21:54

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : Bhgn 4

Allahuakhbar Allahuakhbar!..

Ya Allah! dah azan subuh..Macam mana boleh aku tertidur di hamparan sejadah pula ni. Rasanya tadi aku tengah solat tahajjud.

Subhanallah! rupa-rupanya tadi aku bermimpi rupanya. Aku cuba ingat kembali apa yang aku mimpikan di atas tikar sejadah tadi. Subhanallah! adakah mimpi aku tadi hanya mainan syaitan untuk membuat aku berangan atau mimpi yang datangnya dari Allah dengan membawa 1001 hikmah yang tersirat.

Adakah apa yang aku lihat dalam mimpi aku itu benar-benar bidadari jelita yang bernama Ainul Mardhiah yang disediakan khas buat para syahid?..Adakah benar aku akan miliki isteri yang setia di dunia dan akhirat?..apakah pesanan yang ingin 'isteriku' sampaikan sebenarnya?..

Pelbagai persoalan timbul jauh di lubuk hati aku ini memikirkan peristiwa yang aku lalui dalam mimpi aku itu.

Aku biarkan seketika fikiran aku ini dari memikirkan mimpi aku itu. Aku bangun membawa langkah menuju ke masjid yang jaraknya 200meter dari rumah aku itu untuk solat subuh secara berjemaah.

Selepas imam membaca surah al-fatihah pada rakaat pertama, imam menyambungnya dengan surah al-Furqan. Sungguh merdu alunan bacaan ayat suci al-quran yang dibacakan oleh imam muda di masjid kawasam perumahan aku itu, mirip macam bacaan Said al-Ghamidi.

Tapi kali ini hati aku benar tersentuh apabila imam membaca ayat yang ke-74 yang bermaksud :

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"

Subhanallah! semacam Allah ingin berikan aku petunjuk melalui mukjizat teragung Rasulullah s.a.w yakni al-quran.

Seperti hari-hari sebelumnya selesai sahaja solat subuh imam akan membacakan satu hadis nabi Muhammad s.a.w. Imam membuka kitab sahih muslim dan membaca hadis yang bemaksud :

" dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai agama, ia menyenangkan kamu"

Subhanallah! sekali lagi hati aku tersentuh. Seperti jalan cerita mimpi aku tadi masih belum berakhir. Apakah yang Allah ingin tunjukkan pada aku sebenarnya?

Aku selut saku kocek ku dan aku keluarkan anak kunci berwarna silver lalu aku masukkan kedalam ibu mangga untuk membuka pintu rumah sewa ku itu sebaik sahaja pulang dari masjid. Lantas aku mengambil al-Quran tafsir ku untuk menyambung bacaan ku pada surah al-ahzab.

Rutin harian aku ini tidak akan aku tinggal kerana al-quran merupakan penyembuh segala penyakit dan penenang kepada semua hati yang rusing dan bergelora. Aku suka membaca ayat-ayat al-quran sambil memerhatikan makna ayat yang aku baca itu.

Kadang-kadang datang juga perasaan cemburu pada sahabat-sahabat aku yang pandai berbahasa Arab. Pasti mereka memahami makna-makna al-quran dengan senang tanpa melihat terjemahan.

Aku meneruskan bacaan surah al-ahzab. Pada ayat yang ke-36 jantung sedikit berdegup kencang memerhatikan makna ayat itu. Apakah ini juga merupakan satu petunjuk dari Allah mengenai mimpiku pagi tadi.

" Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki mukmin dan perempuan mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapakan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata"..

Subhanallah! sungguh hebat kuasa Allah s.w.t. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Aku bersiap-siap untuk pergi ke kuliah aku di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Enjin motor RXZ biru kesayangan aku itu di hidupkan walaupun banyak asap yang keluar darinya. Aku memulakan perjalanan yang mengambil masa selama 15minit dengan memohon doa keberkatan dan selamat dari Allah s.w.t.

Di atas jalan raya dengan kelajuan 110 km/j fikiran sekali lagi terbang kembali padi mimpi aku itu. Aku benar-benar ingin mengetahui apakah pesanan 'isteriku' itu buat diri aku ini?..Motor ku terus memecut laju.

0 comments: