Assalamualaikum...ape khabar sahabat-sahabat sidang pembaca yang di rahmati Allah s.w.t sekalian?..Entah kenapa tangan ini terketar-ketar ingin menulis artikel kali ini,mungkin terasa ia bukan satu kepentingan untuk dikongsi pada semua kot.Apa-apa pun saya gagahkan jua untuk saya menulis dengan harapan ia dapat memberi serba sedikit keinsafan pada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian.
Alhamdulillah pada minggu lepas pada 12-14 haribulan saya sempat turun ke P.Pinang bertemu dengan adik-adik matrikulasi Pulau Pinang untuk berprogram bersama mereka.Walaupun saya turun sebagai fasilitator tapi pada kali ini saya rasa seperti saya juga menjadi peserta dan hati ini tersentak lebih dari para peserta dengan pengisian yang kami sendiri menyusunnya.Saya bertolak dari Kuala Lumpur pada jumaat sebelah malamnya bersama 4 orang sahabat yang lain dengan menaiki sebuah kereta.Dalam perjalanan ke P.Pinang,banyak sekali perkara yang kami bualkan,maklumlah kami semua dari kampus yang berlainan.
"Atah Tuhe blako"(versi kelantan),inilah perkataan yang banyak sekali terkeluar dari mulut saya pada malam itu.Rasa terkunci untuk diri ini mengeluarkan perkataan yang lebih layak dari perkataan itu apabila berbicara tentang perkara yang baik mahupun yang buruk.Mungkin ini satu petanda untuk Dia memberi pengajaran pada hanbaNya yang mungkin leka tanpa di sedarinya.Lebih kurang pukul 2.30pg kami pun sampai di P.Pinang.Sesudah sampai di sana kami tidak terus tidur tapi membuka satu lembaran cerita yang baru bagi mengisi masa sebelum bersahur.
Allahuakhbar!betul ko ni?..pada kali ni saya betul-betul kaku apabila mendengar satu cerita yang sangat ngeri tapi mempunyai pengajaran yang sangat mendalam pada siapa yang menghayatinya.Bilo benda ni berlaku?..1 ramadhan jawap sahabat saya yang bercerita itu..
Lebih kurang macam ni la ceritanya:Pada malam 1 ramadhan yang lalu,seorang muslimat dari sebuah kampus telah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat mengerikan apabila dia tergelincir dan terjatuh dari tingkat 3 semasa dia ingin melompat ke seberang bangunan satu lagi kerana ingin menyelamatkan diri daripada di tangkap setelah dia di kesan berdua-duaan dengan seorang insan yang bergelar 'lelaki'.Saya minta maaf kerana tak sanggup untuk cerita kisah ini secara terperinci.Tapi apa yang saya nak sampaikan di sini ialah tiada seorang pun yang mahu di panggil bertemu Ilahi dalam keadaan sedemikian.Cuba kita bayangkan muslimat ini di panggil bertemu Allah dalam keadaan dia diuji keimanannya.Saya harap kita semua bersangka baik pada muslimat ini dengan sangkaan"mungkin sebelum dia terjatuh dari tingkat 3 itu,dia dah betul-betul insaf dan bertaubat pada Allah s.w.t.Semasa hidupnya dia merupakan seorang yang sangat baik,menjaga aurat dan peribadinya.Semua ini berlaku "atah Tuhe blako",sekali lagi perkataan ini keluar dari mulut saya pabila mendengar cerita yang betul-betul menginsafkan saya.
Selepas mendengar kisah itu,tanpa membuang masa saya terus membasahi tubuh ini dengan wudhuk untuk sujud pada yang Maha Kuasa.Inilah kali pertama saya merasa begitu takut akan ujian yang bakal menimpa diri ini kelak.Persoalannya adakah diri ini benar-benar akan mampu untuk menghadapi ujian itu nanti? @ aku akan senasib dengan muslimat itu nanti.."Ya Allah,janganlah Engkau menguji aku apa yang tidak sanggup aku tempuhinya".
Saya hilangkan kisah mengerikan itu seketika agar dapat saya fokuskan pada program yang akan berlangsung pada keesokkan paginya."Entum semua selesa tak sekarang?"..inilah soalan pertama yang saya tanyakan kepada para peserta.Ya kami selesa,jawab mereka..saya senyum sambil berkata"pastikan diri anda semua tidak berada dalam keadaan selesa selepas ini kerana saya akan latih anda supaya menjadi orang yang tak kan selesa sampai entum betul-betul laksanakan amanah yang entum semua pikul"...
nantikan sambunganya...
Selamat Kembali Mahasiswa!
-
Team Elit Muslim 2011 mengucapkan selamat kembali kepada seluruh mahasiswa
ke kampus perdana Universiti Malaya. Semoga langkah kita bersama azam dan
tekad...
13 years ago
2 comments:
seronoknye balik kmpp...
rindu zaman tu.. zaman berjuang bersama teman-teman yang memegang satu impian.. mewarnakan bumi kmpp dgn syi'ar Islam. usaha menegakkan bi'ah solehah meski terasa payah. keindahan ukhuwah islamiyyah yang bersulamkan cinta pdNya tanpa kisah persoalan 'jemaah' dan asobiyyah. sungguh, hidayah itu milik Allah..
jadikan kisah ni pengajaran, dan sentiasa berdoa bersungguh-sungguh, moga Allah tidak tarik hidayah dari hati kita. moga kita kekal dalam perjuangan menegakkan kalimahNya hingga penghujung hayat kita...
Post a Comment