09:30

Tiada Sebab Untuk Aku Layak Ke Syurga

Tidak aku mulakan menulis artikel ini sebelumnya terlebih dahulu aku berwudhuk kerana mengharapkan penulisan ini memberikan kesan kepada diriku sendiri mungkin kepada pembaca yang lain sebagai muhasabah diri.Dalam masa lebih kurang 2jam aku menghabiskan pembacaan buku berkenaan dengan "60 Kisah Bermimpi Bertemu Rasulullah" dan lebih kurang 1jam lebih membaca buku "Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz" yang telah banyak memberikanku kesedaran yang seakan-akan telah ku lupakan buat sekian lamanya..

Aku sangat cemburu dengan wali-wali Allah s.w.t yang diberi nikmat yang sangat besar apabila dapat dikurniakan nikmat untuk bertemu Rasulullah s.a.w walaupun setelah Baginda s.a.w wafat.Aku juga ingin bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w agar dapat ku peluk dan ku cium tubuh yang telah mewarnai dunia ini dengan hidayah Allah s.w.t serta ingin kupohon pada Baginda memberikan ku nasihat dan syafaat agar aku termasuk dari kalangan Baginda s.a.w..

Tapi bagiku mustahil buat ketika ini ataupun mustahil buat selama-lamanya sekiranya diri ini tidak diubati dan juga diubah.Bukan calang-calang manusia yang diberi nikmat sedemikian rupa untuk bertemu Rasulullah s.a.w,mereka adalah seorang yang BANYAK ZIKIRNYA,BANYAK SELAWATNYA,BANYAK CINTANYA PADA RASUL & ALLAH,BANYAK PUASANYA,BANYAK TAHJJUDNYA,BANYAK AIR MATANYA MENGALIR KERANA TAKUTKAN ALLAH S.W.T,BANYAK MENGINGATI KEMATIAN dan mereka ini LUPAKAN KEMEWAHAAN DUNIA KERANA CINTAKAN AKHIRAT serta banyak lagi perilaku mereka yang JAUH SELUAS DI ANTARA LANGIT DAN BUMI BERBANDING DIRIKU INI..Mana mungkin akan Allah kurniakanku NIKMAT SEPERTI MEREKA...

Ku amati satu persatu peribadi Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz yang juga merupakan MUJADID pertama.Peribadinya sewaktu kecil hinggalah Beliau di panggil bertemu dengan Allah s.w.t tak mampu ditandingi manusia-manusia generasi selepasnya.Khalifah zuhud ini sering menangis kerana takutkan Allah s.w.t,takutkan dirinya akan dihumbankan kedalam NERAKA kerana takutkan AMANAH yang dipikulnya mengheretnya ke sana.Beliau sangat berhati-hati dengan semua urusan dunia kerana takutkan urusan dunia ini akan mengheretnya ke NERAKA..

Sangat menyayat hati apabila saat wafatnya Umar Abdul Aziz ini,seseorang telah meminta isterinya Fatimah binti Walid untuk menukarkan pakainnya yang telah buruk tapi tak mampu dilakukan oleh Fatimah kerana Umar Abdul Aziz tidak memiliki pakain selain dari yang dipakainya..Inilah peribadi zuhud seorang Khalifah yang tiada tandingannya,seorang yang melupakan kemewahan sewaktu dunia berada ditangannya..

Aku mula melihat diriku yang selama ini telah rasa selesa dengan apa yang telah keperlakukan untuk diri dan juga agama ini.Sungguh aku adalah insan yang pelupa dan berada dalam keadaan selesa ini..

AKU LUPA.................

Aku adalah hambaNya yang sememangnya akan dipersoalkan setiap perbuatan aku di dunia ini..Kesihatanku,anggota tubuh badanku,pancainderaku,nikmat IMAN & ISLAMku semuanya akan dipersoalkan..Aku sering lupa,aku banyak istirehat dengan kesihatanku ini..aku banyak menyakiti orang lain dengan lidahku ini,kubanyak melihat perkara yang maksiat dengan mataku ini dan banyak lagi kesalahan & kesilapanku yang akan dipersoalkan Allah s.w.t..

Sesungguhnya aku takut aku tiada hujjah untuk mempertahankan diriku dihadapan Allah dan Rasulullah s.a.w diakhirat kelak..

Aku sebagai ahli gerakan...Aku banyak menyebut pengorbanan yang telah ku lakukan,banyak sekali aku merungut dengan keletihan yang ku alami,sering kali aku merasakan diri ini HEBAT dengan apa yang telah ku capai dan banyak lagi perasaan lain yang telah bertapak dilubuk hatiku ini..

Seorang ahli hadis pernah tidak makan selama 17 hari lalu terbaring di atas makam Rasulullah s.a.w kerana terlalu lapar dan letih...Lalu beliau berdoa:"kenyangkan lah diriku ya Rasulullah"..lalu lelaki ini tertidur dan bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan dijamu oleh Baginda s.a.w..Apibila lelaki ini bangkit dia berasa kenyang dan terdapat separuh lagi roti ditangannya..Inilah nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya yang CINTAKAN ALLAH DAN RASUL lebih dari dirinya sendiri...AKU MASIH SEJAUH SELUAS LANGIT DAN BUMI DENGAN LELAKI INI..tapi aku banyak bersenang-senang dengan amalan yang telahku lakukan...

Aku merasakan satu kesilapan menulis artikel sebelum ini yang bertajuk "Bersedia diuji kerana dibelakangku adanya Bidadari" kerana aku tak layak untuk bersuara tentangnya walaupun sedikit disebabkan amalan dan hubunganku dengan Allah sangat jauh sekali.."YA Allah Engkau Ampunkan dosaku di atas segala kesilapanku sebelum ini"...Aku yakin banyak sekali aku tertipu dengan ujian yang telah ku hadapi,mungkinku rasanya sangat berat walhal ianya terlalu ringan dan sedikit berbanding dengan orang lain tapi AKU TETAP SELESA...

KERANA APA AKU AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA?...

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,sesungguhnya aku takut untuk berhadapan dengan seksaan NERAKAmu,jauhilah aku darinya..jauhilah aku dari NAFSU yang MENGUSAI diri,Jauhilah aku dari segala sifat-sifat MAZMUMAH..Teguhkanlah Keimanan & Ketaqwaanku padaMu..Bimbinglah diriku ini kejalan Engkau redhai dan Ikhlaskan diriku ini dalam beribadah padamu..Ya Rahim,Kasihanilah dan Ampunilah dosa-dosa kami semua"..amin..

0 comments: