08:27

CANTIKAN DIRIMU WAHAI DAIE : Bhgn 3



DAIE YANG KENTAL

Kehidupan seorang daie pastilah sangat jauh berbeza dengan kehidupan orang lain.Mereka telah meletakan tujuan hidup mereka semata-mata ingin mengejar keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Mereka sedar bahwa dengan melibatkan diri mereka sebagai mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w seorang daie tidak akan terlepas dari mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.

Seperti mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berdepan dengan segala ujian onak dan duri begitu jualah seorang daie akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang tidak akan mereka sangka-sangkakan.Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah banyak diuji di medan jihad sehinggakn Baginda s.a.w sendiri merasai kepayahan dan kesakitan dalam hendak menyebarkan risalah Allah s.w.t.


Ujian yang Allah datangkan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan hamba-hambanya yang beriman dan pejuang-pejuang di jalanNya tetapi adalah untuk memastikan hamba-hambanya benar-benar beriman kepadaNya bukan sekadar keimanannya di ucapkan melalui perkataannya semata-mata.

"apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?"...(al-ankabut:2)


Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya yang bertajuk "Bahtera Penyelamat" telah memberikan pesanan kepada para daie agar mempersiapkan dirinya sehabis baik agar dia mampu untuk berhadapan dengan lima ujian yang sangat besar. Ujian yang disebutkan olehnya adalah para daie ini akan berhadapan dengan :

1. Mukmim yang dengki padanya.

2. Munafik yang benci padanya.


3. Kafir yang sentiasa memeranginya.


4. Syaitan yang berusaha menyesatkannya.

5. Nafsu yang mengodanya untuk berpaling dari keiman pada Allah.

Ya memang benar, bukan mudah untuk berhadapan dengan lima ujjian ini tidak semudah seperti yang kit sangkakan melalui akal fikiran kita.Kesusahannya akan kita rasai apabila kita sendiri yang benar-benar berhadpan dengan ujian-ujian ini.

Sangat menarik analogi yang mengambarkan bahwa kehidupan seorang daie seperti belayar di atas sebuah bahtera melalui lautan yang terbentang luas. Keadaan air laut pastilah berubah mengikut keadaan tertentu,kadang kala ombaknya menjunam tinggi, kadang-kadang airnya tenang dan kadang-kadang mungkin tsunami juga akan melada lautan.


Oleh itu, bekalan yang lengkap perlulah disediakan oleh seorang daie yang belayar dilautan yang penuh dengan tanda tanya keadaannya agar bahtera yang dinaikinya tidak akan karam ditelan lautan ganas dan akan terus belayar sampai ke destinasinya.Antara persiapan yang perlu daie sediakan adalah :

1. Mengenal Allah.

2. Menjadikan setiap tindakanmu adalah ibadah.

3. Sentiasa berzikir pada Allah s.w.t.

4. Takut pada Allah s.w.t.


5. Mencintai Allah.


6. Mencintai Rasulullah.

7. Redha di atas setiap ketentuan Allah.


8. Pergantungan hanya pada Allah.

9. Mengharapkan kebahgian hari akhirat.


10. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas.


Dengan bekalan-bekalan yang disiapkan ini sudah pasti melahirkan daie yang kental berhadapan dengan sebarang mehnah dan tribulasi serta istiqamah di medan jihad sehingga mereka mendapat kemenang ataupun gugur syahid.



Duduk bangunmu tidak seperti orang lain,
Kau memang berbeza wahai daie,
Kau memang luar biasa,
Hidupmu telah kau berikan sepenuhnya untuk Allah dan Rasul..


Biar susah biarlah sakit,

Kau gagah belayar jua,

Terpahat padu di dalam jiwamu,

Hanya mengharapkan syahid di jalan Allah..


Ujian demi ujian silih berganti,
Tidak pernah berhenti Allah mendidikmu wahai daie,

Biarlah kau menderita susah dan sakit di dunia,
Tapi bahagia di akhirat sana...


Jiwa yang kental kau persiapkan,

Berjuang berjihad penuh keimanan,
Tidak lentur tidak berubah,
Ombak tsunami kau layari..

Jikalau tulang-tulang kau masih berguna,

Ambilah ia di buat senjata,

Tidak akan tinggal walaupun sebesar kuman,

Dirimu wahai daie hanya untuk Allah dan Rasul..


Janji Allah pasti untukmu wahai daie,
Bidadari yang cantik sabar menanti,
Segala susah dan sakitmu di dunia,

Terubat dengan melihat Allah di syurga...

0 comments: