17:15

AKU BERTEMU AINUL MARDHIAH : Bhgn 3

Haa?..Isteri saya?..Cik Ainul Mardiah salah orang ni, saya belum kahwin lagi. Mana mungkin saya memiliki isteri yang tinggal di syurga. Siapa sebenarnya yang ingin awak jumpe?..Aku sangat terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir bidadari cantik itu.

Dia hanya tersenyum indah, mengerti perasaan yang aku alami ini..Ya! saya utusan isterimu. Namamu Syabab bin Abdullah kan?..Kamu sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang isteri sepertinya.

Ya! itu memang nama saya..Aku sungguh keliru dan hairan dengan keadaan yang aku alami ini. Perihal tentang namaku juga Ainul Mardhiah mengetahuinya. Hati kecil ini bertanya siapakah isteriku yang sebenarnya?. Ingin sahaja aku bertanyakan terus padanya. Tapi belum sempat aku bersuara..

Aku sangat cemburu dengan isterimu.."Ainul Mardhiah bersuara terlebih dahulu"..Semasa hidupnya di dunia dia telah menjual seluruh dirinya untuk Allah dan Rasul. Cintanya pada Allah dan Rasul melebihi cintanya pada diri sndiri dan orang lain.

Kali ini aku hanya diamkan diri. Hanya menanti butiran luahan dan cerita darinya mengenai isteriku.

Hidupnya penuh dengan mujahadah. Sentiasa membersihkan diri untuk mendekatkan jiwa dan hatinya pada Allah. Hidupnya adalah hidup untuk mati. Hidup untuk berjuang. Hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Kamu sungguh beruntung memilikinya di dunia dan akhirat.

Perkataan darinya adalah peringatan yang mendekatkan dirinya pada Allah. Ucapanya adalah nasihat dan dakwah. Bibir dan hatinya tidak pernah henti berzikr pada Allah. Setiap tindakannya adalah ibadah. Dia menjadikan al-quran sebagai teman dan penasihatnya. Rasulullah menjadi tauladannya. Syahid menjadi cita-citanya.

Aku cemburu pada isterimu.

Dia seorang isteri yang penyanyang. Isteri yang taat dan patuh pada suami. Isteri yang penyabar. Dia memberi tidak pernah mengharapkan balasan dari sesiapa pun melainkan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Isterimu telah menjadi 'tulang belakang' dirimu dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup sebagai seorang daie. Tubuh yang kamu miliki sudah pasti tidak mampu bergerak tanpa memiliki ' tulang belakang' yang kuat dan setia. Dia sentiasa berjuang di samping mu.

Dia menjadi penyejuk mata bagimu. Penawar hati dan penajam fikiran mu. Ketika kamu sunyi terasa ramai bila bersama dengannya.

Bersyukur lah pada Allah wahai pemuda.

Isterimu telah melahirkan zuriat yang menjadi mata rantai pada perjuangan Rasulullah s.a.w. Dia sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak-anak kamu supaya menjadi pemuda al-Quran yang berjihad di jalan Allah. Dia tidak pernah sekali-kali merungut dalam mendidik anak-anaknya.

Walaupun isterimu bukanlah sehebat Saidatina Khadijah r.a tapi dia sentiasa berusaha untuk menjadi penolongmu di waktu senang dan susah. Walaupun isteri tidaklah sepintar Saidatina Aisyah r.a tapi dia berusaha untuk menyumbangkan idea bagi membantu mu berjuang. Walaupun isteri mu tidak setabah Siti Hajar tapi dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat suaminya yang tercinta.

Sungguh aku cemburu padanya. Dia sungguh cekal dan tabah walaupun di uji. Sekarang, dia menjadi ketua ku di syurga kerana dia mendapat syafaat Allah dan Rasul.

Aku datang bertemu dengan mu adalah permintaan darinya untuk menyampaikan pesanan kepada mu.

Pesanan kepadaku?...aku pura-pura membuat terkejut supaya dia tidak akan mengetahui bahwa aku sekarang telah jatuh cinta pada wanita yang dia ceritakan itu. Benarkah itu adalah isteriku?..Jantung aku berdegup bagaikan memberontak kerana tidak dapat lagi menahan perasaan ingin bertemu dengan wanita yang bergelar 'isteri' itu.

Dengar dan hayati betul-betul pesanan isteri mu ini wahai Syabab...Ainul Mardhiah meneruskan kata-katanya. Suaranya yang merdu masih lagi mampu aku rasai ketenangan darinya.

0 comments: