikiran..Saidina Umar al Khattab RA memiliki pemikiran yang jauh berbeza dari orang lain,hal ini dapat dibuktikan melalui pemecatan Khalid al-Walid RA sebagai Ketua Panglima dengan digantikkan oleh Abu Ubaidah al Jarrah.Walaupun sahabat-sahabat lain berfikiran tindakan Amirul Mukminin adalah tindakan yang salah tapi Khalid al-Walid dengan keadaan tenang dan hati terbuka mampu berkata " Saya berperang bukan kerana Umar tetapi adalah semata-mata kerana Allah"..
Saidina Umar merupakan seorang yang berfikiran jauh kerana mampu membaca pelbagai keadaan.."Saya memecat kamu bukan kerana ragu-ragu kepada kebolehan kamu,tetapi kerana manusia sudah terpesona kepada kamu hingga kamu didewa-dewakan mereka"..Siapa sangka Amirul mukminin ini memiliki pemikiran yang lain dari yang lain.
Oleh itu,kenapa kita perlu berlawan dengan pemikiran yang berbeza?...adakah ini sikap yang dituntut sebagai seorang Muslim?..Bukankah sejarah membuktikan perbezaan pemikiran ini merupakan satu rahmat jika di chennalkan pada jalan yang betul..Pemikiran yang berbeza mampu membentuk satu ketumbukkan yang berbisa sekiranya digabungkan dengan cara yang sesuai dengan semua..bukankah begitu?
BERLAPANG DADA,HORMAT-MENGHORMATI,BERSANGKA BAIK & BERSABAR serta BERFIKIRAN TERBUKA adalah IBU KUNCI kepada kesatuan pertembungan pemikiran..Kita memiliki matlamat yang SAMA iaitu Kebangkitan Khalifah diperjuangkan,jadi usah berlawan di antara satu sama lain,ayuh mencari titik persamaan dan bersatu dalam mengejar cita-cita yang diredhai Allah s.w.t...

0 comments:
Post a Comment