18:10

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : Bhgn 2

Entah kenapa semakin dekat semakin aku rasakan sudah lama kita saling berkenalan antara satu sama lain. Aku pandang mukanya. Dia hanya tersenyum seperti mengerti apa yang bermain di fikiran. Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar dan alisnya lentik.

Nafasku mula ditarik panjang, jantung tidak henti berdegup dengan lebih kencang. Apakah gerangannya gadis cantik ini ingin bertemu dengan aku?..Adakah aku ini saudaranya?..terlintas pelbagai persoalan di benak minda ku sambil kaki melangkah laju menuju ke tempat gadis itu berdiri.

Assalamualaikum wahai pemuda budiman!..belum sempat aku berdiri di hadapannya telah sampai ucapan salamnya mendahului ucapan aku..Belum pernah lagi aku mendengar suara semerdu suaranya, bagaikan alunan muzik mententeramkan jiwa yang mendengarnya.

Waalaikumusalam..aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil ku pandang wajahnya yang sungguh indah dan tenang. Cik siapa? Kenapa ingin berjumpa dengan saya?..

Gadis cantik itu hanya tersenyum seolah-olah telah mengetahui persoalan ini akan ku tanya kepadanya.

Namaku Ainul Mardhiah. Aku bidadari dari syurga yang paling cantik dan jelita. Diriku hanya untuk lelaki yang syahid di medan jihad.

Aku kemari bertemu denganmu adalah sebagai utusan dari isterimu yang merupakan ketuaku di syurga sana..

0 comments: