Teringat aku sebelum ini,Rosnah pada awalnya segan untuk mengikuti RiadahTEM ini kerana dia takut dia di pandang 'pelik' oleh orang lain kerana dia merasakan dirinya bukan seperti 'muslimah' lain yang selalunya lebih ramai menyertai riadhah itu.
"Malu lah aku mardhiah,dah la aku ni macam 'ni'.Apa pula geng-geng tuduh labuh kata kat aku nanti"..Rosnah cuba menolak ajakan aku menyertai riadah TEM pada ketika dulu.."Ish..kau ni Rosnah,ke situ pula difikirkannya.Mereka semua tak seperti yang kau fikirkan lah,mereka sangat ramah orangnya dan senang untuk bergaul dengan sesiapapun termasuk dari kaum cina dan india.Bukan akhlak seorang muslim untuk menghukum orang lain kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang layak untuk menilai hamba-hambaNya"..terangku memujuk Rosnah.
Setelah dipujuk,barulah Rosnah mengikuti ku menyertai riadah itu.Ternyata selepas kali pertama Rosnah mengikuti riadah tersebut dan bergaul dengan geng-geng 'tuduh labuh', persepsinya terhadap geng tersebut mulai berubah kerana geng-geng 'tuduh labuh' itu tidak seperti yang dikatakan orang kebanyakkan sepertinya.
"seronok la riadhah tadi mardhiah,dapat kenal banyak orang,dapat dengar tazkirah dan yang paling aku seronok adalah geng-geng 'tuduh labuh' melayan aku seperti ahli keluarganya sendiri yang membuatkan aku tak terasa seperti orang 'asing' bila bersama mereka"..luahan Rosnah selepas kali pertama menyertai riadah TEM.
Aku sangat kagum dengan Rosnah,dia mampu menarik ramai rakan-rakannya yang seperti 'dia' untuk mengikuti aktiviti-aktiviti seperti ini."Aku tak nak aku seorang sahaja mendapat kemanisan ukhuwwah bila bergaul dengan geng-geng 'tuduh labuh' ni,aku nak juga kawan-kawanku yang satu jurusan denganku di Fakulti Kebudayaan juga mendapat apa yang aku dapat"..nekad Rosnah pada satu ketika dahulu.
Aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan hidayah pada Rosnah.Hanya di sebabkan akhlak yang cantik yang telah ditunjukkan oleh geng-geng 'tuduh labuh' semasa riadhah TEM,sedikit demi sedikit Rosnah telah berubah dari sudut pemakaian dan akhlaknya.
Terima kasih Allah dan terima kasih pada geng-geng 'tuduh labuh'..
1 comments:
alangkah bahagianya kalau ini menjadi kenyataan (^_^)
Post a Comment