12:51

"taqwa bersedia untuk bertapak di dalam jiwa pejuang yang sebenar"

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA"

Dalam keasyikan melaksanakan ibadah puasa ini,saya yakin semua dikalangan kita berlumba-lumba mengejar satu matlamat yang cukup jelas apa yang dikatakan oleh Allah s.w.t iaitu ingin memiliki jiwa yang BERTAQWA.Saya juga yakin,pada bulan ini ramai dikalangan kita yang berusaha untuk MEMBERSIHKAN DIRI dengan mempertingkan ibadah pada Allah s.w.t dengan berqiamullai,memperbanyakkan tadabur al-Quran,sentiasa membasahi lidah dengan zikir,mempertingkatkan pelaksanaan amar ma'ruf nahi mungkar dan sebagainya.Ia adalah semata-mata hanya ingin memiliki TAQWA.

Adakah kita sedar mahupun tidak,jiwa TAQWA ini sebenarnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda s.a.w yang boleh kita ambil sebagai panduan dan dorongan pada diri kita untuk berusaha untuk menguasai jiwa ini dengan sifat TAQWA kerana ia bukan sesuatu yang mudah dan senang untuk memilikinya.Hanya mereka yang benar berusaha dengan bersungguh-sungguh shaja yang mampu mencapai darjat TAQWA ini.

Dengan jiwa TAQWA inilah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berjaya mencapai kemenangan dalam memperjuangkan Islam.

TAQWA akan melahirkan mereka yang SABAR berjuang dijalan Allah,

TAQWA akan membentuk peribadi seorang muslim yang benar-benar YAKIN pada Allah s.w.t,

TAQWA akan menghasilkan pejuang-pejuang yang sanggup BERKORABAN apa sahaja demi perjuangan Islam,

TAQWA akan menghapuskan jiwa yang penakut dengan membentuk jiwa yang berani dalam meneggakkan KEADILAN dan menghancurkan KEZALIMAN,

dan dengan TAQWA inilah juga akan membentuk pejuang yang tidak pernah kenal erti PENAT,PUTUS ASA,LEMAH dan RUGI melainkan mereka hanya merasakan diri mereka sentiasa berada dibawah jagaan Allah s.w.t.

Cuba kita saksikan jiwa TAQWA yang dimiliki Rasulullah s.a.w,baginda tetap bersabar walaupun pernah dihina oleh kaum quraisy apabila diletakkan janin unta di kepala Baginda dan disapu seluruh badan baginda dengan tahi unta sewaktu baginda sujud dihadapan kaabah,baginda tetap berjuang walaupun telah merasai derita sakit sewaktu dibaling batu di Thaif dan sewaktu tombak menembusi geraham Rasulullah s.a.w pada perang Uhud,baginda juga meneruskan perjuangan walaupun dipulaukan oleh penduduk Mekah selama 3Tahun dan Rasulullah s.a.w juga sanggup menahan lapr kerana berusaha mendapatkan kemenagan dari Allah dengan menggali parit semasa peperangan Khandak.Banyak lagi kisah-kisah yang dicoretkan di dalam sirah mengenai Kekasih Allah ini yang telah banyak merasi kesakitan dan penderitaan semata-mata ingin mendapat keredhaanNya.

Begitu juga dengan jiwa TAQWA sahabat-sahabat baginda yang lain,Umat Islam sangat merindukan lahirnya kembali jiwa TAQWA yang telah bertapak pada jiwa Abu Bakar as-Siddiq,Umar al-Khattab,Uthman b. Affan,Ali bin Abi Talib,Saad bin Waqas,Khalid al-Walid,Slaman al-Farisi,Hamzah bin Abdul Muttalib,Abdullah Ibnu Mas'ud,Ikrimah bin Abu Jahal,Abdullah bin Ummi Maktum,Zaid bin Haritsah,Abdurrahman bin 'Auf,Ja'far bin Abu Talib,Khabbab bin Al-Arat,Muadz bin Jabal,Amru Ibnu 'As,Suraqah bin Malik,Bilal bin Rabbah dan ramai lagi sahabat-sahabat baginda yang telah memiliki jiwa TAQWA yang sebenar.

Dihadapan mereka ini tiada sesuatupun melainkan hanya Allah s.w.t.Mereka telah berjaya melepasi segala belenggu dunia sehingga sanggup berkorban HARTA dan JIWA mereka demi memperjuangkan agama Islam yang tercinta.Kasih dan CINTA mereka pada Allah dan Rasul tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun melainkan mereka yang memliki jiwa TAQWA yang sebenar.Keyakinan mereka yang telalu tinggi sehinggakan tiada sebesar kumanpun rasa TAKUT kepada makhluk melainkan hanya TAKUT pada Allah s.w.t.....Ya!..inilah mereka yang telah menguasai jiwa mereka dengan TAQWA...

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, sebagai muhasabah bersama..jangan hanya kita menyebut dimulut sahaja ingin memiliki jiwa TAQWA ini tapi usaha yang kita lakukan tak sepadan dengan matlamat yang diletakkan..Lihatlah pada usaha sahabat-sahabat baginda s.a.w untuk mendapatkan TAQWA,bukan senang..mereka BERKORBAN,BERSABAR,BERJIHAD dengan sepenuh hati untuk memiliki jiwa yang benar-benar BERTAQWA..

Ayuh! masih lagi berbaki 5 hari..gunakan peluang yang ada sehabis mungkin kerana TAQWA tengah menanti untuk bertapak di dalam jiwa kita semua..Semoga kita semua mampu memilikinya pada Ramadhan kali ini keran kita mahu jiwa TAQWA inilah yang akan bangkit selepas ini untuk menegakkan KEBENARAN dan sekaligus menghancurkan KEZALIMAN agar ISLAM akan memperolehi KEMENANGAN kembali..insyaAllah..

0 comments: