Mustahil untuk seseorang berasa bahagia berpanjangan atau berterusan kerana ia bukanlah fitrah kehidupan yang sebenar..Fitrahnya adalah seperti keadaan geografi muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini..adakalanya hujan membasahi hijuan tumbuhan dan adakalanya panas memancari pelusuk bumi hingga kering kontang permukaan bumi mematikan sesetengah kehidupan..siang pasti akan bertukar menjadi malam..
Begitu juga fitrahnya kehidupan manusia yang bergelar hamba yang memiliki sejuta satu kekurangan dan kelemahan ini..Tanpa nikmat kurnian Allah s.w.t kepada insan pelupa ini sudah tentu manusia akan hancur dimamah realiti kehidupan yang sarat dengan pelbagai cabaran dan ujian..Manusia akan diuji sebagaimana diujinya Nabi Adam a.s dan Hawa sehingga mereka dikeluarkan dari syurga yang penuh dengan kenikmatan yang berkekalan dan tiada tandingannya..
Ye,manusia akan diuji...sebagaimana ujian yang dihadapi oleh kaum terdahulu,ujian yang dihadapi oleh Nabi-nabi terdahulu,ujian yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w,ujian yang dihadapi oleh pemuda ashabul ukhdud,pemuda ashabul kahfi dan pemuda-pemuda di zaman Rasulullah s.a.w..Mereka dan kita akan sentiasa diuji sehingga sampai ke satu titik noktah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t iaitu sehingga dunia dimusnahkan menunggu hari kebangkitan..
Diuji dengan kesenangan,diuji dengan kesakitan,diuji dengan kematian,diuji dengan kasih sayang,diuji dengan cintakan dunia dan makhluk dan pelbagai lagilah ujian yang akan kita hadapi selagi nyawa dikandung badan...
" apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan(sahaja) mengatakan kami telah beriman, sedang mereka tidak di uji"..(al-Ankabut:2)
"dan sesungguhnya kami akan benar-benar menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agr Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwal kamu".(muhammad : 31)
Kata sahabat saya,semakin dekat dengan Allah semakin kuat kita akan diuji..betul ke?..pasti setiap orang merasainya dengan cara yang tersendiri..lain orang lain ujiannya..buktinya,sangat ramai penulis blog mahupun buku-buku menceritakan tentang kesusahan kehidupan yang mereka alami sebagai perkongsian pengalaman untuk dijadikan tauladan kepada orang lain..terima kasih kepada kelompok ini kerana serba sedikit mengingatkan kepada kita tentang erti kehidupan yang sebenar..
Susah atau senang bukan persoalan yang harus ditimbulkan jika ia berkaitan dengan ujian yang kita hadapi ini tetapi bagi saya persoalan yang paling tepat ialah macam mana hendak berdepan dengan ujian-ujian ini..Kalau yang pahit macam mana caranya hendak ditelan,kalau yang pedih macam mana nak hilangkan kepedihan ini tanpa melukai anggota yang lain,kalau yang melemahkan kita bagaimana hendak memotivasikanya kembali agar bertambah kuat dan bersemangat kembali..
"sabar je la zul..orang lain tak faham kita takpe,yang penting kita faham ape yang Tuhan janjikan untuk kita.kita diuji orang lain juga diuji.bahkan ujian mereka hadapi lebih besar lagi dari kamu hadapi...takkan tak nak kot Bidadari yang bermata jelita sebagaimana dijanjikan Allah s.w.t di dalam al-Quran?"..ni baru satu nikmat,pelbagai lagi balasan yang akan diterima oleh hambaNya yang beriman serta bersabar dalam memperjuangkan kebenaran..ni ayat motivasi saya,mungkin sahabat-sahabat yang lain juga memiliki ayat-ayat atau cara motivasi diri yang tersendiri..tak nak kongsi ke?..
"dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya..sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa"(al-Haj:40)
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"..(at-Taubah:111)
"janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman".(al-imran:139)
Saya tak nafikan kadang-kadang kita akan terjatuh dahulu baru bangkit kembali untuk berhadapan dengan ujian yang kita gagal berhadapan buat pertama kalinya..Kadang-kadang kita juga merungut dengan ujian ini selepas itu barulah kita persiapkan diri untuk berhadapan dengannya...Inilah namanya hamba,memiliki kelemahan dan juga sering melakukan kesilapan..
Oleh itu,wahai diriku dan seluruh insan yang bergelar hamba!..persiapkanlah dirimu untuk berhadapan dengan seribu satu ujian yang akan mendatang agar kita terselamat dari segala kegagalan berhadapan dengan ujian dan juga agar kita mendapat ganjaran yang sangat lumayan dari Allah s.w.t diakhirat kelak..insyaAllah..amin...

0 comments:
Post a Comment