09:26

Hijabku Bukan Milikku: Bhgn 1

Seperti biasa rutin harianku setiap pagi selapas semua hidupan alam tersedar dari jagaan mimpi yang indah sudah terpacak pada pukul 7 pagi di perhentian bas berdekatan dengan rumah sewaku bersama dengan enam lagi sahabatku yang lainya.Zainab kawanku yang berasal dari sabah sangat lucu orangnya tapi seorang jujur pada waktu.Aminah pula orang kelantan yang sangat pemalu perwatakannya tapi mukanya sentiasa senyum bila berjumpa dengan sesiapa pun.Aminah lebih tua setahun dariku.Kawan-kawanku yang lainya adalah Fatimah,Aisyah,Khadijah & Nurul Ain.

Khadijah adalah yang paling tua dari kami semua kerana dia terpaksa menambah pengajiannya satu semesta lagi kerana pada tahun sebelumya dia terlibat dengan kemalangan sehingga terpaksa terlantar berbulan-bulan di hospital.Aku sangat kagum dengan akak aku seorang ni,sangat tabah orangnya,pemaaf,sopan santun dan yang paling kami semua suka pada Kak Khadijah adalah dia merupakan seorang wanita yang sangat peramah sehinggakan bangsa lain juga tertarik ingin bersahabat denganya.

Hampir berdiri selama lima belas minit,bas berwarna biru dan sedikit berwarna kunig tertulis Universiti Malaya tiba menjemputku menaikinya menuju ke dalam kampus yang jaraknya memakan masa sepuluh minit untuk aku sampai ke sana.Bas berhenti di stesen berhadapan dengan Perpustakaan Utama dan aku turun di situ untuk menyambung perjalananku mengunakan kaki kurniaan Allah ini menuju ke Fakulti Sains.Sudah tiga tahun lebih aku melakukan perkara yang sama pada setiap hari bagi melaksanakan amanah aku sebagai seorang pelajar universiti yang kini telah berada di tahun ke-3 pengajian.Jika tiada sebarang masalah InsyaAllah pada tahun ini aku akan menamatkan gelaranku sebagai mahasiswa dengan berbekalkan pointer kelas pertama.

"Assalamualaikum Ustazah Ainul Mardhiah,lambat sikit sampai hari ini..Selalunya ustazah orang pertama yang akan ada dalam dewan kuliah ni dulu"..Usik kawan-kawanku yang satu kuliah denganku.Mereka selalu menggelarkan diriku sebagai ustazah kerana aku suka memakai jubah dan bertudung labuh walhal diriku bukan lah seorang pelajar jurusan agama yang layak untuk diberikan gelaran itu.

"Bukan aku sengaja datang lambat,tapi Pak Cik yang bawa bas tadi tu memandu perlahan sangat..Katanya"ingatlah orang yang tersayang,pandu cermat jiwa selamat"..balas aku pada usikan kawan-kawankku itu..

Walaupun diriku dilihat berbeza dari kawan-kawanku yang lain dari sudut penampilan diriku ini,ia tidak pernah sekali-kali menghalang kami untuk terus bersahabat rapat dan tidak pernah menghalang diriku untuk tampil kehadapan sebagai seorang pelajar cemerlang dan juga sebagai aktivis mahasiswi.

Aku tidak pernah sekali-kali mencela mereka yang berpakain kurang "elok" di pandang itu ataupun menjauhkan diri dari mereka tetapi aku sentiasa mendoakan agar aku dan mereka akan diberikan hidayah oleh Allah s.w.t dan akanku sentiasa mendekati mereka bagi berkongsi kemanisan yang aku rasai sebagai seorang "muslimah".

0 comments: