13:49

KENAL ERTI SYUKUR YANG SEBENAR


Alhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kita segala nikmat terutamanya nikmat yang terbesar iaitu ISLAM dan IMAN serta nikmat-nikmat yang lain baik nikmat kesihatan,nikmat mata.nikmat udara dan sebagainya..

Sebagai seorang muslim yang telah menyatakan keimanan pada Allah s.w.t hendaklah mempertingkatkan kesyukuran pada Allah s.w.t dengan mempertingkatkan amal ibadah terutamanya memenuhi peluang di bulan ramadhan ini.

Syukur bukan hanya sekadar di ucapkan melalui perkataan semata-mata mahupun hanya melakukan ibadah wajib tapi syukur yang sebenar bagi hamba yang memiliki iman yang sempurna ialah mereka yang memenifestasikan syukur mereka dengan melaksanakan segala perintah Allah s.w.y dan mengikuti segala sunnah Rasulullah s.a.w serta meninggalkan segala larangan Allah s.w.t..

Ramadhan membuka peluang yang luas pada kita untuk mendidik diri menjadi hamba yang benar-benar bersyukur pada Allah s.w.t.Ramadhan melatih kita supaya berpada di atas segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t pada kita baik nikmat makanan,pakaian,harta benda dan sebagainya...


Ambillah kesempatan ramadhan dengan memerhatikan keadaan sekeliling.Saksikanlah penderitaan saudara seagama dengan kita yang tiada makan dan minum walaupun pun bukan di bulan ramadhan.Derita mereka lebih perit dan lama berbanding kita.Sekiranya benar-benar kita ingin jadikan ramadhan ini sebagai madrasah tarbiyah maka ambillah peluang ini untuk insafi diri dengan tingkatkan syukur yang sebenarnya pada Allah s.w.t..

Buktikanlah dengan nikmat kesihatan dan kekuatan yang kita miliki ini dengan mempertingkatkan amalan di bulan ramadhan ini baik amalan qiamullai,zikir,bersedekah,tadarus al-quran dan sebagainya..Moga-moga dengan memiliki martabat hamba yang benar-benar bersyukur ini mampu untuk jiwa kita menguasai iman yang sempurna sekaligus menggapai darjat TAQWA di sisi Allah s.w.t..insyaAllah...



0 comments: